Followers- Jalinan Ukhuwah

Showing posts with label Jalinan Ukhuwah. Show all posts
Showing posts with label Jalinan Ukhuwah. Show all posts

Thursday, March 1, 2012

Jalinan Ukhuwah

Foto: Isteri dan anak saya serta Ahli Dewan Ibu Rina di sebuah restoran untuk makan malam


Alhamdulilah, saya dan isteri menerima kunjungan Ahli Dewan (Parlimen) Indonesia pada Ahad 26hb Feb 2012. Banyak isu kami bincangkan khususnya usaha kami untuk membangunkan ekonomi masyarakat marhain di sana. Kerjasama dan persefahaman juga perlu diusahakan untuk membenteras rasuah yang menjadi barah bagi negara.

Moga ALLAH meredoi usaha kami ini. AMin!

Friday, September 23, 2011

Jalinan Ukhuwah


Alhamdulilah dengan izin ALLAH saya dapat bertemu dengan rakan (pasangan bahagia) Haji Badrul dan Hajjah Haliza. Mereka adalah kenalan lama dimana jalinan ukhuwah semestinya penting bagi saya (kami).

Makan malam di Restoran Arab Shah Alam ini mengingatkan kami akan suasana Tanah Suci. Jalinan cinta dan kasih sayang manusia begitu intim di persekitaran Rumah ALLAH, justeru suasana yang sama juga perlu dipupuk di Tanahair.

Yang penting, diskusi kami berkisar sekitar isu perjalanan kehidupan dan perlunya satu wawasan baru dalam hidup. 'Refreshing mission' perlu sentiasa diperkemaskan supaya hidup kita terarah dan masa kehidupan yang sedikit ini dapat kita manfaatkan.

Di akhir pertemuan, satu resolusi kecil dapat kami tiupkan baranya agar kami berusaha ke arah resolusi ini. Ketika di parking kereta, mereka bertanya saya samada tahun 2012 saya ke Mekah lagi.

Maka saya katakan dengan happynya, "InsyaALLAH MAc 2012 (jika ada rezeki)".

Tambah mereka, "Boleh kami ikut ?".

Saya katakan, "Yes welcome!, InsyaALLAH, setakat ini hampir 12 orang berhasrat untuk ikut saya. Boleh bincang."

Hakikatnya, hati saya gembira malam tadi kerana satu jalinan ukhuwah dapat dilakukan dan moga pertemuan kelmarin diberkati ALLAH.