Followers- Jalinan Ukhuwah

Tuesday, April 16, 2013

Dunia Adalah Perhiasan




Al-Qur’an sudah lama menyebut bahawa dunia ini adalah perhiasan.  Ada beberapa kata penting Rasululah s.a.w  bahawa dunia ini sememangnya perhiasan. Perhiasan yang baik adalah wanita solehah.


“Dijadikan indah pada (pandangan) manusia kecintaan kepada apa-apa yang diingini, yaitu: wanita-wanita, anak-anak, harta yang banyak dari jenis emas, perak, kuda pilihan, binatang-binatang ternak dan sawah ladang. Itulah kesenangan hidup di dunia, dan di sisi Allah-lah tempat kembali yang baik (surga)”. (Ali Imraan, 3:14)


Dari Abdullah bin ‘Amr radhiallahu ‘anhuma bahwa Rasulullah Shalallahu ‘alaihiwassalam bersabda:


“Dunia ini adalah perhiasan/kesenangan dan sebaik-baik perhiasan/kesenangan dunia adalah wanita yang shalihah.”       (HR. Muslim,Nasa’i, Ibnu Majah dan Ahmad)


Disebabkan perhiasan,  maka manusia berlumba-lumba melengkapkan  kantung hidup.  Tanpanya, hidup  kelihatan sepi. Kerana perhiasan dunia juga, manusia sanggup  mengaibkan  musuh, menghukum, mengutuk  dan gagal melihat kehidupan yang indah dan luas dibawah kalimah syahadah.

Sahabat-sahabat yang dikasihi,
Sheikh Abdul Qadir Jailani pernah mengingkatkan  jamaahnya bahawa

Berusahalah mencapai pintu kehidupan selagi ia masih terbuka untukmu
Kerana  tidak lama lagi ianya akan ditutup  untukmu

Lakukanlah kebaikan, selama kamu masih mampu melakukannya
Capailah pintu taubat selama ia masih terbuka untukmu
Capailah pintu doa, kerana pintu itu masih terbuka luas

Bangunlah semula apa yang telah kamu robohkan
Cucilah apa yang telah kamu kotorkan
Perbaikilah apa yang telah kamu rosakkan
Jernihkanlah  apa yang telah kamu  keruhkan
Kembalikanlah apa yang telah kamu ambil
Dan kembalikanlah hak ALLAH yang telah engkau persiakan…..


MasyaALLAH & Tabarakallah,  selamatkanlah Islam, perpaduan ummah  dan  keharmonian  hidup berbilang bangsa di bumi bertuah ini…  Amin

Tuesday, April 9, 2013

UMRAH 2013: Hati yang keras ini juga tersentuh....





Saat sore jumaat, tiba-tiba awan mendung menemani saya dan jamaah menuju Masjidil Haram. Sudah lama tidak merasai hujan di bumi Mekah.  Sebaik-baik memasuki  Pintu Satu Masjid untuk menuju terus ke Dataran Kaabah, hujan turun dengan lebat. Hasrat untuk solat depan Kaabah terpaksa ditangguh.

Sementara menanti panggilan solat berjamaah, saya cuba menilai erti sukses hidup….Adakah saya dan hamba ALLAH lain hadir ke Tanah suci untuk menempah nama sukses hidup atau sekadar melengkapkan senarai destinasi percutian dan pusat istirehat?


Ternyata, Ada ketikanya kita perlu “selfish” untuk diri kita iaitu  perlu meninggalkan sementara  urusan hidup, ahli keluarga dan  pekerjaan. Kita perlu “selfish”  untuk diri sendiri.  Di dalam entri sebulan yang lalu, salah satu tip yang saya kongsi untuk kita melonjakkan level of happiness ialah dengan:

Fourth,  we need to spare time for ourselves.  Isolate physical and mind from any disturbances.  Concentrate our mind and recite  zikir, name of ALLAH or  read few verses of Qur’an.  We need this quality time for our personal  development. 


Cuaca penghujung musim sejuk kian menghangatkan badan. Ianya menghangatkan suntikan untuk saya semak hati dan kemajuan diri. Hati adalah sesuatu yang amat sukar untuk diurus.

Bulan lepas, saya  sempat mengucapkan selamat jalan kepada Kiyai Aa Gym dan rombongan untuk berangkat menunaikan Umrah. Alhamdulilah, dapat juga berjumpa dan mendengar kuliah beliau walaupun hanya seketika. Perancangan asalnya berbeda  kerana itu adalah ketentuan ALLAH. Saya perhatikan, Hati dan jiwa mereka kelihatan sangat segar. Ketika berdoa  (malam jumaat) Aa kelihatan teresak-esak kerana menyedari bahawa  manusia sangat mendambakan Tuhan. Hati saya yang keras ini juga tersentuh. Yang pasti, Mini Madinah kelihatan hidup di sini.

Saya meneliti kembali diri di Masjidil Haram. Saya hanya mempunyai lebih kurang 7 bulan lagi di sebuah university kerana pinjaman saya akan berakhir 30 Sept 2013. Dengan lain madah, saya bisa kembali ke dunia korporat yang sangat rutin, dan ada kalanya ALLAH bukanlah priority dalam senarai KPI. Dunia korporat adalah dunia yang sangat glamour dan kita masing-masing mengejar sesuatu yang semua orang akan turut kejar dalam konteks “scarce resources”.  Dunia yang turut menjanjikan pelbagai fitnah dan hasad dengki. Dunia yang banyak polisi, prosedur dan kertas yang perlu diisi. Dunia di mana manusia memfokuskan material, pangkat, kemewahan hidup, kemegahan dan ego serta kurang memberi perhatian ke atas pembinaan hati, diri dan kasih sayang. Dilema yang kita semua hadapi dan tempohi. Kecuali kepada organisasi yang mahu meletakkan Islam dan akhlaq sebagai panduan manual kerja atau dikelilingi oleh insan-insan yang hatinya hidup kerana ALLAH.

Sungguh sukar meneliti diri biarpun berada di Tanah Suci. Di depan Kaabah, manusia menangis, menitis air mata rindu dan insaf. Perasaan ini tidak dapat dibendung kerana manusia dan kita semua sangat-sangat mengharapkan rahmat ALLAH. Kita mungkin menjadi pujaan dan idola manusia, tetapi jika ALLAH murka, tiada erti penghargaan ini. Terkial-kial kita mencari erti hidup, erti sukses dan erti bahagia namun berpanjangan kita kurang pasti erti hidup, erti sukses dan erti bahagia.

ALhamdulilah, terima kasih ALLAH kerana menjemput aku dan rakan-rakan KHM berjiran sebentar dengan RasulMU dan menjemput kami menjadi Tetamu MU.


Friday, April 5, 2013

Umrah 2013: Mengapa Perlu ke Sini?


Foto: Menyampaikan tausiyah kepada jamaah di dewan hotel Mubarak Silver, Madinah. 
RINDU BAITULLAH: Mengapa perlu ke sini?

Alhamdulilah, program Umrah Kelab Haji Muda berjalan dengan lancar dari 20 Mac hingga 3 April 2013.  Sepanjang wisata rohani selama dua minggu ini,  masa jamaah diisi dengan  kuliah, tazkirah, ibadah  persendirian, khatam Qur’an, ziarah, lawatan dan  sembang-sembang ilmiah  pelengkap umrah dan ditutup dengan  kenduri kesyukuran.
Tahap kesabaran dan  teamwork jamaah juga sangat tinggi, sesuatu yang saya kagum.  Kesungguhan untuk meningkatkan diri amat ketara.  Itulah dia ‘Zon Spa Hati’ yang telah saya sentuh dalam buku Rindu Baitullah.
Setiap insan pasti merindukan tanah suci, khususnya  Ka’bah di tanah haram Makkah. Kerinduan ini lebih mantap dengan berjiran tetangga dengan Rasululah s.a.w dan para sahabat di bumi Madinah.
Mengapa kita perlu ke sini?  Ringkasnya, Umrah sendiri memiliki beberapa keutamaan.

1.    Umrah adalah jihad sebagaimana ibadah haji.
‘Aisyah berkata,
قُلْتُ يَا رَسُولَ اللَّهِ عَلَى النِّسَاءِ جِهَادٌ قَالَ « نَعَمْ عَلَيْهِنَّ جِهَادٌ لاَ قِتَالَ فِيهِ الْحَجُّ وَالْعُمْرَةُ ».

“Wahai Rasulullah, apakah wanita juga wajib berjihad?” Baginda  shallallahu ‘alaihi wa sallam menjawab, “Ya. Dia wajib berjihad tanpa ada peperangan di dalamnya, yaitu dengan haji dan ‘umroh.”
                                       (HR. Ibnu Majah no. 2901, hadits ini shahih sebagaimana kata Syaikh Al Albani).


 2.    Menghapus dosa di antara dua umrah.
Dari Abu Hurairah, ia berkata, Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,

الْعُمْرَةُ إِلَى الْعُمْرَةِ كَفَّارَةٌ لِمَا بَيْنَهُمَا ، وَالْحَجُّ الْمَبْرُورُ لَيْسَ لَهُ جَزَاءٌ إِلاَّ الْجَنَّةُ

“Antara umrah yang satu dan umrah lainnya, itu akan menghapuskan dosa di antara keduanya. Dan haji mabrur tidak ada balasannya melainkan surga.”
                           (HR. Bukhari no. 1773 dan Muslim no. 1349)


3.   Umrah menghilangkan kefakiran dan menghapus dosa.

Dari Abdullah, Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,

تَابِعُوا بَيْنَ الْحَجِّ وَالْعُمْرَةِ فَإِنَّهُمَا يَنْفِيَانِ الْفَقْرَ وَالذُّنُوبَ كَمَا يَنْفِى الْكِيرُ خَبَثَ الْحَدِيدِ وَالذَّهَبِ وَالْفِضَّةِ وَلَيْسَ لِلْحَجَّةِ الْمَبْرُورَةِ ثَوَابٌ إِلاَّ الْجَنَّةُ

“Ikutkanlah umrah kepada haji, karena keduanya menghilangkan kemiskinan dan dosa-dosa sebagaimana pembakaran menghilangkan karat pada besi, emas, dan perak. Sementara tidak ada pahala bagi haji yang mabrur kecuali surga.”
                                                                             (HR. An Nasai no. 2631, Tirmidzi no. 810, Ahmad 1/387.
                                                                                             Kata Syaikh Al Albani hadits ini hasan shahih)


Tiga bentuk kemuliaan ini sudah cukup untuk kita fikirkan faedahnya.  

Ketika kami tiba di Mekah, jamaah umrah kelihatan ramai. Tempat saie agak padat walaupun jam menyentuh 2 pagi.  Lautan manusia ini mengambarkan kesedaran dan keinginan sang hamba untuk mendambakan cinta kepada ALLAH. 

Moga ibadah jamaah KHM dan semua muslimin-muslimat diterima dan peroleh umrah maqbullah.

Wednesday, March 20, 2013

Rindu baitullah...Kami datang lagi...


Alhamdulilah, jamaah Umrah KHM 2013 kini sudah bersedia untuk melangkah ke Tanah Suci. Saya yakin dengan usaha berterusan KHM, siri kuliah, diskusi dan tuisyen umrah, jamaah lebih bersedia dari sudut mental dan ruhani. 

Secara umum, ada tiga grup KHM. Sebahagian besar (32 orang) akan bersama saya esok menaiki pesawat Saudi terus ke Madinah. Pesawat dijangka tiba Madinah jam 8 malam (waktu Saudi). Satu grup lagi akan meneruskan perjalanan awal mereka untuk ziarah Baitulmuqadis dan satu lagi grup akan beristirehat terlebih dahulu di Oman. InsyaALLAh, kami akan bertemu dan berkumpul di Masjidil Al-Haram Mekah Al-Mukarramah.

InsyaALLAh jika perancangan berjalan baik, Tim KHM Maqdis Indonesia akan turut serta dan bertemu di Mekah.

Saya berdoa moga perjalanan kami selamat, lancar dan mendapat kemanisan beribadah. Pulang bersama Umrah Maqbullah. Amin!

InsyaALLAH saya akan update maklumat dalam facebook/drridzwan   facebook/kelabhajimuda


Monday, March 11, 2013

Penting: Buku Manasik Haji Yang Merosakkan

Semasa saya di kota Bandung baru-baru ini, saya dijemput untuk berkongsi live sebuah TV Islam selama satu jam.  Sementara menanti pegawai stesen TV untuk menjemput saya di hotel, saya dikejutkan dengan makluman bahawa ada sebuah buku Manasik Haji dan Umrah berlatar belakang gambar Jesus. Allahu Akbar!  betul ke?  Saya tidak pernah dengar cerita ini. Ianya berlaku sebelum musim haji tahun 2012 lalu.


 AQIDAH  adalah satu perkara yang sangat penting untuk dipertahankan. Aqidah adalah dasar yang menentukan keislaman kita.  Bila aqidah kita ambil mudah atau melepaskan kepada ulama dan ustaz sahaja, maka kesinambungan ummah akan terancam. Anak cucu akan rosak dan keliru.

Atas dasar itu, saya berpegang teguh dengan pandangan bahawa kalimah ALLAH adalah ekslusif untuk Islam di Malaysia. Perkara ini saya bincangkan dan kupas  di dalam slot kedua bersiaran langsung di MQTV pada malam tersebut. (Alhamdulilah, terima kasih kepada Pengurus MQTV yang mengatur program 'Ustaz Sapa' dan menjemput saya menjadi tetamu bersiaran langsung selama sejam ke seluruh bumi Indonesia).  

Kepada rakan-rakan saya di Malaysia yang tidak bersetuju dengan pandangan saya, Tuan Guru Haron Din dan pejuang Islam lain, untuk terus mempertahankan kalimah ALLAH, maka dengarlah pesanan ulama' muda Indonesia. 

"Sekali kamu melepaskan hak kamu, nescaya ia tidak akan mampu kembali ke pangkuan kamu.....Aqidah bukan untuk didagangkan...."

Wallah'alam.  Bersambung....

Friday, March 8, 2013

The Malay Archipelago #1 Kecewa dengan Sombongnya "Kesultanan Sulu"


Anda pernah dengar atau tahu istilah  Malay Archipelago?

Saya dan anda semua tentu sangat-sangat kecewa bila  "Kesultanan Sulu"  menyerang Sabah. Seolah-olah  mereka adalah bangsa yang sentiasa hendak bergaduh dan tidak berusaha untuk memajukan bangsa sendiri yang masih jauh ketinggalan.  Rakan Malaysia yang selama ini banyak membantu, diserang pula kerana  habbun-dunia (cinta dunia) dan Islam digunakan untuk justify tindakan. Walaupun tidak semua orang Sulu begitu, melanggar Sabah amat mendukacitakan rakan-rakan Melayu Malay Archipelago Malaysia, Indonesia dan Brunei Darussalam atas apa sekalipun alasan. Ketika saya berada di Indonesia baru-baru ini, kami sama-sama solat hajat dan mendoakan agar ALLAH menyatukan Malay Archipelago dan membuka pintu hati "Kesultanan Sulu" supaya insaf  dan bertaubat kerana menyerang tentera Muslim Malaysia di bumi Malaysia. 

Rasulullah s.a.w menganjurkan musyawarah, mengapa ajaran Rasululah ini dilanggar?  yang hanya menyerlahkan lengok bahasa psikologi -" inferiority complex Kesultanan Sulu" dalam arena politik Islam antarabangsa? 

 Nota:  Saya bukan pakar sejarah. Tulisan ini bersandarkan ilmu saya saya sedikit.

Selepas tamat SPM tahun 1980an, saya berpeluang melanjutkan pelajaran di peringkat persediaan sebelum ke luar Negara (AUSMAT).  Salah satu subjek yang amat saya gemar ialah Malay Studies. Subjek ini bukanlah core-subject  tetapi minat saya meneliti  melebihi core-subject  seperti  business, commerce dan accounting. Subjek ini banyak mengambil masa saya kerana ia memberi  banyak ruang membuat kajian sendiri mengenai  Melayu dan kaitannya dengan Malay Archipelago.

Dua minggu sekali, saya akan pulang ke rumah orangtua. Di rumah, saya berguru pula dengan arwah abah. Bila mengenangkan arwah abah, setiap kali itulah airmata saya menitis.  Arwah abah adalah guru terbaik saya. Saya banyak belajar politik, seni berpidato, penulisan sastera Melayu, kesultanan Melayu, tulisan jawi, seni khat dan peradaban Islam Tanah Melayu dan apa sahaja ilmu politik alam Melayu. Arwah abah juga yang melatih saya sehingga Berjaya mendapat status kebanggaan sebagai Pemidato Terbaik sekolah-sekolah Malaysia. Kejayaan ini sebenarnya memberi kekuatan hebat subconscious mind dalam setiap tindakan dan kerja yang saya lakukan sehingga sekarang. AL-Qur’an juga menyebut sedemikian (Saya akan kupas perkara ini dalam entri mendatang).

 Namun arwah abah sering berpesan,
“Merendah diri perlu diutamakan, tetapi maruah diri, Islam, bangsa dan kesinambungan Malay Archipelago mesti dipertahankan.”

Walaupun proses pembelajaran ini telah sudah hampir 25 tahun, saya masih ingat beberapa fakta. Menariknya, banyak sumber ilmu diperpustakaan ketika itu ditulis dalam bahasa Inggeris (internet belum wujud).  Berikut saya petik  definisi dan apakah dia Malay Archipelago serta apa kaitannya dengan Kesultanan Sulu.

The Malay Archipelago refers to the archipelago between mainland Southeastern Asia and Australia. The name was derived from the anachronistic concept of a Malay race.

It has also been called the Indo-Australian Archipelago, East Indies, Indonesian Archipelago, and other names over time. The term is largely synonymous with Maritime Southeast Asia. Situated between the Indian and Pacific Oceans, the group of over 25,000islands is the largest archipelago by area, and fourth by number of islands in the world. It includes Indonesia, the Philippines, Singapore,  Brunei, East Malaysia and East Timor. The island of New Guinea or islands of Papua New Guinea are not always included in definitions of the Malay Archipelago.

The term was derived from the concept of a Malay race, which included the peoples of the modern-day nations of Indonesia (excluding western New Guinea), Malaysia, Brunei,East Timor and the Philippines. The racial concept was proposed by European explorers based on their observations of the influence of the ethnic Malay empire (Indonesia),Srivijaya.

The 19th century naturalist Alfred Wallace used the term "Malay Archipelago" as the title of his influential book documenting his studies in the region. Wallace also referred to the area as the "Indian Archipelago" and the "Indo-Australian" Archipelago. He included within the region the Solomon Islands and the Malay Peninsula due to physiographic similarities. As Wallace noted  there are arguments for excluding Papua New Guinea for cultural and geographical reasons: Papua New Guinea is culturally quite different from the other countries in the region, and the island of New Guinea itself is geologically not part of the continent of Asia, as the islands of the Sunda Shelf are (see Australia).
The archipelago was called the "East Indies" in the European colonial era and is still sometimes referred to as such, but broader usages of the "East Indies" term had included Indochina and the Indian subcontinent. Indonesians use the term "Nusantara" for the "Malay archipelago". The area is also referred to as the Indonesian archipelago. 
Sumber:  http://en.wikipedia.org/wiki/Malay_Archipelago extracted 7 March 2013

InsyaALLAH bersambung….

Makluman KHM 6/2013: Dana Annuiti AKhirat Penyelesaian Pembelian Tanah Sawah


Alhamdulilah, dengan izin ALLAH salah satu misi ke Bandung baru-baru ini ialah untuk menyelesaikan bayaran tertunggak pembelian tanah sawah (sebelah Masjid Bojongloa)  untuk didirikan pasentren Tahfiz.  MAjlis ringkas dilakukan selepas solat Asar pada hari Khamis 28hb Feb 2013. Penyerahan bayaran akhir bernilai Rupiah 60 Juta telah dilakukan dengan disaksikan oleh Kepala Penduduk/ Pak RW, wakil KHM Indonesia dan beberapa warga desa bertempat di dalam masjid ABu Bakar As_siddiq  desa Bojongloa Rancaakek.