Followers- Jalinan Ukhuwah

Showing posts with label Umrah. Show all posts
Showing posts with label Umrah. Show all posts

Wednesday, November 15, 2017

UMRAH JALAN MEMAHAMI REZEKI



“Menjadi Tetamu Allah, doanya dikabulkan, dosanya diampuni.”  (HR Ibnu Majah)

Kelmarin saya singgah solat Maghrib di Blue Mosque Shah Alam. Selepas solat  sunat, mata saya liar mencari seseorang. Kelibat insan ini tidak kelihatan.  Biasanya beliau berada di saf no 1. Tapi kali ini tidak muncul. Mungkin dia kurang sihat, bisik hati. 

Ketika melangkah untuk meninggalkan ruang utama solat, terlihat  kelibatan orang tua ini sedang sujud. Usianya lebih dari 80 tahun tetapi masih istiqamah solat berjamaah di Masjid. Saya tunggu orang tua ini. Selepas beliau memberi salam, saya terus menghampiri beliau, menangkap tangan kanan beliau dan menciumnya. Sudah menjadi kebiasaan bilamana bertemu orang tua ilmuwan ini, saya akan terus mendakap dan cium tangan beliau. 

“Dr Ridzwan, I am proud of you. Continue your vision despite many obstacles. Just do what you believe, Allah will guarantee your rezeki”  Nada Professor ini sentiasa konsisten di saat saya menganggukkan kepala membenam semangat.

Ya... menjadi Tetamu ALLAH  dijanjikan rezeki, yakni doa di kabulkan  dan rezeki dosa diampuni.

Apa lagi yang kita hendak? 


Ramai orang yang sudah bersara dengan pencen bulanan lebih RM3,000 sebulan atau  pencen dengan nilai KWSP RM1 juta masih mahu menimbun harta dan kekayaan.  Masjid masjid walaupun majority warga emas, bilangan orang pencen yang datang ke masjid masih jauh untuk dibanggakan.  Isu tekanan hidup dan  mencari rezeki dijadikan alasan melalaikan hati untuk ke masjid. Sedangkan  pencen bulanan atau wang KWSP jauh mencukupi untuk  hidup sederhana alam pencen. 

Hakikatnya, Rezeki dijanjikan ALLAH, tetapi kita masih menekan diri sendiri untuk kerja kuat mencari wang. Kemudian kita mengeluh wang tidak cukup, kerajaan korup dan terlalu mencari salah orang lain.

Umrah menbuka peluang dan keistimewaan untuk diri kita dekat kepada ALLAH. Bila kita terpilih untuk menjadi Tetamu ALLAH, sujud syukurlah kerana itu sebahagian dari rezeki.  

Ada insan yang punya wang, tetapi tidak punya masa
Ada manusia yang punya harta, tetapi tidak punya kuasa dan daya
Ada insan berjawatan besar, namun hati kecil untuk menjadi tetamu ALLAH

Pelbagai alasan untuk golongan ini menutup pintu rezeki sendiri. Lebih percaya kepandaian dan takut rugi bisnes dan jawatan dari rugi mengaut rezeki.

Umrah menjemput kuasa yang luar biasa. Kita menadah tangan sekuat hati tidak malu meminta kekayaan, tetapi di dalam diam DOSA kita diampunkan. 
Kita merancang kekayaan dan keberhasilan tetapi  Allah memberi Al-Falah yang tiada tandingan
Kita mengeluh akibat kesusahan tetapi ALLAH menyuluh sinar ketenangan 

Umrah adalah proses mendamaikan hati, renjisan kedamaian.  Bila doa lambat diperkenan, ia mendidik kesabaran.

“Wahai hambaKU
Engkau punya keinginan dan Aku punya kehendak
Dan tidak akan berlaku melainkan atas kehendakKu
Jika engkau menyerahkan keinginanmu kepada kehendakKu,
Maka Aku akan penuhi semua keinginanmu...

Namun jika engkau mengikuti keinginanmu
Maka Aku akan menjadikanmu penat lelah dengan apa yang engkau inginkan”

(HR Ath-Tabrani)

Jangan ikut kehendak hati dan nafsu buas, kerana kita akan penat mencari rezeki.

Monday, November 13, 2017

RINDU DALAM KESULITAN



Malam kelmarin, saya mencapai buku Rindu Baitullah. Buku yang telah berusia 5 tahun.  Saya selak satu persatu helaian naskah, ianya lahir dari hati dan pengalaman.

Di dalam Khutbah Jumaat  3 Nov 2017 yang telah saya sampaikan di sebuah Masjid di Kota Bandung saya telah berkongsi  kepentingan ukhuwah, menjaga hati dan membelai hati.  Hati sangat penting untuk dijaga dan dihargai.  Perlu memasuki zon  kebahagiaan hati. Satu zon penting kebahagiaan hati ialah dengan bermusafir ke Tanah Suci, melakukan ibadah haji atau umrah.
Ibadah Haji dan Umrah kelihatan sulit dan payah.  Terlalu banyak prosedur  dan kos yang sentiasa meningkat.  Melancong ke London atau Beijing pun tidaklah sesulit  ke Tanah Suci. Namun, Dalam kesulitan dan kepayahan,  masih ramai merindui Baitullah.  Ibadah yang seronok walaupun sulit.  

Bila ALLAH menjemput tiada siapa mampu menghalang.  Itulah dia, Tetamu istimewa Ar Rahman. 

Kehidupan seharian menjanjikan hati dan fizikal kita sibuk dengan urusan duniawi, sebahagiannya agak melalaikan. Kadang kadang terlupa peranan sebagai hamba Ar Rahman. Kita lebih suka menjadi tuan dan dimuliakan. Sibuk kepada perkara yang tidak perlu atau tiada nilai di sisi Tuhan. Bila menerima whatsapp mesej dari grup kawan-kawan (termasuk grup Masjid), kebanyakkan  mesej  kurang  memberi manfaat. Lebih banyak cerita politik, kutuk mengutuk dan mengeluh. Itulah dia kehidupan manusia. Penuh dengan keluh kesah dan komplain.

Rasa sangat bertuah bila menjadi Dhuyufur Rahman.  Kita  mula sibuk persiapkan diri ke Tanah Suci walaupun mungkin sudah berkali kali menunaikan Haji dan umrah. 


Haji dan Umrah sangat istimewa. Kita belajar mendidik hati yang sentiasa keras, ego melambung dan belajar menangis. Hati yang keras mana bisa menangis, takut akan janji ALLAH dan berita dahsyatnya kiamat.

Di tanahair, kita banyak gelak ketawa, berhibur dan memenuhkan perut. Tengah malam sebelum tidurpun, kita tercari cari makanan. Restoran Mamak pula merancakkan nafsu makan dengan khidmat 23 jam sehari. Makan non-stop. Bila sakit, hospital swasta juga yang untung. 

Malam malam juga kita sibuk berwhatsapp dan berFB. Terlupa dengan Janji pertemuan dengan ALLAH.

Haji dan Umrah membentuk hati. Hati supaya kembali kepada Sang Pencipta. Mengakui kita Cuma hamba, tidak punya apa-apa.

Ketika kita bertawaf, antaranya kita mengadu,
“Ya ALLAH, lindungilah aku di bawah naungan singgahsana Mu pada hari yang tidak ada naungan selain naungan Mu, dan tidak ada yang kekal kecuali DzatMu....”

Di saat berdoa dalam Tawaf, kita menginsafi diri. Kita menangis dan kita memasuki gelombang sakinah, yang rakan rakan kita di luar Tanah Haram tidak mampu menyaingi.  Kita tunduk, sujud dan merintih mohon ALLAH menerima kita dan mengampuni kesilapan kita.  Kita mohon ihsan Ar Rahman Ar Rahim akan dapat berlindung di hari Mahsyar, panasnya api neraka dan sulitnya perjalanan di hari tersebut.

Tundukkanlah dirimu di dunia ini, sebelum bahang Mahsyar menundukkan wajah wajah manusia yang banyak berdosa dan menganiaya diri. Menangislah depan Kaabah sebelum kita menangis di alam barzakh dan titian sirat.  Dosa dan kesilapan kita mengunung tinggi yang cuba kita nafi. 

“Ya ALLAh ampunilah kelalaian kami. InsyaALLAh kami datang lagi kerana kami merindui Baitullah dan Zon ketenangan hati.  Izinkan kami datang lagi...” Aamiin

Saturday, October 8, 2016

Umrah: Bantu Siapa Yang Perlu



MAsyaALLAH Tabarakallah, usia yang dipinjam perlu dimanfaatkan.

InsyaALLAH saya dan isteri  akan terus istiqamah  untuk meneruskan  program hujung minggu dengan  berkongsi  sedikit ilmu dan pengalaman  agar  masyarakat  sama sama bersedia mengajak insan berubah.

Hidup Perlu Banyak Berkongsi,
Bukan Sombong dalam kegelapan.

Saturday, December 12, 2015

TAJAAN UMRAH 2016 UNTUK WARGA EMAS/ FAKIR MISKIN




Mohon viral/ share ke whatsapp/fb/media social bagi sama-sama menjayakan program ini.

MasyaAllah & TabarALLAH, 

Bersempena dengan kehadiran bulan kelahiran Rasululah s.a.w,  KHM dengan sukacita menjemput tuan/puan untuk sama-sama menjayakan  
Program:   Tajaan Umrah khusus untuk fakir/miskin dan warga emas 2016


Dr Ridzwan Bakar
1 Rabiulawal 1437H/ 13 Disember 2015

**************************************

1.0 TUJUAN
Menaja sekurang-kurangnya ENAM (6) orang fakir, miskin dan warga emas untuk menunaikan ibadah Umrah bagi tahun 2016.

2.0 SEJARAH  PROJEK

KHM (Kelab Haji Muda) sentiasa komited di dalam program haji/umrah dan  program paska haji/umrah. KHM pernah bekerjasama dengan beberapa organisasi dan agensi umrah di dalam menyediakan program umrah mampu, mengurus dan memimpin Program Umrah Tahunan KHM, Umrah ziarah Istanbul, umrah vip, aqiqah di Mekah, Badal Haji, Tajaan Wukuf dan Iftar on the street  Haramain Mekah dan Madinah di setiap bulan Ramadan.

Buat masa ini KHM terus komited menguruskan jamaah umrah dengan penerbangan hampir setiap hari melalui kerjasama dengan agensi umrah yang mempunyai kredibilti, amanah dan berdaftar.  Kuliah dan ceramah Tarbiah dan motivasi Haji/Umrah juga berjalan dengan lancar di beberapa masjid, organisasi korporat/kerajaan dan jemputan khas individu ke rumah. 

Salah satu hasrat KHM ialah menaja orang-orang tua, fakir miskin dan golongan dhuaafa yang tidak berkemampuan ke Tanah Suci samada untuk menunaikan Haji atau UMrah. Hasrat ini perlu dikongsi bersama masyarakat  agar ganjaran buat bekalan kita di Akhirat akan terus mengalir. 


3.0 SASARAN PESERTA

Program ini dikhususkan untuk menaja  orang-orang tua, fakir, miskin dan golongan dhuafa yang tidak berpeluang ke Tanah Suci kerana kekangan kewangan.  Idealnya, kami sangat berbesar hati jika ahli KHM, pendukung, followers dan pimpinan masyarakat  dapat bersama-sama KHM untuk menaja SATU NEGERI –SATU JAMAAH UMRAH supaya representasi program  meliputi semua negeri di Tanah Melayu termasuk di Sabah, Sarawak, Brunei Darus Salam dan Singapura. 

Jika hasrat ini sukar dicapai,  sasaran minima 6 orang sudah memadai. 

Syarat-syarat kelayakkan peserta akan dimaklumkan kemudian.

4.0 BAJET

KHM mensasarkan  sekurang-kurangnya ENAM (6) tajaan bernilai RM6,000 seorang; bersamaan RM36,000.   Jumlah peserta boleh ditambah jika jumlah dana yang dapat dikumpul lebih besar dari sasaran. 


5.0 BENTUK TAJAAN

Ada DUA (2) bentuk tajaan bagi program ini:

5.1 TAJAAN KHAS
Tuan/Puan boleh menaja RM6,000 seorang dan bakal menjadi jutawan akhirat dengan berkongsi sedikit rezeki untuk peserta terpilih.  Untuk tajaan KHAS, sila berhubung terus dengan Dr Ridzwan Bakar/Tn Hj Razali/Tn Hj Amran seperti di nombor telefon tertera.

5.2 TAJAAN UMUM
Tuan/Puan boleh terus masukkan wang ke akaun amanah KHM yang dinyatakan di bawah. KHM akan mengumpul dana ini dan membuat keputusan bergantung kepada jumlah dana terkumpul. 


6.0 INTEGRITI  DAN KETELUSAN

KHM adalah NGO Islam yang mempunyai integriti dan banyak membuat program/projek-projek Waqaf  di Malaysia dan amal Nusantara Melayu. Semua projek di uruskan dengan penuh amanah. Semua transaksi kewangan akan diaudit oleh 2 juruaudit.  Untuk melihat kejayaan program/projek waqaf/infaq terdahulu, sila ziarah 
http://ridzwan-bakar.blogspot.com ;  facebook/kelabhajimuda ;  facebook/drridzwan


7.0 HARAPAN & KESIMPULAN

KHM  adalah WADAH ANNUITI AKHIRAT – MENITI RENJISAN KEDAMAIAN,
penyedia program Waqaf  dan bakti sosial berkonsepkan  Haji/Umrah.  Menunaikan Haji dan Umrah kelihatan mudah  bagi mereka yang berduit, tetapi sukar bagi mereka yang mempunyai limitasi hidup. KHM Cuma menyediakan wadah amal, agar kita mampu memperolehi sedikit kedamaian hidup. Hakikatnya, kedamaian abadi dan kekal hanyalah ketika  sang hamba  bertemu Pemiliknya.

Wang yang anda laburkan tidak akan habis di sini. Ganjaran dan pahala Cuma hak ALLAH yang menentukan namun secara umum  peserta Umrah yang ditaja mendapat pahala umrah, dan kita yang menaja akan turut sama menikmati  equivalent  reward dari ALLAH dengan sifat Ar Rahman dan Ar RahimNya. 


8.0 KOMUNIKASI

TAJAAN INI BOLEH DIKREDITKAN TERUS KE AKAUN

BANK ISLAM MSIA   1418001- 0013411  “KHM DANA ANNUITI AKHIRAT”

MAYBANK ISLAMIK   5621-0665-3688     “KELAB HAJI MUDA SELANGOR”

Untuk pertanyaan dan diskusi, sila hubungi
Dr Ridzwan Bakar 013-209 0000
Hj  Razali Tumirin 012-607 9097
Hj  Amran Mohamad  013-779 9771

Barakallahu feekum.


Dr Ridzwan Bakar
1 Rabiulawal 1437H/ 13 Disember 2015

Tuesday, February 10, 2015

Umrah: Satu Coretan Kecil...


Coretan kecil di Pinggir KPJ Hospital.Satu sentuhan yang pernah dinukilkan...



Malam tadi saya tersentak dari tidur. Tiba-tiba rindu akan Kaabah menghampiri diri yang kerdil ini. Sudah sebulan lebih saya meninggalkan bumi Mekah tetapi kerinduan tiba-tiba merenjis hati kecil ini. Sukar untuk memperolehi renjisan kedamaian dan lapangnya fikiran seperti di Tanah Suci.

Ramai juga bertanya saya, bila lagi nak buat rombongan Umrah? kami nak ikut sama....

Jika nak pergi Umrah tidak semestinya ikut saya. Jika sudah berhasrat, maklumkan supaya saya dapat uruskan pendaftaran umrah. Jika nak ikut saya, simpan duit boleh join Umrah Disember 2015 nanti.



Ya lah... kalau ikut hati sudah tentu mahu ke sana lagi dalam tempoh terdekat. Jawapan saya, kumpullah duit. Jika saya nak pergi, saya akan maklumkan saudara-mara, rakan-rakan dan blog saya. Kita pergi ramai-ramai sebagai satu pasukan, barulah seronok.

Minggu lepas selepas memberi ceramah di sebuah program, ada insan bertanya saya, “Bolehkah kita pergi Umrah pakai pinjaman koperasi?” Saya tersenyum kerana soalan ini adalah ranking pertama soalan-soalan yang pernah dikemukakan kepada saya. Wajah insan yang bertanya pula benar-benar excited seolah-olah esok hari juga hendak ke pejabat Koperasi untuk memohon pinjaman.

Saya tiada autoriti untuk membenarkannya. Namun bila berkesempatan untuk membincangkan perkara ini di ceramah-ceramah, maka saya akan mengupas dengan lebih panjang dengan membuka minda pendengar untuk melihat beberapa pilihan yang ada. Pada hemat saya, perkara pinjaman koperasi ini agak fleksi bergantung kepada kemampuan (mampu semasa dan selepas pulang Umrah) dan jaminan diri diperlindungkan.

Contoh 1 : Jika gaji Puan A ialah RM3,000 dan gaji bersih ialah RM1,000 dan ansuran bulanan koperasi ialah RM400, maka saya berpendapat ianya tidak seharusnya dilakukan. Sukar untuk hidup dengan gaji bersih RM600 khususnya di bandar-bandar.

Contoh 2 : Jika gaji Puan A ialah RM3,000 dan gaji bersih ialah RM1,600 dan ansuran bulanan koperasi ialah RM400, maka saya berpendapat pinjaman ini seharusnya dibolehkan kerana gaji bersih selepas tolak pinjaman koperasi =RM1,200 (tanpa ada tanggungan lain). Pun begitu, panduan seperti perkongsian saya dalam buku Haji Muda semestinya dilaksanakan iaitu pinjaman ini dilindungi oleh Takaful dan tempoh pinjaman yang singkat (seminima mungkin).

Dari perspektif lain, jika kita terlalu jumud/rigid, kemungkinan Puan A akan membuat pinjaman koperasi untuk ke Gold Coast atau ke Beijing. Justeru, dari membenarkan beliau ke Gold Coast atau Bali, maka kita perlu mengambil pendekatan maslahah fleksi dengan mengharuskan pinjaman koperasi untuk menunaikan Umrah. Wallah’alam (Astaghfirullahal azim, Ya ALLAH ampunkan kami jika pada pengetahuan MU, pendapat ini tidak benar).

Apa pun hujah, saya berpendapat berilah peluang semua insan untuk merasai nikmatnya beribadah di Tanah Suci. Jika mereka pergi ke Tanah Suci dengan hati yang tulus ikhlas kerana ALLAH, ALLAH akan melapangkan rezeki dan akan mempercepatkan penyelesaian hutang koperasi tersebut.

Rugi melewat-lewatkan usia untuk ke Tanah Suci. Kita sama-sama perlu berusaha memudahkan urusan insan yang ingin tunaikan Haji/Umrah, insan yang mahu berkahwin dan insan yang mahu menuntut ilmu. Bila kita memudahkan dan membantu insan lain merealisasikan impian, ALLAH juga akan memudahkan urusan impian kita menuju SyurgaNYA.   Wallah'alam.

Monday, April 7, 2014

Program KHM: UMRAH CUTI SEKOLAH DISEMBER 2014


Pendaftaran untuk Umrah Cuti Sekolah Disember 2014 dibuka.  Tempat terhad. 
Harga, InsyaALLAH akan cuba kami kekalkan sebagaimana harga tahun lepas.
VISA UMRAH Disember 2014 ini adalah tertakluk kepada Kelulusan awal dari Kerajaan Saudi.

Jemput bersama KHM Umrah sambil Beramal dengan KHM Dana Annuti AKhirat.

Sila email  drridzwanbakar@gmail.com / kelabhajimuda@gmail.com
atau SMS/Tel 019.262.8585 untuk maklumat lanjut.

Friday, February 28, 2014

SINOPSIS KULIAH MAGHRIB- TARBIAH & MANASIK HAJI UMRAH 27 FEB 2014 MASJID ASSHARIF MERU

Alhamdulilah dengan izin ALLAH kuliah inspirasi bulanan “Tarbiah & Manasik Haji UMrah” Siri ke 10 telah saya sampaikan (setiap Khamis terakhir bulan di Masjid Asy Sharif, Pekan Meru Klang),  pada malam semalam. NOTA: Kuliah mengupas buku Rindu Baitullah ini telah bermula pada bulan Mac 2013, sudah hampir setahun. 



Kupasan buku Rindu Baitullah ini menyentuh Bab 12- Membina Kasih di Tanah Suci. Izinkan saya berkongsi ringkasan kuliah.

Perkara pertama yang disentuh adalah berkait dengan muhasabah diri bahawa kita semua adalah insan yang lemah, sentiasa lalai dan melakukan kesilapan. Lantas, kita perlu menerima hakikat bahawa hubungan kita dengan ALLAH tidaklah semantap mana. Dalam kerapuhan komunikasi dengan ALLAH, ALLAH memberi kita peluang untuk focus membina kasih dengan menjadi tetamuNYA. 

Kedua, kita perlu berusaha membina cinta kepada ALLAH. Ada empat cara untuk kita meraih Cinta ALLAH mengikut pandangan Dr Aidh Al-Qarni:-
1. Membaca Al-Qur’an
2. Melepaskan dunia dan zuhud terhadapnya
3. Qiyamulail
4. Merenung tanda-tanda kebesaran ALLAH

Haji dan Umrah adalah peluang sang hamba meraih cinta ALLAH. Biarpun empat perkara di atas boleh dilaksanakan di mana-mana sahaja, berada di Tanah Suci mengukuhkan cinta hamba kepada ALLAH. 

Ketiga, Haji dan Umrah juga menjemput dan memperkukuhkan cinta kita kepada Rasululah s.a.w. Bukan sekadar berselawat, tetapi kita hadir menziarahi Baginda di Tanah Suci dan meneliti sirah yang ditinggalkan.

Keempat, Haji dan umrah juga mampu membina cinta antara suami/isteri, mertua/menantu, yang baru kahwin atau yang baru nak revisit perkahwinan. Di tanahair, kita sering alpa untuk solat bersama suami/isteri dan anak-anak. Bila kita jarang solat bersama ahli keluarga, bagaimana pula kita hendak berdoa sama-sama dengan mereka?  Kesibukan hidup dan mencari rezeki akan menjadikan kita terlupa peranan untuk bersama quality time bersama suami/isteri dan anak-anak.

Adakah kita perasan bahawa kita mungkin:-
1. Berdoa sendirian biarpun tidur sekatil dan hidup sebumbung?
2. Memberi perhatian lebih kepada entri  facebook dari entri dengan Tuhan dan suami/isteri/anak2?
3. Memfokus kepada banyak likes facebook dari di likes oleh ALLAH dan suami/isteri?

Lantas haji dan Umrah adalah hadiah ALLAH untuk kita meraih cinta suami/isteri mahupun cinta antara mertua/menantu. 

Di Tanah Suci, kita akan berdoa sama-sama dengan suami/isteri kita dilokasi strategik seperti di Multazam, Hijir Ismail pancur emas, Maqam Ibrahim dll. Bukankah itu cara terbaik membina cinta di Tanah Suci?

Diakhir kuliah, beberapa tips penting Haji & Umrah dikongsi berserta beberapa kisah sahabat Rasululah s.a.w yang berkait dengan Cinta kepada ALLAH, Rasululah s.a.w dan Islam.  Wallah’alam.

Friday, January 31, 2014

Perjalanan Hidup: Ringkasan Kuliah Siri #9 RB

                                      Haji dan Umrah mengajar kita akan erti perjalanan hidup. 

 

Alhamdulilah dengan izin ALLAH kuliah inspirasi bulanan Dr Ridzwan Bakar (setiap Khamis terakhir bulan di Masjid Asy Sharif, Pekan Meru Klang), Siri ke 9 tajuk ‘Tarbiah Haji Umrah’ telah berjalan pada Khamis minggu lepas. (NOTA: Kuliah mengupas buku Rindu Baitullah ini telah bermula pada bulan Mac 2013, sudah hampir setahun. Sekarang baru selesai Bab 11). 

Tajuk kali ini mengupas bab 11 buku ‘Rindu Baitullah’ yakni berkait persoalan Haji atau Umrah dulu? Ceramah juga merujuk kepada beberapa kitab bagi merungkai dan membuka minda jamaah akan persoalan yang sentiasa berlegar diminda umat. Beberapa tips dan saranan juga dikemukakan supaya dapat memandu jamaah membuat keputusan sebaik mungkin berdasarkan kemampuan. Secara ringkas, kita perlu mendidik hati supaya mensyukuri sedikit nikmat yang ALLAH beri kepada kita. Salah satu fokus mensyukuri nikmat ialah dengan menziarahi Rasululah s.a.w dan menunaikan umrah di Baitullah. Mendampingi Tanah Suci akan dapat menyucikan hati, jiwa dan ketauhidan kita supaya kita mampu meletakkan ALLAH sebagai matlamat hidup. Kita perlu terus berusaha mengalakkan umat Islam mengunjungi Tanah Suci dari mereka membelanjakan harta melancong ke tempat-tempat yang hanya memberi kebahagiaan sementara. 

Jamaah juga didedahkan dengan beberapa kes sebenar supaya mereka lebih memahami isu yang dibincangkan. Isu-isu ummah serantau turut dikupas supaya kita sama-sama dapat melihat cabaran menunaikan haji dan umrah. Berdasarkan kajian kes, rakyat Malaysia dan Brunei sangat beruntung dan perlu sangat bersyukur dengan nikmat rezeki dan kemudahan yang ALLAH limpahkan kepada kita. Di akhir kuliah beberapa soalan dikemukakan oleh jamaah telah dijawab dan dihuraikan antaranya:-
1. Jika wang saya tidak cukup tetapi sudah menerima panggilan dari Tabung Haji, apa solusi yang saya ada? Perlukah saya menangguhkan haji saya?
2. Saya sudah mendaftar lama tetapi isteri saya baru mendaftar. Tahun untuk berangkat dalam sistem TH sangat jauh, jadi bagaimana supaya saya dan isteri dapat menunaikan haji bersama? 
3. Bolehkah saya pergi menunaikan Umrah dengan satu agen berwarna “hitam putih” yang dimaklumkan sebagai sayap perniagaan syiah di Malaysia? 

"Ya ALLAH, ampunilah dosa kami, orangtua kami dan guru2 kami dan berikanlah kami ilmu yang bermanfaat supaya dapat kami curahkan buat ummah tercinta. Kami sedekahkan pahala bingkisan ilmu ini buat ayahbonda dan guru2 kami. Berkatilah usaha Kami Tim Kelab Haji Muda dan para daie lain agar Islam terus dinobatkan." Amin. — with Amieza Ngadi and 13 others at Masjid Asy Syarif Meru.

Wednesday, October 23, 2013

Makluman KHM 31/2013 Bercuti Sambil Beramal

Kelab HajiMuda   facebook/kelabhajimuda

Makluman KHM 31/2013
Wisata Rohani Bandung/Jakarta 11-15 Disember 2013

Atas permintaan teman-teman untuk beristirehat dan beramal bersama KHM, KHM bercadang untuk melaksanakan Program Wisata Rohani No 3 Jakarta/Bandung 5 hari 4 malam. Oleh itu, sekretariat sedang mengumpul maklumat peserta yang berminat untuk tujuan kami menempah tiket MAS dan hotel disamping menyusun pengisian program di sana. InsyaALLAH Dr Ridzwan Bakar akan turut serta dalam program ini. Harga akan kami maklumkan secepat mungkin kepada yang berminat (Mungkin dalam lingkungan RM1500, all in inclusive tiket penerbangan, hotel, makan-minum dan bas persiaran). 

Terbuka kepada semua, Tempat Terhad. Siapa daftar dahulu dia dapat. 

Bercuti, memantapkan rohani, shopping sambil beramal dgn KHM Dana Annuiti Akhirat.

Sila email ke kelabhajimuda@gmail.com . Sila berikan nama, no KP, dan bilangan ahli keluarga, teman-teman dan no HP untuk dihubungi.

Sila rujuk blog ridzwan-bakar.blogspot.com atau facebook/kelabhajimuda ; facebook/drridzwan untuk melihat program wisata No 1 dan No 2 sebagai contoh.

PROGRAM LAIN:
1.  Wisata Rohani Beijing  29 Nov-6 Dis 2013   (Sudah Penuh 45pax)
2.  Umrah Turki       23 Disember 2013- 5 Jan 2014  (Masih ada 6 seat)
3.  Umrah SV Direct Madinah  12 Feb 2014-25 Feb 2014 (Masih ada 14 seat)


Sekretariat 
Wisata Rohani KHM

Saturday, September 14, 2013

Makluman KHM 21/2013: UMRAH CUTI SEKOLAH DISEMBER 2013


Blue Mosque Turki  (Sultanahmet Camii)


PROGRAM: UMRAH TURKI   Cuti Sekolah 23 Dis 2013-5 Jan 2014

Alhamdulilah atas permintaan sahabat2, Insya ALLAH Program Umrah + Ziarah Turki dirancang pada 23 Dis-5 Jan 2014 (4 hari Turki + selebihnya Umrah). Sehingga semalam sudah 7 orang mendaftar. Alami sendiri pengalaman Umrah musim sejuk disamping menghayati sejarah Islam di bumi Turki.

Harga: RM7,290
Pesawat: Turkish Airlines
30 seat-Tempat Terhad. Kursus Umrah akan bermula selepas semua 30 peserta mendaftar.

Mendaftar: sms 011 2716 8283 (Tinggalkan nama dan no tel/HP).
Email: kelabhajimuda@gmail.com / drridzwanbakar@gmail.com

Ambillah kesempatan Visa Umrah yang dibuka awal dan cuti sekolah untuk beramal disamping beristirehat/bercuti.

Nota: Subjek kepada kelulusan Visa Umrah musim Sejuk

Monday, July 15, 2013

KHM Umrah Ramadan 2013


Foto: Bersama jamaah umrah KHM di KLIA

Alhamdulilah jamaah KHM Umrah Ramadan telah selamat berangkat pada Ahad 14 Julai 2013 jam 5 petang dan telah selamat tiba di Madinah dengan menaiki pesawat Saudi Airlines direct Madinah.  Baru sebentar tadi saya berkomunikasi dengan mereka. Sekarang baru hendak berbuka puasa.

Saturday, July 6, 2013

Makluman KHM 15/2013 Umrah Ramadan 14-27 Julai 2013

Kepada semua peserta Umrah Ramadan KHM 14-27 Julai 2013 Direct Flight SAUDI AIRLINES KL-MADINAH.

Alhamdulilah dengan izin ALLAH, Sukacita dimaklumkan, Visa Umrah tuan/puan telah diluluskan. Pihak sekretariat KHM dan saya sendiri akan menghubungi tuan/puan. Majlis diskusi Umrah dan taklimat ringkas akan dibuat di teratak kampong mak saya di Klang malam ini. Berkumpul untuk solat berjamaah Maghrib, bacaan yasin dan diskusi umrah. MasyaALLAH & TabarakALLAH. — with Kelab HajiMuda.

Tuesday, April 9, 2013

UMRAH 2013: Hati yang keras ini juga tersentuh....





Saat sore jumaat, tiba-tiba awan mendung menemani saya dan jamaah menuju Masjidil Haram. Sudah lama tidak merasai hujan di bumi Mekah.  Sebaik-baik memasuki  Pintu Satu Masjid untuk menuju terus ke Dataran Kaabah, hujan turun dengan lebat. Hasrat untuk solat depan Kaabah terpaksa ditangguh.

Sementara menanti panggilan solat berjamaah, saya cuba menilai erti sukses hidup….Adakah saya dan hamba ALLAH lain hadir ke Tanah suci untuk menempah nama sukses hidup atau sekadar melengkapkan senarai destinasi percutian dan pusat istirehat?


Ternyata, Ada ketikanya kita perlu “selfish” untuk diri kita iaitu  perlu meninggalkan sementara  urusan hidup, ahli keluarga dan  pekerjaan. Kita perlu “selfish”  untuk diri sendiri.  Di dalam entri sebulan yang lalu, salah satu tip yang saya kongsi untuk kita melonjakkan level of happiness ialah dengan:

Fourth,  we need to spare time for ourselves.  Isolate physical and mind from any disturbances.  Concentrate our mind and recite  zikir, name of ALLAH or  read few verses of Qur’an.  We need this quality time for our personal  development. 


Cuaca penghujung musim sejuk kian menghangatkan badan. Ianya menghangatkan suntikan untuk saya semak hati dan kemajuan diri. Hati adalah sesuatu yang amat sukar untuk diurus.

Bulan lepas, saya  sempat mengucapkan selamat jalan kepada Kiyai Aa Gym dan rombongan untuk berangkat menunaikan Umrah. Alhamdulilah, dapat juga berjumpa dan mendengar kuliah beliau walaupun hanya seketika. Perancangan asalnya berbeda  kerana itu adalah ketentuan ALLAH. Saya perhatikan, Hati dan jiwa mereka kelihatan sangat segar. Ketika berdoa  (malam jumaat) Aa kelihatan teresak-esak kerana menyedari bahawa  manusia sangat mendambakan Tuhan. Hati saya yang keras ini juga tersentuh. Yang pasti, Mini Madinah kelihatan hidup di sini.

Saya meneliti kembali diri di Masjidil Haram. Saya hanya mempunyai lebih kurang 7 bulan lagi di sebuah university kerana pinjaman saya akan berakhir 30 Sept 2013. Dengan lain madah, saya bisa kembali ke dunia korporat yang sangat rutin, dan ada kalanya ALLAH bukanlah priority dalam senarai KPI. Dunia korporat adalah dunia yang sangat glamour dan kita masing-masing mengejar sesuatu yang semua orang akan turut kejar dalam konteks “scarce resources”.  Dunia yang turut menjanjikan pelbagai fitnah dan hasad dengki. Dunia yang banyak polisi, prosedur dan kertas yang perlu diisi. Dunia di mana manusia memfokuskan material, pangkat, kemewahan hidup, kemegahan dan ego serta kurang memberi perhatian ke atas pembinaan hati, diri dan kasih sayang. Dilema yang kita semua hadapi dan tempohi. Kecuali kepada organisasi yang mahu meletakkan Islam dan akhlaq sebagai panduan manual kerja atau dikelilingi oleh insan-insan yang hatinya hidup kerana ALLAH.

Sungguh sukar meneliti diri biarpun berada di Tanah Suci. Di depan Kaabah, manusia menangis, menitis air mata rindu dan insaf. Perasaan ini tidak dapat dibendung kerana manusia dan kita semua sangat-sangat mengharapkan rahmat ALLAH. Kita mungkin menjadi pujaan dan idola manusia, tetapi jika ALLAH murka, tiada erti penghargaan ini. Terkial-kial kita mencari erti hidup, erti sukses dan erti bahagia namun berpanjangan kita kurang pasti erti hidup, erti sukses dan erti bahagia.

ALhamdulilah, terima kasih ALLAH kerana menjemput aku dan rakan-rakan KHM berjiran sebentar dengan RasulMU dan menjemput kami menjadi Tetamu MU.


Friday, April 5, 2013

Umrah 2013: Mengapa Perlu ke Sini?


Foto: Menyampaikan tausiyah kepada jamaah di dewan hotel Mubarak Silver, Madinah. 
RINDU BAITULLAH: Mengapa perlu ke sini?

Alhamdulilah, program Umrah Kelab Haji Muda berjalan dengan lancar dari 20 Mac hingga 3 April 2013.  Sepanjang wisata rohani selama dua minggu ini,  masa jamaah diisi dengan  kuliah, tazkirah, ibadah  persendirian, khatam Qur’an, ziarah, lawatan dan  sembang-sembang ilmiah  pelengkap umrah dan ditutup dengan  kenduri kesyukuran.
Tahap kesabaran dan  teamwork jamaah juga sangat tinggi, sesuatu yang saya kagum.  Kesungguhan untuk meningkatkan diri amat ketara.  Itulah dia ‘Zon Spa Hati’ yang telah saya sentuh dalam buku Rindu Baitullah.
Setiap insan pasti merindukan tanah suci, khususnya  Ka’bah di tanah haram Makkah. Kerinduan ini lebih mantap dengan berjiran tetangga dengan Rasululah s.a.w dan para sahabat di bumi Madinah.
Mengapa kita perlu ke sini?  Ringkasnya, Umrah sendiri memiliki beberapa keutamaan.

1.    Umrah adalah jihad sebagaimana ibadah haji.
‘Aisyah berkata,
قُلْتُ يَا رَسُولَ اللَّهِ عَلَى النِّسَاءِ جِهَادٌ قَالَ « نَعَمْ عَلَيْهِنَّ جِهَادٌ لاَ قِتَالَ فِيهِ الْحَجُّ وَالْعُمْرَةُ ».

“Wahai Rasulullah, apakah wanita juga wajib berjihad?” Baginda  shallallahu ‘alaihi wa sallam menjawab, “Ya. Dia wajib berjihad tanpa ada peperangan di dalamnya, yaitu dengan haji dan ‘umroh.”
                                       (HR. Ibnu Majah no. 2901, hadits ini shahih sebagaimana kata Syaikh Al Albani).


 2.    Menghapus dosa di antara dua umrah.
Dari Abu Hurairah, ia berkata, Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,

الْعُمْرَةُ إِلَى الْعُمْرَةِ كَفَّارَةٌ لِمَا بَيْنَهُمَا ، وَالْحَجُّ الْمَبْرُورُ لَيْسَ لَهُ جَزَاءٌ إِلاَّ الْجَنَّةُ

“Antara umrah yang satu dan umrah lainnya, itu akan menghapuskan dosa di antara keduanya. Dan haji mabrur tidak ada balasannya melainkan surga.”
                           (HR. Bukhari no. 1773 dan Muslim no. 1349)


3.   Umrah menghilangkan kefakiran dan menghapus dosa.

Dari Abdullah, Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,

تَابِعُوا بَيْنَ الْحَجِّ وَالْعُمْرَةِ فَإِنَّهُمَا يَنْفِيَانِ الْفَقْرَ وَالذُّنُوبَ كَمَا يَنْفِى الْكِيرُ خَبَثَ الْحَدِيدِ وَالذَّهَبِ وَالْفِضَّةِ وَلَيْسَ لِلْحَجَّةِ الْمَبْرُورَةِ ثَوَابٌ إِلاَّ الْجَنَّةُ

“Ikutkanlah umrah kepada haji, karena keduanya menghilangkan kemiskinan dan dosa-dosa sebagaimana pembakaran menghilangkan karat pada besi, emas, dan perak. Sementara tidak ada pahala bagi haji yang mabrur kecuali surga.”
                                                                             (HR. An Nasai no. 2631, Tirmidzi no. 810, Ahmad 1/387.
                                                                                             Kata Syaikh Al Albani hadits ini hasan shahih)


Tiga bentuk kemuliaan ini sudah cukup untuk kita fikirkan faedahnya.  

Ketika kami tiba di Mekah, jamaah umrah kelihatan ramai. Tempat saie agak padat walaupun jam menyentuh 2 pagi.  Lautan manusia ini mengambarkan kesedaran dan keinginan sang hamba untuk mendambakan cinta kepada ALLAH. 

Moga ibadah jamaah KHM dan semua muslimin-muslimat diterima dan peroleh umrah maqbullah.

Wednesday, March 20, 2013

Rindu baitullah...Kami datang lagi...


Alhamdulilah, jamaah Umrah KHM 2013 kini sudah bersedia untuk melangkah ke Tanah Suci. Saya yakin dengan usaha berterusan KHM, siri kuliah, diskusi dan tuisyen umrah, jamaah lebih bersedia dari sudut mental dan ruhani. 

Secara umum, ada tiga grup KHM. Sebahagian besar (32 orang) akan bersama saya esok menaiki pesawat Saudi terus ke Madinah. Pesawat dijangka tiba Madinah jam 8 malam (waktu Saudi). Satu grup lagi akan meneruskan perjalanan awal mereka untuk ziarah Baitulmuqadis dan satu lagi grup akan beristirehat terlebih dahulu di Oman. InsyaALLAh, kami akan bertemu dan berkumpul di Masjidil Al-Haram Mekah Al-Mukarramah.

InsyaALLAh jika perancangan berjalan baik, Tim KHM Maqdis Indonesia akan turut serta dan bertemu di Mekah.

Saya berdoa moga perjalanan kami selamat, lancar dan mendapat kemanisan beribadah. Pulang bersama Umrah Maqbullah. Amin!

InsyaALLAH saya akan update maklumat dalam facebook/drridzwan   facebook/kelabhajimuda


Tuesday, November 20, 2012

Makluman Umrah Cuti Sekolah Mac 2013


Assalamualaikum,
Penyertaan bagi program Umrah Cuti Sekolah Mac 2013 masih dibuka.  Masih ada 17 tempat kosong.

Kepada Bakal Tetamu ALLAH MAc 2013, anda dinasihatkan untuk hadir Program Ilmu KHM pada 25 Nov ini  bagi memulakan ekspedisi  pengislahan hati & transformasi diri.  Kepada alumni Umrah KHM 2012, anda juga dijemput hadir sama bagi program pasca umrah dan ikatan ukhuwah serta kasih sayang.

Wednesday, October 31, 2012

Umrah 2013


Assalamualaikum,
InsyaALLAH saya dan tim KHM akan meneruskan program Umrah untuk tahun 2013.  Bagi memastikan program berjalan lancar  dan jamaah dipersiapkan dengan ilmu dan kejiwaan, maka pendaftaran untuk program Umrah ini dibuka.  Untuk makluman, tempat yang telah diberikan kepada saya agak terhad kerana InsyaALLAH tiket yang telah ditempah adalah  penerbangan terus pesawat Saudi Airlines. 

Jika anda atau jiran/sahabat/saudara mara berminat untuk bersama kami, tindakan berikut perlu diambil:-
1.  Telefon, Email atau sms saya
2.  Nyatakan  berapa ramai ahli yang akan turut serta
3.  Email saya nama penuh,  no Kad Pengenalan, No Tel/HP, nama waris dan No tel waris.
4. Tunggu saya  respon untuk membayar  deposit RM500/seorang


Tuesday, October 30, 2012

Makluman UMRAH MAC 2013




Alhamdulilah setakat ini sudah 20 orang telah mendaftar dan membayar deposit program umrah KHM Mac 2013.  Maknanya, masih ada 20 lagi seat kosong untuk KHM. Moga ALLAH s.w.t.  mengizinkan hasrat  kawan-kawan kita ini untuk  melakukan ibadah mulia ini  dan ALLAH permudahkan urusan rezeki dan kehidupan mereka.

Kepada Peserta Umrah KHM Mac 2012, Kenangan indah Umrah tetap sentiasa diingatan.  InsyaALLAH program susulan paska Umrah akan dibuat dalam bulan Novermber 2012 ini.

Foto: Jamaah Umrah KHM 2012 di Perkuburan Syuhada'  Uhud

Foto:  Program Outdoor KHM, Mekah

Di dalam perkongsian ringkas saya di bumi Kemboja, saya menekankan bahawa  haji dan umrah bukan sekadar pergi haji dan umrah, bukan sekadar  fizikal kita bergerak malah seluruh anggota yang nyata mahupun tidak nyata terus berangkat sama.  Sememangnya, kita akan diuji ALLAH dan Al-Qur’an menyentuh banyak kali persoalan ujian ALLAH kepada hambanya., tanda kasih ALLAH.

Saya menerima banyak soalan mengenai umrah ini, lantas  adalah wajar saya memberi sedikit penjelasan di entri ini (soalan umum yang boleh memberi manfaat kepada semua).


Mengapa Perlu Mendaftar sekarang sedangkan bulan Mac 2013 masih jauh?

Benar. Mac 2013 masih jauh.  Dalam pengalaman saya membantu jamaah umrah, kelewatan mendaftar untuk program umrah akan menyebabkan timbulnya kelemahan logistic. Perlu diingat bahawa agensi Umrah adalah syarikat berasaskan keuntungan (profit organization). Mereka bukan  organisasi  berasaskan ‘social obligation’  seperti Kelab Haji Muda.

Pertama, Bila jamaah lewat bertindak atau membuat keputusan, maka tempahan seat akan mereka beri kepada  orang lain yang bersedia untuk membayar penuh.  Untuk makluman, tempahan untuk program umrah Mac 2013 hampir penuh di semua agensi umrah di Malaysia. Lebih-lebih lagi jika program Umrah direct flight  seperti  menggunakan pesawat MAS dan Saudi Airlines.  Maka agensi umrah tidak boleh menunggu jamaah untuk membuat keputusan kerana ramai lagi yang mahu mengambil seat kita jika kita lewat buat keputusan.

Titik kedua, bila hasrat kita letakkan dari awal, keseronokkan, ketenangan dan keghairahan untuk ke Tanah Suci akan hadir dengan sendiri (sila rujuk buku Rindu Baitullah). Maka wujud burning desire amal.

Titik ketiga, bila urusan logistic tempahan telah kita selesaikan awal, maka KHM merancang untuk memberi bantuan, khidmat nasihat serta kursus umrah bagi semua peserta. Maka persediaan awal selama 3-4 bulan akan lebih berkesan dari  ‘last minute preparation’.  Kursus terakhir akan dibuat di rumah saya pada bulan Mac 2013 nanti, InsyaALLAH.


Mengapa 20 Mac-3 April 2013?

Hakikatnya, ALLAH yang memberi tarikh ini untuk KHM. Asalnya, saya merancang untuk Grup KHM berangkat pada 22 Mac 2013, tetapi semua seat direct flight pada 21,22,23 dan 24 Mac 2013 sudah penuh. Seat pada 20 Mac hanya tinggal 51 sahaja (ketika tempahan dibuat), lantas CEO agensi umrah ini terus memberi KHM 44 seat untuk penerbangan direct flight Saudi Airlines.

Ada tiga lagi faedah yang ALLAH berikan untuk jamaah KHM:-
1)  Tempoh program ialah 15 Hari dan 13 malam. Maksudnya, kita akan lebih lama berada di Tanah Suci.  ALLAH beri kita peluang yang lebih lama untuk membersihkan hati dan iman kita.

2)  InsyaALLAH kita akan berpeluang solat jumaat 2 kali, iaitu sekali di Madinah dan sekali lagi di Mekah.

3)  Jika anda follower blog ini, tentu anda perasan bahawa saya kerap memilih Cuti Sekolah bulan Mac untuk ke Tanah Suci. Umrah bulan Mac  sememangnya sesuai  jika anda merancang untuk membawa anak-anak/ adik-adik yang bakal menduduki PMR dan SPM kerana program kelas intensif PMR dan SPM hanya bermula ketika cuti sekolah bulan Mei setiap tahun.  Justeru, jika sokongan logistic agensi umrah baik dan suasana hotel mengizinkan, KHM akan mengendalikan program motivasi anak muda di Tanah Suci disamping program outdoor KHM.  Kami mahu anak-anak dan adik-adik kami menjadi pelajar cemerlang, memahami kebergantungan hanya kepada ALLAH  dan hanya ALLAH tempat meminta. (Tiada kos tambahan untuk program motivasi ini. jika hendak beri juga, bolehlah masukkan sumbangan ke Dana Annuiti AKhirat KHM).


Mengapa KHM?
Tidak semesti menunaikan umrah dengan KHM. Lagipun, KHM tidak mempunyai  syarikat agensi umrah/pelancongan.  

We just want to make others happy as we are happy to perform Umrah.
KHM mahu kemanisan  hidup dinikmati secara bersama.

InsyaALLAH kita akan  bergerak secara berjamaah.  Pengalaman saya, jamaah umrah tidak boleh mengharapkan  agensi umrah untuk  menjaga kebajikan mereka. Ada dikalangan agensi umrah yang “hilang”  bila mereka telah menguruskan check-in hotel. Mereka akan bertemu semula bila hendak balik.  InsyaALLAH, grup umrah KHM akan diuruskan sebaik mungkin, bergerak secara berjamaah dan lebih banyak diskusi dibuat ketika di Tanah Suci.  Nilai Islam dan nilai KHM akan dibina dan diuruskan secara bersama.


Ada Lagi nak kongsi?

Ya. InsyaALLAH saya akan war-warkan program pengisian tambahan bila  kuota/seat KHM sudah penuh nanti.
  
Sila war-warkan kepada kawan-kawan atau saudara-mara jika berminat untuk  bersama program Umrah KHM 2013. Hanya ada 20 seat lagi. 

Moga penjelasan ini bermanfaat untuk kita bersama.