Saya jarang menonton tv. Tv tidak banyak membantu saya menjadi insan cemerlang. Namun baru-baru ini saya mengambil peluang merehatkan minda dengan menonton filem Nujum Pak Belalang. Walaupun sudah menonton filem ini berkali-kali, pengisian cerita tidak menjemukan. Banyak pengajaran yang boleh diambil.
Terlalu ramai insan yang ’jual temberang’ untuk hidup. Saya ingat rakan saya pernah sebut ” Kalau kau lurus bendul, kau tak boleh hidup Wan.” Di satu kesempatan lain, seorang kontraktor berbangsa bukan Melayu pernah tegur saya ”Ridzwan, you cannot survive in the corporate world if you still want to continue with your principle. Rasuah is norm!”
Kita akan terasa terasing jika tidak ’jual temberang’, ianya budaya hidup dulu, kini dan mungkin selamanya. Namun temberang Pak Belalang telah mengubah nasibnya. Beliau tidak rasuah tetapi amat taat dengan perintah Sultan Nizam.
Tiga perkara yang kita boleh belajar dari filem Nujum Pak Belalang:
1. Taat kepada pemimpin
Pak Belalang amat taat kepada pemimpinnya. Beliau akan menurut apa sahaja perintah Sultan. Selagi pemimpin tidak melanggar Quran dan panduan Hadith maka wajib kita mentaatinya.
2. Berfikiran positif
Filem ini memberi gambaran bahawa masyarakat Melayu dahulu juga mengamalkan fikiran positif. Kedua-dua pihak amat positif dan yakin akan menang walaupun mereka sebenarnya tidak bijak menaruh negara untuk tujuan kebanggaan.
3. Meletakkan masa depan di tangan orang lain
Di dalam kehidupan, kita perlu mengambil sepenuh tanggungjawab ke atas apa yang kita lakukan. Namun dalam filem ini, nasib dan masa depan diletakkan kepada orang lain. Perbualan seperti ”Apa pendapat tuan hamba, adakah kita boleh menang dengan 3 soalan tersebut. Maka dijawab oleh Penasihat Sultan ”Tidak perlu risau ”Ahli Nujum Negara pasti tahu jawapannya.”
Filem klasik Melayu ini memberi pelbagai pengajaran kepada kita. Ambillah perkara yang baik dan perbaikilah mana yang kurang agar ia dapat mematangkan kita di dalam perjalanan menuju Ilahi dan membina bangsa Muslim.
Pages
Followers- Jalinan Ukhuwah
Thursday, June 4, 2009
Friday, May 29, 2009
Kaabah Dipermainkan
Salam warga muslim sekelian,
Terlalu banyak ujian yang perlu ditempoh oleh pendukung risalah Islam. Akibat kelemahan kita Kaabah pernah dipermainkan oleh pihak kuffar. Gambar di bawah adalah satu projek di bandar New York tahun 2006 yang menyamakan Kaabah di Mekah dengan outlet menjual arak.

Difahamkan, usaha untuk mengujudkan Apple Mecca berjaya dilakukan pada tahun berkenaan. Ianya adalah pusat santai menjual arak. Saya masih ingat, ketika belajar di England dahulu, ada satu pub di tempat saya dinamakan Mecca. Bila ditanya kepada warga emas Mat Salleh tempatan mereka memaklumkan saya bahawa Mecca membawa maksud pusat pertemuan.

Jika usaha di atas benar, maka sudah tentu masyarakat muslim New York yang kukuh solidariti mereka akan bangun.
Kita bagaimana....?

Thursday, May 28, 2009
Slot Haji Muda di Astro Oasis 106

Assalamualaikum,
Oleh kerana saya menerima beberapa panggilan telefon, sms dan email bertanyakan siaran ulangan Slot Haji Muda di Astro Oasis 106, berikut di senaraikan tarikh dan waktu siaran ulangan (berdasarkan maklumat dari Astro Oasis website):
Jumaat 29/5/09 1.30 pagi dan 10.30 pagi
Sabtu 30/5/09 8.00 pagi ; 1.30 tgh dan 10.30mlm
Ahad 31/5/09 5.00 pagi; 11.30 pagi dan 6.30 ptg.
Terima kasih
Tuesday, May 26, 2009
Konvo UiTM
Alhamdulilah dengan kebesaran Allah, istiadat konvokesyen UiTM ke 70 telah berlangsung dengan lancar. Menerima Ijazah Kedoktoran daripada DYMM Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong, Sultan Mizan, amat mengembirakan hati saya apatah lagi mendalami ilmu secara part-time.

$The Best Thing in life is doing something that people say you cannot do!$
Jiwa kecil ini mula tersentuh bila terkenang arwah abah dan juga emak yang uzur. Emak dari awal-awal lagi menyatakan ketidak mampuan beliau untuk hadir. Kelmarin saya pulang ke rumah mak untuk mengambil gambar bersama mak.

Bersama ayah mertua
Prof Kamil adalah Prof pertama yang bertemu dengan saya se awal 7.15pagi. Diikuti oleh Profesor dan guru-guru saya yang lain. Penyelia Utama kedoktoran, Prof Norhana tidak dapat hadir namun Penyelia kedua,Prof Faridah, turut berada di pentas utama kenamaan.

Saya memohon dan berdoa kepada Allah agar ilmu dan kepakaran dapat saya hulurkan bagi membina keluarga dan masyarakat. Saya memohon kasih sayang Allah, keampunan dan kesejahteraan kehidupan dunia dan akhirat.

Terima Kasih Astro Oasis 106

Alhamdulilah saya merakamkan kesyukuran kerana slot Haji Muda telah berjaya disiarkan sebentar tadi di Astro Oasis. Moga perkongsian tersebut bermanfaat kepada penonton.
Kepada Penerbit rancangan Iktibar di Tanah Suci, Ustaz Hj Shukri, Layla, Nurul dan semua yang terlibat menjayakannya - Terima kasih. Kepada Prof Kamil, ustaz Samsudin, Ustaz Zakuan dan semua ahli keluarga dan rakan-rakan terima kasih dengan sokongan.
Monday, May 25, 2009
Mensyukuri Nikmat Allah
Insan yang gagal mensyukuri nikmat air bersih tidak mungkin akan memuji Allah jika memiliki mahligai atau kenderaan mewah. Insan yang tidak bersyukur dengan sekeping roti canai, tidak mungkin mampu mensyukuri menu makanan lazat. Orang yang kufur nikmat Allah tidak akan mampu membezakan nikmat yang banyak dengan yang sedikit.

Terlalu ramai di antara kita melakukan ’protes’ kepada Allah tanpa kita sedari. Kita salahkan Tuhan kerana tidak memberi kita rezeki yang banyak. Kita membandingkan kemewahan insan lain dengan nikmat yang kita perolehi. Ada segelintir kita pula kelihatan resah, murung dan berserabut fikiran memikirkan perkara-perkara yang tidak perlu difikirkan. Bila di tanya, mereka akan memberi respons ”Saya ok, saya sihat.” Bagaimana insan yang sihat memberi refleksi wajah yang tidak ceria? Jika nikmat kesihatan yang sedang dinikmati tidak disyukuri, bagaimana untuk kita bersyukur kepada perkara lain yang mungkin abstrak dan tidak nyata?
Kita (nota: saya) sering berjanji dengan Allah ”jika Allah memberi kita rezeki yang banyak, kita akan menginfaqkan atau sedeqahkan sebahagian harta ke jalan Allah.” Namun kita sering alpa dengan janji kita. Kita mula berkira-kira dengan limpahan rezeki yang sedikit itu. Allah telah membicarakan perkara ini dengan firmanNya
**Dan diantara mereka ada yang telah berjanji dengan Allah, ”Sesungguhnya jika Allah memberikan sebahagian kurniaNya kepada kami, pastilah kami akan bersedekah dan pastilah kami akan termasuk orang-orang yang soleh.” Akan tetapi, setelah Allah memberikan kepada mereka sebahagian dari kurniaNya, mereka kikir dengan kurnia itu dan berpaling dan memanglah mereka itu orang-orang yang sering membelakangkan (kebenaran)** (At-Taubah: 75-76).
MUTIARA BICARA
Jika anda pernah berjanji dengan Allah untuk melakukan sesuatu kebaikan atau menginfaqkan sebahagian rezeki ke jalan Allah, maka segerakanlah, jangan ditunggu-tunggu. Sikap tunggu menunggu akan mengundang kepada sifat ’berkira-kira’ dan akhirnya janji tidak dapat dikota. Ucapkanlah Alhamdulilah tanda syukur dengan nikmat Allah.

Thursday, May 21, 2009
Rindu Madinah
Setiap kali saya bertemu rakan-rakan rapat saya akan menyebut ”Saya merindui Madinah....”
Apa yang ada di Madinah? Kepada mereka yang pernah ke Tanah Suci anda tentu tahu apa istimewanya Madinah.
Kelmarin saya terjaga dari tidur jam 3.30pagi. Kerinduan Madinah amat terasa. Di keheningan malam itu airmata saya menitis. Tiada siapa mengerti isi hati ini. Sholat di bumi Malaysia tidak memberi saya kenikmatan. Kehidupan dunia korporat pula banyak melalaikan saya. Walaupun saya berusaha kuat, melakukan terbaik di pejabat dan melayan pegawai bawahan dengan jujur, kenikmatan kehidupan Madinah tidak dapat ditandingi. Sumbangan saya untuk masyarakat dan dunia Islam juga tidak seberapa.

Jam 4.30 pagi saya mencapai kunci kereta meneruskan perjalanan saya ke Masjid Negeri Shah Alam. Saya pasti isteri saya akan kecewa jika saya tidak mengajak beliau sama-sama ke Masjid. Namun saya rasa saya mahu berbicara dengan Tuhan saya, saya mahu menyendiri ketika itu.
Masjid Negeri terang benderang macam di Madinah. Cuma suasananya sunyi tidak seperti di Madinah di mana manusia berebut-rebut untuk datang awal ke Masjid dan beramal. Kelihatan tiga orang sudah berada di ruang sholat. Ada seorang sedang tidur. Azan pertama Masjid Negeri amat sayu dan meruntun perasaan. Suasana dingin Masjid makin terasa. Suasana Madinah juga makin dihayati. Saya dibuai dengan pengalaman keindahan beramal di Masjid Nabawi.
Ketika itu airmata menitis lagi....
”Ya Allah, aku amat merindui Madinah. Izinkan aku hadir lagi di bumi RasulMu pada tahun ini....” Amin.

Subscribe to:
Posts (Atom)