Followers- Jalinan Ukhuwah

Saturday, March 10, 2012

Rindu Baitullah


Alhamdulilah dengan kasih sayang ALLAH, Perjalanan Rindu Baitullah kami akan bermula sebentar lagi. Saya berpesan kepada diri saya, ahli keluarga dan jamaah seramai 60 orang bahawa ALLAH akan menerima umrah kita jika dilakukan dengan ikhlas, bersabar dan bertoleransi.

(Nota Maaf: Saya mohon kemaafan kepada semua pengunjung blog ini jika ada salah silap. Kesibukan tugas dan banyaknya perkara yang perlu dilakukan menyebabkan update blog tidak dapat dibuat sekerap mungkin. Banyak perkara yang ingin saya kongsi. Jika berkesempatan saya akan update ketika di Dubai nanti, InsyaALLAH).

Thursday, March 1, 2012

Slot Motivasi:- WHI TV3




Alhamdulilah, slot Wanita Hari Ini TV3 Rabu 29 Feb 2012 telah berjalan dengan baik. Tetamu undangan termasuk selebriti Buzen dan Zaina. Diskusi 30 minit ini telah membuka beberapa peluang untuk diskusi lanjutan. Bukan setakat berakhir di Studio B Seri Pentas, selepas sessi tersebut ramai juga menelefon dan email saya bagaimana untuk menunaikan solat Dhuha.

Yang penting, saya sudah menyampaikan amanah untuk mengalakkan masyarakat kita untuk kahwin pada usia muda. (Satu lagi misi selepas HAJI MUDA).

Bagi anda yang terlepas peluang menonton slot WHI live, anda boleh mencuba ke www.tonton.com.my search TV3 Wanita Hari ini episode 43.


Jalinan Ukhuwah

Foto: Isteri dan anak saya serta Ahli Dewan Ibu Rina di sebuah restoran untuk makan malam


Alhamdulilah, saya dan isteri menerima kunjungan Ahli Dewan (Parlimen) Indonesia pada Ahad 26hb Feb 2012. Banyak isu kami bincangkan khususnya usaha kami untuk membangunkan ekonomi masyarakat marhain di sana. Kerjasama dan persefahaman juga perlu diusahakan untuk membenteras rasuah yang menjadi barah bagi negara.

Moga ALLAH meredoi usaha kami ini. AMin!

Kursus & Diskusi Umrah

Alhamdulilah, dengan izin ALLAH, kursus dan diskusi umrah telah berjalan dengan baik pada hujung minggu lepas 25 Feb 2012. Seramai hampir 30 jamaah telah hadir ke rumah saya untuk sesi selama 3 jam ini.

Jamaah sangat excited dan diskusi berjalan dengan penuh kasih sayang. InsyaALLAH, dengan izin ALLAH, mereka dijangka berangkat pada hari Jumaat 9hb Mac 2012.

Moga ALLAh permudahkan urusan kita dan memberi kita ibadah umrah mabrurah.

Tuesday, February 28, 2012

Jemputan Live TV3


Alhamdulilah, TV3 menjemput saya untuk diskusi live slot Wanita Hari ini.

Tarikh: 29 Feb 2012 RABU

Masa : 12:00tgh-12.40 tgh

Jika anda berkelapangan, jemputlah menonton slot tersebut di TV3 (Jika ada yang boleh buat rakaman, amat saya hargai).

TQ

Friday, February 24, 2012

Anuiti Akhirat: Kemajuan Projek Masjid I

Alhamdulilah, dengan kasih sayang ALLAH, saya menerima photo ini ketika on pc saya selepas solat Subuh pagi Jumaat.

Disertakan foto kemajuan projek Masjid Bojongloa yang sedang kita usahakan. InsyaALLAH, kita akan berusaha untuk membeli tanah sawah sebelah masjid untuk membangunkan Pasentren Tahfiz Anak Yatim.