Pages
Followers- Jalinan Ukhuwah
Tuesday, May 2, 2017
Wednesday, March 29, 2017
REJAB BULAN YANG DINANTI
Alhamdulilah, ALLAH masih memberi kita peluang untuk meneruskan hidup di atas muka bumi ini. Di kala bersiap untuk solat di pagi subuh 1 Rejab, terasa kelainan dan istimewanya. Terima kasih ALLAh dengan kedinginan pergunungan Angsi. Saat kita cuma hamba.
REJAB adalah bulan istimewa yang ALLAh berikan untuk kita. Banyak kisah kisah menarik dikongsi oleh ustaz-ustaz dan Tok Tok Guru berkait bulan Rejab ini. Maka adalah rugi bila kita hanya meraikan kehadiran Rejab tanpa berusaha mendapatkannya.
Perkara pertama yang perlu kita buat di dalam bulan ini ialah perbanyakkan istighfar. Kita perlu sentiasa mengingati diri bahawa hidup ini cuma perjalanan. Kematian adalah sesuatu yang pasti.
Terlalu banyak dosa dan kesilapan yang kita bawa dan kita pikul. Dosa kepada ALLAH tidak terkira, ibadah yang tidak seberapa dan kesilapan terhadap mak/ ayah/ suami/ isteri/ anak2 /pegawai bawahan mahupun jiran tetangga juga sentiasa berjalan tanpa sedar. Belum lagi dosa melayari facebook dan media sosial dan membuang masa di tempat yang tidak diseharusnya. Masjid dan surau juga sepi.
Perkara kedua, ayuhlah kita baiki diri dengan solat berjamaah di Masjid/Surau. Kita penat dan letih pergi balik kerja, tetapi luangkanlah masa dengan solat berjamaah Isya' di Masjid/surau.
Apa lagi alasan kita nak bagi di hadapan ALLAH nanti....?
Wednesday, March 8, 2017
PROGRAM WISE: PROJEK AMAL 2017
#SilaBantu
#KitaCakapKitaBuat
Terima kasih semua khususnya kpd isteri tercinta Noridz Idris, anak-anak, ahli keluarga dan pendokong wawasan Meniti Renjisan
Kedamaian, Program WISE Warisan Ilmu, atas setiap titipan doa dan
harapan. Terlalu byk perkara hendak dibuat yang agak mencabar tanpa
bantuan dan sokongan.
Kita cuma hamba, hidup pun cuma menumpang
di sisi alam. Atas belas kasih ArRahman ArRahim, kita dipanjangkan usia
untuk terus berbakti dan memberi harapan.
Bila Allah jemput nanti, dikhuatiri uncang
Dana Annuiti Akhirat kita bocor dan tak cukup kredit untuk melalui
titian sirat. InsyaAllah kerja amal akan terus digerakkan untuk sama sama hidup Islam
dan ummah Nusantara Melayu.
Projek WISE 2/2017
Umrah Berkitab Syaaban Ramadan. 21 hari 20 Mei.
2 hari di Malaysia, 9 hari Madinah, 9 hari Mekah.
PROJEK WISE 3/2017
Pembelian tanah sawah utk pembesaran bilik kuliah dan pengajian Quran. RM17,000 done via Waqf Khas
PROJEK WISE 4/2017
Pembinaan Masjid Ummu Mariam (Masjid no 3). InsyaAllah coming soon
PROJEK WISE 5/2017
Mahasiswa Turun ke Padang Trisno BDO Ramadan 2017, menunggu kelulusan Universiti.
PROJEK WISE 6/2017
Pembelian tanah sawah RM230k untuk tujuan pembesaran Pasentren Tahfiz, pembinaan Hotel Syariah maktabah Ahlul Sunnah. Sedang mencari dana khas.
Barakallahu feekum.
Sunday, December 4, 2016
Islamic Leadership: Surah Mulk (The Kingdom)
Alhamdulilah Public Program Islamic Leadership telah berjalan dengan lancar dari 29-30 November 2016. Seramai 21 orang telah menghadiri program ini. Kebanyakkan peserta adalah pegawai kanan, Pengarah, CEO, doktor dan wakil Majlis Agama Islam Negeri.
Satu perkara yang ditekankan di dalam program leadership development ini adalah Pemerintahan dan Kuasa hanya milik ALLAH. Kuasa dan jawatan adalah amanah yang berat untuk dipikul, bakal ditanya dengan teliti oleh ALLAH. Lebih lebih lagi jika kita selalu menganiaya orang, menafikan hak orang baik baik, sombong dengan kuasa yang ada serta menyekat perkembangan dakwah dan pembangunan negara /masyarakat.
Peserta didedahkan dengan Islamic Leadership model dan beberapa kajian kes dibuat secara bersama agar manfaat kursus dapat dirasai bersama.
InsyaALLAh atas permintaan ramai, Public Program Islamic Leadership 2017 akan dijalankan pada bulan Jan atau Feb 2017.
Whatsapp: 011- 2150 0283
Satu perkara yang ditekankan di dalam program leadership development ini adalah Pemerintahan dan Kuasa hanya milik ALLAH. Kuasa dan jawatan adalah amanah yang berat untuk dipikul, bakal ditanya dengan teliti oleh ALLAH. Lebih lebih lagi jika kita selalu menganiaya orang, menafikan hak orang baik baik, sombong dengan kuasa yang ada serta menyekat perkembangan dakwah dan pembangunan negara /masyarakat.
Peserta didedahkan dengan Islamic Leadership model dan beberapa kajian kes dibuat secara bersama agar manfaat kursus dapat dirasai bersama.
InsyaALLAh atas permintaan ramai, Public Program Islamic Leadership 2017 akan dijalankan pada bulan Jan atau Feb 2017.
Whatsapp: 011- 2150 0283
Tuesday, November 15, 2016
Islamic Leadership: Public Program
Assalamualaikum,
MasyaALLAH & TabarakAllah dengan izin ALLAH, public program di atas akan dibuat sekali lagi tahun 2016 atas permintaan. Program Dua hari.
Berminat untuk hadir? Sila whatsapp saya 011-2150 0283 atau hubungi terus Program Organizer di talian 03-5122 3682 . Quote nama saya untuk dapatkan rebat/diskaun RM50.
Barakallahu feekum.
Saturday, October 8, 2016
Umrah: Bantu Siapa Yang Perlu
MAsyaALLAH Tabarakallah, usia yang dipinjam perlu dimanfaatkan.
InsyaALLAH saya dan isteri akan terus istiqamah untuk meneruskan program hujung minggu dengan berkongsi sedikit ilmu dan pengalaman agar masyarakat sama sama bersedia mengajak insan berubah.
Hidup Perlu Banyak Berkongsi,
Bukan Sombong dalam kegelapan.
Tuesday, October 4, 2016
HARGAI DIRI DENGAN MEMBACA AL QUR'AN
Hargailah diri dengan membaca Qur’an biarpun Cuma
sepotong ayat sehari.
Kita adalah hamba ALLAH yang lemah. Jika kita tidak mampu menghargai diri sendiri, siapa pula yang peduli pasal diri kita. AL_Qur’an akan menghargai kita di hari mahsyar, memberi kita sakinah ketenangan, hati kita bisa hidup, dinaikkan darjat dan gandaan kebajikan.
1. Al-Quran akan memberikan pertolongan pada Hari Kiamat.
Dari Abu Umamah radhiAllahu `anhu katanya: ”Saya mendengar Rasulullah sallAllahu `alaihi wasallam bersabda:
“Bacalah olehmu semua akan al-Quran itu, sebab al-Quran itu akan datang pada Hari Kiamat sebagai sesuatu yang dapat memberikan syafa`at (pertolongan) kepada orang-orang yang memilikinya (mengamalkannya).”(HR Muslim)
Dari an-Nawwas bin Sam`an radhiAllahu `anhu katanya: ”Saya mendengar Rasulullah sallAllahu `alaihi wasallam bersabda:
“Al-Quran itu akan didatangkan pada Hari Kiamat nanti, demikian pula ahli-ahli al-Quran iaitu orang-orang yang mengamalkan al-Quran itu di dunia, didahului oleh surah al-Baqarah dan surah ali-Imran. Kedua surat ini menjadi hujah untuk keselamatan orang yang mempunyainya (membaca, memikirkan dan mengamalkan).” (Riwayat Muslim)
2. Menjemput ketenangan
Dari al-Bara’ bin `Azib radhiAllahu `anhu katanya:
“Ada seorang lelaki membaca surat al-Kahfi dan ia mempunyai seekor kuda yang diikat dengan dua utas tali, kemudian tampaklah awan menutupinya. Awan tadi mendekat dan kuda itu lari dari awan tersebut. Setelah pagi datang, orang itu mendatangi Nabi sallAllahu `alaihi wasallam menyebutkan apa yang terjadi atas dirinya itu. Baginda sallAllahu `alaihi wasallam lalu bersabda: “Itu adalah sakinah (ketenangan yang disertai oleh malaikat) yang turun untuk mendengarkan bacaan al-Quran itu.”
3. Hati pembaca AL-Quran akan hidup
Dari Ibnu `Abbas radhiallahu ‘anhuma, katanya: ”Rasulullah sallAllahu `alaihi wasallam bersabda:
“Sesungguhnya orang yang dalam hatinya tidak ada sesuatu apapun dari al-Quran (tidak ada sedikitpun dari ayat-ayat al-Quran yang dihafalnya), maka ia adalah seperti rumah yang kosong.” (HR at-Tarmidzi)
4. Mendapat Kebaikan jika al-Quran dibaca secara tartil
Dari `Abdullah bin `Amr bin al-`As radhiallahu ‘anhuma dari Nabi sallAllahu `alaihi wasallam, sabdanya:
“Dikatakanlah, nanti ketika akan masuk syurga- kepada orang yang mempunyai al-Quran (gemar membaca, mengingat-ingat kandungannya serta mengamalkan isinya): “Bacalah dan naikilah darjatmu (dalam syurga) serta tartilkanlah (yakni membaca perlahan-lahan) sebagaimana engkau mentartilkannya dulu ketika di dunia, sebab sesungguhnya tempat kedudukanmu adalah pada akhir ayat yang engkau baca.” (HR at-Tarmidzi)
5. Ganjaran- Membaca satu huruf dari al-Quran akan diganjari 10 kebaikan.
Dari Ibnu Mas`ud radhiAllahu `anhu katanya: ”Rasulullah sallAllahu `alaihi wasallam bersabda:
“Barangsiapa yang membaca satu huruf dari kitabullah (al-Quran), maka ia memperoleh satu kebaikan, sedang satu kebaikan itu akan dibalas dengan sepuluh kali ganda seperti itu. Aku tidak mengatakan bahwa ‘alif lam mim’ itu satu huruf, tetapi ‘alif’ adalah satu huruf, ‘lam’ satu huruf dan ‘mim’ juga satu huruf.” (HR at-Tarmidzi)
Moga ALLAH mengampuni dosa kita dan melapangkan hati dan rezeki kita, InsyaALLAH.
Subscribe to:
Posts (Atom)




