Followers- Jalinan Ukhuwah

Wednesday, August 7, 2013

Eid Fitr: Rapatkan Saf Perjuangan

Catatan Tablet Ridzwan    facebook/drridzwan

Ramadan mengajar kita supaya memupuk ukhuwah dan merapatkan saf perjuangan. Ummah merindui pemimpin yang adil, kestabilan ekonomi dan masyarakat muslim bersatu mempertahankan aqidah dan ekonomi. Saya berdoa moga parti-parti politik Islam Melayu Malaysia dapat bersatu di dalam isu-isu survival ummah. AMIN!    

Hampir saban hari Islam dan Melayu Malaysia dihina, tetapi kita seolah-olah kaku membisu. Penghinaan yang sangat menguris hati Islam & Melayu. Esok mereka akan serang Islam dan Melayu lagi sehingga kuasa politik Islam Melayu berakhir. Undang-undang yang ada amat rapuh dalam menjaga keharmonian Islam dan masyarakat majmuk Malaysia. Usah ditunggu kuasa politik hilang baru kita hendak melakar destinasi hidup anak bangsa....


Ramadan telah memgembalikan kita kepada fitrah dan malam ini kita bertakbir MEMBESARKAN ALLAH ALLAHU AKBAR! ALLAHU AKBAR! ALLAHUAKBAR!....dan MENEPIS MUSYRIKIN yang sentiasa dengki dan membenci Islam.   

Kepada rakan-rakan bukan Islam, hargailah ISLAM dan janganlah menghina ISLAM atau suka-suka bersandiwara dengan ISLAM. Kerana ISlamlah maka Cina dan India MAlaysia mampu hidup aman, selesa dan mengumpul kekayaan.

************************
Sumber: Utusan Online 7/8/2013

AKHBAR Nanyang Siang Pau bertarikh 5 Ogos 2013 menyiarkan artikel mengenai sebab-sebab kenapa orang Cina mahukan kuasa politik.

Artikel bertajuk ‘Rakan kongsi paling sesuai Mahathir’ yang ditulis oleh Kang Bi disiarkan dalam ruangan Pendapat Yuan Lun halaman C8. Siapakah sebenarnya si Mahathir (?) Persoalan dalam kurungan ini saya tidak berani sentuh mengikut pandangan saya sendiri. Saya tidak sanggup berbuat demikian kerana bimbang akan tersilap membuat andaian. Saya juga tidak bermaksud menjadikan orang tua brother Mahathir ini sebagai rakan karib atau adik beradik saya. Selepas meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri, beliau masih lagi tidak mahu senyap, sebaliknya sentiasa bersuara, cakap itu dan ini.

Baru-baru ini beliau berkata, orang Melayu dan Cina mempunyai peranan masing-masing. Peranan orang Melayu adalah menjaga politik dan peranan orang Cina pula menjaga ekonomi, itu adalah yang paling sesuai. Beliau berkata, jika orang Cina menjaga politik, negara akan menjadi tidak aman dan jika orang Melayu menjaga ekonomi, negara akan bankrap. Sebab itu politik biar dijaga oleh orang Melayu dan orang Cina menjaga ekonomi.

Awak cari untung, saya boleh bazirkannya. Sudah tentu cara itu sangat ideal. Tetapi ini ada kaitannya dengan keseimbangan kuasa dan wang, sama ada kuasa itu penting ataupun duit yang lebih penting?

Mahathir berkuasa lebih 20 tahun dan beliau kenal erti kepentingan politik. Semasa kuasa berada di tangan, beliau boleh memerintah dan mampu membuat apa sahaja yang diinginkan. Gunakan kuasa dan kekayaan negara untuk membeli bank dan syarikat. Banyak ahli perniagaan yang telah bertungkus lumus bekerja, tetapi bila-bila masa sahaja boleh dipaksa menyerahkan syarikat mereka. Apa boleh buat, walaupun kita ada duit? 

Kita bukan tidak tahu siapa yang sangat kaya di negara ini. Nama itu saya tidak ingat lagi. Adakah beliau dimasukkan ke dalam penjara? Ini bermakna kuasa boleh mewujudkan keadilan, ada kuasa ada keadilan. 

Hari ini masalah yang dihadapi oleh masyarakat Cina dari segi politik, kewangan, bahasa dan pendidikan berpunca kerana mereka tidak mempunyai kuasa. Masyarakat Cina dihina dan ketidakadilan terhadap kaum itu jelas terpapar di depan mata kita. Anak-anak Cina yang mendapat keputusan peperiksaan cemerlang, tidak mendapat biasiswa dan tempat untuk memasuki universiti. Bukankah pihak kerajaan agak keterlaluan?

Selepas Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU- 13), orang Cina dituduh melakukan tsunami politik. Sebenarnya ia bukan begitu. Apa yang kita nampak, orang Melayu selepas PRU-13 lebih banyak melakukan tsunami apabila mereka mula menyimpan dendam dan menghukum orang Cina.

Perkara ini boleh dilihat dengan jelas termasuk isu penutupan jalan Jonker Street di Melaka. Sudah pasti selepas ini akan timbul banyak lagi isu-isu lain secara berturutan yang berpunca daripada tindakan orang Melayu ingin membalas dendam. 

Memang benar orang Melayu tidak pandai berniaga. Adalah bagus juga pihak kerajaan memberikan orang Melayu tongkat dan kereta sorong.

Biar mereka duduk sahaja sambil menerima duit yang bertimbun-timbun. Mereka mendapat habuan daripada hasil usaha orang yang bertungkus lumus mencari rezeki. Buat apa Melayu nak berniaga! Kerana orang Cina lagi bijak berniaga dan banyak membuat untung. Hari ini tidak lagi kedengaran suara ‘yam seng’ (minum untuk menyambut kemenangan). Hanya kedengaran sekarang suara untung! untung! untung! Selalunya masyarakat Cina akan tanamkan dalam fikiran anak-anak mereka bagaimana cara berniaga untuk mendapat keuntungan dan macam mana boleh untung besar. Bagaimanapun mereka terlupa bahawa apabila wang telah banyak ketika kita tiada kuasa politik, semua harta dan duit bukankah bulat-bulat akan diserahkan kepada orang lain?  

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Rencana/20130807/re_07/ISU-ISU-AKHBAR-CINA#ixzz2bGr4nphE 
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Tuesday, July 30, 2013

Ummah Sustainability: Kita Terus Lemah...

Catatan Tablet Ridzwan
UMMAH MALAYSIA SUSTAINABILITY: KITA TERUS LEMAH WALAUPUN DI BULAN RAMADAN.

Asalnya tulisan catatan tablet ini agak pendek dan ringkas untuk fb saya. Oleh kerana ianya panjang, maka saya upload ke blog sebagai bahan untuk kita fikirkan mengenai  ‘ummah sustainability’.

Semalam  diberitakan kecoh disebuah sekolah depan rumah saya bila Pengetua SM Alam Megah di Seksyen 27 Shah Alam telah  bising kepada pelajar-pelajar bukan Melayu untuk kembali ke tanah asal mereka (semasa perhimpunan sekolah Isnin lepas).

Bagi saya, kes ini adalah adalah proxy kepada ketidak puasan hati orang Melayu kerana  kelemahan sistem pendidikan  yang  terlalu mengikut “bangsa” sehingga penyatuan Negara Malaysia kelihatan sukar.  Guru-guru Melayu kebanyakkannya tertekan dengan beberapa dasar dan polisi pendidikan yang bersistem tetapi tidak efisien. Hanya guru dan keluarga guru sahaja memahami isu ini. Masyarakat dan ibubapa hanya mencari salah guru dan pentadbir  serta gagal memahami keputusan mesyuarat PIBG seperti dalam kes Sekolah Sri Pristina. Isu kecil dijadikan perkara rasis.

Berdasarkan  observasi peribadi, serangan  dan isu berkait  Islam dan  Melayu dibuat hampir  setiap bulan sejak tahun 2008. Dalam keadaan ini, kita kelihatan lemah dan hanya menunggu siapa yang harus ke hadapan dalam pertahankan hak ummah. Pemimpin politik sudah jauh menyimpang dan selfish, hanya perlu tunggu bahang panas yaumul hisab  sebagai ‘komisen’.

Sejarah telah membuktikan bahawa banyak kejayaan telah dicapai ummah sungguhpun mereka melaksanakan tuntutan Ibadan Ramadan dan berpuasa (Cth Badar, Khandak, pembukaan Kota Mekah dan pembebasan Andalusia). Hari ini saya terpanggil untuk mengupas persoalan ‘ummah sustainability’ yang saya merasakan semakin tidak terkawal dan menghakis keyakinan rakyat.

Didalam bulan Ramadan  ini sahaja perkara mendukacitakan ummah berlaku:-
1. Penghinaan terhadap  Ramadan dengan isu berbuka puasa dengan sup babi.
2. Mengutuk Islam secara berleluasa
3. ISU kalimah ALLAH
4. JAWI diserang kerana isu Miss Malaysia
5. Vatican membuka cawangan bertaraf duta di Malaysia
6. Guru Besar Sri Pristina dikecam hebat tanpa protection secukupnya dari pemimpin politik dan NGO.
7. Orang Cina bukan Islam menjual Qur’an di Bukit Bintang.

Semalam diberitakan bahawa Persidangan Kebangsaan Persatuan2 Cina Dong Zhong  membantah Pelan Pembangunan Pendidikan Msia 2013-2025. Pelan Pembangunan Pendidikan 2013 -2025 yang diperkenalkan oleh Kementerian Pendidikan menjadi mangsa, ia  dianggap rasis &  perkauman kerana didakwa menghapuskan bahasa ibunda kaum Cina serta  India. Bantahan ini turut disokong oleh beberapa orang Melayu Islam.

Saya tidak Nampak bagaimana lagi nak satukan rakyat Malaysia selain semua bersetuju untuk  belajar menggunakan system pendidikan Negara Malaysia tanpa menghapuskan nilai agama, amalan tradisi kaum dan bahasa ibunda. Mengapa rakyat Malaysia khususnya Cina dan India tidak boleh bersetuju untuk semua anak2 bersekolah di sekolah kebangsaan. Perlu diingat, Sekolah Kebangsaan bukan sekolah Melayu. Ianya adalah national school!

Di sudut lain, saya melihat 1Malaysia adalah slogan yang gagal. Kerana 1Malaysialah apa juga kenyataan-kenyataan yang mempertahankan hak-hak Melayu harus dielakkan kerana ia berbau rasis dan egoistik. Agama Islam yang merupakan agama rasmi telah tenggelam oleh keterbukaan amalan kebebasan beragama yang telah digembar-gemburkan untuk membuktikan "1Malaysia" tidak chuvanis dan partikularistik.

Kita lihat slogan ‘ONE ISRAEL’. konsep "One Israel" yang diperkenalkan oleh Ehud Barak, Perdana Menteri Israel di sekitar tahun 1990-an.  Agenda "One Israel" ialah untuk mengukuhkan cengkaman Zionis di bumi Palestin. Di antara perbedaan yang dijelaskan ialah "One Israel" bersifat rasis, egoistic, chuvanistik dan partikularistik serta dicipta khusus untuk bangsa Yahudi. Manakala 1Malaysia tidak bersifat rasis, tidak chuvanistik, tidak partikularistik dan tidak dicipta khusus untuk bangsa Melayu.

Akhirnya "kerana 1Malaysia", orang Melayu Islam terus dipijak. Sedikit demi sedikit telah menghasilkan situasi backfire kepada Melayu dan Islam. Kelemahan pemimpin politik Melayu Islam semakin merimaskan.

Hasilnya apa yang berlaku hari ini seperti penghapusan ISA, hubungan diplomatik dengan Vatican City, kebangkitan tsunami Cina, pembiakan pendidikan vernakular Cina, hak Melayu dilabel sebagai rasis, Islam dihina dan semuanya ini adalah kesan 1Malaysia.

Begitu juga, ramai umat Melayu dan Islam di negara berpandangan bahawa hubungan dengan Vatican City tidak penting kepada Malaysia, tidak merugikan negara ini walaupun tanpa ketiadaan dutanya disini.
Apa signifikannya Vatican kepada pembentukan anak Malaysia dan keharmonian Tanah Melayu tercinta ini?

Di mana survival ummah?
Mempertahankan ummah bukan bererti kita menindas kawan2 bangsa Cina dan India. Islam adalah aadil wal ihsan.

Apakah kita lupa bahawa Allah SWT telah berfirman
” Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak sekali-kali akan bersetuju atau suka kepadamu (wahai Muhammad) sehingga engkau menurut ugama mereka (yang telah terpesong itu). Katakanlah (kepada mereka): "Sesungguhnya pertunjuk Allah (Ugama Islam) itulah pertunjuk yang benar".  Dan demi sesungguhnya jika engkau menurut kehendak hawa nafsu mereka sesudah datangnya (wahi yang memberi) pengetahuan kepadamu (tentang kebenaran), maka tiadalah engkau akan peroleh dari Allah (sesuatu pun) yang dapat mengawal dan memberi pertolongan kepadamu".
 Surah Al Baqarah ayat 120

Monday, July 15, 2013

Makluman KHM 18/2013: Dana Iftar Ramadan


Foto:  Penyerahan cek oleh wakil KHM Tn Hj Azmi  kepada 
Pengetua Maahad Tahfiz Anak Yatim  Darulaitam  Perak pada Ahad 14 Julai 2013

Foto:  Agihan pertama makanan Ramadan di kota Mekah untuk fakir miskin 
diuruskan  oleh affiliate member KHM di Mekah Tn Hj Arshad

Di malam yang penuh dengan keberkatan ini, dan dengan kasih sayang rahmat ALLAH,  sukacita saya maklumkan bahawa  kesemua dana iftar Ramadan 2013 telah dihantar dan diagihkan ke Mekah (RM25,200), Gaza (RM5,500), Indonesia (RM13,338) dan Malaysia (RM6,900). 

Moga ALLAH merahmati dan memberkati amalan bersedekah/infaq yang telah tuan/puan lakukan demi menyahut seruan KPI Ramadan- TAQWA. Amin!

Untuk update terkini, sila layari facebook/drridzwan  atau facebook/kelabhajimuda

KHM Umrah Ramadan 2013


Foto: Bersama jamaah umrah KHM di KLIA

Alhamdulilah jamaah KHM Umrah Ramadan telah selamat berangkat pada Ahad 14 Julai 2013 jam 5 petang dan telah selamat tiba di Madinah dengan menaiki pesawat Saudi Airlines direct Madinah.  Baru sebentar tadi saya berkomunikasi dengan mereka. Sekarang baru hendak berbuka puasa.

Sunday, July 7, 2013

Corporate Governance in Islam



Alhamdulilah, perkongsian ilmu telah dibuat di Persidangan Pengarah-Pengarah KPT (Bhg Politeknik) Hotel Pullman Kuching, 2 Julai 2013.  Ceramah bertajuk: Corporate Governance in Islam.  Peserta adalah Pengarah-pengarah kampus dan pegawai kanan KPT seluruh negara.



Diskusi menarik dan kupasan berkait kekeliruan masyarakat mengenai korupsi dan tataurus.

Apa sebabnya governance sukar dilaksanakan?
Mengapa korupsi sangat bahaya dalam usaha kita membangunkan ummah dan negara?
Mengapa korupsi masih berlaku dalam keadaan pelbagai undang-undang diperkenalkan?
Mengapa orang kaya, ternama dan juga cerdik pandai melakukan korupsi?
Mengapa orang yang mengaku ISLAM juga tidak terkecuali dari melanggar governance?
Mengapa golongan ilmuwan dan ustaz-ustaz juga terlibat dengan poor governance?
Adakah Pejabat agama, Masjid atau institusi amanah Rakyat seperti Tabung Haji mempunyai  tataurus yang baik?

Jika demokrasi menjadi asas hidup manusia, mengapa Dr Mursi Presiden Mesir perlu dijatuhkan? Di mana governance dalam konteks demokrasi?

Jika human rights menjadi asas hidup berdemokrasi, dimana hilangnya hak orang Islam untuk merealisasikan human rights?  ATAU  orang Islam dan mukmin dikecualikan dari layanan human rights?

Akhir sekali saya kupas, Di mana jalan lurus....dan bolehkah kita melakukan transformasi hidup?

Di kesempatan tersebut, saya juga sempat  mengupas  bab Haji dan Ramadan dalam percerahan ilmu ini. Adakah Haji/Umrah dan Ramadan mampu mencerahkan harapan kembalinya manusia kepada governance aturan ALLAH, menjadikan AL-Qur'an sebagai asas governance?

Terima kasih kepada penganjur khususnya Dato' Mohsin (Ketua Pengarah) , En Shahbudin (Timb Ketua Pengarah Strategik), Pn Ros, sekretariat dan semua terlibat menjemput dan membantu menjayakan majlis pencerahan ilmu ini. MasyaALLAH TabarakALLAH.

Saturday, July 6, 2013

Makluman KHM 15/2013 Umrah Ramadan 14-27 Julai 2013

Kepada semua peserta Umrah Ramadan KHM 14-27 Julai 2013 Direct Flight SAUDI AIRLINES KL-MADINAH.

Alhamdulilah dengan izin ALLAH, Sukacita dimaklumkan, Visa Umrah tuan/puan telah diluluskan. Pihak sekretariat KHM dan saya sendiri akan menghubungi tuan/puan. Majlis diskusi Umrah dan taklimat ringkas akan dibuat di teratak kampong mak saya di Klang malam ini. Berkumpul untuk solat berjamaah Maghrib, bacaan yasin dan diskusi umrah. MasyaALLAH & TabarakALLAH. — with Kelab HajiMuda.

Makluman KHM 14/2013

MAKLUMAN KHM 14/2013 DANA IFTAR RAMADAN

ALhamdulilah, amanah yang tuan/puan berikan kepada kami untuk menguruskan Dana Iftar Ramadan di Mekah dan Indonesia telah selamat disempurnakan pada pagi Hari JUmaat 5 Julai 2013.

Untuk makluman, walaupun Akaun sudah ditutup dengan jumlah kutipan RM38,000, masih ada beberapa hambaALLAH telah melengkapkan dan menambah nilai ini. Justeru, dana (final) yang telah dihantar adalah seperti berikut:

Mekah: RM25,200 (Tn Hj Mohd Arshad Ali, mohon respon di FB/drridzwan  ini jika dana sudah masuk akaun).

Indonesia: RM13,338 = Rp39 Juta.

Moga ALLAH mengampuni dosa kita dan menerima setiap amal kita. AMin! —