Followers- Jalinan Ukhuwah

Monday, September 15, 2008

Separuh Ramadhan telah berlalu....

Masa berlalu terlalu pantas. Dalam perjalanan pulang dari Masjid, saya meninjau hamparan langit yang menyaksikan bulan penuh yang menguntum senyum. Ia ingin menyatakan kepada penghuni bumi, umat Muhammad khususnya, bahawa Ramadhan hanya berbaki separuh sahaja lagi.

Di keheningan malam ini, diri kerdil ini cuba muhasabah diri akan pencapaian Ramadhan tahun ini. Subhanallah Maha Suci Allah, aku termasuk dalam senarai insan yang lalai lagi lemah. Peluang 15 hari lalu tidak dapat dimanfaatkan sepenuhnya. Hampir setiap hari separuh pertama Ramadhan aku berbuka di pejabat. Sasaran marathon Qur'an juga tidak menampakkan hasil seperti yang dirancang. Amalan-amalan lain pun tidaklah boleh dibanggakan.

Jauh di sudut hati aku berbicara:
"Ya Allah ampunilah aku. Ampunilah dosa ahli keluargaku, ayah-bondaku,guru-guruku, rakan-rakanku dan sekelian pemegang mohor kalimah Lailahaillah muhamadurasululah. Kasihanilah kami, berikanlah kasih sayangMu dan sesungguhnya ampunilah kelalaian kami. Kami ingin mendaulatkan syariatMu namun berbagai mehnah melingkari hidup kami.

Ya Allah, kasihanilah kami. Berikanlah kami kekuatan dan kesungguhan untuk manfaatkan peluang 14 hari yang masih tinggal ini untuk melipatgandakan amalan dan mampu mengucup nikmat Lailatul-Qadar sebagaimana nikmat yang pernah Kau anugerahkan kepada kami ketika saat menyembah kebesaranMu di Raudah dan tangisan kucupan hajar aswadMu. Berikanlah kami peluang ini dikejauhan Mekah dan Madinah yang menjadi paksi pengibadatan penuh tawadu'. Illahi ya rabbi, terimalah doa ini dan ketemukan kami dengan Lailatul qadarMu kerana kami tidak mampu mengukur akan kemampuan kami untuk terus bernafas di Ramadhan tahun hadapan. Berikanlah rahmah- kasih sayangMu dan terimalah taubat kami."

Amin.

2 comments:

Rislah said...

Selamat berpuasa dan beribadah sepanjang Ramadan yang masih berbaki...

NURAZZAH8 said...

Salam Saudara Ridzwan,
terimakash kerana meninggalkan komen di blog saya. Boleh saya tinggalkan pesan di sini? Saya ingin memesan buku Haji Muda sebanyak 2 buah ... nanti boleh emelkan kepada saya no akaun saudara di nurazzah8@yahoo.com

Terimakasih.