Followers- Jalinan Ukhuwah

Friday, June 8, 2012

Kembara Hati #3 CIAMIS - Pasentren Moden



 Foto:  Pasentren Moden di tengah sawah dan pergunungan

 Foto:  Menandatangani  persetujuan untuk  menjadi  External Advisor  bagi pembangunan  
Pasentren Moden

 Foto:  Menghadiahkan buku kepada  Dr Gumidar-Direktor  Pasentren  (orang muda)



Saya terkejut  dari tidur  jam  4 pagi.  Cengkerik malam  masih berirama  dan kokokkan ayam mula  memecah  kedinginan  subuh.  Di kala cuaca di Msia panas,  pekan Garut pula  sangat dingin.

Satu perkara yang saya sangat suka di sini ialah rumah rehat ini  bersebelahan   masjid.  Ketika saya di Universiti 20 tahun lalu, saya  memasang impian  untuk  mempunyai hotel sendiri, di sebelah hotel ada masjid,  kolam renang khas untuk muslimah, gym untuk muslimin dan dewan kuliah untuk program  inspirasi.   Ianya  adalah satu impian  yang perlu direalisasikan  melalui dana yang besar  dan lokasi  yang strategic.  Sekadar impian….. 

 Selepas solat subuh, saya memberi  Tazkirah subuh ringkas  di sebuah masjid pekan ini.  Masyarakat di sini gembira menerima tetamu dari seberang.  Cuma sedihnya, semua yang hadir adalah orang tua-tua.  Tiada seorangpun orang muda.  Masjid di Msia juga  menitiskan airmata kerana  kurangnya anak-anak muda ke Masjid.  Para petugas di kalangan Malaikat  yang menjaga Masjid  juga mungkin mengeluh  kerana  insan penghujung usia sahaja  yang  hadir ke masjid.  Itu pun Cuma datang solat  tetapi kurang mengerakkan masjid.  Sumbangan idea  golongan professional pula  dipandang sepi oleh Nazir dan  AJK Masjid, mungkin kerana factor kuasa.  Akibatnya, bukan sahaja anak muda tidak datang masjid,  ahli kariah  juga mungkin ada yang solat di tempat lain  kerana bosan  dengan sikap pengurusan masjid.  Wallah alam.

Sebelum sarapan, saya di minta mengemaskan  pakaian untuk berangkat ke satu destinasi yang saya tidak pernah dengar.  Menuju Ciamis  dan Puwerketo di Jawa Tengah.

Perjalanan ke  Ciamis  mengambil masa lebih  2 jam perjalanan.  Program seterusnya ialah  di  sebuah pasentren moden desa   untuk  memberi ceramah     “Pemberdayaan Ekonomi  Pesantren”.  Subhanallah!  Sebuah pasentren moden  terletak di tengah-tengah   sawah bendang yang saujana memandang  dengan  background  gunung ganang.  Para dosen dan santri menanti  kehadiran kami.  Program  mesti bermula jam 10 pagi  kerana kami perlu segera berangkat  ke destinasi lain jam 12 tgh.  Program   ceramah bersama muslimah  jam  2  petang terpaksa di batalkan  kerana  factor  masa.

Saya  kagum dengan semangat  mereka di sini.  Pasentren ini digerakkan oleh  anak-anak  muda  yang mempunyai  kesedaran  dan semangat yang tinggi.  Di sinilah saya  melihat  peranan  KELAB HAJI MUDA  untuk sama-sama  terjun ke sawah, medan dakwah,   membantu membangunkan  program dan   aktiviti  masyarakat. (Nota Ridz: Jika  mahu sama-sama mengerakkannya.  Saya lebih gemar kita  sama-sama mengerakkannya dalam satu grup/jamaah   dari  buat kerja sendiri-sendiri.  Saya ingin  keseronokkan, kepuasan   dan  kehibaan  hati ini dikongsi bersama teman-teman  KHM. Sebagaimana pesanan Kiyai di sini, jika mahu menempah Jannah, bawalah teman-teman... Jannah  bukan untuk orang yang datang masjid tapi tidur...)

Program bermula dengan bacaan Al-Qur’an  dan marhaban (waduh seronoknya…). Bila sejam  masa diberikan kepada saya untuk mengupas topic ekonomi pasentren, saya memuji kesungguhan pengurusan Pasentren ini. Hakikatnya, saya tiada pengalaman  luas atau hands-on dalam  isu  ekonomi pasentren.  Beberapa model ekonomi  Islam  cuba saya kongsikan  dan beberapa tips penting diketengahkan bagi mencambah minda/idea.   Idea dan tips disambut baik oleh  pengurusan  dan  peserta program.

 Foto:  Bersama panel diskusi

Yang menarik, Peserta lebih 200 orang  lebih berminat kepada  sipnosis buku Haji Muda dari tajuk ceramah “Pemberdayaan Ekonomi  Pesantren”.  Soalan  lebih tertumpu kepada bagaimana untuk merealisasikan   hasrat  menunaikan Haji di saat Muda  di kala  tekanan ekonomi  kelihatannya  keberantakkan?  

Bolehkah orang miskin  pergi haji?  Jika boleh bagaimana?  Soalan yang sukar untuk dijawab…..namun saya ada idea untuk dibincangkan….

InsyaALLAH,   Bersambung......
.

Kembara Hati #2 Usah Punya Sebutirpun Nilai Dunia….


foto: Menerima hadiah dari kiyai H. Zakaria. Beberapa buku tulisan beliau

Hari Pertama selepas mengimamkan solat maghrib,  jadual perjalanan saya ialah menemui @  Ziarah  Kiyai H. Zakaria yang amat terkenal di  Jawa Barat.   SEcara ringkas,  beliau mengalu-alukan  kehadiran dan kerjasama  untuk membangunkan masyarakat.   Satu perkara penting yang beliau  mengingatkan saya  (perlu saya kongsi dengan   pengunjung blog ini)  adalah 

“USAH PUNYA  SEBUTIRPUN  NILAI DUNIA  DALAM  HATI KITA….”

Subhanallah!  Satu pesanan yang amat  padat lagi berat untuk kita pikul…

Bagaimana mungkin hati kita yang  seronok dengan  dunia, dipuji orang,  banggakan pangkat  dan harta  dapat dikuburkan  melalui  spiritual approach ini?

Bagaimana mungkin  insan  lemah seperti saya (mungkin tuan-puan)  mampu untuk  menyahkan  butiran dunia dari hidup ini…?
 
Ketika teman saya menyatakan hasrat untuk bertanding jawatan  politik - Gabenor  Wilayah,  Kiyai H. Z  tidak memberi restu  lantas dengan tegas berbicara


“….. ramai  insan  yang baik-baik  gugur di medan dakwah  kerana faktor politik.   Jadilah insan  yang bebas  dari  pengaruh dan kawalan politik.  Kita akan dapat menghampiri ikhlas  dan  menangkis  fitnah  bila menjadi  insan   yang bebas  dari  pengaruh dan konkongan  politik.   Kita akan menterjemahkan keadilan secara  objektif  dan professional   dengan  meletakkan ALLAH dan Rasul lebih dari  politik  yang menyesakkan dada  dan mengucar kacirkan  emosi masyarakat.   Bercakaplah benar biarpun pahit   dan sentiasa bersabar  di atas jalan yang mulia. 

 
Kepenatan seharian  terhibur  juga  dengan  peringatan  ringkas  untuk diri yang doif  ini… Thanks ALLAH  dan terima kasih Pak Kiyai dengan nasihat  berguna ini. 

Wednesday, June 6, 2012

Kembara Diri #1 Indonesia


Alhamdulilah hari ini saya bercuti panjang hingga hujung minggu bagi menyelesaikan beberapa urusan disamping  bercuti.  Kesempatan ini  memberi  saya peluang untuk  update blog setelah sekelian lama menyepi.

Pertama, saya ingin berkongsi pengalaman menimba ilmu dan pengalaman di Indonesia.  Dan InsyaALLAH  entri perkongsian di Dubai, Iran dll.

Hari Pertama  14 Mei

Tiket  Air Asia saya  ditekan sehingga RM1,080  seorang (Tidak termasuk makan/minum dalam pesawat dan airport tax di Bndung).   Ianya  sudah  tentu  tidak menepati   falsafah  “tambang murah  everyone can fly…”. Pun begitu, ianya tidak  merisaukan  kerana  saya  mempunyai jadual  rasmi  mengisi beberapa program di Jawa Barat dan Jawa Tengah.   Tiada satu senpun dana  Tabung  Anuiti Akhirat  yang saya ambil.  Ianya adalah dana amanah yang perlu dijaga rapi.

Sebaik tiba di  LT Bandung,  saya disambut oleh teman  dan terus  menuju ke  desa Bojongloa  untuk meninjau  perkembangan masjid.  Alhamdulilah  masjid  bakal siap menjelang  Ramadan.  Tentu sekali hati kita sejuk dan gembira  melihat  masjid  comel ini tertegak  di desa  miskin.  Pemimpin desa pula sudah menyediakan  100kg  beras  untuk saya bawa pulang dan kongsi dengan teman-teman HM.  Namun saya menolak  hadiah ini  bukan kerana tidak sudi tetapi  kos untuk membawa pulang lebih mahal dari  tiket.  Lagipun,  mereka  lebih memerlukan wang dari kita.  Sementara kita pula perlu belajar  untuk ikhlas di jalan ALLAH  tanpa meminta  habuan dunia.







Saya tiba di pergunungan pekan Garut  jam 12 tengahari.  Selepas solat dan makan  siang,  teman-teman dan supir sudah sedia  membawa saya ke  program  ‘International Seminar  “Membangun  Jiwa dan Potensi Kewirausahaan  Muslim ” di Institut Perguruan Tinggi  Garut.  Saya terkejut dengan sambutan besar lebih-lebih lagi  disambut mesra oleh Pengetua  Institut  ini yang berusia 79 tahun.  Subhanallah! Allahu akbar!   Satu keajaiban bagaimana  insan  berusia 79 tahun  masih mampu  mengurus  institusi  ilmu yang besar  dan  masih kelihatan  sihat. 

Ilmu saya tidak setinggi mana  namun harapan  Pengetua ini amat besar  supaya saya dapat hadir lagi  berkongsi  ilmu dan pengalaman bagi membina  generasi  muda  nusantara.   Satu jam  tempoh ceramah  dirasakan pantas berlalu  dan hampir 500 siswa  bersama-sama  memberi kerjasama  dan  mengajukan pelbagai soalan.  







Moga ALLAH mengizinkan teman-teman HM untuk sama-sama  menjayakan  tapak yang telah saya susun untuk kita bekerja dan bekorban untuk jalan Ilahi.  Tiada apa yang dapat kita bawa menemui Ilahi  melainkan usaha berterusan  untuk mendidik diri sendiri  dan  membangunkan ummah khususnya dikalangan  masyarakat fakir/miskin. 

Bersambung….

Wednesday, May 30, 2012

Dubai & Iran 21-30 Mei 2012

Assalamualaikum sahabat semua,
Maaf kerana  tidak update blog.  Selepas kembali dari Indonesia, saya terus ke KT dan  kemudian berangkat ke Dubai & Iran pada 21-30hb Mei 2012.  Masa amat menghimpit pergerakkan dengan harapan  dapat update blog HM dan  Facebook semasa di Iran.  Walau bagaimanapun, sekatan keselamatan di Iran tidak mengizinkan laman sosial, FB dan blog  untuk di access. Pun begitu, saya dapat mencelah masuk sekali sahaja di FB: ridzwan.bakar untuk update status pergerakkan saya.  Namun blog terus disekat.  Alhamdulilah gmail account dapat di access dan semua email telah saya respon.  Skype juga banyak membantu komunikasi saya ke tanahair.

Alhamdulilah saya kini telah selamat kembali ke tanahair.  InsyaALLAH saya akan update program di Indonesia dan  pengalaman di Iran. Banyak perkara menarik yang perlu dikongsi.

Salam.

Sunday, May 13, 2012

Kunjungan ke Indonesia 14-18 Mei 2012


InsyaALLAH, jika dizin ALLAH  saya akan  membuat pengisian di Indonesia. Jemputan untuk berkongsi ilmu dan pengalaman seharusnya di sambut dengan hati yang girang. Saya masih menaruh harapan agar  Malaysia Airlines akan kembali beroperasi  KLIA-Bandung. 

InsyaALLAH saya akan meluangkan masa untuk bertemu dengan pemimpin masyarakat  desa Bojongloa dan melihat sendiri  perkembangan  pembangunan masjid. Amanah yang tuan-puan berikan akan dilaksanakan, InsyaALLAH.


14 Mei
6am                       Flight  KL-Bandung
2-4pm                   Guest  Speaker  Universitas  Garut   “Membangun  Jiwa dan Potensi Kewirusahaan  Muslim ”

15 Mei
10am-12pm         Kuliah  Dhuha  di Pasentren Ciamis    “ Aku Rindu Rejab, Syaaban dan Ramadan”

2pm-4pm            International Seminar  Institut  Perguruan  Tinggi  Ciamis  “Pemberdayaan Ekonomi  Pesantren”

6pm                       Melawat  Tapak Masjid Bojongloa.   Diskusi  ringkas dengan pemimpin masyarakat dan  negosiasi  akhir  pembelian tanah sawah sebelah masjid untuk tujuan pembinaan Pusat Tahfiz Kelab Haji Muda.

16 Mei
9am-12pm          Seminar Akademi Telekomunikasi  Purwokerto  “ICT Broadband  pemangkin ekonomi”    YPT  Institut Management & Telekomunikasi Bandung.

2pm-4pm            Ceramah  “Membina  Model Ekonomi  Baru buat   ummah tercinta”

17 &  18 Mei
8:00am                 Research  activities & bertemu  usahawan muslim 

Sunday, May 6, 2012

Motivational Talk


Alhamdulilah, program latihan cemerlang di pejabat telah disempurnakan dengan jayanya.  Terima kasih kepada pengurusan Hospital Sungai  Buluh dan Ustaz Hadi- Hijrah Minda  kerana menjemput saya untuk berkongsi sedikit ilmu dan pengalaman.  Kepada semua peserta, doktor, pegawai kesihatan dll, saya berharap  perkongsian  'Seni Happy Di Pejabat'  memberi manfaat.


Peserta tekun menjawab soalan 'test your happiness level'.

Wednesday, May 2, 2012

MAS/Air ASia Deal-Off


Alhamdulilah, dengan kebesaran ALLAH, doa  rakyat Malaysia,  usaha berterusan  individu tertentu,  Kesatuan Pekerja MAS (MASEU) dll ,  ‘share swap’   MAS-Air Asia telah dibatalkan.  Sila rujuk berita terkini di sesawang dibawah:




Blog ini pernah menyentuh isu ini sebelum ini, bahawa  ‘share-swap’  tidak akan menguntungkan rakyat.  ‘Share-swap’  ini  Tidak akan menguntungkan  MAS dari perspektif  jangka panjang.  Anda tidak perlu tahu apa sumbangan blog ini bagi membantu isu ini.  Yang penting,  Hebatnya  sesebuah organisasi bukan kerana  EGOnya.  Hebatnya sesebuah organisasi bukan kerana  keuntungan berbilion RM.  Hebatnya organisasi lahir dari cinta, kasih sayang, maruah  dan  memartabatnya  Malaysia di mata dunia.  Lebih hebat  lagi jika organisasi  mendapat  naungan  nur Ilahi dari langit.

Walau bagaimanapun, blog ini menyokong kerjasama teknikal dan pasaran antara MAS & Air Asia.  Perlu ada win-win deal  dengan focus kepada sinergi dan  economies of scale. MAS dan Rakyat Malaysia perlu lead kerjasama ini.

Yang penting,  kepentingan rakyat dipertahankan,  Negara dijulang, MAS boleh mencapai  sustainability  dan Kebajikan pekerja MAS terus dipelihara. Rakyat mahu lihat  aggressive marketing dibuat oleh MAS  sebagaimana yang mereka lakukan sebelum share-swap berlaku tahun lalu. 

Tahniah MAS,  Tahniah kepada MASEU, Tahniah kepada semua warga kerja MAS  dan tahniah kepada Rakyat Malaysia dengan Deal-off ini.

InsyaALLAH, one day kita mahu lihat MAS takeover Air Asia..!  InsyaALLAH ramai lagi  'untap' cerdik pandai Melayu Muslim yang boleh turnaround MAS.


HanyaMu ALLAH tempat kami  berdoa dan berserah…