Followers- Jalinan Ukhuwah

Monday, April 30, 2012

Status Projek Masjid





Kemaskini Status Masjid


1.  Sungguhpun  tabung dana MAsjid Bojongloa telah dihentikan buat sementara,  dana ini terus meningkat dari hari ke hari (saya baru update buku Bank kelmarin).

2.  Dana sebanyak  Rupiah 50 Juta telah dihantar ke Indonesia  melalui bank  pada Jumaat minggu lepas. (Budget Release no 2)

3.  InsyaALLAH, sasaran  awal untuk siap dan digunakan dalam bulan Ramadan akan dilaksanakan.


Kunjungan

Alhamdulilah,  minggu lepas saya menerima kunjugan teman-teman  HM dari Bandung. Hasrat mereka sangat murni, untuk  menyerahkan laporan lengkap progress masjid.  Saya tidak menyangka  menerima  laporan lengkap hampir 40 mukasurat ini.  Mereka sangat  teliti dan  akauntable  akan setiap wang yang dibelanjakan.




Mereka bekerja keras untuk melaksanakan  hasrat kita membina masjid untuk  golongan  miskin.  Hakikatnya, mereka menanti  kehadiran saya  ke Bandung bagi melihat sendiri kemajuan projek.  Faktor kesibukan  menyebabkan  perancangan asal saya ke Bandung tertangguh. 

Moga ALLAH memberi saya kesihatan yang baik dan diberi masa untuk  mengunjungi  Bandung dalam tempoh terdekat, InsyaALLAH.


Wednesday, April 11, 2012

Umrah 2012 Madinah

Sebaik tiba di Madinah, jamaah diminta bersiap untuk segera ke Masjid Nabawi. Cuaca dingin memberi semangat kepada jamaah untuk segera melangkah ke Masjid . Selepas solat Subuh dan membaca Al-Qur'an, saya membawa beberapa jamaah untuk menziarahi makam Rasul s.a.w.


Wednesday, April 4, 2012

Umrah 2012 Bila Jamaah Gembira...

Bila Jamaah gembira, saya turut berpuas hati...



Leadership Program 4-5 MAc 2012

Foto: Di hadapan Masjid Kristal Taman Tamadun Islam KT


Alhamdulilah, beberapa hari sebelum berangkat ke Tanah Suci bulan lepas, saya telah berjaya membantu sebuah organisasi bagi membangunkan skil kepimpinan pegawai mereka. Suka, duka dan tangisan memberi kita ruang menghargai erti kehidupan. Program dua hari di Taman Tamadun Islam KT ini meninggalkan kenangan manis dan berharga buat saya dan pegawai-pegawai yang hadir.

Tahniah kepada semua peserta. Anda Sememangnya HEBAT!






Saturday, March 31, 2012

Umrah 2012 Dubai

Foto: Sebahagian Jamaah bergambar berlatar belakang Burj-Arab

Alhamdulilah dengan izin ALLAH, jamaah umrah HM telah diberi peluang oleh ALLAH untuk melawat Bandar Dubai. Walaupun ianya tiada dalam perancangan asal, ALLAH lebih mengetahui mengapa jamaah perlu transit di Dubai sebelum berangkat ke Saudi.

Pada kebiasaannya, program saya akan susun menaiki pesawat terus ke Madinah atau Jeddah. Namun kali ini, pihak agensi yang diamanahkan menguruskan logistic jamaah memaklumkan bahawa tiket direct sebagaimana yang dipersetujui tidak dapat dilaksanakan.

Foto: Bersama isteri, famili abang Razak dan ustaz Amin


Foto: Jamaah di lobi Hotel

Hakikatnya, di setiap perjalanan ALLAH ingin memberi kita ilmu dan pengalaman yang berbeza. Walaupun grup umrah HM 60 orang, terdapat 23 lagi jamaah dari kumpulan keluarga yang kecil-kecil turut bersama grup umrah HM. Mereka Cuma menumpang grup kami yang diuruskan logistiknya oleh agensi umrah. Biarpun saya dimarah-marah oleh segelintir kecil 23 jamaah ini, saya hanya mampu senyum. Mereka tidak mengenali saya dan mereka berhak bersuara sebagai pelanggan agensi ini. Tidak mengapa saya di marah, kerana saya dan jamaah HM sedang dalam perjalanan meniti kasih sayang ALLAH. Itulah dia hakikat cabaran Haji/Umrah, Jamaah akan marah-marah. Lebih memalukan jika marah kepada team HM yang banyak membantu mereka (Kami bukan pegawai agensi logistic umrah! Kami Cuma membantu semua jamaah dan kami tidak dibayar oleh agensi umrah untuk menolak beg dan uruskan jamaah…..).

Ketika saya menolak troli dan membantu mengangkat beg Dr Fauziah dan Kak Rokimah, mereka berkata “Dr tak perlu angkat beg kami, kami okay.” Saya membalas balik “Saya mahu berkhidmat kepada semua jamaah, pahala free….” “Ijazah Kedoktoran dan pangkat saya tidak akan hilang hanya kerana membantu menolak troli, mengangkat beg dan membantu urusan logistic jamaah.”

Di Terminal 1 Dubai untuk check-in pesawat ke Jeddah, saya dan team HM membantu menolak troli, membawa beg jamaah untuk discan, mengurus paspot, tiket, seat dll biarpun grup kecil 23 orang ini bukan grup umrah HM. Kemarahan sebahagian jamaah 23 orang ini adalah kemanisan kami team HM. Inilah dikatakan proses Umrah mabrur ie. “Sabar biarpun pada perkara yang tidak perlu”.

Kepada semua team Jamaah HM khususnya abang Razak, Afif Afnan, Mona, Shaifudin, Dr Isa, Hisyam, Dr Fauziah, Kak Rokimah, Abg Bani, akhi Sharani, family Prof Dahlan, syabas dan tahniah kerana mendapat ‘pahala free’ dengan membantu semua jamaah tanpa mengira samada mereka grup umrah HM atau bukan. Saya yakin anda semua mendapat kepuasan dan kemanisan dengan membantu insan lain dan semangat teamwork disepanjang perjalanan Umrah kita.


Sama-samalah kita Cari Pengiktirafan ALLAH bukannya pengiktirafan manusia.


Wednesday, March 28, 2012

Anuiti Akhirat: Laporan Kemajuan Projek Masjid Bajongloa

Alhamdulilah, progress Masjid berjalan dengan lancar. Moga sasaran kita untuk siapkan Masjid sebelum bulan Ramadan akan terlaksana. Amin!