Followers- Jalinan Ukhuwah

Showing posts with label Motivation. Show all posts
Showing posts with label Motivation. Show all posts

Monday, May 18, 2015

Best Friend

                      A man's best friend is his wife.










Wednesday, August 6, 2014

KHM Inspirasi: Hidup Miskin Tapi Happy

                                Pengalaman Ramadan di bumi orang mengajar saya erti hidup.


 
KHM Inspirasi
"Meraih harta sememangnya sukar. Tetapi lebih sukar untuk mengendalikan harta supaya kelihatan sederhana dan bermanfaat".

Hidup miskin tapi Happy..

Saturday, May 10, 2014

Bahagia Dengan Usaha




Allah menurunkan Al-Qur’an untuk memacu hidup kita agar sentiasa menyedari bahawa kita adalah hamba.  Kita diingatkan supaya  fokus  (melalui solat dan tawaf),  mendisiplinkan waktu dan  mebuat amal soleh.   Secara fitrahnya, orang yang  berusaha melakukan  amal soleh akan dilimpahkan ruang-ruang bahagia dalam hidup. Lebih bahagia  bilamana kita menyedari bahawa  usaha kita ini mempunyai  matlamat, bukan kerja kosong mengisi  waktu  yang hilang arah tuju. 





Ramai orang-orang ternama yang bekerja untuk mencari kemahsyuran.   Ada juga yang jutawan  dan  intelek terjerumus ke lembah  nikmat mahsyur  yang hanya membawa kebahagian palsu.  Allah telah menjanjikan jika kita berusaha kuat untuk  kehidupan dunia, maka kita akan dapat  apa yang kita inginkan berupa kekayaan, kemahsyuran, pangkat, pengiktirafan dan wanita cantik; tetapi ini adalah kejayaan dan kebahagian dunia.  Dan barangsiapa  yang bekerja kuat memaksimakan urusan akhirat  semata-mata untuk ALLAH, sudah pasti mereka akan memperolehi  kebahagiaan dunia dan akhirat. 

Ramai pemimpin dunia  bekejar untuk  mendapat  anugerah noble dunia.  Mereka memperoleh  kemahsyuran, kekayaan dan pujian,  namun  jauh di hati mereka berperang untuk mencipta kebahgiaan hati.  Hati mereka jauh dari ALLAH  dan  dipandang sepi oleh malaikat.  

Moga ALLAH melimpahkan  barakah untuk kita melalui detik hidup yang bahagia. Rejab, Syaaban dan Ramadan  adalah hadiah ALLAH untuk kita mencermin  kembali  hidup dan amalan kita.

Thursday, February 21, 2013

Tips of Happiness



 Today is a malam jumaat (Friday night). It is an important night in Malay customs. We pray together in a family/society  and recite sura yaseen in a group.  When I was  young, I used to enjoy this practice.  Happiness comes through at least once a week.
 Tomorrow is  Friday,  Of course important to muslims.  Thus, I would like to invite myself and fellow followers to start life  happily.
First, say Alhamdulilah & thank you ALLAH for all the bounties and safety that ALLAH has grant us.
Second,  express  gratitude for those things and people that are closest to you.
Third, sincerely infaq/ give charity to the poor and the needy.
Fourth, spare time for ourselves.  Isolate physical and mind from any disturbances.  Concentrate our mind and recite  zikir, name of ALLAH or  read few verses of Qur’an.  We need this quality time for our personal  development.  
    Finally, start your happy day with things that you are passionate.
    Enjoy your  life and plan your weekend.  May ALLAH guide us the best path of life.

Tuesday, October 16, 2012

Tip HDS #5- Sedekah Kemboja (Program KHM #6/2012)


 ALhamdulilah, sudah empat tips dikongsi mengenai Hargailah Diri Sendiri (HDS). Tip seterusnya (No 5) adalah hargailah diri sendiri dengan bersedekah.  Ketika hidup inilah kita perlu banyakkan sedekah.  Jika kita sudah meninggalkan dunia ini, peluang sedekah sudah hilang dengan sendirinya.  Nilai   sedekah dengan tangan kita sendiri  sudah tentu tidak sama dengan sedekah anak-anak kita bila kita berada di alam barzakh nanti.  Bagi mereka yang sudah berniat dan telah berkorban  Ringgit Malaysia/Dollar Brunei/Dollat Singapura, mereka sebenarnya telah berusaha untuk menghargai diri sendiri. 

InsyaALLAH  jika diizinkan ALLAH, saya akan berangkat ke Kemboja minggu depan untuk menguruskan  program Korban KHM.  Sebagaimana   yang telah dimaklumkan sebelum ini, sebanyak  19 ekor lembu akan  diuruskan bagi pihak  peserta  program Korban KHM.  InsyaALLAh  saya juga akan meninjau  ‘business opportunity Annuity Akhirat’  yang telah saya dan  exco KHM fikirkan  antaranya  membangunkan kompleks  tarbiah & tahfiz  untuk warga muslim dhua’fa,  meninjau tapak untuk  membina Kompleks  Hospital Mukmin  (KHM)  dan  kerjasama membangunkan  ekonomi  masyarakat  yang sangat memerlukan (model ekonomi syariah yang sedang saya bantu  di  Bandung Indonesia akan diterapkan disini, InsyaALLAH).  Sekilas pandang,  cabaran di Kemboja ini  mungkin lebih hebat  dari  peluang pelaburan akhirat di Indonesia.   Ia bukan mudah, tetapi tidak mustahil!

Nota: Kejayaan  model  ekonomi syariah Bandung  Indonesia ini akan menjadi pemangkin kepada  wujudnya banyak lagi  micro-system  berlandaskan syariah  untuk masyarakat  dhu’afa dan  susah.  Moga ALLAH memberikan saya dan teman-teman kekuatan  atas semangat  Haji/Umrah.

Kami (KHM) dan anda semua tentu gembira  jika kita sama-sama dapat  berganding bahu  membebaskan golongan  dhu’afa  keluar dari kesempitan hidup  dan kemiskinan  melalui  jalan  wadah Annuiti Akhirat ini. 

ALLAH  s.w.t  telah menjanjikan  bahawa  orang yang  gembira  membantu orang lain gembira,  akan memperolehi annuti kegembiraan  yang tidak dapat diukur dengan  nilai  Ringgit/Dollar. Justeru, hargailah diri sendiri dengan bersedekah.

Orang yang senang  membantu orang lain senang,  akan memperolehi  kesenangan  diluar kotak nikmat  timbunan harta.

Di kesempatan ini,  InsyaALLAH  saya  dan KHM  akan berusaha memberi sumbangan  bagi Institut Tarbiah As-Shabab  Kemboja  bagi  membantu  beban pembinaan  Kompleks Pendidikan Muslim.  Jika anda  berhasrat  untuk menginfaqkan sedikit  wang,  mohon di kreditkan ke akaun  berikut:

Nama Akaun:  KHM Dana Annuiti Akhirat
No Akaun:        14-180-01-0013422
Bank:                 Bank Islam M’sia Bhd  (Cawangan  Menara TM Kuala Lumpur)
International Swift Code:  BIMBMYKL

Tarikh Tutup Sumbangan:  23  Oktober 2012


Terima kasih dengan sokongan. 

Sunday, October 14, 2012

Tip HDS #4- Manfaatkan 10 Awal Zulhijjah


Foto:  Bukankah indah jika kita berada di sini di saat ini...... 
Hargailah Diri SEndiri (HDS #5) dengan menghidupkan 10 awal Zulhijjah).


Assalamualaikum semua pengunjung yang saya kasihi,

InsyaALLAH, esok kita akan melangkah hari ke 29 Zulkaedah. Dengan lain perkataan, hari Selasa ini 1 Zulhijjah adalah termasuk dalam tempoh waktu yang perlu kita hidupkan. Bagi mereka yang berada di Tanah Suci, mereka adalah bertuah dipilih untuk menjadi Tetamu Khas Ar Rahman ArRahim. Mereka sangat-sangat bertuah. Ramai teman-teman kita yang tidak dipilih olehNYA akibat faktor Visa Haji. 

Baru-baru ini saya bertemu dengan seorang kawan. Beliau menangis kerana tidak dipilih untuk menunaikan Haji, tangisan yang bukan dibuat-buat. Dia serius dan sungguh-sungguh melengkapkan diri untuk menyarung jersi Ihram untuk mentransform diri melalui Haji. Tetapi, ALLAH belum jemput sahabat saya ini.

Justeru adakah kawan saya ini dan kita semua yang tidak terpilih berada di dalam kerugian?

Hakikatnya, ALLAH sentiasa mengasihi kita. Lantaran itu, penulisan kali ini ialah HARGAILAH DIRI SENDIRI dengan berusaha memperkemaskan diri dengan memanfaatkan 10 hari pertama bulan Zulhijjah. Di bawah ini saya petik buah tangan tulisan seorang ulama terkenal. (Maaf sumber artikel ini dinafikan access oleh Kapersky ANti virus kerana Blocked by Web Anti-Virus.Reason: malicious link).  Yang penting kandungannya yang baik untuk muhasabah diri kita yang sentiasa leka dibuai mimpi dunia.

Kepada peserta IBADAH KORBAN Kelab Haji Muda seramai 133 orang (19 ekor lembu), sila beri perhatian dan baca artikel ini dengan teliti. Cuba buat sebaik mungkin dari tips ini agar ibadah Korban kita bukan sahaja diterima ALLAH bahkan melangkau jauh membina iman dan istiqamah kita di jalan ALLAH.

**************************************************

KELEBIHAN SEPULUH HARI AWAL BULAN ZULHIJJAH
Posted by Abu Anas Madani on 11 Oktober 2012

بسم الله الرحمن الرحيم
الحمد لله رب العالمين، والصلاة والسلام على سيد المرسلين وعلى آله وصحبه أجمعين. وبعد:

Di antara kelebihan dan kurniaan Allah untuk hamba-Nya ialah dijadikan bagi mereka beberapa musim untuk memperbanyakkan amal ibadat dengan dijanjikan pahala yang berganda banyaknya.

 Salah satunya ialah:

Sepuluh hari yang terawal pada bulan Zulhijjah. File PDF, pamplet boleh download di SINI (Kelebihan 10 Awal Zulhijjah)

Beberapa dalil daripada Al-Quran dan Hadis telah menyebut tentang kelebihannya:

1. Firman Allah SWT:

 [ وَالْفَجْرِ وَلَيَالٍ عَشْر]
[سورة الفجر: 1-2]

Maksudnya: {Demi fajar dan malam yang sepuluh.} [Al-Fajr: 1-2]

Kata Ibnu Kathir:  Yang dimaksudkan di sini ialah sepuluh malam yang pertama pada bulan Zulhijjah. Demikian juga tafsiran Ibnu Abbas, Ibnu Az-Zubair, Mujahid dan lainnya. [HR: Imam Bukhari].

2. Dari Ibnu Abbas RA, Rasulullah SAW telah bersabda:

((مَا مِنْ أَيَّامٍ، الْعَمَلُ الصَّالِحُ فِيهِنَّ أَحَبُّ إِلَى اللَّهِ مِنْ هَذِهِ الأَيَّامِ  -يَعْنِي أَيَّامَ الْعَشْرِ- قَالُوا: يَا رَسُولَ اللَّهِ وَلا الْجِهَادُ فِي سَبِيلِ اللَّهِ؟
قَالَ: وَلا الْجِهَادُ فِي سَبِيلِ اللَّهِ، إِلا رَجُلٌ خَرَجَ بِنَفْسِهِ وَمَالِهِ فَلَمْ يَرْجِعْ مِنْ ذَلِكَ بِشَيْءٍ)).[رواه اأحمد 1968، والترمذي 757، واللفظ له].
Maksudnya: “Tidak ada hari yang amal soleh padanya lebih dikasihi Allah selain dari hari-hari yang sepuluh ini.” Para sahabat bertanya: Walaupun berjihad di jalan Allah?Rasulullah bersabda: “Walaupun berjihad di jalan Allah, kecuali lelaki yang keluar (berjihad) membawa diri serta hartanya dan tidak kembali lagi selepas itu (syahid).” [HR: Ahmad, At-Tirmizi].

3. Firman Allah SWT:

 {وَيَذْكُرُوا اسْمَ اللَّهِ فِي أَيَّامٍ مَّعْلُومَاتٍ} [سورة الحج: 28]
Maksudnya: {Hendaklah kamu menyebut nama Allah pada hari-hari yang ditentukan.} [Surah Al-Haj: 28].

Kata Ibnu Abbas RA: Maksudnya ialah hari-hari yang sepuluh itu.

4. Dari Ibnu Umar RA, Rasulullah SAW bersabda:

((مَا مِنْ أَيَّامٍ أَعْظَمُ عِنْدَ اللهِ، وَلا أَحَبُّ إِلَيْهِ مِنْ الْعَمَلِ فِيهِنَّ مِنْ هَذِهِ الأَيَّامِ الْعَشْرِ، فَأَكْثِرُوا فِيهِنَّ مِنْ التَّهْلِيلِ وَالتَّكْبِيرِ وَالتَّحْمِيدِ))
[رواه أحمد 5446-صحيح]

Maksudnya: “Tidak ada hari yang lebih besar di sisi Allah SWT dan beramal padanya lebih dikasihi oleh Allah dari hari-hari yang sepuluh ini. Maka perbanyakkanlah padanya bertahlil, bertakbir dan bertahmid.”

5. Adalah Said bin Jubir RA (perawi yang meriwayatkan Hadis Ibnu Abbas di atas) apabila tiba hari yang tersebut beliau beribadat bersungguh-sungguh sedaya-upayanya. [HR Ad-Darimi- Hasan].

6. Kata Al-Hafiz Ibnu Hajar: Yang jelasnya, di antara sebab keistimewaan sepuluh hari Zulhijjah ini ialah kerana terhimpun di dalamnya beberapa ibadat yang besar iaitu: Solat, puasa, sedekah dan Haji. Pada waktu lain, ibadat-ibadat ini tidak pernah terhimpun sebegitu.

AMALAN-AMALAN YANG BAIK DILAKUKAN PADA HARI-HARI TERSEBUT:

1. SOLAT. Disunatkan keluar cepat menuju ke tempat solat fardhu (berjemaah) dan memperbanyakkan solat sunat kerana ianya sebaik-baik amalan. Thauban RA berkata: Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda (maksudnya): “Hendaklah kamu memperbanyakkan sujud kepada Allah, kerana setiap kali kamu sujud kepada-Nya, Allah akan angkatkan darjatmu kepada-Nya dan dihapuskan kesalahanmu.” [HR Muslim]. Ini umum untuk semua waktu.

2. PUASA. Kerana ia juga termasuk di dalam amalan soleh. Dari Hunaidah bin Khalid, dari isterinya, dari setengah isteri-isteri Rasulullah SAW berkata: “Rasulullah SAW berpuasa pada hari sembilan Zulhijjah, pada hari Asyura (10 Muharram) dan tiga hari pada setiap bulan.” [HR Imam Ahmad, Abu Daud dan Nasa’ei]

Kata Imam An-Nawawi: Berpuasa pada hari-hari sepuluh adalah sunat yang sangat digalakkan.

3. TAKBIR, TAHLIL dan TAHMID. Ini kerana hadis Ibnu Umar yang di atas mengatakan: “Maka perbanyakkanlah padanya bertahlil (mengucapkan La-ilaha-illaLlah), bertakbir (mengucapkan Allahu-Akbar) dan bertahmid (mengucapkan Alhamdulillah).”

Kata Imam Bukhari:  “Ibnu Umar dan Abu Hurairah RA menuju ke pasar pada hari-hari sepuluh dan bertakbir. Orang ramai yang mendengarnya kemudian turut bertakbir sama.”

Katanya lagi: “Ibnu Umar sewaktu berada di dalam khemahnya di Mina bertakbir, apabila orang ramai yang berada di masjid dan pasar mendengarnya, mereka turut bertakbir sama sehingga Mina riuh dengan suara takbir.”

Ibnu Umar RA bertakbir di Mina pada hari-hari tersebut selepas mengerjakan solat, pada waktu rehat, di dalam majlis dan di semua tempat. Maka sunat mengangkat suara sewaktu bertakbir berdasarkan perbuatan Sayyidina Umar, anaknya dan Abu Hurairah RA.

Adalah patut sekali para muslimin sekarang menghidupkan kembali sunnah yang telah dilupakan pada hari ini, sehinggakan orang-orang yang baik pun telah melupakannya, tidak seperti  orang-orang soleh yang terdahulu.

Antara lafaz-lafaz takbir yang diriwayatkan oleh para sahabat dan tabiin:

الله أَكْبَر. الله أكْبَر. الله أكْبَر كَبِيْراً.
الله أكْبَر. الله أكْبَر. لا إِلهَ إِلا الله وَالله أكْبَر.
الله أكْبَر. وَلِلّهِ الْحَمْد.
الله أكْبَر. الله أكْبَر. الله أكْبَر.
 لا إِلهَ إلا الله وَالله أكْبَر.
الله أكْبَر. الله أكْبَر . وَلله الْحَمْد.



4. PUASA PADA HARI ARAFAH. Hendaklah berpuasa bagi sesiapa yang mampu pada hari Arafah (9 Zulhijjah) kerana amalan ini telah sabit dari Rasulullah SAW. Baginda telah bersabda mengenai kelebihannya.

 ((صِيَامُ يَوْمِ عَرَفَةَ أَحْتَسِبُ عَلَى اللهِ أَنْ يُكَفِّرَ السَّنَةَ الَّتِي قَبْلَهُ وَالسَّنَةَ الَّتِي بَعْدَهُ)) [رواه مسلم]
Maksudnya: “Aku mengharapkan Allah menghapuskan kesalahan setahun yang lalu dan setahun yang akan datang.” [HR Muslim].

PERINGATAN: Ini hanyalah disunatkan untuk orang  yang TIDAK mengerjakan haji sahaja. Tetapi bagi jemaah haji yang sedang berwukuf di Arafah tidak disunatkan berpuasa kerana Rasulullah SAW tidak berpuasa sewaktu Baginda wukuf di Arafah iaitu pada tahun Baginda mengerjakan haji.

5. KELEBIHAN HARI RAYA KORBAN (YAUM AN-NAHR), 10 ZULHIJJAH.

Kebanyakan orang Islam telah lupa akan kelebihan hari ini. Kebesaran dan kelebihan perhimpunan umat Islam yang begitu ramai dari seluruh pelusuk dunia. Sesetengah ulama’ berpendapat hari ini ialah hari yang paling afdhal didalam setahun sehingga melebihi hari Arafah.

Kata Ibnu Al-Qayyim: Sebaik-baik hari di sisi Allah ialah hari Nahr, iaitu hari Haji yang besar (Hajj Al-Akbar), seperti yang tersebut di dalam Sunan Abi Daud [No.1765], hadis Rasulullah SAW yang bermaksud: “Sesungguhnya hari yang paling besar di sisi Allah ialah hari Nahr, kemudian hari Qar”. (Hari Qar ialah hari yang para jamaah haji mabit (bermalam) di Mina iaitu hari kesebelas Zulhijjah).

Setengah ulama’ lain pula berpendapat hari Arafah lebih afdhal kerana berpuasa pada hari itu mengampunkan dua tahun kesalahan, tidak ada hari lain yang Allah merdekakan hamba-Nya lebih ramai daripada hari Arafah dan pada hari itu juga Allah SWT turun menghampiri hamba-Nya dan berbangga kepada malaikat dengan hamba-Nya yang berwukuf pada hari tersebut.

Yang lebih tepatnya ialah pendapat yang pertama (Hari Nahr), kerana hadis telah jelas menyebutkan kelebihannya dan tidak ada yang menyalahinya.

Samada hari Nahr  atau hari Arafah yang lebih utama, hendaklah setiap muslim, yang bermukim atau yang mengerjakan haji mengambil peluang ini dengan sepenuhnya untuk mendapatkan kelebihan beribadat pada keduanya.

CARA MENYAMBUT MUSIM KEBAJIKAN:

1. Setiap muslim hendaklah menyambut kedatangan musim kebajikan umumnya dengan bertaubat yang sebenar-benarnya, meninggalkan segala dosa dan maksiat kerana dosalah yang menyekat manusia dari kebaikan dan menjauhkannya dari Tuhannya.

2. Menanam semangat dan azam yang kuat untuk mendapatkan keredhaan Allah SWT. Firman Allah SWT yang bermaksud: {Dan orang-orang yang berjihad untuk (mencari keredhaan) Kami, nescaya Kami tunjukkan kepada mereka jalan Kami. Dan sesungguhnya Allah benar-benar bersama mereka yang berbuat baik.} [Al-Ankabut: 69].

Contohi Korban Nabi Ibrahim ( Hajar & Ismail)



Perhatian kepada mereka yang ingin melakukan Ibadat korban!

Sabda Rasulullah SAW: Maksudnya: “Apabila masuk sepuluh terawal bulan Zulhijjah dan seseorang itu telah berniat untuk menunaikan ibadat korban, maka janganlah dia membuang (memotong) bulu dan kukunya.” [HR Muslim].

Kata Imam Nawawi rhm: “Para ulama’ berbeza pendapat tentang hukum hadis ini, Imam Ahmad dan sebahagian ulama’ Syafei mengatakan haram perbuatan menghilangkan bulu tadi, tetapi Imam Syafei dan ulama’nya yang lain mengatakan ia adalah makruh tanzih (iaitu makruh yang sangat besar dan hampir kepada haram).” [Syarah Sahih Muslim].

Maka sebaik-baiknya bagi kita adalah mengelakkan perkara tersebut dan melakukan persedian pada awalnya lagi untuk menghadapi larangan yang besar ini.

Akhirnya, sama-samalah kita berdoa semoga  kita dipilih oleh Allah untuk termasuk ke dalam golongan mereka yang berlumba-lumba untuk melakukan kebaikan. Sekian, wassalam.


وصلى الله وسلم على نبينا محمد، وعلى آله وأصحابه أجمعين.
– Madinah Munawwarah, 30 Zulqi’dah 1418H / 28 Mac 1998.
Suntingan terbaru: 19 Zulqi’dah 1426H / 21 Dec 2005.  [18 ذو القعدة 1433 هـ- 04/10/2012م ]

Wallahu a’lam.

Wednesday, October 10, 2012

Tips HDS #3- Al-Qur'an akan menghargai kita

Tips kali ini ialah Hargailah diri dengan  membaca Qur’an  biarpun Cuma sepotong ayat sehari.   

Kita adalah hamba ALLAH yang lemah.  Jika kita tidak mampu menghargai diri sendiri, siapa  pula yang peduli pasal diri kita.  AL_Qur’an  akan menghargai kita  di hari mahsyar, memberi kita sakinah ketenangan, hati kita bisa hidup, dinaikkan darjat  dan gandaan kebajikan.


1.    Al-Quran akan memberikan pertolongan pada Hari Kiamat.
Dari Abu Umamah radhiAllahu `anhu katanya:  ”Saya mendengar Rasulullah sallAllahu `alaihi wasallam bersabda: 
“Bacalah olehmu semua akan al-Quran itu, sebab al-Quran itu akan datang pada Hari Kiamat sebagai sesuatu yang dapat memberikan syafa`at (pertolongan) kepada orang-orang yang memilikinya (mengamalkannya).”(HR Muslim)

Dari an-Nawwas bin Sam`an radhiAllahu `anhu katanya:  ”Saya mendengar Rasulullah sallAllahu `alaihi wasallam bersabda: 
“Al-Quran itu akan didatangkan pada Hari Kiamat nanti, demikian pula ahli-ahli al-Quran iaitu orang-orang yang mengamalkan al-Quran itu di dunia, didahului oleh surah al-Baqarah dan surah ali-Imran. Kedua surat ini menjadi hujah untuk keselamatan orang yang mempunyainya (membaca, memikirkan dan mengamalkan).” (Riwayat Muslim)
  
2.   Menjemput ketenangan
Dari al-Bara’ bin `Azib radhiAllahu `anhu katanya: 
“Ada seorang lelaki membaca surat al-Kahfi dan ia mempunyai seekor kuda yang diikat dengan dua utas tali, kemudian tampaklah awan menutupinya. Awan tadi mendekat dan kuda itu lari dari awan tersebut. Setelah pagi datang, orang itu mendatangi Nabi sallAllahu `alaihi wasallam menyebutkan apa yang terjadi atas dirinya itu.  Baginda sallAllahu `alaihi wasallam lalu bersabda: “Itu adalah sakinah (ketenangan yang disertai oleh malaikat) yang turun untuk mendengarkan bacaan al-Quran itu.”  

3.  Hati pembaca AL-Quran akan hidup
Dari Ibnu `Abbas radhiallahu ‘anhuma, katanya:  ”Rasulullah sallAllahu `alaihi wasallam bersabda: 
“Sesungguhnya orang yang dalam hatinya tidak ada sesuatu apapun dari al-Quran (tidak ada sedikitpun dari ayat-ayat al-Quran yang dihafalnya), maka ia adalah seperti rumah yang kosong.”  (HR at-Tarmidzi)

 4.  Mendapat  Kebaikan jika al-Quran dibaca secara tartil
Dari `Abdullah bin `Amr bin al-`As radhiallahu ‘anhuma dari Nabi sallAllahu `alaihi wasallam, sabdanya:
“Dikatakanlah, nanti ketika akan masuk syurga- kepada orang yang mempunyai al-Quran (gemar membaca, mengingat-ingat kandungannya serta mengamalkan isinya): “Bacalah dan naikilah darjatmu (dalam syurga) serta tartilkanlah (yakni membaca perlahan-lahan) sebagaimana engkau mentartilkannya dulu ketika di dunia, sebab sesungguhnya tempat kedudukanmu adalah pada akhir ayat yang engkau baca.”  (HR at-Tarmidzi)

5.  Ganjaran-  Membaca satu huruf dari al-Quran akan diganjari 10 kebaikan. 
Dari Ibnu Mas`ud radhiAllahu `anhu katanya:  ”Rasulullah sallAllahu `alaihi wasallam bersabda:
“Barangsiapa yang membaca satu huruf dari kitabullah (al-Quran), maka ia memperoleh satu kebaikan, sedang satu kebaikan itu akan dibalas dengan sepuluh kali ganda seperti itu.  Aku tidak mengatakan bahwa ‘alif lam mim’ itu satu huruf, tetapi ‘alif’ adalah satu huruf, ‘lam’ satu huruf dan ‘mim’ juga satu huruf.”      (HR at-Tarmidzi)



Moga ALLAH mengampuni dosa kita dan melapangkan hati dan rezeki kita, InsyaALLAH.



Wednesday, September 19, 2012

Tip No 2 Hargai Diri Sendiri (HDS): Solat Subuh



Nota:  Seronoknya solat Subuh di Masjidil Haram   



Rasululah s.a.w  telah  bersabda (Riwayat Abu Hurairah),

“Sesungguhnya solat yang paling berat  bagi orang munafik adalah solat Isya’ dan solat Subuh.”
                                                                                               


Tip HM HDS kali ini ialah tunaikanlah  Solat Subuh.  Dari lima waktu solat yang diwajibkan, solat subuhlah yang paling mencabar.  Tidur adalah satu nikmat yang diberikan oleh ALLAH kepada kita.  Akibat kelalaian, kita terlanggar solat Subuh atau mungkin solat Subuh  bersifat Subuh gajah.  

Dalam satu program, saya pernah bertanya  mahasiswa/I   siapa yang solat Subuh pagi itu?  Jawapannya, tidak sampai 20%  yang menunaikan solat Subuh.  Dengan lain perkataan, hampir  80%  gagal ujian ini.  Mungkin inilah sebabnya, kualiti mahasiswa/I   semakin  merosot.  Bila generasi muda gagal ujian Subuh, apa yang kita hendak harapkan Islam tertegak  dan ekonomi ummah terbela?

Blog ini menekankan Hargailah Diri dengan Solat Subuh.  Kita akan gagal pada hari di mana kita lupakan solat Subuh atas apa sahaja alasan.  Hari tanpa Solat Subuh akan  menjadikan kita  hidup tanpa energi.  Kita mungkin bangun dan  berlagak pandai  tetapi kita tidak akan peroleh hikmah dan kebijaksanaan. 

Bila kita hargai diri sendiri, nescaya ALLAH turut menghargai diri kita yang amat mendambakan cinta ALLAH. Allah akan kukuhkan diri kita dan perjuangan kita dengan keutamaan solat Subuh. Bagi muslimah, ingatkan suami, anak lelaki atau saudara lelaki supaya bangun awal dan tunaikan solat Subuh berjamaah di masjid. 

Hakikatnya, Kita perlukan cahaya di dunia apatah lagi cahaya ketika meniti titian sirat, di Padang Mahsyar.  Maka doa ini boleh diamalkan,


“YA ALLAH, berikanlah cahaya pada hati, lisan, telinga dan mata kami. Jadikanlah cahaya dari belakang, depan dan di bawah kami. Ya ALLAH  berikanlah kepada hambaMU ini cahaya.”


Riwayat Abdullah bin Abbas- doa di atas dibaca oleh Rasululah s.a.w sebelum keluar untuk solat Subuh.


Friday, September 14, 2012

Nukilan Rasa: Ramadan dan Perjalanan PhD



Buku 'Bila Pintu Hati Terbuka' (BPHT) sudah lebih kurang 2 tahun di pasaran. Dari sudut penjualan,  buku ini agak perlahan namun saya berharap idea dan perkongsian buku ini tidak terhenti disini. Ianya seharusnya bukan saja di baca tetapi perlu diamalkan. Banyak tips kehidupan dimuatkan di dalam buku ini. Ianya mampu memberi motivasi ketika diri di landa sepi.

Saya menulisnya kerana saya menghargai diri saya....



Di bawah ini saya petik nukilan rasa dari blog mamalal.blogspot.com (diekstrak copy paste pada 14 Sept 2012) mengenai buku ini. ibu muda ini sedang melanjutkan pengajian PhD dalam bidang aplikasi teknologi dalam perspektif Islam. Secara khusus mengenai keibuan/susu ibu. Kita sebagai hamba ALLAH, seharusnya menyokong usaha adik kita yang masih muda ini untuk membuat kajian dengan harapan dapat meningkatkan kualiti ummah. 

InsyaALLAH, Kelab Haji Muda akan terus menyokong usaha ini yang menjadi salah satu teras penubuhan KHM bagi membentuk semangat pra/pasca haji/umrah. Sebagaimana yang ditekankan dalam buku BPHT, ayuhlah kita berganding bahu melahirkan, 

'Satu Rumah Satu Dr', satu aspirasi peribadi saya yang perlu diusahakan secara kolektif bersama anda semua. MasyaAllah TabarakALLAH.


Tajuk:  Ramadan 1433H dan Perjalanan PhD

Sukar untuk saya gambarkan bagaimana perasaan saya dalam konteks pelajar PhD semenjak berlalunya Ramadhan 1433H (Ogos 2012M). Sehingga kini, 20 Syawal 1433H, saya masih teringat-ingat manisnya Ramadhan. Terkadang hati rasa sayu dan sebak bila memikirkan sempatkah aku menemui Ramadhan tahun depan?.. Benar, saya sangat sebak. Ramadhan yang lalu, saya tekadkan azam untuk 'Tidak Rugi Lagi'... Saya pertingkatkan amalan sunat, jauhi perkara lagha, dan berazam untuk menghidupkan malam-malam Ramadhan terutamanya 10 malam terakhir. 20 malam pertama Ramdhan, saya hanya berjaya bangun untuk solat tahajud hanya sebanyak 5 hari sahaja. Saya sangat kecewa kerana target saya adalah bangun sekurang-kurangnya selang sehari. Tetapi, itulah tahap iman saya. Pabila tiba malam 21 Ramadhan, saya kuatkan tekad untuk qiyamullail setiap malam, bangun seawal jam 3 pagi (beriktikaf di masjid) agar saya dapat mengecapi anugerah malam seribu bulan (yakni Lailatul Qadar-LQ)...

Sepanjang Ramadhan, saya memohon agar Allah SWT mengurniakan saya LQ. Ramadhan tahun ini memang berbeza. Keinginan kuat dan mendalam untuk mengejar LQ sangat hebat. Tidak seperti Ramadhan tahun-tahun yang lalu. Mungkin jika benar ia adalah kesan dari program yang saya hadiri bertajuk "Ramadhan dan Perjalanan PhD" pada Julai 2012 bertempat di IPG Bangi. Pada mulanya saya agak 'malas' untuk menghadiri program tersebut, tetapi saya gagahkan juga hati, biarpun pergi seorang diri (memang kebanyakan seminar, bengkel, program yang saya hadiri adalah seorang diri).

Syukur padaMu Ya Allah yang telah menemukan saya dengan seorang yang bagi saya sangat hebat dari segi misi, visi, wawasan, strategi dan tips-tips dalam menempuh PhD. Itulah Dr Ridzwan Bakar (blog beliau: http://ridzwan-bakar.blogspot.com/). Semasa mendengar ceramah beliau mengenai bagaimana Ramadhan dapat mengubah perjalanan seorang calon PhD, hati saya masih 'kering' dan hanya menerima sahaja apa  yang disampaikan.

Sehinggalah beliau mempromosikan buku tulisan beliau bertajuk "Bila Pintu Hati Terbuka" iaitu catatan perjalanan beliau menggapai ijazah kedoktoran dalam masa 40 bulan (pelajar separuh masa sambil bekerja di sektor korporat). Pada mulanya, hati berkira-kira untuk membeli buku yang hanya berharga RM15.00, sekali lagi saya gagahkan untuk membeli buku ini.


Rupa-rupanya, buku ini ibarat gedung emas, tersimpan di dalamnya pelbagai khazanah hikmah yang tiada bandingannya. Belum pernah saya temui seorang PhD holder yang berkongsi wawasan semurni ini. Kebiasaannya nasihat yang saya terima dalam perjalanan ini hanyalah berupa duniawi semata-mata. Tetapi Dr Ridz memberi satu sudut pandang yang sangat suci dan murni. Walaupun saya kira matlamat saya untuk memiliki PhD ini sudah jelas, tetapi dengan membaca buku ini, dr Ridz telah menggilap lagi matlamat itu agar ia bersinar dan mampu sampai ke arah yang dituju.

Ramadhan kali ini, jika benar saya telah menemui LQ, saya panjatkan kesyukuran padaMu Ya Ilahi. Tetapi jika belum rezeki saya untuk menikmatinya, maka kurniaMu yang telah menemukan saya dengan sosok tubuh insan mulia bernama Dr Ridz dan pandangan alam yang dikongsikan dalam bukunya ini, maka saya terlebih-lebih bersyukur ke hadratMu Ya Rabbi.

Doa saya semoga perjalanan PhD ini (baca: perjalanan yang amat mencabar ini) sentiasa diberkati, ditunjuki dengan hidayah Allah SWT.

Penutup kata, ingin saya kongsikan kata-kata hikmah yang membuat jiwa saya segar semula dalam menyelusuri perjalan ini...

"PhD bukanlah Permanent head Damage atau Pelajaran habis Dah, tetapi PhD adalah Perjalanan hamba Dhoif"

"PhD adalah perjalanan mencari keagunganNya. Amat manis bagi mereka yang telah melalui proses tarbiah yang amat panjang ini"

"Insan yang tidak menjumpai TUHAN di dalam proses ini adalah insan yang gagal"

"PhD bukanlah perjalanan intelektual semata-mata! Ia juga bukan perjalanan mengasah ego dan pemikiran sempit. Tetapi ijazah kedoktoran adalah perjalanan kecemerlangan emosi dan keluhuran komunikasi dengan manusia serta Tuhan"

akhir sekali...

"Belajar kerana mengejar pangkat dan kemewahan dunia akan hanya menambah beban. Ikhlaskan perjalanan ilmu untuk mencari redhaNya"

7 Sept 2012
Taman Sri Ukay


Wednesday, September 12, 2012

Tip #1 - HDS - Cintailah Diri SEndiri


TIP No 1 HARGAI DIRI SENDIRI (HDS)– Cintailah Diri Sendiri



Nota HM:  Insan yang ikhlas mencintai diri sendiri, sesungguhnya akan mampu menarik golongan pencinta kehidupan.


Setiap pagi bila kita bangun tidur, kita akan melihat cermin.  Rumah tanpa cermin dianggap tidak hidup. Boleh dikatakan setiap rumah mempunyai cermin di setiap bilik termasuk bilik air.  Dalam keretapun ada  cermin. Di surau, masjid hatta di tandas awam juga tidak terlepas dari benda yang bernama cermin. Diri pula seakan tidak sempurna di pagi itu. Contoh mudah, bila kita melakukan aktiviti camping dan bermalam, sudah pasti kita sedikit risau mengenai wajah kita kerana tiada cermin yang di bawa. Kita tidak dapat lihat wajah kita.

Ya cermin itu penting!

Itu adalah tabiat yang sangat baik kerana kita amat perihatin dengan wajah kita. Tanpa mengira lelaki atau perempuan, sebiji jerawat  di muka akan merimaskan hati. Ianya fitrah.  Kita mahu kelihatan tampan dan jelita. ALLAH juga mahu kita cantik. Lebih cantik bila dihiasi dengan akhlaq yang baik.


Sesungguhnya, kita tidak mampu untuk menghargai diri sendiri jika kita tidak menilai diri kita tinggi. We need to value ourselves.  Cinta diri sendiri bukan bermaksud  kita mencipta ego, sombong atau takabbur.

Jika kita tidak cintai diri sendiri, apakah orang lain akan mencintai kita?
JIka kita tidak mencintai diri sendiri, apakah mungkin kita mengenal ALLAH?
Jika kita tidak cinta diri sendiri, bagaimana untuk kita mencintai hamba-hamba ALLAH?

Ianya adalah tahap kesyukuran kita dengan pemberian ALLAH.  Tiada manusia yang sempurna.

Baru-baru ini ketika beriktikaf di Dataran Kaabah, saya melihat jari saya. Tidak kelihatan cacat celanya. Saya berkata kepada jamaah umrah, apa lagi yang kita hendak minta kepada ALLAH?  Tidak cukupkah dengan apa yang kita ada?  10 jari ditangan kita ini sudah cukup membuktikan kebesaran ALLAH.  Apa lagi kita nak minta kepada ALLAH?

Hargailah diri sendiri kerana ia mampu membina keyakinan diri dan self-esteem. Dunia kita akan berkembang bila kita melihat diri kita secara positif.

Dunia kita akan kelihatan besar  dan seronok bila kita hargai diri sendiri dengan menyatakan “I love myself, Aku cintai diriku seadanya…”

Appreciate the gifts that ALLAH has given you and the beauties that ALLAH has bestowed upon you.


Tips: 
Mulakan hari ini dengan rasa cinta pada diri sendiri. Luahkan cinta kepada diri sendiri  5 minit sebelum dan selepas bangun dari tidur. Lihat cermin lantas berdoa “Ya ALLAH, ALhamdulilah dengan setiap pemberianMU, Aku cinta MU, aku mencintai RAsulMU Muhammad s.a.w dan aku mencintai diriku atas anugerahMU. Perbaiki Akhlaqku dan izinkan aku menjadi insan yang lebih baik dari semalam.”


Tips Hargai Diri Sendiri - Pengenalan


Nota:  Tiada sebab untuk tidak bahagia.....



Berapa kali kita sebut dalam diri bahawa "Aku sememangnya bahagia?"

Berapa kerap anda menghargai diri sendiri? 

Bila soalan ini diajukan kepada rakan-rakan, secara rambang mereka menjawab “Aku tak pernah terfikir hendak hargai diri sendiri!” , 
“Alamak Wan, kau perangkap aku pagi ini..”

Mengapa jadi begitu?

Pada hemat saya, kita bukanlah langsung tidak hargai diri sendiri tetapi kita  samada kurang atau tidak sedar bahawa kita sememangnya sudahpun menghargai diri sendiri tanpa disedari. Kita jadi begini kerana kita lebih fokuskan dunia luar, focus kepada orang lain bukan  diri sendiri. Bila tumpuan diberikan kepada orang lain dan dunia yang kita tidak mampu mengubahnya, maka kita lalai untuk menghargai diri sendiri.

Juga tanpa disedari, kita letakkan diri kita ditahap rendah (rendah diri dan tahap rendah hidup adalah dua perkara berbeza).  

Contohnya, “Aku ni tak cerdik, sebab tu bos tak suka aku…”  atau 
"Aku ni tak de ilmu, camne nak gi Haji."

Memandangkan  topic ‘hargai diri sendiri’ ini penting (pada hemat saya), maka InsyaALLAH saya akan berkongsi tip-tip penting bagaimana untuk kita hargai diri sendiri. Ianya akan ditulis dalam  13 siri (13 tips)  supaya ianya mudah difahami dan yang lebih utama dapat kita sama-sama amalkan, InsyaALLAH.

Moga penulisan dan perkongsian ini bermanfaat. 


Thursday, March 1, 2012

Slot Motivasi:- WHI TV3




Alhamdulilah, slot Wanita Hari Ini TV3 Rabu 29 Feb 2012 telah berjalan dengan baik. Tetamu undangan termasuk selebriti Buzen dan Zaina. Diskusi 30 minit ini telah membuka beberapa peluang untuk diskusi lanjutan. Bukan setakat berakhir di Studio B Seri Pentas, selepas sessi tersebut ramai juga menelefon dan email saya bagaimana untuk menunaikan solat Dhuha.

Yang penting, saya sudah menyampaikan amanah untuk mengalakkan masyarakat kita untuk kahwin pada usia muda. (Satu lagi misi selepas HAJI MUDA).

Bagi anda yang terlepas peluang menonton slot WHI live, anda boleh mencuba ke www.tonton.com.my search TV3 Wanita Hari ini episode 43.


Tuesday, May 17, 2011

Kejar Pangkat

Bila kita sibuk mengejar pangkat (mendaki corporate ladder) ,
maka ramailah yang kita akan pijak.....

Assalamualaikum,

Alhamdulilah ALLAH mengizinkan kita bertemu lagi di blog kerdil ini. Moga ALLAh mengizinkan kita untuk terus berhubung di alam maya ini biar jauh manapun kita berada.

Kita sering mendengar cerita atau melihat sendiri manusia-manusia yang rakus mengejar pangkat dan harta. Ada juga menggunakan khidmat bomoh supaya dipilih mengisi sesuatu jawatan. Tidak kurang juga yang melobi, menonjolkan diri hatta menjaga hati isteri bos agar mendapat laluan ekspress merebut sesuatu jawatan.

Kelmarin, ada seorang teman menelefon saya menyatakan kekecewaan dan geram kerana tidak dipilih mengisi jawatan yang diidamkan. Setelah berhempas pulas melobi dan menjaga bos, akhirnya jawatan yang direbut di isi oleh orang lain. Semua orang dipersalahkan termasuk bos sendiri. Lebih dahsyat tuhan turut ditarik sama untuk disalahkan. Saya sekadar mendengar. (nota: jika hamba ALLAH ini membaca buku Bila Pintu Hati Terbuka, beliau akan temui tips menangani perkara ini).

Belum sempat saya memberi pandangan, saya menerima sms dari sahabat saya al-fadzil ustaz Dr Zahazan yang berbunyi, “Taqwa adalah menjauhkan diri kita dari perkara-perkara yang menjauhkan diri dari ALLAH.” SMS tersebut tepat pada masanya.

Ya, Taqwa sepatutnya menjadi sandaran hidup kita.

Bila pangkat menjadi priority, maka himpunan kekecewaan mula memasuki uncang hati. Sebab itu (nota: pada hemat saya) jika bos-bos mementingkan pangkat dan mengejar harta ianya hanya bakal melahirkan anggota bawahan yang turut saya kena tempias mengejar duniawi (kecuali jika mereka melanggar arus).

Di dalam organizer peribadi, saya catatkan satu perkara penting untuk saya baca dan fahami setiap pagi iaitu

“Kerja kerana ALLAH; JANGAN kejar pangkat!”

Ungkapan mudah ini sentiasa mengingatkan saya setiap pagi sebelum membuka organizer untuk melihat temujanji dan perkara yang perlu diberes pada hari tersebut.

Apapun takwa adalah teras untuk kita melalui onak hidup.

Diakhir bicara, saya mengingatkan diri sendiri dan rakan saya ini agar tidak perlu rasa kecewa dengan apa yang berlaku. Dunia ini tidak akan kiamat dengan satu kekecewaan. ALLAH memberi lorong ilmu dan pengalaman untuk kita lalui.

Dr Abdullah Al-Qarni menyebut bahawa takwa tidak boleh seiring dengan nilai bukan takwa. Maka kita perlu sama-sama berusaha meningkatkan takwa khususnya bulan-bulan istimewa Rejab, Syaaban dan Ramadan yang hanya beberapa hari sahaja lagi bakal menghadirkan diri.


Thursday, January 13, 2011

Give Up!


Pernahkan anda give up dalam hidup atau apa yang anda usahakan?

Saya yakin jawapannya ialah “Ya”.

Mungkin satu ketika dulu kita give up dengan cikgu, kawan-kawan, boyfriend/girl friend, rakan sekelas, bos yang banyak kerenah, bos yang pentingkan diri sendiri, give up dengan golongan bodoh sombong atau mungkin juga hilangnya keyakinan dengan hidup.

Baru-baru ini seorang hamba ALLAH berbangsa Iran bertemu saya meluahkan persoalan hidup. Ungkapan beliau “I want to pack my things and go back to Iran.”

Wah! Saya fikirkan bangsa Parsi/Iran tahan lasak. Rupanya lebih kurang sahaja dengan kita. Saya berkongsi dengan beliau bahawa satu ketika dahulu empayar Parsi adalah satu empayar yang gagah dan disegani. Mereka mampu menguasai kawasan yang luas kerana nafsu. Namun Islam memimpin nafsu itu dengan jalan Rabbani. Itulah kelebihan generasi pertama Qur’an yang lebih gagah dari empayar Parsi. Mereka ada Qur’an dalam diri. Mereka terjemahkan Qur’an dalam perbuatan, perkataan dan amalan sehingga empayar gagah mampu dijinakkan.

Saya katakan kepada hamba ALLAH ini, “There is no such word as Give Up in Islam”.

Bila kita mempunyai misi dan impian, terseliuh diperjalanan adalah perkara biasa. Teruskan menapak biar apa sekalipun masyarakat sekeliling ingin katakan. Ramai insan disekeliling kita yang akan bawa kita ke bawah. Ada juga yang akan kata “mustahil untuk mencapai sasaran tersebut”. Atau perkataan biasa "Kalau dah terseliuh tu, tak payahlah hendak kejar sasaran".

Nota ringkas saya,- Tolak tepi apa orang hendak cakap asalkan kita yakin kita melakukan perkara terbaik untuk diri sendiri dan tidak membelakangkan Qur’an dan Sunnah.

Don’t let anyone destroy your dreams…..Take Charge!