Pages
Followers- Jalinan Ukhuwah
Saturday, June 16, 2012
Tazkirah Masjid AsSalam Puchong
InsyaALLAH jika diizinkan, saya akan membuat perkongsian di Masjid HEBAT ini.
Tarikh: 17 Jun 2012 (AHAD)
Masa: Lepas solat Maghrib
Tempat: Masjid As Salam Puchong Selangor (Masjid diiktiraf antara yang terbaik di Selangor)
Tajuk: Membina Masyarakat Mithali
Anda di jemput hadir.
Wednesday, June 13, 2012
KHM diluluskan pendaftaran
Alhamdulilah, dengan kasih sayang ALLAH sukacita saya maklumkan bahawa pendaftaran KHM (Kelab Haji Muda) telah diluluskan oleh Pendaftar Pertubuhan. Saya ingin mengucapkan tahniah dan terima kasih kepada semua Pro-tem KHM yang bekerja keras menyediakan kertas cadangan, berurusan dengan ROS, menghadiri beberapa mesyuarat dan berkorban RM demi tercapainya hasrat murni ini. Tanpa pengorbanan mereka, KHM tidak akan menjadi realiti. Oleh kerana teman-teman Pro-tem KHM tidak mahu mereka dikenali, InsyaALLAH saya akan perkenalkan mereka pada AGM Pertama KHM (akan saya maklumkan tarikh kemudian).
Saya berdoa moga KHM dipelihara oleh ALLAH dari fitnah dan hasad dengki. Saya juga sangat berharap moga ALLAH mengizinkan KHM menghimpunkan insan-insan ikhlas yang mempunyai satu arah dan visi hidup yang jelas dan sama.
Sebagaimana yang saya tekankan dalam entri terdahulu, KHM tidak menjanjikan kekayaan RM tetapi insyaALLAH KHM akan menyediakan platform amal dan usaha berterusan untuk kita mendidik diri dan membangunkan masyarakat melalui pendekatan Haji dan Umrah.
InsyaALLAH, saya yakin ALLAH akan membantu kita dan KHM mampu untuk menjadi fuel that allows common people like us to attain uncommon but high impact results. Amin!
Email KHM: kelabhajimuda@gmail.com
Monday, June 11, 2012
Program Tajaan Iftar Ramadan untuk fakir miskin
SINOPSIS
PROGRAM: TAJAAN IFTAR RAMADAN
SASARAN : FAKIR MISKIN
TARGET RM: 2 MASJID@RM6,000 = RM12,000
TARIKH TUTUP: 10 JULAI 2012
Dalam perjalanan ke Ciamis saya bertanya teman bagaimana
suasana Ramadan di Indoneisa, apa menu berbuka puasa dan berapa kos sehari
di Masjid-masjid?
Jawapannya, seharusnya saya dan semua teman-teman HM hadir ke sini untuk merasai suasana
Ramadan yang meriah. Iftar dan solat malam di hidupkan. Namun keghairahan ibadah
akan menyusut pada minggu ketiga.
Rupanya sama dengan Malaysia… Menu pula
simple. Masjid pula menyediakan
juadah berbuka puasa yang khusus untuk
golongan fakir miskin. Ianya cukup
banyak membantu golongan fakir miskin
untuk lebih dekat dengan masjid.
Maka mentol di kepala mula bercahaya!
Berapa kos sponsor berbuka puasa di Masjid untuk sepanjang 30
hari Ramadan? Teman saya menjawab: sekitar RM6,000 sepanjang 30 hari
Ramadan dengan menu tamar, air, nasi + moreh.
Menu simple ini amat mengembirakan fakir miskin. Haa! Cuma RM6,000 sepanjang Ramadan?
Fakta:
Pengalaman saya di Msia, masjid-masjid Malaysia mengenakan
caj antara RM800- RM1,200 sehari untuk sponsor buka puasa. Ini bererti
minimum kos buka puasa sebulan di masjid Malaysia adalah RM24,000
iaitu 4 kali ganda lebih mahal.
Action:
InsyaALLAH tahun ini saya berazam untuk mengubah hasrat
untuk sponsor iftar khusus untuk fakir miskin di Indonesia. Jika anda berminat untuk
menyertai program ini, bolehlah
masukkan sumbangan anda ke Akaun Khas Amal (Akaun sama untuk masjid Bojongloa). Bermula dari tarikh 11hb Jun hingga 10
Julai, wang yang masuk ke Akaun ini akan
dimajukan ke masjid-masjid untuk sponsor
makan-minum khusus untuk fakir miskin.
Ianya akan diselia dan kontrol oleh teman-teman HM di sana supaya agihan dibuat dengan betul dan mencapai sasaran, InsyaALLAH.
Target:
Untuk sponsor
2 Masjid@RM6,000 = RM12,000.
Tarikh
Tutup:
10 Julai 2012
Nilai
Dana Ramadan Terkini 6/6/2012
RM800
Akaun Bank:
Bank Islam (sama seperti akaun untuk dana Projek Masjid Bojongloa).
Moga ALLAH
meredoi usaha dan amal kita.
Saturday, June 9, 2012
Umrah 2012: Gembiranya Jamaah HM
Foto: Jamaah mendengar penerangan program outdoor Mekah.
Alhamdulilah, sungguhpun grup
jamaah HM telah tiga bulan kembali ke tanahair, hubungan ukhuwah dan kasih sayang masih kekal
segar. Biarpun mereka tidak
mendapat yang terbaik dari Agensi Umrah,
mereka sama-sama menerima
hakikat bahawa ALLAH
lebih berhak menentukan level
peningkatan diri dan tahap ujian Mekah & Madinah. Mereka
bersama-sama saya dalam satu grup
jamaah yang sentiasa menceriakan perjalanan kami.
Satu perkara yang saya sentiasa
yakin ialah setiap kali jamaah kembali dari
Umrah, ALLAH akan melipatgandakan rezeki.
Ini Fakta! Perkara ini saya tegaskan banyak
kali sebelum mereka berangkat
ke Mekah bahawa rezeki
akan datang dengan
diri terlebih dahulu berkorban
untukNYA. Kita kena yakin dengan
janji ALLAH. Bila jamaah
ikhlas mengunjungi Baitullah dan
Rasululah s.a.w dan niat hanya
untuk mencari redha ALLAH,
maka ALLAH akan melapangkan
urusan dan memberi
rezeki dari sumber yang tidak
pernah kita fikirkan. Maka fakta ini
berlaku dalam tempoh 3 bulan:-
1. Menerima bonus
lebih dari jangkaan
2. Dengan izin
ALLAH, ada muslimah
yang mengandung, Alhamdulilah!
Berkat doa Tanah suci.
3. Naik pangkat
tanpa disangka-sangka. Biarpun pada asalnya nama berada ditangga bukan prioriti.
4. Mendapat anugerah cemerlang khidmat
awam
5. Mendapat straight
A dalam SPM
6. Mendapat tawaran
belajar di universiti luar Negara
dalam bidang Perubatan dan IPTA.
ALLAHU AKBAR! Itulah kebesaran
ALLAH dan nikmat
Tuhanmu yang mana yang kamu mahu dustakan…..?
Friday, June 8, 2012
Kembara Hati #3 CIAMIS - Pasentren Moden
Foto: Pasentren Moden di tengah sawah dan pergunungan
Foto: Menandatangani persetujuan untuk menjadi External Advisor bagi pembangunan
Pasentren Moden
Foto: Menghadiahkan buku kepada Dr Gumidar-Direktor Pasentren (orang muda)
Saya terkejut dari tidur jam 4
pagi. Cengkerik malam masih berirama dan kokokkan ayam mula memecah
kedinginan subuh. Di kala cuaca di Msia panas, pekan Garut pula sangat dingin.
Satu perkara yang saya sangat suka di sini ialah rumah rehat
ini bersebelahan masjid. Ketika saya di Universiti 20 tahun lalu,
saya memasang impian untuk
mempunyai hotel sendiri, di sebelah hotel ada masjid, kolam renang khas untuk muslimah, gym untuk
muslimin dan dewan kuliah untuk program
inspirasi. Ianya
adalah satu impian yang perlu
direalisasikan melalui dana yang besar dan lokasi
yang strategic. Sekadar impian…..
Selepas solat subuh, saya
memberi Tazkirah subuh ringkas di sebuah masjid pekan ini. Masyarakat di sini gembira menerima tetamu dari
seberang. Cuma sedihnya, semua yang
hadir adalah orang tua-tua. Tiada
seorangpun orang muda. Masjid di Msia
juga menitiskan airmata kerana kurangnya anak-anak muda ke Masjid. Para petugas di kalangan Malaikat yang menjaga Masjid juga mungkin mengeluh kerana
insan penghujung usia sahaja yang
hadir ke masjid. Itu pun Cuma
datang solat tetapi kurang mengerakkan
masjid. Sumbangan idea golongan professional pula dipandang sepi oleh Nazir dan AJK Masjid, mungkin kerana factor kuasa. Akibatnya, bukan sahaja anak muda tidak
datang masjid, ahli kariah juga mungkin ada yang solat di tempat lain kerana bosan
dengan sikap pengurusan masjid.
Wallah alam.
Sebelum sarapan, saya di minta mengemaskan pakaian untuk berangkat ke satu destinasi
yang saya tidak pernah dengar. Menuju
Ciamis dan Puwerketo di Jawa Tengah.
Perjalanan ke Ciamis mengambil masa lebih 2 jam perjalanan. Program seterusnya ialah di
sebuah pasentren moden desa untuk
memberi ceramah “Pemberdayaan Ekonomi Pesantren”. Subhanallah!
Sebuah pasentren moden terletak
di tengah-tengah sawah bendang yang
saujana memandang dengan background
gunung ganang. Para dosen dan
santri menanti kehadiran kami. Program
mesti bermula jam 10 pagi kerana
kami perlu segera berangkat ke destinasi
lain jam 12 tgh. Program ceramah bersama muslimah jam
2 petang terpaksa di
batalkan kerana factor
masa.
Saya kagum dengan
semangat mereka di sini. Pasentren ini digerakkan oleh anak-anak
muda yang mempunyai kesedaran
dan semangat yang tinggi. Di
sinilah saya melihat peranan
KELAB HAJI MUDA untuk
sama-sama terjun ke sawah, medan dakwah, membantu membangunkan program dan
aktiviti masyarakat. (Nota Ridz: Jika mahu sama-sama mengerakkannya. Saya lebih gemar kita sama-sama mengerakkannya dalam satu
grup/jamaah dari buat kerja sendiri-sendiri. Saya ingin
keseronokkan, kepuasan dan kehibaan
hati ini dikongsi bersama teman-teman
KHM. Sebagaimana pesanan Kiyai di sini, jika mahu menempah Jannah, bawalah teman-teman... Jannah bukan untuk orang yang datang masjid tapi tidur...)
Program bermula dengan bacaan Al-Qur’an dan marhaban (waduh seronoknya…). Bila sejam masa diberikan kepada saya untuk mengupas topic ekonomi pasentren, saya memuji
kesungguhan pengurusan Pasentren ini. Hakikatnya, saya tiada pengalaman luas atau hands-on dalam isu
ekonomi pasentren. Beberapa model
ekonomi Islam cuba saya kongsikan dan beberapa tips penting diketengahkan bagi
mencambah minda/idea. Idea dan tips disambut baik oleh pengurusan
dan peserta program.
Foto: Bersama panel diskusi
Yang menarik, Peserta lebih 200 orang lebih berminat kepada sipnosis buku Haji Muda dari tajuk ceramah
“Pemberdayaan Ekonomi Pesantren”. Soalan
lebih tertumpu kepada bagaimana untuk merealisasikan hasrat
menunaikan Haji di saat Muda di
kala tekanan ekonomi kelihatannya keberantakkan?
Bolehkah orang miskin pergi
haji? Jika boleh bagaimana? Soalan yang sukar untuk dijawab…..namun saya
ada idea untuk dibincangkan….
InsyaALLAH, Bersambung......
.
Kembara Hati #2 Usah Punya Sebutirpun Nilai Dunia….
foto: Menerima hadiah dari kiyai H. Zakaria. Beberapa buku tulisan beliau
Hari Pertama selepas
mengimamkan solat maghrib, jadual
perjalanan saya ialah menemui @
Ziarah Kiyai H. Zakaria yang amat
terkenal di Jawa Barat. SEcara ringkas, beliau mengalu-alukan kehadiran dan kerjasama untuk membangunkan masyarakat. Satu perkara penting yang beliau mengingatkan saya (perlu saya kongsi dengan pengunjung blog ini) adalah
“USAH PUNYA SEBUTIRPUN NILAI DUNIA
DALAM HATI KITA….”
Subhanallah! Satu pesanan yang amat padat lagi berat untuk kita pikul…
Bagaimana mungkin hati
kita yang seronok dengan dunia, dipuji orang, banggakan pangkat dan harta
dapat dikuburkan melalui spiritual approach ini?
Bagaimana mungkin insan lemah seperti saya (mungkin tuan-puan) mampu untuk
menyahkan butiran dunia dari
hidup ini…?
Ketika teman saya
menyatakan hasrat untuk bertanding jawatan
politik - Gabenor Wilayah, Kiyai H. Z tidak memberi restu lantas dengan tegas berbicara
“….. ramai insan yang baik-baik gugur di medan dakwah kerana faktor politik. Jadilah insan yang bebas dari pengaruh dan kawalan politik. Kita akan dapat menghampiri ikhlas dan menangkis fitnah bila menjadi insan yang bebas dari pengaruh dan konkongan politik. Kita akan menterjemahkan keadilan secara objektif dan professional dengan meletakkan ALLAH dan Rasul lebih dari politik yang menyesakkan dada dan mengucar kacirkan emosi masyarakat. Bercakaplah benar biarpun pahit dan sentiasa bersabar di atas jalan yang mulia.
Kepenatan seharian terhibur
juga dengan peringatan
ringkas untuk diri yang doif ini… Thanks ALLAH dan terima kasih Pak Kiyai dengan
nasihat berguna ini.
Wednesday, June 6, 2012
Kembara Diri #1 Indonesia
Alhamdulilah hari ini saya bercuti panjang
hingga hujung minggu bagi menyelesaikan beberapa urusan disamping bercuti. Kesempatan ini memberi
saya peluang untuk update blog
setelah sekelian lama menyepi.
Pertama, saya ingin berkongsi pengalaman
menimba ilmu dan pengalaman di Indonesia.
Dan InsyaALLAH entri perkongsian
di Dubai, Iran dll.
Hari
Pertama 14 Mei
Tiket
Air Asia saya ditekan sehingga
RM1,080 seorang (Tidak termasuk
makan/minum dalam pesawat dan airport tax di Bndung). Ianya
sudah tentu tidak menepati falsafah
“tambang murah everyone can
fly…”. Pun begitu, ianya tidak merisaukan kerana
saya mempunyai jadual rasmi
mengisi beberapa program di Jawa Barat dan Jawa Tengah. Tiada satu senpun dana Tabung
Anuiti Akhirat yang saya
ambil. Ianya adalah dana amanah yang perlu
dijaga rapi.
Sebaik tiba di LT Bandung,
saya disambut oleh teman dan
terus menuju ke desa Bojongloa untuk meninjau perkembangan masjid. Alhamdulilah
masjid bakal siap menjelang Ramadan.
Tentu sekali hati kita sejuk dan gembira
melihat masjid comel ini tertegak di desa
miskin. Pemimpin desa pula sudah
menyediakan 100kg beras
untuk saya bawa pulang dan kongsi dengan teman-teman HM. Namun saya menolak hadiah ini
bukan kerana tidak sudi tetapi
kos untuk membawa pulang lebih mahal dari tiket.
Lagipun, mereka lebih memerlukan wang dari kita. Sementara kita pula perlu belajar untuk ikhlas di jalan ALLAH tanpa meminta
habuan dunia.
Saya tiba di pergunungan pekan Garut jam 12 tengahari. Selepas solat dan makan siang,
teman-teman dan supir sudah sedia
membawa saya ke program ‘International Seminar “Membangun
Jiwa dan Potensi Kewirausahaan
Muslim ” di Institut Perguruan Tinggi
Garut. Saya terkejut dengan
sambutan besar lebih-lebih lagi disambut
mesra oleh Pengetua Institut ini yang berusia 79 tahun. Subhanallah! Allahu akbar! Satu keajaiban bagaimana insan
berusia 79 tahun masih mampu mengurus
institusi ilmu yang besar dan
masih kelihatan sihat.
Ilmu saya tidak setinggi mana namun harapan Pengetua ini amat besar supaya saya dapat hadir lagi berkongsi ilmu dan pengalaman bagi membina generasi muda nusantara. Satu jam tempoh ceramah dirasakan pantas berlalu dan hampir 500 siswa bersama-sama memberi kerjasama dan mengajukan pelbagai soalan.
Moga ALLAH mengizinkan teman-teman HM untuk sama-sama menjayakan tapak yang telah saya susun untuk kita bekerja dan bekorban untuk jalan Ilahi. Tiada apa yang dapat kita bawa menemui Ilahi melainkan usaha berterusan untuk mendidik diri sendiri dan membangunkan ummah khususnya dikalangan masyarakat fakir/miskin.
Bersambung….
Subscribe to:
Posts (Atom)


