Pages
Followers- Jalinan Ukhuwah
Tuesday, March 10, 2015
Monday, March 9, 2015
TAHFIZ KHM: BAGAIMANA IANYA BERMULA....(Siri 2)
Hakikatnya, projek Tahfiz
Professional KHM ini telah dirancang tiga tahun lepas bilamana inisiatif di
ambil oleh Presiden dengan dibantu oleh
Tuan Haji Razak (Semenyih), Tuan Haji Sabtu Md Ali (Subang Jaya) dan En Abadan (Sepang) untuk berusaha mendapatkan sebidang tanah melalui Kerajaan Negeri. Walaupun usaha perolehan tanah untuk pusat pendidikan ini tidak diluluskan
oleh kerajaan negeri, ianya bukanlah signal kepada kegagalan. Usaha demi usaha
dilakukan bagi merealisasikan impian ini.
Presiden KHM merasakan jika Walt
Disney kebanggaan Yahudi boleh tertegak
megah dan kini menjadi empayar ekonomi kapitalis bersandarkan “dream”, maka “dream KHM Tahfiz” yang lebih murni
sesungguhnya boleh ditegakkan dengan dokongan
pencinta ilmu dan ahlul-sadaqah.
Atas kesabaran ini, ALLAH telah mengerakkan hati Bonda Hajjah Halijah (kini berusia hampir 80
tahun) dan waris (Hjh Norhayati dan En Shahrul) dari Paya Rumput Melaka untuk bertemu kami dan
mewaqafkan sebidang tanah kepada KHM
untuk dibangunkan pusat ilmu dan pendidikan moden ala-pondok bagi dimanfaatkan
oleh generasi muda dan warga emas masyarakat desa sebagaimana kejayaan Masjid Abu Bakr As
Siddiq (Masjid KHM Indonesia). Dengan
mengambil success story Masjid Abu
Bakr di Bandung Indonesia sebagai
penyuntik semangat, Masjid ini
kini bukan sekadar digunakan untuk tujuan ibadah tetapi turut dibangunkan pasentren desa untuk pengajian ilmu, hafazan,
pengajian khusus muslimah, kuliah umum
serta menjadi pusat kesatuan ummah berpaksikan Ahlul Sunnah Wal Jamaah. Jika Masjid KHM Indonesia boleh bergerak pantas dan lancar maka kami
meyakini Kompleks Tahfiz Melaka KHM boleh juga melalui pengalaman indah yang
serupa.
Sesungguhnya, tanah waqf ini
adalah milik mutlak ALLAH s.w.t. yang telah diinfaqkan oleh Bonda Hajjah
Halijah dan warisnya. Peranan KHM adalah merealisasikan dream dan harapan; justeru memegang amanah pelaksanaan. Kejayaan
projek ini adalah atas tanggungjawab kita bersama kerana ianya adalah milik
ummah bilamana ianya diwaqfkan.
Justeru, sama-samalah
kita berganding bahu merealisasikan “dream” ini dan hasrat Bonda Hajjah Halijah untuk mewaqafkan sedikit harta bagi sama-sama kita bangunkan Tahfiz
professional KHM.
Pesan Bonda Hajjah Halijah
kepada kami pada tahun 2013 lalu, “Makcik harap dapat melihat Kompleks Pendidikan ini tertegak sebelum
makcik menutup mata. Makcik mahu
meninggalkan dunia ini dengan kenangan indah berbakti untuk masyarakat, anak cucu dan negara.”
InsyaALLAH bersambung Siri 3: TAHFIZ KHM: MENGAPA PERLU......?
Al-faqir ilallah
Dr Ridzwan Bakar
drridzwanbakar@gmail.com
Sunday, March 8, 2015
KHM TAHFIZ PROFESSIONAL MELAKA: PENGENALAN (siri 1)
Foto: Masjid dan Pasentren KHM, Desa Bojongloa Bandung Indonesia.
Lawatan ilmiah Feb 2015
Terima kasih kepada semua ahli sadaqah yang telah menginfaqkan wang ringgit/rupiah sehingga tertegaknya Masjid di persekitaran sawah bendang. ALLAH s.w.t sahaja yang berhak menganugerahkan
Kelab Haji Muda (KHM) adalah NGO Islam berdaftar dengan Pendaftar Pertubuhan.
KHM memegang kukuh pendekatan Ahlul Sunnah Wal Jamaah di dalam setiap urusan dan kerjasama di peringkat domestik mahupun antarabangsa.
Sebagai NGO Islam, KHM banyak melakukan program-program amal khususnya di Malaysia, Mekah, Madinah, Indonesia, Kemboja dan Palestin bagi membantu fakir miskin, anak yatim dan golongan dhuafa/gelandangan. Antara kejayaan besar projek amal KHM ialah membina Masjid Abu Bakr As-siddiq di desa Bojongloa Rancaekek Jawa Barat, membantu pembangunan Sekolah Islam Al-Ihsan di Phnom Penh Kemboja, bersama membuka jalan dan idea untuk hospital beyond boundaries di Kemboja, terlibat secara langsung penubuhan Koperasi Syariah Garut untuk mencetus bisnes islamic microfinance kepada fakir miskin, perkhidmatan kaunseling percuma di Selangor, membantu jamaah Haji dan Umrah, melaksanakan KHM Bakti Sosial untuk bantuan banjir di Kelantan/ Pahang, program iftar Ramadan di Malaysia/Mekah/Madinah/Kemboja/Indonesia, sokongan dan bantuan hari Wukuf Arafah, pelbagai aktiviti pembinaan insan termasuk kuliah/ceramah dan latihan pembangunan insan dan pengurusan strategik & kewangan organisasi.
Untuk makluman semua khususnya ahli KHM, pendukung dan followers, walaupun KHM masih baru dan merangkak dalam membuat kerja amal secara berpusat/berorganisasi, pengalaman banyak membentuk sikap dan keyakinan serta membimbing kami untuk terus istiqamah mengerakkan khidmat sosial ini. Kerja amal adalah kerja sukarela yang meletihkan dan menjemput kami untuk bersabar. Ianya bukanlah mudah tetapi KHM mempunyai kredibiliti dan integriti melihat kepada seriusnya exco memegang setiap amanah projek yang diberikan. (sila lihat blog ridzwan-bakar.blogspot.com untuk menilai sendiri kejayaan projek-projek amal dan amanah terdahulu).
Kami dapat merasai cabaran yang berbeza diantara projek KHM Malaysia dan projek KHM di luar Malaysia. Kami tidak berhasrat untuk berkongsi cabaran ini di blog atau facebook, tetapi InsyaALLAh Presiden KHM akan berkongsi pengalaman ini di forum dan konferens di peringkat antarabangsa dan Nusantara. Pada tahun 2014 lalu, Presiden KHM telah mewakili Malaysia dan membuat perkongsian di dalam forum dan persidangan antarabangsa di Istanbul Turki bagi mengupas persoalan global ummah dari sudut ekonomi dan pembangunan Waqf yang menjadi asas kerja amal dan bakti sosial KHM.
KHM adalah NGO Islam, penyedia wadah annuiti akhirat, yang ditadbir secara profesional dan amanah. Kami gembira untuk melihat insan lain gembira; We are happy to make others happy.
InsyaALLAH bersambung Siri 2: TAHFIZ KHM: BAGAIMANA IANYA BERMULA....
Al-faqir ilallah
Dr Ridzwan Bakar
drridzwanbakar@gmail.com
7 Mac 2015/ 16 Jamadil awal 1436H
Thursday, February 26, 2015
Hidup untuk berkongsi
Nota: Blog ini jarang di ziarah, ratingpun rendah tetapi saya tetap akan menulis....kerana menulis dan berkongsi ilmu/kegembiraan itulah saya....
Satu ketika saya diberi
peluang menghadiri majlis tausiyah bersama Kiyai Haji Aa Gym. Pesan beliau kepada semua tetamu dan pelajar
Pasentren,
Bila kita sibuk
berfikir atau sedang merasakan sesuatu serius
di hati maka selayaknya menanya diri:-
1. Apakah semua ini akan menyelesaikan masalah atau malah menambah masalah?
2. Apakah Allah redho dengan fikiran, perasaan ini atau tidak?
1. Apakah semua ini akan menyelesaikan masalah atau malah menambah masalah?
2. Apakah Allah redho dengan fikiran, perasaan ini atau tidak?
Mudah-mudahan kita tidak terjebak, larut dan hanyut oleh fikiran dan perasaan yang merusak dan menjauhkan dari Allah.
Bagi yang ingin di cintai Allah, juga dicintai manusia ambillah kuncinya.
Dari Abul ‘Abbas, Sahl bin Sa’ad As-Sa’idi radhiallahu ‘anhu, ia
berkata: “Seorang laki-laki datang kepada Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam
lalu berkata: ‘Wahai Rasulullah, tunjukkanlah kepadaku suatu perbuatan yang
jika aku mengerjakannya, maka aku dicintai Allah dan dicintai manusia’.
Maka sabda beliau :
‘Zuhudlah engkau pada dunia, pasti Allah mencintaimu dan zuhudlah engkau pada
apa yang dicintai manusia, pasti manusia mencintaimu”.
(HR. Ibnu Majah
no.4102)
ÙˆَÙ‚َالَ الَّذِÙŠ Ø¢َÙ…َÙ†َ ÙŠَا Ù‚َÙˆْÙ…ِ اتَّبِعُونِ Ø£َÙ‡ْدِÙƒُÙ…ْ سَبِيلَ
الرَّØ´َادِ (38) ÙŠَا Ù‚َÙˆْÙ…ِ Ø¥ِÙ†َّÙ…َا Ù‡َذِÙ‡ِ الْØَÙŠَاةُ الدُّÙ†ْÙŠَا Ù…َتَاعٌ
ÙˆَØ¥ِÙ†َّ الْØ¢َØ®ِرَØ©َ Ù‡ِÙŠَ دَارُ الْÙ‚َرَارِ (39)
“Orang yang beriman itu berkata: “Hai kaumku, ikutilah aku, aku akan
menunjukkan kepadamu jalan yang benar. Hai kaumku, sesungguhnya kehidupan
dunia ini hanyalah kesenangan (sementara) dan sesungguhnya akhirat itulah
negeri yang kekal.” (QS. Ghafir: 38-39)
Zuhud kepada dunia bukan berarti tidak berharta, tapi sama sekali tidak
diperbudakkan oleh dunia ini, yakni dunia tempatnya ditangan bukan di
hati.... Lebih yakin dengan apa yang ada di sisi Allah daripada yang ada di
genggamannya.
Monday, February 23, 2015
Islamic Leadership
Biarpun Rasululah s.a.w telah meninggalkan kita lebih dari 1400 tahun, namun Rasululah s.a.w sentiasa bersemayam di hati. Kita tidak pernah bersua muka dengan insan mulia bernama Muhammad s.a.w, jauh sekali berpeluang menimba ilmu dan nasihat kehidupan. Pemimpin datang dan pergi, tetapi Pemimpin hebat akan terus kekal di hati. Setiap pemimpin akan mendabik dada dengan mengatakan bahawa mereka adalah hebat, dan pengampu pula mengiyakan kehendak nafsu sang pemimpin. Kupasan dan diskusi akan dibuat bersandarkan pengalaman sendiri dan bagaimana model-model yang sedia ada hanya melahirkan pemimpin kosmetik- di luar kelihatan cantik tetapi di dalam bersarang sikap mementingkan diri.
Tiga Kealpaan Hidup
Fitrah manusia sering alpa dan melakukan kesilapan. Kesilapan ini jika dilakukan berterusan akan merosakkan jiwa dan lenyapnya kedamaian dalam hati.
1. Memperkatakan atau share hal ehwal yang tidak mendatangkan manfaat.
2. Mensia-siakan waktu kerana jika ia beredar, maka makin tualah kita.
3. Fokus kepada perkara remeh temeh. Akibatnya, masalah dasar ummah tidak selesai. Tanpa kita sedar, kita mungkin mementingkan diri dari ummah secara keseluruhan.
Maka, katakan atau share perkara bermanfaat, hidupkan masa kepada perkara berkualiti dan fokus kepada kepentingan ummah.
Tuesday, February 10, 2015
Umrah: Satu Coretan Kecil...
Coretan kecil di Pinggir KPJ Hospital.Satu sentuhan yang pernah dinukilkan...
Malam tadi saya tersentak dari tidur. Tiba-tiba rindu akan Kaabah menghampiri diri yang kerdil ini. Sudah sebulan lebih saya meninggalkan bumi Mekah tetapi kerinduan tiba-tiba merenjis hati kecil ini. Sukar untuk memperolehi renjisan kedamaian dan lapangnya fikiran seperti di Tanah Suci.
Ramai juga bertanya saya, bila lagi nak buat rombongan Umrah? kami nak ikut sama....
Jika nak pergi Umrah tidak semestinya ikut saya. Jika sudah berhasrat, maklumkan supaya saya dapat uruskan pendaftaran umrah. Jika nak ikut saya, simpan duit boleh join Umrah Disember 2015 nanti.
Ya lah... kalau ikut hati sudah tentu mahu ke sana lagi dalam tempoh terdekat. Jawapan saya, kumpullah duit. Jika saya nak pergi, saya akan maklumkan saudara-mara, rakan-rakan dan blog saya. Kita pergi ramai-ramai sebagai satu pasukan, barulah seronok.
Minggu lepas selepas memberi ceramah di sebuah program, ada insan bertanya saya, “Bolehkah kita pergi Umrah pakai pinjaman koperasi?” Saya tersenyum kerana soalan ini adalah ranking pertama soalan-soalan yang pernah dikemukakan kepada saya. Wajah insan yang bertanya pula benar-benar excited seolah-olah esok hari juga hendak ke pejabat Koperasi untuk memohon pinjaman.
Saya tiada autoriti untuk membenarkannya. Namun bila berkesempatan untuk membincangkan perkara ini di ceramah-ceramah, maka saya akan mengupas dengan lebih panjang dengan membuka minda pendengar untuk melihat beberapa pilihan yang ada. Pada hemat saya, perkara pinjaman koperasi ini agak fleksi bergantung kepada kemampuan (mampu semasa dan selepas pulang Umrah) dan jaminan diri diperlindungkan.
Contoh 1 : Jika gaji Puan A ialah RM3,000 dan gaji bersih ialah RM1,000 dan ansuran bulanan koperasi ialah RM400, maka saya berpendapat ianya tidak seharusnya dilakukan. Sukar untuk hidup dengan gaji bersih RM600 khususnya di bandar-bandar.
Contoh 2 : Jika gaji Puan A ialah RM3,000 dan gaji bersih ialah RM1,600 dan ansuran bulanan koperasi ialah RM400, maka saya berpendapat pinjaman ini seharusnya dibolehkan kerana gaji bersih selepas tolak pinjaman koperasi =RM1,200 (tanpa ada tanggungan lain). Pun begitu, panduan seperti perkongsian saya dalam buku Haji Muda semestinya dilaksanakan iaitu pinjaman ini dilindungi oleh Takaful dan tempoh pinjaman yang singkat (seminima mungkin).
Dari perspektif lain, jika kita terlalu jumud/rigid, kemungkinan Puan A akan membuat pinjaman koperasi untuk ke Gold Coast atau ke Beijing. Justeru, dari membenarkan beliau ke Gold Coast atau Bali, maka kita perlu mengambil pendekatan maslahah fleksi dengan mengharuskan pinjaman koperasi untuk menunaikan Umrah. Wallah’alam (Astaghfirullahal azim, Ya ALLAH ampunkan kami jika pada pengetahuan MU, pendapat ini tidak benar).
Apa pun hujah, saya berpendapat berilah peluang semua insan untuk merasai nikmatnya beribadah di Tanah Suci. Jika mereka pergi ke Tanah Suci dengan hati yang tulus ikhlas kerana ALLAH, ALLAH akan melapangkan rezeki dan akan mempercepatkan penyelesaian hutang koperasi tersebut.
Rugi melewat-lewatkan usia untuk ke Tanah Suci. Kita sama-sama perlu berusaha memudahkan urusan insan yang ingin tunaikan Haji/Umrah, insan yang mahu berkahwin dan insan yang mahu menuntut ilmu. Bila kita memudahkan dan membantu insan lain merealisasikan impian, ALLAH juga akan memudahkan urusan impian kita menuju SyurgaNYA. Wallah'alam.
Subscribe to:
Posts (Atom)






