Followers- Jalinan Ukhuwah

Monday, June 4, 2018

Zakat vs Tabung Harapan Malaysia



Kelmarin di beri kesempatan untuk memberi tazkirah Ramadan di sebuah organisasi. Sebelum menutup tazkirah, ada jamaah bertanya pandangan saya terhadap Tabung Harapan Malaysia.

Adakah kita perlu menderma untuk Tabung Harapan Malaysia?
Mengapa agak kurang orang Islam atau orang melayu menyumbang ke THM? 


1.0 Adakah kita perlu menderma untuk Tabung Harapan Malaysia?

Jawapan ringkas yang saya beri, jika menderma dapat ganjaran, jika tidak menderma juga ok. Ianya bukan paksaan. Tidak perlu dipolitikkan dan membuang masa kita berdebat. Banyak lagi perkara kita kena buat (termasuk membaca dan menghayati Al-Quran). Tidur di bulan Ramadan juga mendapat pahala. Shiam dan Diam. 

Kita perlu melihat priority hidup.  Walaupun THM ini baik, namun tanggungjawab seorang Muslim sewajibnya focus kepada menyempurnakan ibadah Zakat (Rukun Islam) yang sebahagian besar kita terlepas pandang dan juga penyelesaian hutang-hutang peribadi. 

Saya bertanya semula kepada jamaah, selain Zakat Fitrah, sudahkah kita sempurnakan zakat harta, zakat pengajian, zakat emas (bagi Muslimah) dll?  Jika belum, Ramadan menjemput kita memperkasakan peranan Zakat dalam membina masyarakat. Perlu diajak bicara bahawa JANJI ALLAH itu PASTI. 

Ada tiga aspek Zakat yang kita sudah tahu dan perlu difahamkan dengan keyakinan. Pertama, zakat bermakna At-Thohuru, yang artinya membersihkan atau menyucikan. Mereka adalah orang  yang selalu menunaikan zakat karena Allah dan bukan karena ingin dipuji manusia, Allah akan membersihkan dan menyucikan hartanya dan juga jiwanya. Allah SWT berfirman dalam Surat At-Taubah Ayat 103: "Ambillah zakat dari sebagian harta mereka, dengan zakat itu kamu membersihkan dan menyucikan mereka dan berdoalah untuk mereka. Sesungguhnya doa kamu itu ketenteraman jiwa bagi mereka. Dan Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui."

Kedua, zakat bermakna Al-Barakatu, yang artinya berkah. Orang yang selalu membayar zakat, hartanya akan selalu dilimpahkan keberkahan oleh Allah SWT, kemudian keberkahan harta ini akan diterjermah kepada keberkahan hidup. Keberkahan ini lahir karena harta yang kita gunakan adalah harta yang suci dan bersih sebab harta kita telah dibersihkan dari kotoran dengan menunaikan zakat yang hakikatnya zakat itu sendiri berfungsi untuk membersihkan dan menyucikan harta. 

Ketiga, zakat bermakna An-Numuw, yang artinya tumbuh dan berkembang. Orang yang selalu menunaikan zakat, hartanya (dengan izin Allah) akan selalu terus berkembang. Hal ini disebabkan oleh kesucian dan keberkahan harta yang telah ditunaikan kewajiban zakatnya.  

Yang pasti, saya belum pernah bertemu orang yang menunaikan haji, umrah, zakat dan sadaqah ikhlas karena Allah, berhadapan dengan bankrupsi, rugi dan masalah urusan harta.  

Adakah kita mempunyai hutang-hutang peribadi?  
Jika ada lebih afdhal selesaikan dulu hutang hutang kita dengan ahli keluarga, kawan-kawan dsbnya.  Menyelesaikan hutang peribadi akan dapat mengukuhkan ukhuwah kekeluargaan. 

InsyaALLAH, hutang negara akan mampu diselesaikan melalui economic reform dan memperkukuhkan governance di semua peringkat Persekutuan dan Negeri. Harap harap tiada lagi tambahan cukai kepada rakyat yang sememangnya tertekan. 


2.0  Mengapa agak kurang orang Islam atau orang melayu menyumbang ke THM? 

Wallah’alam, saya tiada data untuk mengupas persoalan ini. Jika betul, ada beberapa perkara yang perlu kita selidik. 

Pertama, Malaysia belum tiba ke peringkat darurat dan bankrupsi. Pada hemat saya, tiada asas kukuh keperluan untuk rakyat diajak menderma ke THM. Tapi jika hendak buat juga tabung ini, seharusnya disokong setelah mengambil kira bab zakat dan hutang peribadi di atas. Lagipun, rakyat Malaysia dibebankan dengan banyak cukai, kos sara hidup yang meningkat dan Tol sehingga kemampuan untuk membuat simpanan agak tipis. Rata rata kawan kawan saya mengeluh bab harga barang yang tinggi dan tiada simpanan untuk kontingensi. Statistik menunjukkan 70% daripada mereka yang menggunakan kad kredit cuma membayar kadar minimum 5% sahaja. Ini merupakan indicator yang merimaskan. 

Kedua, kebanyakkan rakan rakan bukan Islam/bukan Melayu hidup dengan berniaga. Mereka segera menghulurkan derma dengan harapan mendapat tolakan cukai perniagaan (perlu disemak adakah THM boleh mendapat rebat cukai?). Sementara kebanyakkan kita pula makan gaji, boleh jadi kurang atau negative net cash flow. Jadi matlamat kita dan matlamat mereka tidak sama. 


Ketiga, Menghormati Perlembagaan negara adalah nilai patriotic yang tinggi sebagaimana rakyat Indonesia menghormati Pancasila. Bukan bermakna orang yang memberi RM500,000 lebih patriotic dari orang yang menderma RM1 dalam THM. 

Kesimpulannya, berikan priority kepada tuntutan Islam dan AL Quran. Utamakan Zakat dan penyelesaian hutang peribadi. Jika perkara ini dah sempurna, maka bolehlah menyumbang ke THM. Dengan lain perkataan, menderma biar ikhlas, bukan ada agenda lain. 

No comments: