Followers- Jalinan Ukhuwah

Showing posts with label Leadership. Show all posts
Showing posts with label Leadership. Show all posts

Sunday, December 4, 2016

Islamic Leadership: Surah Mulk (The Kingdom)

Alhamdulilah Public Program Islamic Leadership telah berjalan dengan lancar dari  29-30 November 2016. Seramai 21 orang telah menghadiri program ini. Kebanyakkan peserta adalah pegawai kanan, Pengarah, CEO, doktor dan wakil Majlis Agama Islam Negeri.

Satu perkara yang ditekankan di dalam program leadership development ini adalah Pemerintahan dan Kuasa hanya milik ALLAH. Kuasa dan jawatan adalah amanah yang berat untuk dipikul, bakal ditanya dengan teliti oleh ALLAH.  Lebih lebih lagi jika kita selalu menganiaya orang, menafikan hak orang baik baik, sombong dengan kuasa yang ada serta menyekat perkembangan dakwah dan pembangunan negara /masyarakat.

Peserta didedahkan dengan Islamic Leadership model dan beberapa kajian kes dibuat secara bersama agar manfaat kursus dapat dirasai bersama.

InsyaALLAh atas permintaan ramai, Public Program Islamic Leadership 2017 akan dijalankan pada bulan Jan atau Feb 2017.

Whatsapp: 011- 2150 0283



Tuesday, November 15, 2016

Islamic Leadership: Public Program



Assalamualaikum,

MasyaALLAH & TabarakAllah  dengan izin ALLAH, public program di atas akan dibuat sekali lagi  tahun 2016  atas permintaan.  Program Dua hari.

Berminat untuk hadir?  Sila whatsapp saya 011-2150 0283  atau hubungi terus  Program Organizer di talian 03-5122 3682  .  Quote nama saya untuk dapatkan  rebat/diskaun RM50.

Barakallahu feekum.

Monday, February 23, 2015

Islamic Leadership


Biarpun Rasululah s.a.w telah meninggalkan kita lebih dari 1400 tahun, namun Rasululah s.a.w sentiasa bersemayam di hati. Kita tidak pernah bersua muka dengan insan mulia bernama Muhammad s.a.w, jauh sekali berpeluang menimba ilmu dan nasihat kehidupan. Pemimpin datang dan pergi, tetapi Pemimpin hebat akan terus kekal di hati. Setiap pemimpin akan mendabik dada dengan mengatakan bahawa mereka adalah hebat, dan pengampu pula mengiyakan kehendak nafsu sang pemimpin. Kupasan dan diskusi akan dibuat bersandarkan pengalaman sendiri dan bagaimana model-model yang sedia ada hanya melahirkan pemimpin kosmetik- di luar kelihatan cantik tetapi di dalam bersarang sikap mementingkan diri. 

Wednesday, October 23, 2013

Mensyukuri Ujian ALLAH



Catatan Tablet facebook.com/drridzwan


"..Terus gerakkan Komunitas Haji Muda (KHM), sehingga kamu capek dibendang rahmat ALLAH...."

Alhamdulilah, hari ini menerima surat dilanjutkan pinjaman saya ke Multimedia University untuk tempoh lagi satu tahun. Terima kasih kepada majikan saya (sebuah GLC), kerana mengizinkan saya untuk terus menerokai peluang, membantu Universiti ini dan merealisasikan visi peribadi saya bagi membantu golongan dhuaafa, fakir-miskin. Kombinasi professionalisma dan passion menjadi pemangkin gerak kerja transformasi.

Business Model yang sedang saya usahakan sedang dilaksanakan bagi membantu fakir miskin dan anak yatim. Dan InsyaALLAH, jika pilot projek ini berhasil langkah fasa ketiga akan direalisasikan. Fasa pertama sudah selesai. Fasa kedua, masyaALLAH sedang berhadapan dengan cabaran. Cabarannya bukan kecil.... Terima kasih kepada EXCO KHM Malaysia dan pendukung KHM Indonesia kerana terus istiqamah bersama saya.

Doa, Sokongan dan kerjasama semua sahabat-sahabat, followers, ahli keluarga dan volunteers adalah sangat bernilai tinggi kepada saya. Sudah tentu ALLAH menilainya lebih tinggi dari pandangan sisi manusia.

Pesanan seorang kiyai kepada saya baru-baru ini, "Usah cari glamour dan publisiti, tetapi rasailah kepenatan bekerja kerana disebalik kepenatan ada manisnya menanti. Terus gerakkan Komunitas Haji Muda (KHM), sehingga kamu capek dibendang rahmat ALLAH."

"Bukan mudah tetapi tidak mustahil:- DrRidz — with Amieza Ngadi and 7 others.

Wednesday, September 11, 2013

Program Pengurusan Kewangan


Alhamdulilah, program pembangunan Pengarah dan Pengurus Koperasi Malaysia berjalan dengan baik hari ini. Peserta didedahkan dengan keperluan memahami wang dan bagaimana menguruskan kewangan khususnya berkait dengan pengurusan modal kerja.  Islamic Finance diterapkan disetiap elemen kuliah ini.  Program active learning ini banyak manfaatnya khususnya kepada diri saya sendiri.

Wednesday, September 4, 2013

Islamic Leadership Program


 Alhamdulilah dengan izin ALLAH, one day Islamic Leadership Program telah berjaya dilaksanakan untuk client PERKESO Malaysia.  Program di hadiri oleh seramai 40 orang Pegawai Kanan Perkeso Ibupejabat.


Program ini adalah modul latihan Kepimpinan Tahap 1 bagi memberi kefahaman akan pentingnya Islamic Leadership diterapkan ke dalam organisasi.


Foto: Bersama Presiden Persatuan Eksekutif Perkeso dan 
Menyampaikan hadiah kepada salah seorang peserta program

Wednesday, August 7, 2013

Eid Fitr: Rapatkan Saf Perjuangan

Catatan Tablet Ridzwan    facebook/drridzwan

Ramadan mengajar kita supaya memupuk ukhuwah dan merapatkan saf perjuangan. Ummah merindui pemimpin yang adil, kestabilan ekonomi dan masyarakat muslim bersatu mempertahankan aqidah dan ekonomi. Saya berdoa moga parti-parti politik Islam Melayu Malaysia dapat bersatu di dalam isu-isu survival ummah. AMIN!    

Hampir saban hari Islam dan Melayu Malaysia dihina, tetapi kita seolah-olah kaku membisu. Penghinaan yang sangat menguris hati Islam & Melayu. Esok mereka akan serang Islam dan Melayu lagi sehingga kuasa politik Islam Melayu berakhir. Undang-undang yang ada amat rapuh dalam menjaga keharmonian Islam dan masyarakat majmuk Malaysia. Usah ditunggu kuasa politik hilang baru kita hendak melakar destinasi hidup anak bangsa....


Ramadan telah memgembalikan kita kepada fitrah dan malam ini kita bertakbir MEMBESARKAN ALLAH ALLAHU AKBAR! ALLAHU AKBAR! ALLAHUAKBAR!....dan MENEPIS MUSYRIKIN yang sentiasa dengki dan membenci Islam.   

Kepada rakan-rakan bukan Islam, hargailah ISLAM dan janganlah menghina ISLAM atau suka-suka bersandiwara dengan ISLAM. Kerana ISlamlah maka Cina dan India MAlaysia mampu hidup aman, selesa dan mengumpul kekayaan.

************************
Sumber: Utusan Online 7/8/2013

AKHBAR Nanyang Siang Pau bertarikh 5 Ogos 2013 menyiarkan artikel mengenai sebab-sebab kenapa orang Cina mahukan kuasa politik.

Artikel bertajuk ‘Rakan kongsi paling sesuai Mahathir’ yang ditulis oleh Kang Bi disiarkan dalam ruangan Pendapat Yuan Lun halaman C8. Siapakah sebenarnya si Mahathir (?) Persoalan dalam kurungan ini saya tidak berani sentuh mengikut pandangan saya sendiri. Saya tidak sanggup berbuat demikian kerana bimbang akan tersilap membuat andaian. Saya juga tidak bermaksud menjadikan orang tua brother Mahathir ini sebagai rakan karib atau adik beradik saya. Selepas meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri, beliau masih lagi tidak mahu senyap, sebaliknya sentiasa bersuara, cakap itu dan ini.

Baru-baru ini beliau berkata, orang Melayu dan Cina mempunyai peranan masing-masing. Peranan orang Melayu adalah menjaga politik dan peranan orang Cina pula menjaga ekonomi, itu adalah yang paling sesuai. Beliau berkata, jika orang Cina menjaga politik, negara akan menjadi tidak aman dan jika orang Melayu menjaga ekonomi, negara akan bankrap. Sebab itu politik biar dijaga oleh orang Melayu dan orang Cina menjaga ekonomi.

Awak cari untung, saya boleh bazirkannya. Sudah tentu cara itu sangat ideal. Tetapi ini ada kaitannya dengan keseimbangan kuasa dan wang, sama ada kuasa itu penting ataupun duit yang lebih penting?

Mahathir berkuasa lebih 20 tahun dan beliau kenal erti kepentingan politik. Semasa kuasa berada di tangan, beliau boleh memerintah dan mampu membuat apa sahaja yang diinginkan. Gunakan kuasa dan kekayaan negara untuk membeli bank dan syarikat. Banyak ahli perniagaan yang telah bertungkus lumus bekerja, tetapi bila-bila masa sahaja boleh dipaksa menyerahkan syarikat mereka. Apa boleh buat, walaupun kita ada duit? 

Kita bukan tidak tahu siapa yang sangat kaya di negara ini. Nama itu saya tidak ingat lagi. Adakah beliau dimasukkan ke dalam penjara? Ini bermakna kuasa boleh mewujudkan keadilan, ada kuasa ada keadilan. 

Hari ini masalah yang dihadapi oleh masyarakat Cina dari segi politik, kewangan, bahasa dan pendidikan berpunca kerana mereka tidak mempunyai kuasa. Masyarakat Cina dihina dan ketidakadilan terhadap kaum itu jelas terpapar di depan mata kita. Anak-anak Cina yang mendapat keputusan peperiksaan cemerlang, tidak mendapat biasiswa dan tempat untuk memasuki universiti. Bukankah pihak kerajaan agak keterlaluan?

Selepas Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU- 13), orang Cina dituduh melakukan tsunami politik. Sebenarnya ia bukan begitu. Apa yang kita nampak, orang Melayu selepas PRU-13 lebih banyak melakukan tsunami apabila mereka mula menyimpan dendam dan menghukum orang Cina.

Perkara ini boleh dilihat dengan jelas termasuk isu penutupan jalan Jonker Street di Melaka. Sudah pasti selepas ini akan timbul banyak lagi isu-isu lain secara berturutan yang berpunca daripada tindakan orang Melayu ingin membalas dendam. 

Memang benar orang Melayu tidak pandai berniaga. Adalah bagus juga pihak kerajaan memberikan orang Melayu tongkat dan kereta sorong.

Biar mereka duduk sahaja sambil menerima duit yang bertimbun-timbun. Mereka mendapat habuan daripada hasil usaha orang yang bertungkus lumus mencari rezeki. Buat apa Melayu nak berniaga! Kerana orang Cina lagi bijak berniaga dan banyak membuat untung. Hari ini tidak lagi kedengaran suara ‘yam seng’ (minum untuk menyambut kemenangan). Hanya kedengaran sekarang suara untung! untung! untung! Selalunya masyarakat Cina akan tanamkan dalam fikiran anak-anak mereka bagaimana cara berniaga untuk mendapat keuntungan dan macam mana boleh untung besar. Bagaimanapun mereka terlupa bahawa apabila wang telah banyak ketika kita tiada kuasa politik, semua harta dan duit bukankah bulat-bulat akan diserahkan kepada orang lain?  

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Rencana/20130807/re_07/ISU-ISU-AKHBAR-CINA#ixzz2bGr4nphE 
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Tuesday, July 30, 2013

Ummah Sustainability: Kita Terus Lemah...

Catatan Tablet Ridzwan
UMMAH MALAYSIA SUSTAINABILITY: KITA TERUS LEMAH WALAUPUN DI BULAN RAMADAN.

Asalnya tulisan catatan tablet ini agak pendek dan ringkas untuk fb saya. Oleh kerana ianya panjang, maka saya upload ke blog sebagai bahan untuk kita fikirkan mengenai  ‘ummah sustainability’.

Semalam  diberitakan kecoh disebuah sekolah depan rumah saya bila Pengetua SM Alam Megah di Seksyen 27 Shah Alam telah  bising kepada pelajar-pelajar bukan Melayu untuk kembali ke tanah asal mereka (semasa perhimpunan sekolah Isnin lepas).

Bagi saya, kes ini adalah adalah proxy kepada ketidak puasan hati orang Melayu kerana  kelemahan sistem pendidikan  yang  terlalu mengikut “bangsa” sehingga penyatuan Negara Malaysia kelihatan sukar.  Guru-guru Melayu kebanyakkannya tertekan dengan beberapa dasar dan polisi pendidikan yang bersistem tetapi tidak efisien. Hanya guru dan keluarga guru sahaja memahami isu ini. Masyarakat dan ibubapa hanya mencari salah guru dan pentadbir  serta gagal memahami keputusan mesyuarat PIBG seperti dalam kes Sekolah Sri Pristina. Isu kecil dijadikan perkara rasis.

Berdasarkan  observasi peribadi, serangan  dan isu berkait  Islam dan  Melayu dibuat hampir  setiap bulan sejak tahun 2008. Dalam keadaan ini, kita kelihatan lemah dan hanya menunggu siapa yang harus ke hadapan dalam pertahankan hak ummah. Pemimpin politik sudah jauh menyimpang dan selfish, hanya perlu tunggu bahang panas yaumul hisab  sebagai ‘komisen’.

Sejarah telah membuktikan bahawa banyak kejayaan telah dicapai ummah sungguhpun mereka melaksanakan tuntutan Ibadan Ramadan dan berpuasa (Cth Badar, Khandak, pembukaan Kota Mekah dan pembebasan Andalusia). Hari ini saya terpanggil untuk mengupas persoalan ‘ummah sustainability’ yang saya merasakan semakin tidak terkawal dan menghakis keyakinan rakyat.

Didalam bulan Ramadan  ini sahaja perkara mendukacitakan ummah berlaku:-
1. Penghinaan terhadap  Ramadan dengan isu berbuka puasa dengan sup babi.
2. Mengutuk Islam secara berleluasa
3. ISU kalimah ALLAH
4. JAWI diserang kerana isu Miss Malaysia
5. Vatican membuka cawangan bertaraf duta di Malaysia
6. Guru Besar Sri Pristina dikecam hebat tanpa protection secukupnya dari pemimpin politik dan NGO.
7. Orang Cina bukan Islam menjual Qur’an di Bukit Bintang.

Semalam diberitakan bahawa Persidangan Kebangsaan Persatuan2 Cina Dong Zhong  membantah Pelan Pembangunan Pendidikan Msia 2013-2025. Pelan Pembangunan Pendidikan 2013 -2025 yang diperkenalkan oleh Kementerian Pendidikan menjadi mangsa, ia  dianggap rasis &  perkauman kerana didakwa menghapuskan bahasa ibunda kaum Cina serta  India. Bantahan ini turut disokong oleh beberapa orang Melayu Islam.

Saya tidak Nampak bagaimana lagi nak satukan rakyat Malaysia selain semua bersetuju untuk  belajar menggunakan system pendidikan Negara Malaysia tanpa menghapuskan nilai agama, amalan tradisi kaum dan bahasa ibunda. Mengapa rakyat Malaysia khususnya Cina dan India tidak boleh bersetuju untuk semua anak2 bersekolah di sekolah kebangsaan. Perlu diingat, Sekolah Kebangsaan bukan sekolah Melayu. Ianya adalah national school!

Di sudut lain, saya melihat 1Malaysia adalah slogan yang gagal. Kerana 1Malaysialah apa juga kenyataan-kenyataan yang mempertahankan hak-hak Melayu harus dielakkan kerana ia berbau rasis dan egoistik. Agama Islam yang merupakan agama rasmi telah tenggelam oleh keterbukaan amalan kebebasan beragama yang telah digembar-gemburkan untuk membuktikan "1Malaysia" tidak chuvanis dan partikularistik.

Kita lihat slogan ‘ONE ISRAEL’. konsep "One Israel" yang diperkenalkan oleh Ehud Barak, Perdana Menteri Israel di sekitar tahun 1990-an.  Agenda "One Israel" ialah untuk mengukuhkan cengkaman Zionis di bumi Palestin. Di antara perbedaan yang dijelaskan ialah "One Israel" bersifat rasis, egoistic, chuvanistik dan partikularistik serta dicipta khusus untuk bangsa Yahudi. Manakala 1Malaysia tidak bersifat rasis, tidak chuvanistik, tidak partikularistik dan tidak dicipta khusus untuk bangsa Melayu.

Akhirnya "kerana 1Malaysia", orang Melayu Islam terus dipijak. Sedikit demi sedikit telah menghasilkan situasi backfire kepada Melayu dan Islam. Kelemahan pemimpin politik Melayu Islam semakin merimaskan.

Hasilnya apa yang berlaku hari ini seperti penghapusan ISA, hubungan diplomatik dengan Vatican City, kebangkitan tsunami Cina, pembiakan pendidikan vernakular Cina, hak Melayu dilabel sebagai rasis, Islam dihina dan semuanya ini adalah kesan 1Malaysia.

Begitu juga, ramai umat Melayu dan Islam di negara berpandangan bahawa hubungan dengan Vatican City tidak penting kepada Malaysia, tidak merugikan negara ini walaupun tanpa ketiadaan dutanya disini.
Apa signifikannya Vatican kepada pembentukan anak Malaysia dan keharmonian Tanah Melayu tercinta ini?

Di mana survival ummah?
Mempertahankan ummah bukan bererti kita menindas kawan2 bangsa Cina dan India. Islam adalah aadil wal ihsan.

Apakah kita lupa bahawa Allah SWT telah berfirman
” Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak sekali-kali akan bersetuju atau suka kepadamu (wahai Muhammad) sehingga engkau menurut ugama mereka (yang telah terpesong itu). Katakanlah (kepada mereka): "Sesungguhnya pertunjuk Allah (Ugama Islam) itulah pertunjuk yang benar".  Dan demi sesungguhnya jika engkau menurut kehendak hawa nafsu mereka sesudah datangnya (wahi yang memberi) pengetahuan kepadamu (tentang kebenaran), maka tiadalah engkau akan peroleh dari Allah (sesuatu pun) yang dapat mengawal dan memberi pertolongan kepadamu".
 Surah Al Baqarah ayat 120

Sunday, July 7, 2013

Corporate Governance in Islam



Alhamdulilah, perkongsian ilmu telah dibuat di Persidangan Pengarah-Pengarah KPT (Bhg Politeknik) Hotel Pullman Kuching, 2 Julai 2013.  Ceramah bertajuk: Corporate Governance in Islam.  Peserta adalah Pengarah-pengarah kampus dan pegawai kanan KPT seluruh negara.



Diskusi menarik dan kupasan berkait kekeliruan masyarakat mengenai korupsi dan tataurus.

Apa sebabnya governance sukar dilaksanakan?
Mengapa korupsi sangat bahaya dalam usaha kita membangunkan ummah dan negara?
Mengapa korupsi masih berlaku dalam keadaan pelbagai undang-undang diperkenalkan?
Mengapa orang kaya, ternama dan juga cerdik pandai melakukan korupsi?
Mengapa orang yang mengaku ISLAM juga tidak terkecuali dari melanggar governance?
Mengapa golongan ilmuwan dan ustaz-ustaz juga terlibat dengan poor governance?
Adakah Pejabat agama, Masjid atau institusi amanah Rakyat seperti Tabung Haji mempunyai  tataurus yang baik?

Jika demokrasi menjadi asas hidup manusia, mengapa Dr Mursi Presiden Mesir perlu dijatuhkan? Di mana governance dalam konteks demokrasi?

Jika human rights menjadi asas hidup berdemokrasi, dimana hilangnya hak orang Islam untuk merealisasikan human rights?  ATAU  orang Islam dan mukmin dikecualikan dari layanan human rights?

Akhir sekali saya kupas, Di mana jalan lurus....dan bolehkah kita melakukan transformasi hidup?

Di kesempatan tersebut, saya juga sempat  mengupas  bab Haji dan Ramadan dalam percerahan ilmu ini. Adakah Haji/Umrah dan Ramadan mampu mencerahkan harapan kembalinya manusia kepada governance aturan ALLAH, menjadikan AL-Qur'an sebagai asas governance?

Terima kasih kepada penganjur khususnya Dato' Mohsin (Ketua Pengarah) , En Shahbudin (Timb Ketua Pengarah Strategik), Pn Ros, sekretariat dan semua terlibat menjemput dan membantu menjayakan majlis pencerahan ilmu ini. MasyaALLAH TabarakALLAH.

Friday, May 10, 2013

Trauma Anak Palestin, Apa Tindakan Kita?



Foto:  Trauma Kehidupan Anak-anak Palestin yang berpanjangan...semangat kita pula bermusim...


Empat hari lepas saya ada mewar-warkan di dalam facebook/drridzwan  memohon respon tuan/puan/followers samada perlukah KHM  terjun membantu Gaza.  Selepas empat hari, cuma hanya tiga respon sahaja diterima.  Sedikit mengecewakan saya....

Berikut saya majukan email yang telah saya terima dari Gaza Palestin yang telah  mendorong saya memohon respon dalam facebook/drridzwan.

******************************************

Assalamualikom 

Long time passed, and still remember ur inspiration given to me all the time since i knew you.

i am sending this e-mail to ask how are you? and really because i want to stay in touch with you? i hope and asking Allah that you are in a good health and every think is going good and in the best way with you.

Dear Dr. Ridzwan
i have been hear in Gaza for 5 month, many things have been changed since i went to Malaysia in 2010. the overall situation, the economic, social, and political are worst than what it was before. i have worked during this 5 months in the social work and as a program manger right now in one of the non-governmental organizations (local NGO). but i find that, there are a large segment in the society (in Gaza strip) are left out without any type of help to be provided from the governmental or non governmental parties. according to the international study:-

1. Gaza remains a direct conflict zone and child trauma remains. According to OCHA 108 persons have been killed in Gaza and 307 injured as a result of “direct conflict…” in the period of 2/2009 to 8/2010 (OCHA Hum. Monitor 8/2010)

2. 18 schools were completely destroyed and 280 schools/kindergartens damaged; 50% of Gaza’s hospitals and 39% of health clinics damaged and destroyed or damaged 6,400 homes.

3. A restriction on importation of construction materials into Gaza has meant that much of the urgently required infrastructure has not been rebuilt.

4. According to a recent survey over 60% of children in Gaza were showing severe to very severe symptoms of post traumatic stress disorder following the attack, with no or limited access to safe and secure recreation free from these daily hardships.

5. Girls have few options outside the home and boys face violence on the streets.

6. To date, many families/children, remain displaced in Gaza due to Operation Cast Lead. The resulting effects on the structure of communities, the well being of families and the ability of caregivers to fulfill their responsibilities are far reaching.

7. In addition, the Palestinian internal conflict (especially pronounced in Gaza) compounds the crisis in child protection in oPt.


8. Through increased geopolitical and institutional fragmentation child protection services are especially weak and opportunities for recreation away from the daily hardships and traumas are extremely limited

what i want explain is, i know how, much u care about the humanity and specially about the Palestinians, and i did not forgot when you told me that you want to adopt a child from Gaza, actually i find that hundreds of children in Gaza need a wide range help.

i have wrote a proposal with an overall objective "Gaza children and families experience a better life to help therepair theirpsychologicaand emotional stresses caused by the recent warthe ongoing blockade and the continuing militaractivities."

if you are interested, we can decide the mechanism of work to provide this service to our children in a way to explain for the Gazain Public that the Malaysian people are standing by us, and they are hand by hand with us.

thanks Dr Ridzwan and regards to Malaysia

Yours;
Mohammed AA
Gaza City

Tuesday, February 26, 2013

Hidup Perlu Rehat



Alhamdulilah, dengan izin ALLAH  saya akan ke luar negara untuk  meninjau  perkembangan  Koperasi Syariah untuk golongan dhuafa, meneliti dan diskusi kajian  keberhasilan  model bisnes dhuafa, melanjutkan  diskusi  pembelian tanah yang masih tertangguh untuk tujuan pembinaan  pasentren tahfiz anak yatim (masih perlukan dana Rp60 Juta = RM20,000)  dan membentangkan dua kertas kerja (Nota: kertas praktikal, bukan kertas aje yang kerja) termasuk isu sustainability ummah/bisnes. 

Pada hari Khamis 28hb Feb, InsyaALLAh seramai 21 orang jamaah akan tiba untuk menyertai program wisata rohani selama 4 hari 3 malam dimana mereka akan merasai  suasana Islamik, bertemu dengan tok guru/kiyai, istirehat, shopping dan mengikuti diskusi ilmiah. Pada Sabtu 2 Mac, InsyaALLAH saya akan memberi ceramah 'transformasi diri melalui haji/umrah'  kepada jamaah Umrah provinsi Jawa Barat. 

Moga usaha berterusan ini mendapat  rahmat dan barokah.

Monday, September 24, 2012

KHM: Bina Hospital Mukmin


Nota:  Terima kasih ALLAH kerana ketemukan saya dengan anak-anak muda ini. Kelihatan mereka serius berdiskusi pelan tindakan hospital beyond boundries. 


Alhamdulilah, dalam kesibukan ada ruang kesihatan dan masa untuk saya berkongsi dalam blog. Moga ALLAH terus memberi kita kekuatan untuk istiqamah dengan jalan membuat kebaikan dan mencegah kemunduran, maksiat dan kecelaruan masyarakat.

ALhamdulilah, setelah sekian lama  hasrat untuk membina hospital mukmin khusus untuk  masyarakat  dhua'fa dan miskin tersimpan dalam hati, pada pagi Sabtu 22/9/2012 satu pertemuan dan diskusi  untuk membina hospital swasta khusus bagi masyarakat muslim Kemboja telah dibuat. Sememangnya saya telah lama sentiasa berdoa agar ALLAH ketemukan saya dengan insan-insan yang mempunyai hasrat yang sama. Walaupun doa  saya terkhusus untuk membina Rumah Sakit di kawasan miskin di Indonesia atas dasar  menyelamatkan aqidah dan kebajikan, tapi  ALLAH mendorong kami fokus kepada  negara Kemboja.  Ketika saya berada di Indonesia Mei 2012, saya nyatakan kepada teman-teman di sana akan keperluan  mengadakan  rumah sakit bagi membantu warga muslim dhu'afa ini. Satu pelan jangka panjang perlu dibuat  khususnya bagi mencari  sukarelawan dan doktor pakar untuk membantu. 

Jadi mengapa Kemboja?  Kita merancang, tetapi ALLAH juga mempunyai perancangan yang lebih hebat.  ALLAH telah menemukan saya dengan anak-anak muda ini (mereka adalah pelajar tahun akhir Perubatan IPTA dan beberapa lagi rakan mereka adalah Akauntan) yang berhasrat untuk mengerakkan inisiatif hospital swasta di Kemboja.  Alhamdulilah, satu 'wing' KHM bakal bergerak dengan kaedah kerjasama hospital beyond boundries bagi membangunkan hospital ini.

Saya mengambil kesempatan pertemuan dengan anak-anak muda ini dengan memberi sedikit tazkirah kerana   sesuatu kerja amal tidak akan mendapat barakah jika kita tidak ikhlas dan berlapang dada. Bukan mudah untuk mendapat kepercayaan dan lagi challenging untuk melaksanakan amanah atas dasar kepercayaan. Haji/Umrah bukan untuk diri sendiri. Haji/Umrah adalah proses kita membina diri dan sama-sama berganding bahu membina masyarakat. 

InsyaALLAH, jika ALLAH izinkan saya akan ke Kemboja pada 26hb Oktober untuk  menyelia Program Korban KHM, melawat tapak Institut Pendidikan Islam yang daif  serta melihat tapak hospital beyond boundries ini. 

Kepada adik-adik yang hebat ini, InsyaALLAH saya dan abang-kakak dalam KHM  dan warga follower KHM akan mewariskan KHM untuk anda explore. Dan kepada adik-adik yang sedang membaca blog ini, jom sama-sama menanam semangat untuk membantu program amal KHM. 

KHM adalah untuk anda-  Wadah Annuiti Akhirat The Smart Way to Serve ALLAH.

ALLAHU AKBAR! MasyaALLAH  TabarakALLAH. 


Monday, September 17, 2012

PIMPINAN & Masjid As Salam



Foto: AJK dan wakil Nazir masjid-masjid negeri Selangor memberi perhatian kepada isi 
dan perkongsian tazkirah



Alhamdulilah dengan izin ALLAH, saya telah diberi kesempatan untuk menyampaikan  tazkirah ringkas pertemuan Syawal PIMPINAN Selangor pada 15hb Sept 2012.  Majlis ini dihadiri oleh  Nazir-nazir dan pengurus-pengurus masjid seluruh negeri Selangor.

Secara ringkas, saya menekankan akan betapa  pentingnya masjid di urus secara professional dan berwawasan.  Masjid bukan sekadar bangunan  tempat untuk kita solat.  Lepas solat kita balik rumah tengok tv dan tidur.  Masjid adalah satu pusat perkembangan dakwah dan kepimpinan masyarakat.  Kita tidak boleh mentadbir masjid dengan pendekatan tahun 1980an atau 1990an.  Dunia telah berubah, anak-anak  muda  inginkan perubahan masjid.  Maka  pengurusan masjid  juga  perlu berubah.

Beberapa tips kepimpinan saya kongsikan dengan harapan saya dan pimpinan masjid boleh laksanakan. Antara tips penting adalah sikap/sifat ikhlas perlu ada di hati setiap nazir dan pegawai masjid. Ikhlas dihati akan menghidupkan wajah dan melimpahkan cahaya ikhlas kepada masjid dan masyarakat.  Dalam kajian dan personal observation, saya dapati masjid yang benar-benar  hidup didokong oleh faktor dalaman (hati) dan  sokongan  masyarakat.  Bila Nazir dan pengurusan masjid mempunyai kepentingan lain seperti kerana  gila kuasa, mahu rebut projek, berpolitik dan kepentingan peribadi yang tidak diketahui, maka masjid  dan masyarakat tidak akan ke mana. Ada juga Nazir yang jarang datang ke masjid atau sibuk berceramah di masjid lain tetapi mengabaikan masjid sendiri. Nazir sebegini (dalam pandangan saya), perlu meletak jawatan  kerana mereka akan menjadi elemen yang akan melambatkan perkembangan masjid dan pembinaan kariah/masyarakat.   

Dikesempatan ini saya ingin memperkenalkan  PIMPINAN (Persatuan imam, pegawai masjid dan Pendaftar nikah masjid Selangor)  iaitu sebuah organisasi NGO yang ditubuhkan khusus sebagai wadah pertemuan dan pergerakkan Nazir, Imam dan pegawai masjid seluruh negeri Selangor.  Dari struktur perundangan, PIMPINAN seharusnya dianggotai oleh semua 360 masjid-masjid seluruh Selangor.  Ianya telah  ditubuhkan  lebih dari 10 tahun lalu tetapi kurang dikenali.  Justeru saya menyarankan secretariat PIMPINAN yang kini diterajui oleh Masjid As-Salam Puchong  untuk ‘rebrand’ PIMPINAN  supaya lebih dikenali  dan lebih agresif  bagi mencorak  peranan masjid.  Tahniah kepada pemimpin Masjid As-Salam khususnya kepada tuan Hj Yasim dan Hj Azmi Ghani serta SU ustaz Fakhurudin kerana telah dipilih untuk menerajui PIMPINAN bagi tempoh dua tahun.

InsyaALLAH, saya (secara peribadi) dan KHM akan menghulurkan bantuan  kepada PIMPINAN demi aspirasi untuk mengubah dan mencorakkan arah tuju masjid-masjid di negeri Selangor (Jika diberi peluang untuk memberi sumbangan).


Akhir sekali, saya ingin tekankan,  bahawa skop pengurusan masjid bukan sekadar mentadbir masjid, tetapi  kita mentadbir dan menguruskan masyarakat.

Astaghfirullah, MAsyaALLAH & TabarakALLAH.



Saturday, August 18, 2012

Strategic Planning Workshop

 Foto:  Memberi perhatian dan mencatat setiap butir diskusi SP level 2 ini.

Ramadan tidak seharusnya menghalang budaya kerja cemerlang. Alhamdulilah, Strategic Planning workshop Level 2 telah berjaya saya laksanakan pada 14-15 Ogos bagi membina strategi  jangka panjang sebuah organisasi korporat. Ianya adalah satu pengalaman menarik untuk saya berkongsi kepakaran dan sedikit ilmu sebagai konsultan. Workshop percambahan idea ini adalah proses yang mencabar khususnya kepada pegawai-pegawai yang tidak berpeluang pendedahan pengurusan strategik korporat. InsyaALLAH, selepas Eid fitri, strategic planning level 3 akan dilaksanakan bagi memantapkan perancangan jangka panjang organisasi ini.

InsyaALLAH, kita sama-sama bukan bercakap teori.  Tetapi yang lebih penting kita terjun membantu mereka yang memerlukan bantuan khidmat nasihat. Dengan sedikit ilmu, kepakaran  dan pengalaman, InsyaALLAH kita akan sama-sama berkongsi satu wawasan  membina diri dan masyarakat.  Membantu orang miskin juga bukan sekadar teori. Kita sama-sama telah berjaya melakukannya melalui platfom Dana Annuiti Akhirat Kelab Haji Muda. 

Monday, July 16, 2012

Saturday, July 14, 2012

Strategic Planning Workshop




Alhamdulilah dengan izin ALLAH, satu program  membina Perancangan Strategik  (Level  1)  sebuah organisasi korporat telah saya sempurnakan.  Seramai 12 orang   top management  KSSB telah hadir untuk memanfaatkan sedikit ilmu dan pengalaman yang saya ada supaya  organisasi ini dipersiapkan dengan  sustainable growth dan  visi bisnes yang jelas.

InsyaALLAH  program Strategic Planning Level 2 akan dibuat selepas Aidilfitri  bagi  membina strategi syarikat bagi  menghadapi cabaran tiga tahun akan datang.

Saturday, June 23, 2012

Masjid As Salam


Tazkirah Masjid AsSalam

ALhamdulilah  tazkirah serta perkongsian  tajuk  Membina Masyarakat  dan kariah Mithali’   telah  disempurnakan.  Saya kagum dengan semangat  dan komitmen  Pengurusan MAsjid As-Salam  kerana  bersungguh-sungguh  untuk  memajukan  masjid dan kariah.  Moga perkongsian satu jam tersebut  bermanfaat.  Saya telah  mencadangkan  kepada Nazir Masjid, Tn Hj Yasim,  supaya  program  susulan perlu dilaksanakan  bagi  melaksanakan  idea  dan cadangan  saya  seperti  didalam  kuliah  masghrib tersebut.  
 Jika  diizinkan dan jika  khidmat saya diperlukan, InsyaALLAH  satu program  susulan  atau  ‘war-room’  akan diujudkan  bagi  menterjemahkan  masyarakat  mithali dalam bentuk realiti.  

Masyarakat  mithali bukanlah  satu  teori  atau  angan-angan tanpa asas.  Ianya boleh dilaksanakan  dengan dokongan semua pihak.

Perasmian AAGBS


Launching AAGBS UiTM


ALhamdulilah saya telah dijemput  untuk  bersama-sama  meraikan  pelancaran  Arsyad Ayub  Graduate Business School UiTM (AAGBS).   Ianya adalah satu sejarah yang perlu dibanggakan oleh  umat Islam Melayu  kerana telah ujudnya  satu Graduate Business School  bertaraf dunia.  
 
DEngan sokongan  pengamal industri, korporat   dan  ahli  perniagaan  Melayu,  kita mampu  mengubah  perspektif  dan cara kita berfikir  bersesuaian  dengan  perubahan zaman.  InsyaALLAH  saya memberi  komitmen  untuk  terus membantu  AAGBS  dari sudut kepakaran, pengalaman  dan  membangunkan  program  yang relevan  untuk dunia  bisnes  khususnya dalam  membina  mukmin  professional dalam industri  (jika idea dan khidmat saya diperlukan).
Tahniah kepada  ayahanda Tan Sri Arshad Ayub  kerana  nama beliau diabadikan dalam dunia akademik  bisnes- AAGBS.  Tahniah  juga kepada  Dekan- Prof Zuriah  dan Prof Faridah  atas  usaha  yang  berusaha  tanpa rasa lelah ini.  InsyaALLAH saya bersama anda.

Friday, June 8, 2012

Kembara Hati #3 CIAMIS - Pasentren Moden



 Foto:  Pasentren Moden di tengah sawah dan pergunungan

 Foto:  Menandatangani  persetujuan untuk  menjadi  External Advisor  bagi pembangunan  
Pasentren Moden

 Foto:  Menghadiahkan buku kepada  Dr Gumidar-Direktor  Pasentren  (orang muda)



Saya terkejut  dari tidur  jam  4 pagi.  Cengkerik malam  masih berirama  dan kokokkan ayam mula  memecah  kedinginan  subuh.  Di kala cuaca di Msia panas,  pekan Garut pula  sangat dingin.

Satu perkara yang saya sangat suka di sini ialah rumah rehat ini  bersebelahan   masjid.  Ketika saya di Universiti 20 tahun lalu, saya  memasang impian  untuk  mempunyai hotel sendiri, di sebelah hotel ada masjid,  kolam renang khas untuk muslimah, gym untuk muslimin dan dewan kuliah untuk program  inspirasi.   Ianya  adalah satu impian  yang perlu direalisasikan  melalui dana yang besar  dan lokasi  yang strategic.  Sekadar impian….. 

 Selepas solat subuh, saya memberi  Tazkirah subuh ringkas  di sebuah masjid pekan ini.  Masyarakat di sini gembira menerima tetamu dari seberang.  Cuma sedihnya, semua yang hadir adalah orang tua-tua.  Tiada seorangpun orang muda.  Masjid di Msia juga  menitiskan airmata kerana  kurangnya anak-anak muda ke Masjid.  Para petugas di kalangan Malaikat  yang menjaga Masjid  juga mungkin mengeluh  kerana  insan penghujung usia sahaja  yang  hadir ke masjid.  Itu pun Cuma datang solat  tetapi kurang mengerakkan masjid.  Sumbangan idea  golongan professional pula  dipandang sepi oleh Nazir dan  AJK Masjid, mungkin kerana factor kuasa.  Akibatnya, bukan sahaja anak muda tidak datang masjid,  ahli kariah  juga mungkin ada yang solat di tempat lain  kerana bosan  dengan sikap pengurusan masjid.  Wallah alam.

Sebelum sarapan, saya di minta mengemaskan  pakaian untuk berangkat ke satu destinasi yang saya tidak pernah dengar.  Menuju Ciamis  dan Puwerketo di Jawa Tengah.

Perjalanan ke  Ciamis  mengambil masa lebih  2 jam perjalanan.  Program seterusnya ialah  di  sebuah pasentren moden desa   untuk  memberi ceramah     “Pemberdayaan Ekonomi  Pesantren”.  Subhanallah!  Sebuah pasentren moden  terletak di tengah-tengah   sawah bendang yang saujana memandang  dengan  background  gunung ganang.  Para dosen dan santri menanti  kehadiran kami.  Program  mesti bermula jam 10 pagi  kerana kami perlu segera berangkat  ke destinasi lain jam 12 tgh.  Program   ceramah bersama muslimah  jam  2  petang terpaksa di batalkan  kerana  factor  masa.

Saya  kagum dengan semangat  mereka di sini.  Pasentren ini digerakkan oleh  anak-anak  muda  yang mempunyai  kesedaran  dan semangat yang tinggi.  Di sinilah saya  melihat  peranan  KELAB HAJI MUDA  untuk sama-sama  terjun ke sawah, medan dakwah,   membantu membangunkan  program dan   aktiviti  masyarakat. (Nota Ridz: Jika  mahu sama-sama mengerakkannya.  Saya lebih gemar kita  sama-sama mengerakkannya dalam satu grup/jamaah   dari  buat kerja sendiri-sendiri.  Saya ingin  keseronokkan, kepuasan   dan  kehibaan  hati ini dikongsi bersama teman-teman  KHM. Sebagaimana pesanan Kiyai di sini, jika mahu menempah Jannah, bawalah teman-teman... Jannah  bukan untuk orang yang datang masjid tapi tidur...)

Program bermula dengan bacaan Al-Qur’an  dan marhaban (waduh seronoknya…). Bila sejam  masa diberikan kepada saya untuk mengupas topic ekonomi pasentren, saya memuji kesungguhan pengurusan Pasentren ini. Hakikatnya, saya tiada pengalaman  luas atau hands-on dalam  isu  ekonomi pasentren.  Beberapa model ekonomi  Islam  cuba saya kongsikan  dan beberapa tips penting diketengahkan bagi mencambah minda/idea.   Idea dan tips disambut baik oleh  pengurusan  dan  peserta program.

 Foto:  Bersama panel diskusi

Yang menarik, Peserta lebih 200 orang  lebih berminat kepada  sipnosis buku Haji Muda dari tajuk ceramah “Pemberdayaan Ekonomi  Pesantren”.  Soalan  lebih tertumpu kepada bagaimana untuk merealisasikan   hasrat  menunaikan Haji di saat Muda  di kala  tekanan ekonomi  kelihatannya  keberantakkan?  

Bolehkah orang miskin  pergi haji?  Jika boleh bagaimana?  Soalan yang sukar untuk dijawab…..namun saya ada idea untuk dibincangkan….

InsyaALLAH,   Bersambung......
.

Kembara Hati #2 Usah Punya Sebutirpun Nilai Dunia….


foto: Menerima hadiah dari kiyai H. Zakaria. Beberapa buku tulisan beliau

Hari Pertama selepas mengimamkan solat maghrib,  jadual perjalanan saya ialah menemui @  Ziarah  Kiyai H. Zakaria yang amat terkenal di  Jawa Barat.   SEcara ringkas,  beliau mengalu-alukan  kehadiran dan kerjasama  untuk membangunkan masyarakat.   Satu perkara penting yang beliau  mengingatkan saya  (perlu saya kongsi dengan   pengunjung blog ini)  adalah 

“USAH PUNYA  SEBUTIRPUN  NILAI DUNIA  DALAM  HATI KITA….”

Subhanallah!  Satu pesanan yang amat  padat lagi berat untuk kita pikul…

Bagaimana mungkin hati kita yang  seronok dengan  dunia, dipuji orang,  banggakan pangkat  dan harta  dapat dikuburkan  melalui  spiritual approach ini?

Bagaimana mungkin  insan  lemah seperti saya (mungkin tuan-puan)  mampu untuk  menyahkan  butiran dunia dari hidup ini…?
 
Ketika teman saya menyatakan hasrat untuk bertanding jawatan  politik - Gabenor  Wilayah,  Kiyai H. Z  tidak memberi restu  lantas dengan tegas berbicara


“….. ramai  insan  yang baik-baik  gugur di medan dakwah  kerana faktor politik.   Jadilah insan  yang bebas  dari  pengaruh dan kawalan politik.  Kita akan dapat menghampiri ikhlas  dan  menangkis  fitnah  bila menjadi  insan   yang bebas  dari  pengaruh dan konkongan  politik.   Kita akan menterjemahkan keadilan secara  objektif  dan professional   dengan  meletakkan ALLAH dan Rasul lebih dari  politik  yang menyesakkan dada  dan mengucar kacirkan  emosi masyarakat.   Bercakaplah benar biarpun pahit   dan sentiasa bersabar  di atas jalan yang mulia. 

 
Kepenatan seharian  terhibur  juga  dengan  peringatan  ringkas  untuk diri yang doif  ini… Thanks ALLAH  dan terima kasih Pak Kiyai dengan nasihat  berguna ini.