Followers- Jalinan Ukhuwah

Monday, January 18, 2010

Audit Kewangan Masjid



Menyediakan penyata kewangan adalah menjadi tanggungjawab CFO (bagi korporat) dan Bendahari bagi badan bukan perniagaan. Penyata ini perlu disediakan sekurang-kurangnya 6 bulan sekali dan Penyata Tahunan perlu disediakan bagi operasi tahunan.

Masjid di Negeri Selangor tidak terkecuali. Mereka perlu menyediakan penyata ini dan dimajukan kepada Jabatan Agama (JAIS) untuk tujuan rekod. Ianya juga hendaklah di bentangkan di dalam mesyuarat bersama kariah. Tidak semua masjid mematuhi arahan ini. Namun bagi kami, Pengurusan Masjid Al-Munawwarah, kami akan mematuhi tanggungjawab sosial ini kerana kami tidak mempunyai kepentingan peribadi mahupun politik di dalam melaksanakan tanggungjawab kepada masyarakat.

Pengalaman saya bertahun-tahun membantu badan bukan perniagaan seperti Masjid, PIBG, Koperasi dsbnya, kelemahan sememangnya ketara kerana pegawai atau Bendahari tidak mahir dalam hal ehwal kewangan. Bila amanah diberikan kepada saya untuk menerajui dan menasihati pengurusan masjid dalam aspek ini, perkara pertama yang saya lakukan ialah menyediakan polisi kewangan dan membantu pengurus Masjid mengenali hal ehwal perakaunan. Imam juga perlu belajar cara untuk merekod wang keluar masuk. Alhamdulilah dengan sokongan AJK dan kariah, misi saya dapat mereka fahami. Kedudukan kewangan Masjid sudah berjaya dipulih dan diperbaiki. Dengan dana yang diurus secara professional, banyak program dakwah akan mampu dilakukan. Bila semua usaha dan misi saya terlaksana, bolehlah saya mengundur diri dan meletak jawatan.

Hakikatnya, saya memperuntukkan dua hujung minggu untuk menyemak kembali rekod kewangan dan menyediakan penyata kewangan ini. Minima 15 jam diperlukan untuk membuat interim audit dan menyediakan Penyata Kewangan Tahun 2009. Jika menggunakan khidmat Juruaudit bertauliah, kosnya mungkin boleh mencecah RM6,000. Ianya meletihkan fikiran dan perlukan masa yang agak panjang. Menulis dalam blog juga terpaksa dikurangkan sejak dua minggu lepas. Pemeriksa Kira-Kira pula boleh senyum kerana semua aspek perakaunan dan integriti transaksi di kawal sepenuhnya dan direkodkan. Tidak banyak yang perlu dilakukan oleh Pemeriksa Kira-Kira, saya sudah sediakan untuk mereka.

Moga Allah mengampunkan dosa dan kesalahan saya di setiap detik kehidupan dan 15 jam tenaga yang dicurahkan sudah tentu tidak mampu menebus setiap dosa dan kesalahan saya kepada ALLAH.

Petikan doa Bab Terima Kasih ALLAH , BPHT

Ya ALLAH, KAU terangilah teratak barzakh kami dengan nurMU,
Berikanlah kami kasih sayangMU,
KAU terimalah airmata kami,
KAU benarkanlah airmata ini mendinginkan
tekanan kepanasan hidup barzakh dan mahsyarMU.

Ampunilah hambaMu ya ALLAH, ampunilah pengunjung setia dan pembaca blog ini ya ALLAH. Hindarkanlah kami dari fitnah si pendengki dan Terimalah sumbangan kecil ini sebagai amal soleh. Amin!

4 comments:

Anonymous said...

Amin. TQ Dr.

Assalammualaikum.:)

Kak Nor.

ridz said...

Salam sdr Ijad,
Terima kasih.

Salam Kak Nor,
Terima kasih kerana mendoakan.

Azemi Ali said...

Salam Dr. Ridz,

Nampak professional Penyata Akaun yang dipaparkan.

Jika Dr. tiada masa untuk menyediakannya pada masa hadapan, mungkin boleh contact saya. Isteri saya sekarang buat freelance accounting sambil jadi professional housewife. Mantan seorang Salaried Acountant. Masih Chartered Accountant.

Atau jika ada kawan perlukan accounting servies boleh rekomen kami.

Semoga pengorbanan Dr. Ridz dinilai oleh Allah. Sesungguhnya setiap amal walaupun sebezar zarah ditulis dalam kitab amalan kita.

Hajah Zainab bt Abdullah said...

salam dr ridz,

hanya Allah SWT yang dapat memberikan ganjaran untuk segala pertolongan yg dihulurkan bagi membantu pengurusan masjid melicinkan kerja2 audit ni. kepakaran dr ridz merupakan anugerah Ilahi yang membolehkan pihak masjid mendapat manfaatnya. mudah2an Allah memberikan ganjaran yang setimpal di akhirat nanti.