Followers- Jalinan Ukhuwah

Saturday, February 27, 2010

Executive Talk- JKR Malaysia

Alhamdulilah, memberi ceramah eksekutif kepada lebih 450 pegawai kanan kerajaan adalah satu perkara yang telah tercatit dalam sejarah hidup saya. Bila ALLAH memberi saya peluang, sudah tentu saya tidak akan melepaskan peluang ini. Bila saya dijemput, saya rasa diri saya dihargai. Program Majlis Tahunan Penghargaan JKR Malaysia telah berjaya dilangsungkan di Dewan Besar INTAN Bukit Kiara. Ianya juga bertepatan dengan semangat Maulidur Rasul yang kita sambut hari ini.

Memberi ceramah eksekutif di hadapan Dato Seri Prof Dr Ir Judin-Ketua Pengarah JKR, Dato-Dato, Datin-Datin dan Dato-Dato Pengarah-Pengarah JKR Negeri , memberi saya inspirasi baru bahawa medan melakukan kebaikan sebenarnya luas. Peringkat awal saya menyentuh aspek membina profesionalisma organisasi dan di akhir ceramah saya membicarakan aspek spiritual , kepentingan hubungan dengan ALLAH dan peranan Haji/Umrah dalam pengurusan organisasi. Ianya berkait rapat dengan misi peribadi saya dan tesis ijazah kedoktoran saya.

Di kesempatan ini saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Dato Seri Prof Dr Ir, Dato Abdullah – Pengarah Pengurusan JKR, Hj Jamil dan Cik puan Norazira kerana menjemput saya memberi ceramah eksekutif dan berkongsi di majlis tersebut. Juga tidak lupa kepada pegawai-pegawai yang membantu saya dari sudut logistik persediaan sebelum, ketika dan selepas ceramah di sampaikan. Moga sedikit perkongsian selama satu jam tersebut dapat memberi impak kepada JKR.

Moga ALLAH menerima usaha kecil ini sebagai amal soleh. Amin.

Wednesday, February 24, 2010

Roket & Skru 50 sen


Jika Roket telah berjaya dilancarkan, usahlah fokus kepada skru 50 Sen yang tertinggal di tapak pelancaran -Ridz

Pagi tadi seorang rakan menziarahi saya kerana beliau tahu saya bercuti. Kami bersembang over coffee dan bertukar pandangan bagaimana untuk memantapkan aktiviti masyarakat. Ianya bukannya kerja mudah dan memerlukan banyak cabaran.

Kita (termasuk saya) mungkin tidak perasan ada ketika kita memfokuskan kepada perkara remeh. Dalam pengalaman saya, kita banyak memberi tumpuan kepada perkara yang tidak patut. Tabiat ini bukan sahaja merugikan masa, malah memindahkan energi negatif kepada orang lain.

Saya beri analogi mudah ini kepada rakan saya. Jika roket telah berjaya dilancarkan ke angkasa, janganlah difokuskan kepada satu skru kecil yang tertinggal di tapak pelancaran.

Raikan Kejayaan kerana ia akan membakar semangat secara konsisten. Tidak perlu kita marah kepada pegawai atau rakan-rakan kerana menyebabkan skru kecil bernilai 50 sen tertinggal di bawah. Juga tidak perlu memberi perhatian dan energi kepada perkara kecil ini dengan melakukan post-mortem besar-besaran.

Dengan lain perkataan, fokuskanlah kepada perkara yang teramat penting yang memerlukan impak besar. Contohnya, jika kita mahu anak kita berjaya, usahlah fokuskan kepada kelemahan dia sahaja. Puji anak secara istiqamah dan bimbing dia meniti kejayaan. Begitu juga, Guru Besar atau Pengetua Sekolah perlulah memberi galakan hebat kepada guru-guru untuk terus cemerlang bukan menekankan satu komplain kecil dari seorang penjaga/ibu/bapa yang ego dan suka merendah-rendahkan martabat guru (perkara ini sering berlaku dalam mesyuarat Tahunan PIBG).

Begitu juga dalam aspek pengurusan Masjid, para imam mestilah fokus kepada usaha dakwah bukan mengimamkan solat sahaja. Imam tidak seharusnya berkata tugas saya Cuma menjadi imam sahaja. Jika ini berlaku, maka Masjid tidak mungkin akan ceria dan imam sebegini perlu segera letak jawatan.

Ringkasnya, bila roket sudah dilancarkan, usahlah berbalah pasal skru 50 sen!

Sunday, February 21, 2010

Pengumuman Pesanan BPHT

*** Dunia ini sebenarnya LUAS, Carilah jalan untuk menambah amal dan mencari Kasih Sayang ALLAH*** Ridz

Assalamualaikum pengunjung setia blog 'Haji Muda',

Terima kasih dengan sokongan semua sehingga terbitnya BPHT. Pesanan Batch ke 3 akan saya poskan esok, InsyaALLAH. Kepada tuan/puan yang masih belum menerima buku BPHT, sila email saya. Kepada mereka yang sudah menerima, sila semak kualiti buku. Jika terdapat defect, sila maklumkan saya melalui email.

Kepada sahabat-sahabat saya serta pesanan yang datang dari luar Malaysia seperti Australia, Dubai, UK, Singapura dan Brunei Darussalam, saya mohon sedikit masa untuk tujuan pembungkusan.

Kepada tuan/puan yang membayar lebih atau tidak mahu menerima diskaun RM2 yang telah saya beri, RM2 tersebut akan saya masukkan ke dalam Tabung Amal Masjid Munawwarah atau mana-mana institusi Anak Yatim/Tahfiz Qur'an yang memerlukan sumbangan kita secara kolektif. Alhamdulilah tuan/puan bukan sekadar mendapat satu perkongsian kecil dari BPHT tetapi memperolehi ganjaran besar dengan membantu institusi yang memerlukan dana untuk kemajuan. Saya teramat bersyukur dan berterima kasih dengan sumbangan tuan-puan menjayakan misi ini melalui platform BPHT.

Saya juga merakamkan setinggi penghargaan kepada seorang insan (beliau minta nama dirahsiakan)kerana sanggup membeli buku BPHT pada harga RM25 sebuah demi kerja amal. Alasan beliau, buku-buku motivasi barat berharga melebihi RM30 sebuah. Justeru harga RM15 pada kulit buku BPHT amat murah dan tidak setimpal dengan nilai yang cuba dikongsi oleh BPHT. Wallah'alam. Pada hemat saya, dengan RM15, lebih ramai yang mampu beli dan ilmu serta perkongsian mudah dikembangkan.

InsyaALLAH jumlah diskaun dan kutipan amal ini akan saya maklumkan dalam blog ini sebelum saya bercuti untuk menunaikan Umrah Mac 2010.

NOTA:
Ramai yang menghantar email kepada saya bertanya bila BPHT akan masuk Kedai Buku. Saya telah semak dengan Penerbit dan dimaklumkan bahawa terdapat sedikit kelewatan memasuki kedai buku kerana cuti Tahun Baru Cina. InsyaALLAH akan berada di Kedai Buku pada akhir minggu pertama Mac 2010.

Terima kasih semua kerana kita sama-sama berkongsi untuk menambahkan amalan.

Thursday, February 18, 2010

Pengisian Selamat Pagi Malaysia RTM

Foto bersama Prof Dr Muhaya (Dr Pakar Mata) dan Dato Aziz Satar

Alhamdulilah, dengan kasih sayang ALLAH jemputan untuk saya mengisi slot Selamat Pagi Malaysia telah berjaya dilaksanakan jam 8.50 pagi. Perkongsian singkat ini diharap dapat membuka tirai perkongsian-perkongsian seterusnya demi sumbangan medan dakwah bagi tahun 2010 ini.

Sebaik-baik sessi tamat dan bersembang dengan Dato Aziz Satar dan Sdr Nabil, saya menerima panggilan dari kawan, “Dr, saya menangis bila tiba-tiba Dr berdoa untuk ibu, semua ibu-ibu dan manusia yang bernama wanita.” ALLAHU AKBAR! Hakikatnya, saya tidak menyedari apa yang saya telah lakukan. Ianya kerja ALLAH, tiada di dalam skrip yang ingin saya kongsi. Ianya diaminkan oleh Pengacara slot Selamat Pagi Msia- Novelis terkenal Sdr Ramlee dan krew TV1.

Foto bersama Pengacara Selamat Pagi Msia, Sdr Ramlee.

Terima kasih RTM, Penerbit, Pengacara, Unit Solekan, Krew, Unit TV dan semua pegawai RTM kerana saya rasa benar-benar dihargai sejak saya tiba di Studio hinggalah saya pulang. Suasana benar-benar ceria dan positif.

Foto bersama Nabil- Sempat berjenaka, ada duit banyak2 segeralah kahwin dan tunaikan Haji. Lu Fikirlah Sendiri..

InsyaAllah minggu depan, saya akan mengisi lagi 3 perkongsian pengurusan diri.

Wednesday, February 17, 2010

Hebahan Umum RTM 1



Alhamdulilah dengan izin ALLAH, saya diberi peluang untuk berkongsi di Rancangan Selamat Pagi Malaysia RTM1 esok jam 8.40 pagi (Harap-harap tiada perubahan jadual live ini). Moga ALLAH memberi kita sesuatu yang terbaik untuk menyumbang kepada ummah dan menghindari diri kita dari fitnah dan kejahatan Jin dan Manusia.

Monday, February 15, 2010

Terharu- BPHT

Perkongsian buku Motivasi Islami BPHT tidak akan berada di pasaran tanpa permintaan rakan-rakan, sokongan professor/Ustaz/guru dan pengunjung blog Haji Muda.

Hati saya tersentuh dan terharu menerima komen awal penerima BPHT.

“Tahniah Ridzwan, saya baru habis baca buku BPHT. Mudah-mudahan lebih ramai terbuka hati untuk mengejar ilmu.” Sms dari Prof Dr Norhana jam 1.37 pagi Jumaat 12 Feb 2010.

“Your book drive me to quickly submit my doctoral thesis, Thank you Ridzwan for your sincerity and excellent book.” – Rezianna

“Dr Ridzwan, satu buku yang hebat.” Azmi, AJK Masjid Munawwarah

“Wan, kakak baru dapat buku BPHT. Alhamdulilah satu perkongsian yang sangat relevan.” Kak Fauziah, Pensyarah Kanan IPTA.



Dua hari lepas saya menziarahi salah seorang penyelia kedoktoran saya, Prof Dr Muhd Kamil ketika beliau menginap di sebuah hotel di UiTM. Sudah lama sebenarnya saya tidak menemui beliau. Di kesempatan tersebut, saya menyerahkan 2 naskah buku BPHT untuk beliau. Beliau berpesan “Ridzwan, Teruskan menulis..”

Cuti Tahun Baru Cina ini saya manfaatkan sepenuhnya masa untuk menziarahi Ustaz-ustaz, guru-guru, pensyarah dan professor saya kerana mereka turut menyumbang secara langsung mahupun tidak langsung dengan penghasilan BPHT.

InsyaAllah saya akan terus menulis demi misi hidup dan jika idea masih diperlukan oleh masyarakat.

Thursday, February 11, 2010

Roundtable PhD/DBA Curriculum Review

(Foto Diskusi bersama ahli panel roundtable. Di sebelah kiri saya ialah Prof Dato' Dr Adnan Alias, CEO Islamic Banking & Finance Institute)

Hari ini saya merasa bertuah kerana dengan kasih sayang ALLAH, saya diberi penghormatan menjadi ahli panel roundtable curriculum review program PhD/DBA/EMBA/MBA, Graduate Business School (GBS) UiTM.

Penghormatan menjadi ahli panel memberi saya ruang untuk memberi input agar IPTA ini mampu mengarap harapan menjadi Universiti bertaraf dunia. Sumbangan idea dan cadangan kecil ini sebenarnya adalah amanah yang besar, tentunya di tanya oleh ALLAH satu ketika nanti. Keikhlasan memberi pandangan dari sudut korporat/industri di harap dapat menjana semangat membina pemimpin hebat berjiwa mukmin. Gagasan memartabatkan Melayu perlu juga dirancang demi survival anak cucu yang bakal kita tinggalkan.

Walaupun roundtable ini dikelilingi oleh Profesor-profesor hebat, saya tidak merasa janggal untuk melahirkan idea. Mereka memberi saya penghormatan untuk menjana pendapat dan memperkukuhkan hujah bagi manfaat ummah. Jika inilah budaya yang di bawa oleh satu institusi menara gading, saya percaya Muslim Mukmin mampu menembusi angkasa untuk memperkukuhkan iman dan membuktikan kebenaran Qur’an.

(Foto bersama Dato' Naib Canselor UiTM - penyerahan buku BPHT).

Dengan rahmat dari ALLAH, tanpa perancangan saya dan Pengarah GBS, buku ”Bila Pintu Hati Terbuka” telah berjaya diserahkan kepada Dato’ Naib Canselor UiTM, Dato’ Prof Dr Sahol. Juga tanpa dirancang, ahli panel dan profesor-profesor memberi tepukan gemuruh ketika BPHT bertukar tangan. Penghormatan yang diberikan kepada kelahiran BPHT, memberi saya kekuatan baru untuk meningkatkan sumbangan saya kepada ummah.

(Foto bersama 2 orang penyelia/mentor tesis kedoktoran. Sebelah kanan Prof Dr Faridah Hj Hassan dan di kiri Prof Madya Dr Norhana Salamuddin).

Saya menyakini bahawa ALLAH mempunyai perancangan yang lebih baik untuk kita tanpa kita sedari.

Di kesempatan ini saya ingin merakamkan penghargaan tinggi kepada Penyelia Kedoktoran saya Prof Madya Dr Norhana Salamuddin dan Prof Faridah Hassan yang turut sama hadir di majlis tersebut. (Nota Ridz: Penyelia ketiga iaitu Prof Kamil mempunyai komitmen lain). Juga terima kasih kepada Pengarah GBS, Prof Madya Dr Zuriah, Timbalan Naib Canselor, Prof Dr Zaini dan Dekan FBM, Prof Dr Noormala dan semua warga akademik FBM yang turut sama memberi sumbangan idea di majlis roundtable itu.

Tuesday, February 9, 2010

Terima Kasih

Nota: Gambar bersama saudara Rosli Ibrahim, insan pertama memiliki BPHT. Beliau menziarahi saya di pejabat).

Alhamdulilah, hari ini adalah hari pertama buku BPHT dapat saya serahkan. Sudah hampir 100 naskah dijual.

Dua insan pertama yang menerima buku ini beserta autograf ialah saudara Rosli Ibrahim (Pengurus Korporat) dan Puan Rezianna (Pensyarah UiTM). Terima kasih kerana meluangkan masa menziarahi saya.

Kepada tuan/puan yang sudah membuat pesanan melalui email tigeridz@gmail.com, insyaAllah saya akan segerakan penghantaran.

Terima kasih.

Monday, February 8, 2010

Buku BPHT sudah masuk stor


Alhamdulilah, dengan izin ALLAH buku BPHT kini sudah masuk stor dan akan berada di pasaran serta kedai-kedai buku hujung minggu ini.

Kepada lebih kurang 60 insan yang sudah menempah buku ini melalui email tigeridz@gmail.com , insyaALLAH saya akan uruskan penghantaran secepat mungkin. No Akaun Bank akan saya email kepada tuan-puan malam ini.

Kepada insan yang berminat, tempahan boleh dibuat dengan menghantar email kepada saya di tigeridz@gmail.com dengan menyatakan Nama, Alamat, No hp dan kuantiti tempahan.

Moga buku ini bermanfaat. Sokongan tuan-puan saya ucapkan terima kasih.

Sunday, February 7, 2010

Duit


Duit amat penting buat kita. Dengan duit kita boleh beli macam-macam. Duit juga boleh membantu kita mengumpul pahala. Orang yang berkira-kira pasal duit kita gelar ‘mata duitan’. Duit juga boleh membawa dosa.

Semalam mesyuarat pengurusan masjid berakhir jam 12.30 pagi. Berbagai isu yang dibincang. Ada ahli kariah tidak faham pengurusan dan masalah mentadbir masjid, menghukum pengurusan dengan tuduhan yang bukan-bukan. Mereka tidak memberi idea untuk memajukan, tetapi menghentam tanda mereka berjaya dan tercapainya ego.

Di permulaan mesyuarat, bila agenda muslimah dibincang, wakil muslimah mengsyorkan untuk membuat satu forum muslimah. Konsepnya dipersetujui. Bila di minta membentangkan program secara detail, wakil muslimah menyebut kos untuk menjemput seorang hamba Allah (muslimah) ialah RM500 sejam. MasyaALLAH , kenapa mahalnya?

Saya bertanya kembali, memberi ceramah di masjid perlu dibayar RM500 sejam? Kalau 2 jam =RM1,000? Saya berpendapat, perspektif ini perlu dibetulkan. Jika program ilmu di masjid dan surau, tidak perlulah demand sampai RM500 sejam. Penceramah perlu berkorban untuk agama. Jika berceramah di pejabat, di seminar, konferens, kursus atau di pejabat korporat okaylah dengan harga tersebut.

Sepanjang penglibatan membantu kariah membangunkan masjid, AJK Masjid belum lagi diberi sebarang elaun. Walaupun ada beberapa kali permohonan dimajukan, saya masih menolak permohonan sahabat-sahabat AJK Masjid. Perbandingan dengan masjid lain dimana AJK menerima elaun kehadiran mesyuarat juga saya tolak. Bagi saya, ianya bukanlah satu benchmark yang terbaik mengarap KASIH ALLAH. Lagipun, fitnah dan pemikiran jahiliah akan mula menyerang mereka jika permohonan ini diluluskan. FITNAH adalah satu perkara yang amat pahit (Buku BPHT membincangkan bagaimana untuk menguruskan FITNAH).

Disebalik usaha keras mereka membantu mengurus Masjid, mereka tidak menjadikan isu elaun sebagai faktor penting. Bila beberapa permohonan ditolak, mereka tidak bersungut malah terus bekerja walaupun secara part-time demi ISLAM dan usaha mentarbiah kariah. Mereka juga tidak buat bising, mereka tetap istiqamah dengan wawasan yang telah digariskan untuk kemajuan ummah. DUIT bukanlah motivating factor mereka bekerja keras. Saya memberi mereka satu keyakinan, rezeki dan kekayaan mereka berada di luar masjid bukan dalam masjid. Bila hati mereka benar, ALLAH akan memberi mereka rezeki ilmu dan keyakinan tinggi kepada ALLAH bila mereka istiqamah memajukan Masjid.

Kepada warga kariah Masjid Al-Munawwarah, hargailah mereka dan semua AJK masjid. Mereka bekerja keras untuk kejayaan bersama. Hulurkanlah cadangan dan bantulah dari sudut idea dan tenaga. Budaya menghentam atau blaming tidak akan membawa keuntungan.

Saya sentiasa menadah tangan agar saya dan rakan-rakan pengurusan Masjid sentiasa ikhlas dalam pekerjaan kami. Tiada siapa yang akan memberi nikmat melainkan nikmat Syurga ALLAH seperti yang dijanjikan. Sukar untuk menilai keikhlasan namun usaha gigih perlu sentiasa mantap mencari redha TUHAN. AMIN!

(Nota Ridz: Kepada penceramah muslimah tersebut, tidak perlulah caj hingga RM500 sejam. Belajarlah untuk mengikhlaskan diri kerana banyak lagi kerja yang tertangguh yang perlu kita bereskan….).

Tuesday, February 2, 2010

Pada hujung minggu baru-baru ini, saya berada di Kota Singa selama 3 hari. Di pusat bandar, pergerakkan rakyat Singapura kelihatan pantas mengejar sesuatu. Mereka begitu perihatin dengan masa dan produktiviti. Kemudahan awam mereka pula jauh ke hadapan jika dibandingkan dengan kita.

Kesempatan ringkas ini, saya menziarahi pakcik saya yang sedang uzur. Beliau tidak lagi menjadi imam sebuah masjid di sana. Namun dalam keadaan sakit tua dan uzur itu beliau berpesan kepada saya supaya meninggalkan sesuatu untuk di warisi oleh pewaris ummah. Janganlah mengharap pengiktirafan manusia dan bersedialah untuk difitnah. Beliau amat mengharapkan agar umat Islam Msia mempertahankan kalimah ALLAH dan jangan biarkan apa yang sedang Melayu nikmati selama ini menjadi rentetan sejarah yang bakal dikutuk oleh generasi kemudian. Tiada siapa yang akan pertahankan Islam kecuali orang mukmin dan tiada siapa yang akan pertahankan Melayu kecuali bangsa Melayu (Nota Ridz: Ini tidak bermakna kita mengamalkan semangat assobiyah dan menekan bangsa lain di bumi Tanah Melayu). Usahlah dibiarkan generasi muda Islam hancur disebabkan kelalaian kita.

Semalam Isnin 1 Feb, saya menyelak akhbar Berita Harian Singapura. Di bahagian dalam dimuatkan komen Tun Mahathir ”Pemimpin Melayu sibuk menawan hati orang bukan Melayu, bangsa sendiri terabai.” Mungkin ada antara kita tidak bersetuju dengan komen Tun. Apapun, nilailah komen ini dari sudut positif kerana kegagalan kita adalah hasil dari usaha tangan kita sendiri. Bila pemimpin kita gagal memimpin Temasik, kita gave up dan melepaskan kuasa politik ke tangan orang lain.
Ketika berjalan di beberapa kawasan seperti Mustafa Shopping Center dan pusat membeli belah lain, kelihatan ramai anak muda Melayu bertatu, memakai skirt pendek, lelaki yang bertindik... mungkin kesan pemodenan dan globalisasi. Saya mohon ALLAH menghindari kesan ini ke atas umat di Malaysia (kesan ini sudah mula menapak di Msia). Cara jalan anak-anak muda ini berbeza, seolah-olah ujud kekosongan dalam hidup.

Apapun perjalanan akhir kita menuju perjalanan abadi, menuju cinta ILAHI. Kita perlu PELUK sekuat hati kepercayaan ini. Bila hati tidak dibuka, maka kepercayaan ini tidak mantap. Justeru berapa ramai orang-kita yang melanggar hukum TUHAN. Anak-anak muda hilang pedoman.

Hakikatnya, kita menumpang sebentar di rumah Pencipta kita iaitu rumah yang dinamakan bumi. Pintu Misi perjalanan abadi bila-bila masa akan dibuka oleh petugas ALLAH untuk kita. Kita akan dipersilakan pula memasuki ruang sempit barzakh sebagaimana sempitnya rahim Ibu. Ketika di alam rahim, kita diPELUK rapat oleh organ-organ ibu dalam perutnya. Di alam rahim, Kita diberi makan dan minum kerana kasih sayang ibu. Bila pintu barzakh dibuka untuk kita, tidak banyak maklumat yang kita ada. Kita tiada teman. Ibu pun tiada untuk memberi kita makan dan minum sebagaimana yang kita enjoy ketika dalam alam rahim.

Entri lalu saya menyentuh peraga fesyen dengan cara berjalan catwalknya. Mereka melakonkan misi orang lain. Di dalam kehidupan, kita tidak perlu menjadi seperti peraga fesyen. Kita perlu melihat sendiri cara kita berjalan dan mengambil sepenuh tanggungjawab terhadap wawasan hidup. Ini adalah kerana HIDUP INI ADALAH HIDUP KITA. Kita perlu menjadi pelakon hebat untuk misi kita. Misi menuju alam abadi dipenuhi ranjau dan duri.

Kita lihat kehidupan kita. Bila misi tidak jelas atau misi hidup hanya untuk kepentingan diri sendiri, maka ianya hanya membakar diri. Kita hangus dan tiada siapa mendapat manfaat bila kita terbakar. Maka, Tinggalkanlah sedikit manfaat untuk diwarisi generasi kemudian..ALLAHU AKBAR!

Ku tadahkan jemari kecil ini

”Ya ALLAH, janganlah KAU hanguskan kami di alam barzakh dan alam akhirat sebagaimana kami lalai dan hangus dengan kelalaian duniawi. AMin!