Followers- Jalinan Ukhuwah

Showing posts with label My Publication. Show all posts
Showing posts with label My Publication. Show all posts

Sunday, May 3, 2015

REJAB: IMAN, CINTA DAN PERJUANGAN



Artikel yang telah dikongsi di ruang Tadabur Rehal Sinar Harian 12 Rejab/1 Mei 2015.

Rejab adalah salah satu bulan yang disebut dalam Al-Qur’an. Bila Al-Qur’an menyebut, sudah tentu ianya istimewa. Bulan Rejab adalah sinonim dengan peristiwa Isra’ Mikraj. Ianya bukan cerita dongeng. Rejab bukanlah sekadar satu perjalanan Pemimpin Agung bertemu  Pemilik alam dan PenciptaNya. Ianya adalah perjalanan signifikan hamba menemui PenciptaNya, mengambil amanah dan menyampaikan amanah. Ianya adalah perjalanan ukiran iman, takjubnya cinta dan geloranya perjuangan. Rejab adalah bulan bermulanya hadiah istimewa dari langit khusus bagi umat yang mahu mengerti. 


IMAN


Peristiwa Isra Mikraj benar-benar menguji keimanan para sahabat dan pendukung risalah Islam. Di kala Baginda merasa begitu gembira apalagi saat dapat bertemu dengan Allah swt, perkongsian perjalanan suci ini ditempelak oleh kaum Quraisy. Baginda ditertawakan, di gelar gila dan berbagai cemuhan menghingap telinga. Ianya mengegarkan kepercayaan masyarakat. Al-Amin gelaran istimewa Rasululah s.a.w sudah tiada nilai di saat manusia mempunyai hati yang rosak dan menolak risalah Islam. Di saat kekecewaan itu, muncul insan mulia bernama Abu Bakar As-siddiq membenarkan peristiwa Isra’ dan mikraj. Ia menyuntik semangat untuk terus berdakwah.

Dalam kehidupan, iman dan semangat kita sering naik dan turun. Di saat kita senang, kita terlupa sedikit dengan ALLAH dan di saat kita sukar, ramai pula teman yang meminggir. Itu adalah fitrah. 

Jika Rasulullah saw mendapat hadiah istimewa daripada Allah saw pada bulan Rajab dengan peristiwa Isra’ Mi’raj, maka kisah Isra Mikraj juga mengundang hadiah ALLAH buat kita. ALLAH memberi kita bulan Rejab agar kita dapat memperkukuhkan iman kita, Iman akan wujudnya ALLAH, Tuhan yang Esa, Tuhan yang satu yang bersemayam di Arash.

Iman akan kewujudan para petugas ALLAH berupa para Malaikat
Iman kepada kewujudan Kitab-kitab suci
Iman akan adanya para Rasul dan Nabi serta Rasululah s.a.w, penutup segala nabi. 
Iman akan adanya hari Akhirat
Iman akan Qada’ dan Qadar, perkara ghaib, iman akan ketentuan ALLAH.


CINTA

Di kala Baginda s.a.w  berdukacita dan berhadapan dengan kehilangan insan-insan tersayang, ALLAH menunjukkan bahawa DIA lebih menyayangi. Di angkatNya darjat Rasululah s.a.w melalui proses isra’ dan mikraj, menjadi Pemimpin besar buat sekalian Rasul dan Nabi. 

Justeru, dalam konteks ini, Allah menghadiahkan Rejab, Syaaban dan Ramadan sebagai tanda cinta dan kasih kepada hambaNya. Di saat kita lalai dengan nikmat dunia, Ramadan melambai melalui lorong Rejab dan Syaaban. Rejab memberi kita ruang untuk Cinta ALLAH, Cinta Rasulullah saw dan Cinta akan para sahabat Baginda. 

Sudah tentu hadiah khas yang kita terima melalui Rasululah sa.w. ialah perintah Solat lima waktu sehari semalam. Ianya adalah tanda cinta ALLAH dan Rasululah s.a.w kepada kita. Solat adalah asas kejayaan. Perintah solat mengajar kita untuk menguruskan masa dengan baik, mengikut perintah dan tertib solat dan menjadi terapi kepada persoalan kehidupan yang sentiasa kita tempohi setiap detik dan saat. 

Kita dapat berbicara dengan ALLAH secara gratis dalam solat dan ketika memanjatkan doa.
Lantas, bagaimana untuk berjaya jika seruan kejayaan (hayya alassolah) kita tidak ambil peduli? 


PERJUANGAN

Bulan Rejab meninggalkan banyak kesan sejarah yang perlu kita hayati. Sejarah bukan untuk di simpan dalam muzium. Sejarah adalah untuk dihayati, diambil iktibar dan pencetus perubahan tamadun insan. Antara peristiwa signifikan berlaku dalam bulan Rejab adalah

1. Lahirnya  Imam As-Shafiee

Imam Syafie dilahirkan di Ghuzah-daerah Palestin, pada bulan Rejab 150 H atau 767 Masehi. Beliau menghafal 30 juzu’  Al-Quran ketika berumur 9 tahun,  Mengkaji dan memahami  kitab Al-Muwatha’, karangan Imam Malik, tidak lama kemudian Al-Muwatha’ telah dihafalnya pada usia 19 tahun. Kerana kebijaksanaannya  pada umur 15 tahun beliau telah dibenarkan  memberi fatwa di untuk  masyarakat dan menjawat sebagai guru  ilmu hadith serta menjadi mufti. Ketika berusia 20 tahun beliau merantau untuk mendalami ilmu  dengan  Imam Malik di Madinah, dan kemudian ke Irak, Parsi dan akhirnya kembali ke Madinah. 

2.  Pembebasan Palestin oleh Salahudin Al-Ayubi

Di bulan Rejab  tahun 583 H (1187 M), Shalahudin Al Ayubi  telah  memimpin pasukannya berangkat ke Baitulmuqaddis untuk membebaskannya dari cengkeraman tentera salib yang telah menguasainya selama hampir satu abad. Kemenangan Shalahudin sangatlah istimewa karena berjaya mengembalikan bumi Isra’ Mi’raj dan kiblat pertama kaum muslimin ke dalam pangkuan Islam. 


3.   Jatuhnya Kerajaan Uthmaniah

Pada 28 Rejab 1342 Hijrah  (3 Mac 1924M), Khilafah Uthmaniah telah berjaya dikuburkan secara rasmi oleh Mustafa Kamal At-Tarturk  Turki dengan dokongan Britain dan Perancis.  Di saat kerajaan Uthmaniah tamat,  umat kehilangan asas kepimpinan. Tiada lagi institusi yang mampu melindungi umat secara kolektif dan global. Syariah tidak lagi dijadikan asas negara, dan ideologi sekular dan kapitalisma di tanam ke dalam jiwa umat dengan penjajahan terancang. Kerajaan besar Uthmaniah telah dipecah-pecahkan kepada lebih 40 negara-negara kecil dengan berpaksikan  kaum, wilayah dan semangat kebangsaan yang merosakkan. Akibatnya, umat Islam terus berkelahi, merebut wilayah dan kekuasaan dan dipisahkan antara negara kaya dan miskin.


Rumusannya, bulan Rejab bukan sekadar bulan berkisar perjalanan Rasululah s.a.w  melalui peristiwa isra’ dan mikraj untuk kita kenang.  Tetapi bulan Rejab adalah bulan kita menilai tahap iman kita, status cinta kita kepada ALLAH, Rasululah s.a.w dan Islam serta bulan di mana kita menilai dan menghayati sejarah Islam agar umat akan lebih progresif. Imam As-Shafie menunjukkan contoh terbaik untuk umat menguasai ilmu, Salahudiin Al-Ayubi menunjukkan contoh membebaskan Baitulmuqaddis  dan kejatuhan Kerajaan Uthmaniah seharusnya memberi semangat untuk umat bangkit demi mengembalikan Khilafah dan kepimpinan dunia ke tangan umat Islam.


Saturday, January 19, 2013

Muhasabah: Buku Bila Pintu Hati Terbuka




Buku Bila Pintu Hati Terbuka (BPHT) kini sudah hampir 3 tahun berada di pasaran. Walaupun langkahnya agak perlahan dari sudut jualan, saya masih menerima email atau komen buku BPHT ini. 

Saya sangat berharap buku BPHT ini tidak mati begitu sahaja kerana ianya ditulis dari hati untuk empunya  hati yang hakikatnya hati ini perlu dibentuk dan dibajai. Ada 2 sebab utama buku BPHT (dan Haji Muda & Rindu Baitullah)  ini perlu saya teruskan promosinya. 

Pertama, kandungannya sangat penting bagi insan yang mahu mencapai satu matlamat yang tidak semua insan bersedia melakukannya. Ianya adalah satu CHALLENGE! Dikupas melalui pengalaman berharga atas anugerah pemilik nama ALLAH. 

Kedua, semua buku-buku saya sebahagian hasil jualan/royalti akan saya sumbangkan kepada Dana Annuiti Akhirat yang sedang KHM usahakan. Jika buku-buku saya terhenti jualan, maka tersangat lemahnya saya dalam usaha menambah royalti annuiti akhirat dan  menjejaskan usaha membantu golongan dhuaafa. 

Kepada penulis nota dibawah, mohon berhubung dengan saya di drridzwanbakar@gmail.com  atau facebook/drridzwan  

Berikut adalah beberapa nukilan berkait buku BPHT.

NOTA 1 (Dari Mama)

Salam Dr Ridz dan semua pembaca,
saya menemui buku yang sangat bernilai ini pada ketika saya di tahun 2 pengajian PhD ini. Ternyata buku ini memberi saya suatu nafas dan sinar baru dalam perjalanan penuh cabaran ini. Jujur saya katakan bahawa buku ini mempunyai roh yang sangat suci murni menyebabkan saya mengalirkan air mata dan sebak membacanya. Terima kasih yang tidak terhingga buat dr Ridz yang telah mengabadikan perjalanan PhD beliau buat tatapan generasi akan datang.   


Nota 2: (Dari Tinta Biru)

Alhamdulillah... buku Dr. yg telah saya perolehi 25 Sept telah selesai dibaca kemarin 5 Okt. Satu penceritaan kronologi perjalanan hamba dhoif yang agak santai & sempoi, tapi padat dgn ilmu yg bermanfaat, berilmiah & penuh dgn variasi minda positif..  Terima kasih kerana menyumbangkan idea & berkongsi pengalaman dalam usaha menggali ilmu PhD. Syukran Jaziilan ;-)

Nota 3: (Dari  Zuraini)


Salam Dr dan semua muslimin & muslimat.

Ketika ini saya berehat seketika..dan akan menyambung mukasurat yg ke 156 buku BILA PINTU HATI TERBUKA. Terlintas utk mencari blog Dr di internet saat ini. Saya menjumpai buku Dr ketika berlegar2 SACC mall bulan Nov lepas sempena promosi cuti sekolah dari MPH. Saya tidak sangka buku seperti ini telah ditulis. Belum sampai ke mukasurat 9 lagi airmata saya telah gugur membasahi pipi... dan tidak disitu sahaja. Terima kasih kerana telah menulis buku seperti ini..sangat berinspirasi. Sesungguhnya ujian perjalanan PhD ini amat hebat terutama ujian emosi...dan kini saya sedang melaluinya. Doakan kekuatan perjalanan saya dan mereka2 yang bergelar calon PhD. Semoga kami juga berjaya mendapat PhD. Amin.

Kepada pembaca buku-buku motivasi Islami tulisan saya, terima kasih dengan komen dan sokongan. Buku-buku yang saya tulis bukan untuk populariti tetapi lahir dengan semangat misi yang padu. Hasilnya bukan teori tetapi  mengajak kita sama-sama terjun dalam masyarakat.

Terima Kasih moga buku-buku saya dapat membantu kerja-kerja amal yang sedang KHM gerakkan.


Wednesday, September 19, 2012

Haji 1433H

Di kesempatan ini saya ingin mengucapkan Selamat Berangkat kepada semua jamaah Haji,
moga ALLAH memberi  haji mabrur dan peroleh pengalaman terbaik buat bekalan pasca Haji.


Moga tips yang dikongsi dalam buku ini dapat membantu jamaah Haji, InsyaALLAH.

Anda juga boleh hadiahkan buku ini kepada  para jamaah sebagai sokongan emosi dan minda.

Friday, September 14, 2012

Nukilan Rasa: Ramadan dan Perjalanan PhD



Buku 'Bila Pintu Hati Terbuka' (BPHT) sudah lebih kurang 2 tahun di pasaran. Dari sudut penjualan,  buku ini agak perlahan namun saya berharap idea dan perkongsian buku ini tidak terhenti disini. Ianya seharusnya bukan saja di baca tetapi perlu diamalkan. Banyak tips kehidupan dimuatkan di dalam buku ini. Ianya mampu memberi motivasi ketika diri di landa sepi.

Saya menulisnya kerana saya menghargai diri saya....



Di bawah ini saya petik nukilan rasa dari blog mamalal.blogspot.com (diekstrak copy paste pada 14 Sept 2012) mengenai buku ini. ibu muda ini sedang melanjutkan pengajian PhD dalam bidang aplikasi teknologi dalam perspektif Islam. Secara khusus mengenai keibuan/susu ibu. Kita sebagai hamba ALLAH, seharusnya menyokong usaha adik kita yang masih muda ini untuk membuat kajian dengan harapan dapat meningkatkan kualiti ummah. 

InsyaALLAH, Kelab Haji Muda akan terus menyokong usaha ini yang menjadi salah satu teras penubuhan KHM bagi membentuk semangat pra/pasca haji/umrah. Sebagaimana yang ditekankan dalam buku BPHT, ayuhlah kita berganding bahu melahirkan, 

'Satu Rumah Satu Dr', satu aspirasi peribadi saya yang perlu diusahakan secara kolektif bersama anda semua. MasyaAllah TabarakALLAH.


Tajuk:  Ramadan 1433H dan Perjalanan PhD

Sukar untuk saya gambarkan bagaimana perasaan saya dalam konteks pelajar PhD semenjak berlalunya Ramadhan 1433H (Ogos 2012M). Sehingga kini, 20 Syawal 1433H, saya masih teringat-ingat manisnya Ramadhan. Terkadang hati rasa sayu dan sebak bila memikirkan sempatkah aku menemui Ramadhan tahun depan?.. Benar, saya sangat sebak. Ramadhan yang lalu, saya tekadkan azam untuk 'Tidak Rugi Lagi'... Saya pertingkatkan amalan sunat, jauhi perkara lagha, dan berazam untuk menghidupkan malam-malam Ramadhan terutamanya 10 malam terakhir. 20 malam pertama Ramdhan, saya hanya berjaya bangun untuk solat tahajud hanya sebanyak 5 hari sahaja. Saya sangat kecewa kerana target saya adalah bangun sekurang-kurangnya selang sehari. Tetapi, itulah tahap iman saya. Pabila tiba malam 21 Ramadhan, saya kuatkan tekad untuk qiyamullail setiap malam, bangun seawal jam 3 pagi (beriktikaf di masjid) agar saya dapat mengecapi anugerah malam seribu bulan (yakni Lailatul Qadar-LQ)...

Sepanjang Ramadhan, saya memohon agar Allah SWT mengurniakan saya LQ. Ramadhan tahun ini memang berbeza. Keinginan kuat dan mendalam untuk mengejar LQ sangat hebat. Tidak seperti Ramadhan tahun-tahun yang lalu. Mungkin jika benar ia adalah kesan dari program yang saya hadiri bertajuk "Ramadhan dan Perjalanan PhD" pada Julai 2012 bertempat di IPG Bangi. Pada mulanya saya agak 'malas' untuk menghadiri program tersebut, tetapi saya gagahkan juga hati, biarpun pergi seorang diri (memang kebanyakan seminar, bengkel, program yang saya hadiri adalah seorang diri).

Syukur padaMu Ya Allah yang telah menemukan saya dengan seorang yang bagi saya sangat hebat dari segi misi, visi, wawasan, strategi dan tips-tips dalam menempuh PhD. Itulah Dr Ridzwan Bakar (blog beliau: http://ridzwan-bakar.blogspot.com/). Semasa mendengar ceramah beliau mengenai bagaimana Ramadhan dapat mengubah perjalanan seorang calon PhD, hati saya masih 'kering' dan hanya menerima sahaja apa  yang disampaikan.

Sehinggalah beliau mempromosikan buku tulisan beliau bertajuk "Bila Pintu Hati Terbuka" iaitu catatan perjalanan beliau menggapai ijazah kedoktoran dalam masa 40 bulan (pelajar separuh masa sambil bekerja di sektor korporat). Pada mulanya, hati berkira-kira untuk membeli buku yang hanya berharga RM15.00, sekali lagi saya gagahkan untuk membeli buku ini.


Rupa-rupanya, buku ini ibarat gedung emas, tersimpan di dalamnya pelbagai khazanah hikmah yang tiada bandingannya. Belum pernah saya temui seorang PhD holder yang berkongsi wawasan semurni ini. Kebiasaannya nasihat yang saya terima dalam perjalanan ini hanyalah berupa duniawi semata-mata. Tetapi Dr Ridz memberi satu sudut pandang yang sangat suci dan murni. Walaupun saya kira matlamat saya untuk memiliki PhD ini sudah jelas, tetapi dengan membaca buku ini, dr Ridz telah menggilap lagi matlamat itu agar ia bersinar dan mampu sampai ke arah yang dituju.

Ramadhan kali ini, jika benar saya telah menemui LQ, saya panjatkan kesyukuran padaMu Ya Ilahi. Tetapi jika belum rezeki saya untuk menikmatinya, maka kurniaMu yang telah menemukan saya dengan sosok tubuh insan mulia bernama Dr Ridz dan pandangan alam yang dikongsikan dalam bukunya ini, maka saya terlebih-lebih bersyukur ke hadratMu Ya Rabbi.

Doa saya semoga perjalanan PhD ini (baca: perjalanan yang amat mencabar ini) sentiasa diberkati, ditunjuki dengan hidayah Allah SWT.

Penutup kata, ingin saya kongsikan kata-kata hikmah yang membuat jiwa saya segar semula dalam menyelusuri perjalan ini...

"PhD bukanlah Permanent head Damage atau Pelajaran habis Dah, tetapi PhD adalah Perjalanan hamba Dhoif"

"PhD adalah perjalanan mencari keagunganNya. Amat manis bagi mereka yang telah melalui proses tarbiah yang amat panjang ini"

"Insan yang tidak menjumpai TUHAN di dalam proses ini adalah insan yang gagal"

"PhD bukanlah perjalanan intelektual semata-mata! Ia juga bukan perjalanan mengasah ego dan pemikiran sempit. Tetapi ijazah kedoktoran adalah perjalanan kecemerlangan emosi dan keluhuran komunikasi dengan manusia serta Tuhan"

akhir sekali...

"Belajar kerana mengejar pangkat dan kemewahan dunia akan hanya menambah beban. Ikhlaskan perjalanan ilmu untuk mencari redhaNya"

7 Sept 2012
Taman Sri Ukay


Sunday, October 16, 2011

TV9 Nasi Lemak Kopi O

Foto ihsan dari Kakak mama ju http://wanitaberkakilangit.blogspot.com/


Ramai bertanya saya samada diskusi Live TV9 pada minggu lepas 7 Oktober dapat di upload ke blog ini. Oleh kerana banyak permintaan, saya telah menghubungi Penerbit/Pegawai bertugas slot Nasi Lemak Kopi O namun dimaklumkan bahawa semua content adalah hak milik Tv9. Saya menghormati polisi pihak TV9.

Pun begitu, Alhamdulilah atas ihsan mama ju di blog beliau, maka saya kepilkan foto diskusi yang di kendalikan oleh Sdr Aziz Desa.

Terima kasih dengan foto ihsan mama ju ini. Adalah juga kenangan untuk saya simpan.


Saturday, September 10, 2011

Alhamdulilah Best Seller!

Alhamdulilah. Saya bersyukur kepada ALLAH jika buku Rindu Baitullah telah dikategorikan dalam kelompok buku 'Best Seller'. Terima kasih kepada semua yang membantu menyiapkan buku ini. Ianya amat bermakna khususnya di dalam usaha murni untuk berkongsi yang terbaik untuk bakal Tetamu ALLAH.

Kepada bakal jamaah Haji yang bakal berangkat akhir bulan ini, usahakanlah mengambil yang terbaik dari tip-tip penting dan butiran perkongsian di dalam buku ini. Moga ALLAh mengizinkan anda memperolehi haji/umrah mabrurah.


Thursday, August 18, 2011

Buku Rindu Baitullah



Alhamdulilah, buku Rindu Baitullah telah diulang cetak pada minggu ini. Saya bersyukur kepada ALLAH kerana telah mengizinkan buku Rindu Baitullah untuk mengisi ruang buku motivasi Islami untuk bacaan umum. Moga ALLAH akan mengukuhkan keazaman saya untuk terus memberi sumbangan dan berkongsi dari sudut penulisan dan ceramah umum.

Terima kasih dengan sokongan anda semua. Buku Rindu Baitullah tidak akan wujud tanpa anda bersama-sama menyokong usaha murni bagi membuka hati dan akal kita untuk terus mendekatkan diri kepada ALLAH.


Friday, July 8, 2011

Slot REHAL Sinar Harian 8 Julai 2011


Di pagi Jumaat yang mulia ini, dengan rasa rendah hati saya ingin merakamkan ucapan Terima Kasih dengan sokongan moral dari semua bagi membantu menjayakan misi hidup kita bersama. Dunia yang semakin menghimpit, hipokrasi mengila dan fitnah merupakan antara tribulasi hebat yang kita sama-sama perlu lalui. Kita juga kadang-kadang dihimpit oleh segelintir manusia yang negative dalam menjalani bahtera kehidupan. Atau mungkin juga kita bertemu dengan keadaan manusia yang mempunyai tempurung kepala yang sempit sehingga menyempitkan jiwa dan hati kita untuk meneruskan agenda yang lebih mustahak sebagai generasi AL-Qur’an.

InsyaALLAH saya dijemput untuk memberi khutbah pada hari ini. Dan InsyaALLAH saya akan sentuh akan pentingnya kita membina jambatan kasih sayang sesama insan. Jambatan kasih sayang inilah yang akan menjadikan kita umat yang kuat dan digeruni. Rasululah s.a.w mengingatkan kita supaya sentiasa mengasihi sesama muslim dan tegas dengan golongan manusia yang sombong. Islam di bawa oleh Rasululah sa.w. untuk mendidik hati manusia. Proses Isra’ mi’raj juga melibatkan proses pembersihan hati. Tarbiah inilah telah melahirkan satu jiwa besar bernama Umar Al-Khatab r.a. Beliau seorang sahabat yang setia, mendapat jaminan syurga, menjadi hamba paling hina di malam hari tetapi menjadi singa di siang hari demi menyatakan kebenaran Risalah Islam.

Saya juga ingin merakamkan penghargaan kepada krew Sinar Harian khususnya Puan RoshlaWaty kerana bersunguh-sungguh untuk mendapatkan masa saya untuk mengisi slot REHAL akhbar Sinar Harian Jumaat 8 Julai. Moga usaha berterusan pihak media ini akan lebih mengalakkan umat Islam melakukan perjalanan hati kembara di Tanah Suci. Kita perlu saling menyokong di dalam agenda mulia.

Terima kasih semua..


Friday, May 27, 2011

Terima kasih

Assalamualaikum,

Alhamdulilah saya bersyukur kepada ALLAH kerana kutipan Dana RB melalui platfom buku Rindu Baitullah telah mencecah RM408. Sasaran saya adalah untuk mengumpul RM1,000 menjelang Ramadan yang akan datang untuk dimajukan ke Pusat Tahfiz/anak yatim. Walaupun progress hanya 40%, sokongan tuan/puan selama ini amat saya hargai. Ini juga memberi makna, saya perlu bekerja keras untuk memenuhi sasaran RM1,000 ini.

Saya turut menghargai sumbangan individu-individu tertentu yang membeli dan membayar buku Rindu Baitullah lebih dari harga pasaran. Sumbangan ikhlas mereka hanya ALLAH yang akan mengiktirafnya.

Terima kasih.


Wednesday, May 4, 2011

Pengumuman Pesanan Rindu Baitullah

Assalamualaikum,

Alhamdulilah batch pertama lebih kurang 50 buah naskah buku Rindu Baitullah telah saya poskan semalam dan hari ini. Saya sedang proses Batch kedua dan akan poskan dalam sehari dua ini.

Bayaran buku tersebut bolehlah dikreditkan ke Akaun saya seperti berikut:-

Nama Bank: Maybank Islamik
No Akaun: 162441025583 Ridzwan Bakar

Harga buku RB RM16, BPHT RM15 dan Haji Muda RM19.
Kos Penghantaran: Sila lihat kotak Pos Ekspres samada RM6 atau RM4.50 .
Untuk pesanan lebih 3 naskah, penghantaran dibuat melalui parsel Pos.

Sila email saya tigeridz@gmail.com sekiranya buku telah diterima dan bayaran ke Akaun Bank di atas sudah dilakukan.

Oleh kerana saya tidak mempunyai stok untuk buku Haji MUda, maka saya tangguhkan dahulu penghantaran buku tersebut dan telah menguruskan penghantaran buku RB dan BPHT. Saya mohon maaf kepada saudara/i yang memesan buku Haji Muda (saya akan uruskan sebaik-baik stok buku Haji Muda saya perolehi).

Sebagaimana komitmen saya dengan sokongan tuan/puan, RM2 hasil jualan buku Rindu Baitullah akan saya masukkan ke Dana Amal RB yang akan kita dermakan ke Pusat Anak Yatim/Tahfiz.

Moga amalan yang kecil ini akan meringankan beban kita di Hari Mahsyar dan perjalanan Alam Barzakh yang bakal kita lalui.

"Ya ALLAH, terimalah amalan kami ini dan masukkanlah kami ke dalam golongan orang-orang yang ikhlas dan sabar." AMin..


Wednesday, April 27, 2011

Makluman

Assalamualaikum,

Saya menerima beberapa maklumbalas positif berkaitan buku Rinduku Pada Baitullah. Alhamdulilah. Juga Tahniah kepada mereka yang telah berusaha mendapatkannya di Pesta Buku di PWTC.

Untuk memudahkan pencarian, semua dijemput ke ruang jualan Grup KarangKraf, Dewan Tun Ismail PWTC.

Dikesempatan ini, saya juga berhasrat untuk bertemu dengan semua termasuk silent reader blog Haji Muda di Pesta Buku PWTC seperti berikut:-

Tarikh: 30 April 2011 (Sabtu)
Masa : 11.30am- 12.45pm
Lokasi: Grup Buku KarangKraf Dewan Tun Ismail

Saya juga ingin menjemput tuan-puan ke majlis pelancaran buku 50 Tips Haji karangan terbaru Prof Kamil pada tarikh yang sama jam 2 petang.

Terima kasih.

Monday, April 25, 2011

Sinopsis Rindu Baitullah



Rinduku Pada Baitullah adalah satu usaha penulis berkongsi bahawa Haji dan Umrah adalah perjalanan akses cinta Ilahi yang HEBAT. Ianya adalah lanjutan dari buku terdahulu iaitu buku BILA PINTU HATI TERBUKA dan HAJI MUDA dimana saya merasakan bahawa Haji bukan sekadar perjalanan fizikal bahkan menjangkau lautan kekuatan ruh dan emosi. Ia menjemput manusia membawa kotak minda untuk berfikir akan kebesaran ILAHI. Justeru, untuk mendapat Haji & Umrah terbaik, saya berusaha untuk berfikir, mengkaji dan ‘hands-on’ dengan amalan Haji/Umrah menerusi pengalaman sebenar. Akhirnya, saya merasakan tip-tip HAji & Umrah perlu dikembangkan dan buku BILA PINTU HATI TERBUKA dan HAJI MUDA dijadikan sandaran untuk saya menambahkan lagi tip-tip perjalanan HAJi & Umrah.

Buku ini disusun berdasarkan pengalaman Haji dan umrah yang telah saya lalui. Ianya juga bersandarkan kepada pengalaman memberi khidmat nasihat dan konsultansi kepada ramai individu yang memerlukan sokongan emosi dan fikiran sebelum melangkah ke Tanah Suci. Individu-individu ini berkomunikasi dengan saya samada melalui telefon, email, berjumpa sendiri dengan saya atau mencatat dalam blog http://ridzwan-bakar.blogspot.com. Mereka terdiri dari orang bujang, wanita yang suaminya enggan ke Tanah suci, ibu muda yang khuatir meninggalkan anak kecil , makcik yang takut untuk ke Mekah hingga kepada kes-kes berat yang menuntut jalan pulang menerusi jalan Taubat. Mereka juga datang bukan sahaja dari Malaysia bahkan hingga ke Singapura, Brunei, Indonesia, South Africa, Australia, Kanada dan UK. Terima kasih kepada mereka kerana telah memberi kepercayaan kepada saya untuk menghulurkan sedikit bantuan khidmat nasihat. Tanpa mereka, mungkin buku ini tidak ditulis. Tulisan ini juga menjemput saya untuk membuat kajian ilmiah serta merujuk kepada guru-guru agama yang memahami siluk-biluk Haji/Umrah. Ianya adalah satu proses transformasi diri yang mesti saya lalui.

Sinopsis buku ini ditulis di dalam koster semasa saya sedang di dalam perjalanan dari Madinah ke Mekah untuk melengkapkan Umrah Ramadan Ogos 2010. Kalimah Agung

Labaikallahu malaibaik,

labaikalahsyarikalabaik,

innalhamda wanikmata

walakmulk la syarikalak,

bergema di koster kecil ini.

Perjalanan di malam hari dengan butiran gemerlapan bintang-bintang di gurun pasir, mengetuk pintu hati saya untuk menyatakan bahawa ALLAH mencintai kita, ALLAH mahu kita mengakses cintaNYa di medan suci Mekah dan Madinah dan ALLAH mahu kita menjadi insan cemerlang paska Haji/Umrah. Itulah HADIAH ALLAH untuk kita. Akhirnya, HADIAH yang paling berharga ialah Haji Mabrur yang dijanjikan Syurga. Justeru mengapa kita tidak merindui Baitullah jika ALLAH mahu kita ke sana?

Mengapa kita dituntut melaungkan kalimah di atas ketika berihram? Sudah tentu ianya istimewa yang hanya diperintahkan kepada Tetamu ALLAH sahaja yakni hamba yang mahu melaksanakan Haji dan Umrah. Ianya adalah ibadah dimana kita membawa hati dan emosi bahawa kita benar-benar datang untuk menerima hadiah istimewa cinta Ilahi ini. Talbiah hebat ini menghiasi ketukan halus jari jemari di notebook kecil ini. Airmata keinsafan dan keseronokkan untuk hadir lagi di bumi yang dimuliakan ini tidak lagi tertahan. Laungan kalimah ini memberi emosi hebat buat saya untuk menyiapkan perkongsian bahawa ALLAH tidak akan lupakan kita. Saya menyedari bahawa ekspidisi Haji dan Umrah ini adalah Hadiah Istimewa Dari Langit untuk kita semua yang amat kita rindui.

Adalah menjadi harapan saya agar perkongsian dan tip-tip ini benar-benar bermanfaat untuk sidang pembaca yang mempunyai pelbagai latar belakang, isu dan matlamat. Hakikatnya, kita mempunyai matlamat yang satu iaitu mengabdikan diri kepada ALLAH.

Perbanyakkanlah selawat ke atas Nabi ’Allahuma solialasaidina Muhammad’ dan ucapkanlah ’Alhamdulilah’- Terima kasih ALLAH kerana KAU tidak akan lupakan kami.


Ridzwan Bakar, Shah Alam

Rabiulawal 1432H / Feb 2011


Wednesday, April 20, 2011

Pesanan Buku Rinduku Pada Baitullah




Alhamdulilah, sebagaimana buku-buku saya yang terdahulu, saya akan membuka pesanan melalui Pos.


A) PESANAN

Hingga pagi ini, saya sudah menerima hampir 40 email pesanan supaya diposkan buku ini dengan autograf sekali. InsyaALLAH saya akan uruskan penghantaran sebaik-baik buku diterima dari KarangKraf.

Harga Buku: RM16.00
Pos Ekspress : RM4.50 (untuk satu naskah). Tempahan untuk melebihi satu naskah, kos pos akan saya maklumkan melalui email.

Untuk pesanan sila email dengan gunakan:-

Tajuk email: Pesanan RB
Nama:
No Hanfon:
Alamat:
Bilangan Unit dibeli:
Jika perlu autograf, sila maklumkan nama untuk ditulis dalam buku:

Email Pesanan ke tigeridz@gmail.com


B) TABUNG AMAL- ANAK YATIM/TAHFIZ

Setiap buku yang dibeli melalui pesanan Pos ini, RM2 akan dimasukkan ke dalam Tabung Amal RB (Rindu Baitullah) yang akan saya serahkan kepada Pusat Tahfiz/Anak Yatim. Untuk makluman (sila baca entri blog ini pada bulan Ogos 2010), wang sebanyak hampir RM1,000 telah diserahkan kepada Pusat Tahfiz/Anak Yatim hasil dari sumbangan RM2 bagi setiap naskah buku BPHT.

InsyaALLAH, dengan pendekatan yang sama, saya meneruskan usaha Tabung AMal ini dengan harapan pembeli buku (membeli terus dari saya) bukan sahaja mendapat sedikit ilmu perkongsian malah akan menerima ganjaran Saham Akhirat. Saya akan istiqamah menyediakan satu platform untuk kita sama-sama melakukan kebaikan dan membersih diri dan hati demi ALLAH dan Rasul.

Sesungguhnya jalan dakwah adalah jalan yang amat mencabar untuk dilalui. Pelbagai mehnah serta fitnah perlu diharungi. Maka ampunilah kami Ya ALLAH.

Terima Kasih- Rinduku Pada Baitullah



Alhamdulilah saya difahamkan buku Rinduku Pada Baitullah sudah masuk bahagian Percetakkan. Usaha pihak penerbit- Karangkraf untuk menyiapkannya menjelang Pesta Buku hujung minggu ini hingga minggu depan perlulah saya hargai.

Jika anda ke Pesta Buku (Dewan Tun Ismail PWTC, KL), silalah ziarah ruang buku KarangKraf.

Saya amat menghargai kesungguhan Editor khususnya Kak Wan dan Azahar di dalam memastikan sasaran dicapai. Terima kasih juga kepada semua yang terlibat menghasilkannya seperti unit percetakkan, jurufoto, penasihat grafik hinggalah kepada pengawal keselamatan yang banyak memudahkan urusan penerbitan ini.

Tidak lupa terima kasih kepada guru-guru saya ustaz Khusairi, ustaz Samsudin, Prof Kamil; ahli keluarga, rakan-rakan saya khususnya Ustaz Zamri Zainal ABidin (IKIM), ustaz Zahazan, ustaz Khairi, Rosli Ibrahim, Zarea, Awang, Azahar dan ramai lagi yang sentiasa membantu saya menghasilkan karya untuk jalan kebaikan.

Tidak lupa kepada mereka yang menyahut tawaran saya untuk menyumbang sajak-sajak, kata-kata ringkas dan seumpamanya khususnya kepada abang Zul, Zuraini, Zarea, Rosli, Azahar dan Firdaus. Terima kasih juga kepada Cik Puan Sharliza dan Fadila untuk perkongsian hidup yang boleh dijadikan panduan tips Rinduku Pada Baitullah. InsyaALLAH, anda semua akan berkongsi pahala dengan lahirnya buku ini (ALLAH tidak lupakan anda semua).

Terima kasih kepada mak yang sentiasa mendoakan saya dan isteri saya kerana sentiasa bersabar atas usaha kecil ini.

Dan kepada semua Pengunjung Setia & Silent Reader Blog Haji Muda- Terima kasih dengan sokongan.


Thursday, April 14, 2011

Buku Rinduku Pada Baitullah


Alhamdulilah dengan Kebesaran ALLAH dan keizinanNYA, buku ke-3 saya berjudul "RINDUKU PADA BAITULLAH" akan masuk fasa akhir buku iaitu percetakkan pada Isnin atau SElasa minggu depan.

Gambar kulit buku ini baru sahaja dimajukan kepada saya sebentar tadi selepas melalui proses screening sidang editor. Mereka bekerja siang malam, sabtu dan Ahad bagi memastikan buku istimewa ini dapat dikeluarkan menjelang Pesta Buku Malaysia minggu hadapan.


Kulit Depan Buku



Kulit Belakang Buku



InsyaALLAH saya akan war-warkan di dalam blog ini untuk tempahan tuan/puan & Pengunjung setia blog Haji Muda.


Wednesday, March 2, 2011

Jemputan

Assalamualaikum semua,

Saya berbesar hati mempelawa tuan/puan/saudara/i untuk menghantar dan berkongsi sajak atau nukilan hati untuk dimasukkan ke dalam buku saya yang terbaru berkaitan dengan Haji & Umrah.

Manuskrip buku ini sedang melalui proses editing dan insyaALLAH akan siap sepenuhnya pada akhir bulan Mac 2011.

1. Sajak atau nukilan hendaklah berkait dengan tema buku berkaitan Haji atau UMrah.
2. Panjang tidak lebih satu mukasurat .
3. Keputusan untuk memilih sajak/nukilan adalah di bawah budi bicara Ketua Editor.
4. Ganjaran:- Tiada ganjaran duniawi diberikan. Namun saya akan usahakan nama tuan/puan/sdr/i tertera di akhir sajak/nukilan. Ianya akan menjadi copyright Penerbit. Ganjaran mutlak adalah milik ALLAH dan itu yang seharusnya kita kejar.


Matlamat Buku:
1. Berdakwah mengajak masyarakat segerakan Haji/UMrah
2. Memberi banyak tips Haji/Umrah berpandukan rujukan dan pengalaman sebenar hands-on Haji/umrah.

Sila majukan sajak/nukilan ke email saya tigeridz@gmail.com selewatnya Sabtu 5 Mac 2011.

Terima kasih dengan sokongan. Projek ini adalah projek kita bersama sebagai bekalan menemui Tuhan Semesta Alam.

Tuesday, February 8, 2011

MPH: Pilihan Terkini

Foto di ambil di MPH SACC 3hb Feb 2011

Ramai yang bertanya saya samada buku BPHT ada dijual di kedai. Ya! sebenarnya buku tersebut ada dijual khususnya di MPH. Contohnya, anda boleh mendapatkan naskah buku Bila Pintu Hati Terbuka (BPHT) di MPH SACC Shah Alam. Ianya berada di rak ‘Pilihan Terkini’. Jika tiada di rak tersebut, tuan-puan boleh bertanya pegawai bertugas di MPH atau kedai-kedai buku.

Jika masih sukar memperolehinya, bolehlah email saya di tigeridz@gmail.com

Saturday, December 25, 2010

Hidup Bagai Bayang-Bayang


Kewajipan Menuntut Ilmu Tidak ada Batas Usia
Ilmu mampu memperbaiki Hati dan Fikiran
Ilmu juga menjemput izzah dan kemuliaan

Hidup di dunia ini
bagai memburu bayang-bayang yang bergerak
Makin dikejar, makin hampir senja....

Sesungguhnya hati dan jiwa yang tenang
mampu mendekatkan diri dengan Ilahi
persis sekeping hati
yang hampir dengan gelombang sakinah
di bumi Mekah dan Madinah

Petikan Buku Bila Pintu Hati Terbuka (sebahagian ekstrak).

Saturday, March 27, 2010

Majalah ILuvislam Bil 4 15-31 Mac 2010


Anda sudah tentu pernah dengar mengenai Majalah ILuvIslam (berbentuk akhbar). Ianya baru sahaja lahir lebih kurang sebulan lalu. Dengar harga RM2 ramai yang mampu memilikinya.

Alhamdulilah diskusi saya dengan majalah ini telah disiarkan di mukasurat 11 muka penuh di dalam keluaran terbaru Bil 4 15-31 Mac 2010. Sesi diskusi telah dibuat dua minggu sebelum saya berangkat ke Tanah Suci. Saya ingin mengucapkan Jazakallahu khairan khathiran kepada Ketua editor, wartawan dan team iluvislam kerana memberi saya ruang untuk melahirkan idea dan wawasan di kolum majalah ini.

Secara ringkas, saya berkongsi wawasan untuk mengajak masyarakat sama-sama memajukan diri, menguasai ilmu dan menjadikan Haji/Umrah sebagai daya motivasi unggul.



Dapatkan naskah anda
untuk mengetahui
mengapa saya perlu berusaha
melaksanakan misi kecil ini.

Thursday, March 11, 2010

Outer Journey Ikhlas Dan Komen BPHT & HM

InsyaALLAH saya akan keluar negara selama dua minggu untuk program peribadi ‘Outer Journey- Ikhlas’. Mencari tahap ikhlas bukan mudah but I must do it! Bersama-sama saya ada seramai lebih kurang 17 orang untuk sama-sama reprogram misi hidup ini dan sama-sama menghayati Outer Journey Ikhlas Program.

InsyaALLAH jika ada kesempatan saya akan update blog ini dari masa ke semasa sepanjang dua minggu ini.

Supaya blog ini tidak sepi, saya menjemput tuan-puan untuk memberi komen pengisian dan perkongsian buku BPHT dan HM. Komen-komen membina dari tuan-puan saya amat hargai agar ceramah-ceramah dan penulisan saya lebih mantap dan energetik.

Di kesempatan ini, saya pohon maaf kepada pengunjung setia blog HM jika ada salah silap di pihak saya. Juga maaf kerana jarang update blog kerana alasan ’sibuk’. Juga maaf kepada sahabat-sahabat Masjid Al-Munawwarah dan Persatuan Penduduk kerana tidak dapat memberi perhatian khusus buat anda.

Kepada tuan/puan di luar lembah Kelang, jika BPHT belum juga tiba di kedai-kedai utama di tempat anda, sila lawat www.alaf21.com.my dan boleh membuat pesanan terus ke Penerbit atau telefon 03-5511 8820.