Followers- Jalinan Ukhuwah

Showing posts with label Kelab Haji Muda. Show all posts
Showing posts with label Kelab Haji Muda. Show all posts

Wednesday, June 3, 2015

Dana Iftar: Status dan Penutupan Akaun

Assalamualaikum,

Alhamdulilah, dengan izin ALLAH proses jemputan untuk infaq Iftar Ramadan telah berjalan dengan baik. MasyaALLAh & Tabarakallah sukacita saya maklumkan status dana bagi projek Iftar Ramadan (jumlah sehingga 2 Jun  2015).

Dana Iftar Ramadan: 
     RM 17,080.00

Akaun Iftar ini ditutup untuk proses agihan. Jika ada yang masih ingin menyumbang, anda boleh terus masukkan ke akaun KHM dan agihan akan dibuat di Malaysia dalam bulan Ramadan nanti.

Bagi pihak pengurusan KHM, saya ingin merakamkan ucapan terima kasih dengan sumbangan tuan/puan dan InsyaALLAH akan diagihkan  secepat mungkin ke destinasi yang dirancang sebelum Ramadan ini.

Moga ALLAH menerima amalan tuan puan, dilimpahkan maghfirah dan dilapangkan rezeki. Amin.

Friday, May 22, 2015

Ibu Rina Dalam Kenangan

                                                               Innalilahu wainnahirrajiun...

             Foto: Ibu Rina di Majlis Perasmian Masjid Abu Bakr As Siddiq (KHM Bandung)

Dengan dukacita dimaklumkan bahawa pendukung KHM di Bandung, Ibu Rina- Mantan Ahli Parlimen Dewan Perwakilan Rakyat, telah kembali ke rahmatullah kerana kanser. Saya dan isteri terutamanya serta semua exco KHM merasa kehilangan insan penting di sepanjang menyusuri jalan kerja-kerja amal ini. 

Untuk makluman, Ibu Rina banyak membantu kita semua melalui wadah KHM ketika kita sama-sama membangunkan Masjid Abu Bakr AsSiddiq di tengah sawah dan juga sama-sama menjadi tenaga pengerak Koperasi Syariah Garut bagi melahirkan usahawan dikalangan orang-orang miskin. Idea-idea KHM mengenai cara pelaksanaan Koperasi Syariah bagi membantu fakir miskin telah dilaksanakan oleh Ibu Rina di wilayah Parlimen beliau di Garut/Tasik Malaya. Satu legasi penting yang ditinggalkan. 


       Foto Asal Masjid Abu Bakr As Siddiq. Tanpa bantuan Ibu Rina Masjid ini tidak mampu berada di tengah sawah ini.....

"Ya ALLAH, Kau ampunilah sahabat kami ini dan tempatkanlah beliau di kalangan orang-orang soleh dan berbakti..." Amin.

Monday, March 9, 2015

TAHFIZ KHM: BAGAIMANA IANYA BERMULA....(Siri 2)







Hakikatnya, projek Tahfiz Professional KHM ini telah dirancang tiga tahun lepas bilamana inisiatif di ambil oleh  Presiden dengan dibantu oleh Tuan Haji Razak (Semenyih), Tuan Haji Sabtu Md Ali (Subang Jaya)  dan En Abadan (Sepang) untuk  berusaha mendapatkan sebidang tanah  melalui Kerajaan Negeri.  Walaupun usaha perolehan tanah  untuk pusat pendidikan ini tidak diluluskan oleh kerajaan negeri, ianya bukanlah  signal kepada kegagalan. Usaha demi usaha dilakukan bagi merealisasikan impian ini.  

Presiden KHM  merasakan jika Walt Disney kebanggaan Yahudi  boleh tertegak megah  dan kini menjadi empayar  ekonomi kapitalis  bersandarkan “dream”, maka  “dream KHM Tahfiz” yang lebih murni sesungguhnya boleh ditegakkan dengan dokongan  pencinta ilmu dan ahlul-sadaqah.

Atas  kesabaran ini, ALLAH telah mengerakkan  hati  Bonda Hajjah Halijah (kini berusia hampir 80 tahun) dan waris (Hjh Norhayati dan En Shahrul)  dari Paya Rumput Melaka untuk bertemu kami dan mewaqafkan sebidang tanah  kepada KHM untuk dibangunkan pusat ilmu dan pendidikan moden ala-pondok bagi dimanfaatkan oleh generasi muda dan warga emas masyarakat desa  sebagaimana kejayaan Masjid Abu Bakr As Siddiq (Masjid KHM Indonesia).  Dengan mengambil  success story Masjid Abu Bakr di Bandung Indonesia sebagai  penyuntik semangat, Masjid  ini kini bukan sekadar  digunakan untuk  tujuan ibadah tetapi turut dibangunkan  pasentren desa untuk pengajian ilmu, hafazan, pengajian khusus muslimah,  kuliah umum serta menjadi pusat kesatuan ummah berpaksikan Ahlul Sunnah Wal Jamaah.  Jika Masjid KHM Indonesia  boleh bergerak pantas dan lancar maka kami meyakini Kompleks Tahfiz Melaka KHM boleh juga melalui pengalaman indah yang serupa.

Sesungguhnya, tanah waqf ini adalah milik mutlak ALLAH s.w.t. yang telah diinfaqkan oleh Bonda Hajjah Halijah dan warisnya. Peranan KHM adalah merealisasikan dream dan harapan; justeru memegang amanah pelaksanaan. Kejayaan projek ini adalah atas tanggungjawab kita bersama kerana ianya adalah milik ummah bilamana ianya diwaqfkan.

Justeru,  sama-samalah kita berganding bahu merealisasikan “dream” ini dan hasrat Bonda Hajjah Halijah  untuk mewaqafkan sedikit harta  bagi sama-sama kita bangunkan Tahfiz professional KHM.

Pesan Bonda Hajjah Halijah  kepada kami pada tahun 2013 lalu, “Makcik harap dapat melihat  Kompleks Pendidikan ini tertegak sebelum makcik menutup mata.  Makcik mahu meninggalkan dunia ini dengan kenangan indah berbakti  untuk masyarakat, anak cucu dan  negara.”



InsyaALLAH bersambung Siri 3: TAHFIZ KHM: MENGAPA PERLU......?




Al-faqir ilallah

Dr Ridzwan Bakar
drridzwanbakar@gmail.com

Sunday, March 8, 2015

KHM TAHFIZ PROFESSIONAL MELAKA: PENGENALAN (siri 1)

       Foto:  Masjid dan Pasentren KHM, Desa Bojongloa  Bandung Indonesia. 
Lawatan ilmiah Feb 2015
Terima kasih kepada semua ahli sadaqah yang telah menginfaqkan wang ringgit/rupiah sehingga tertegaknya Masjid di persekitaran sawah bendang. ALLAH s.w.t sahaja yang berhak menganugerahkan 

Kelab Haji Muda (KHM) adalah NGO Islam berdaftar dengan Pendaftar Pertubuhan.  
KHM memegang kukuh pendekatan Ahlul Sunnah Wal Jamaah di dalam setiap urusan dan kerjasama di peringkat domestik mahupun antarabangsa. 

Sebagai NGO Islam, KHM banyak melakukan program-program amal khususnya di Malaysia, Mekah, Madinah, Indonesia, Kemboja dan Palestin bagi membantu fakir miskin, anak yatim dan golongan dhuafa/gelandangan. Antara kejayaan besar projek amal KHM ialah membina Masjid Abu Bakr As-siddiq di desa Bojongloa Rancaekek Jawa Barat, membantu pembangunan Sekolah Islam Al-Ihsan di Phnom Penh Kemboja, bersama membuka jalan dan idea untuk hospital beyond boundaries di Kemboja, terlibat secara langsung penubuhan Koperasi Syariah Garut untuk mencetus bisnes islamic microfinance kepada fakir miskin, perkhidmatan kaunseling percuma di Selangor, membantu jamaah Haji dan Umrah, melaksanakan KHM Bakti Sosial untuk bantuan banjir di Kelantan/ Pahang, program iftar Ramadan di Malaysia/Mekah/Madinah/Kemboja/Indonesia, sokongan dan bantuan hari Wukuf Arafah,  pelbagai aktiviti pembinaan insan termasuk kuliah/ceramah dan latihan pembangunan insan dan pengurusan strategik & kewangan organisasi.

Untuk makluman semua khususnya ahli KHM, pendukung dan followers,  walaupun KHM masih  baru dan merangkak dalam membuat kerja amal  secara berpusat/berorganisasi,  pengalaman banyak membentuk sikap  dan keyakinan serta membimbing kami untuk terus istiqamah  mengerakkan khidmat sosial ini. Kerja amal adalah kerja sukarela yang meletihkan dan menjemput kami untuk bersabar. Ianya bukanlah mudah tetapi KHM mempunyai kredibiliti dan integriti melihat kepada seriusnya exco memegang setiap amanah  projek yang diberikan. (sila lihat blog ridzwan-bakar.blogspot.com  untuk menilai  sendiri  kejayaan projek-projek amal dan  amanah terdahulu). 

Kami dapat merasai  cabaran yang berbeza diantara projek KHM Malaysia dan  projek KHM di luar Malaysia.  Kami tidak berhasrat untuk berkongsi  cabaran ini di blog atau facebook, tetapi InsyaALLAh  Presiden KHM akan berkongsi pengalaman ini di forum dan konferens di peringkat antarabangsa dan Nusantara.  Pada tahun 2014 lalu, Presiden KHM telah mewakili Malaysia dan membuat perkongsian di dalam forum dan persidangan antarabangsa di  Istanbul Turki bagi mengupas persoalan global ummah dari sudut ekonomi dan pembangunan  Waqf yang menjadi asas  kerja amal dan bakti sosial KHM.  

KHM adalah NGO Islam, penyedia wadah annuiti akhirat, yang ditadbir secara profesional dan amanah.  Kami gembira untuk melihat insan lain gembira; We are happy to make others happy.

Mohon share di facebook tuan/puan jika ianya bermanfaat untuk agenda ummah ini.

InsyaALLAH bersambung Siri  2:  TAHFIZ KHM: BAGAIMANA  IANYA  BERMULA....


Al-faqir ilallah

Dr Ridzwan Bakar
drridzwanbakar@gmail.com
7 Mac 2015/ 16 Jamadil awal 1436H

Saturday, October 25, 2014

Salam Hijrah 1436


Saya ingin merakamkan ucapan Selamat Menyambut Hijrah 1436 kepada semua ahli keluarga, pendokong Kelab Haji Muda, Tetamu, guru-guru dan anak-anak murid saya, moga kita terus istiqamah dengan jalan Islam, bersolat dan  bersabar.  

Maafkan salah silap saya dan keluarga serta Tim Pengurusan Kelab Haji Muda di sepanjang menyusuri langkah tahun 1435Hijrah. Juga terima kasih dengan sokongan dan bantuan kerja amal KHM.

Hijrah Rasululah s.a.w adalah hijrah Iman dan Islam
Bukan
Hijrah Kosmetik atau takut dengan ancaman dan dugaan. 

Tuesday, September 9, 2014

Program Dana Wukuf & Badal Haji 2014


facebook/kelabhajimuda   facebook/drridzwan.      Sila Share ke rakan-rakan tuan/puan.



Assalamualaikum w.t.h,

Sukacita dimaklumkan bahawa Mesyuarat Agung Tahunan KHM pada 6 September 2014 telah memutuskan untuk meneruskan Program Dana Wukuf & Badal Haji bagi Musim Haji 1435H/2014.

Kita tidak terpilih sebagai Dhuyufur rahman (Tetamu ALLAH), justeru salah satu cara untuk menjemput rahmat dan maghfirah dari Ar Rahman Ar Rahim adalah dengan meraikan dan mengembirakan Tetamu ALLAH di Mekah/Arafah/Mina. 

1. Tujuan Dana Wukuf: 
Menaja dan membantu jamaah haji dengan membekalkan mereka dengan air dan/atau makanan ringan khususnya ketika Wukuf.(Diuruskan oleh Ahli Bersekutu KHM di Mekah). Dana akan dihantar ke Mekah pada 2 Zulhijjah 1435H/27 September 2014). 

2. TUJUAN BADAL HAJI: 
Membantu tuan/puan yang berhasrat untuk menyempurnakan Haji untuk arwah. (Sila Rujuk Nota dibawah)

TARIKH TUTUP: 24 SEPTEMBER 2014

HUKUM BADAL HAJI: 

Menurut ulama mazhab Syafii, hukum membuat badal haji terbahagi dua. Wajib jika arwah memang telah wajib melaksanakan ibadah haji semasa hidupnya, namun meninggal dunia sebelum sempat melakukannya. Dalam kes seperti ini, ahli waris wajib mengeluarkan sebahagian daripada harta pusaka peninggalan si mati untuk digunakan membiayai badal haji untuknya.

Berkata Imam al-Nawawi dalam kitab Al-Idah fi al-Manasik: "Wajib menggantikan (badal) haji bagi si mati jika ia (si mati) berkemampuan untuk haji ketika hidupnya namun tidak sempat melakukannya. Itu pun jika ia meninggalkan harta warisan. Jika tidak, maka bukan kewajipan waris untuk melakukan haji badal baginya."

Jika si arwah sememangnya tidak berkemampuan untuk melakukan ibadah haji semasa hidupnya, maka ahli waris tidak wajib membuatkan badal haji baginya. Jika mereka ingin membuatkan untuknya juga, maka hukumnya harus. Namun dalam kes ini, waris tidak boleh menggunakan harta pusaka peninggalan arwah untuk membiayai badal haji itu kecuali dengan keizinan seluruh ahli waris.

Siapa yang berminat melakukan badal haji untuk arwah boleh melakukannya sendiri atau meminta bantuan/mengupah orang lain untuk membuatkan badal haji untuk orang yang dikehendaki. Seseorang yang melakukan badal haji mestilah orang yang pernah melakukan ibadah haji untuk dirinya sendiri terlebih dahulu. Wallah'alam.

Tuesday, August 26, 2014

Program Korban 2014 Dibuka

Jika blog ini tidak dikemaskini, sila ziarah facebook/drridzwan  dan facebook/kelab haji muda untuk maklumat terkini & tausiyah ringkas. 

Untuk Program Korban 1435H, Sila baca arahan seterusnya di bawah. 




Sukacita dimaklumkan bahawa pendaftaran untuk Program Korban 1435H di kemboja telah dibuka pada minggu pertama bulan Syawal/awal Ogos 2014.

Jika tuan/puan berminat untuk menambahkan amal ibadah disamping membantu golongan dhuaafa/fakir/miskin, mohon ambil tindakan berikut:-

1.  Telefon atau email exco KHM yang bertugas seperti di poster di bawah
2.  Nyatakan jumlah ekor/bahagian tempahan
3.  KHM akan majukan borang melalui email
4.  Pulangkan borang beserta bayaran ke akaun Kelab Haji Muda

Untuk memastikan program berjalan lancar dan jaminan kualiti lembu dan saiz besar seperti di tahun-tahun lepas, tindakan segera tuan/puan amat kami hargai. Untuk makluman, KHM adalah NGO Islam berorientasikan kebajikan dan sosial justeru dana kami adalah terhad. KHM telah diminta untuk membayar deposit USD2,000 = RM7,000 untuk tempahan sebanyak 25 ekor, yang juga agak berisiko buat KHM untuk menyediakan deposit ini.

Kami percaya program KHM bertujuan untuk mengalakkan lebih ramai sahabat/teman/ahli dan semua muslimin/muslimat untuk melaksanakan ibadah korban "Everyone can perform Qurban" dengan harga yang mampu.  Secara umum, seekor lembu bagi korban di Malaysia berharga antara RM3,500-5,000 satu ekor. 

Ambillah peluang affordable Qurban Program ini untuk kita istiqamah dengan tuntutan Islam.

Terima kasih.

Sunday, October 27, 2013

Status Projek Pasentren Tahfiz KHM


Alhamdulilah, foto pembangunan Pasentren Tahfiz sedang giat berjalan.  Mesej ringkas yang baru sahaja saya terima
 "Assalamu'alaikum Wr. Wb.
Dr. ini gambar yg saya janjikan, warga desa sdg bergotong royong bersama-sama untuk pembangunan TPA di desa kami. Kami ucapkan terimakasih kerana semua bantuan dana dari Dr. Ridzwan beserta keluarga Malaysia, para donator  dan tim KHM."

Terima kasih Wulan kerana kesudiannya mengirim fotonya dan titipan doa bersama.

"Biar capek dalam meniti renjisan kedamaian dan pencarian bendang rahmat ALLAH...."-Dr Ridz



Monday, October 14, 2013

Selamat Berpuasa Arafah & Eid Adha Mubarak



Alhamdulilah, di pagi Subuh 9 Zulhijjah ini hati saya ceria luar biasa. Mungkin disebabkan dua program besar Kelab Haji Muda (KHM) 'Wadah Annuiti Akhirat' akan digerakkan pada 9 Zulhijjah (14 Oktober 2013):-

1. Tetamu & Tim Affiliate KHM Mekah dan beberapa sahabat KHM yang sudah berangkat ke Arafah akan melaksanakan amanah rakan-rakan followers KHM dalam program bantuan dhuaafa para jamaah Haji di Arafah. Bantuan dalam bentuk makan-minum yang simple dan tidak membebankan. Terima kasih kepada Tn Hj Mohd Arshad Ali, Ustaz Mohd Hasnil, Rosazmi dll yang kini berada di Arafah kerana membantu urusan ini.

2. Tim KHM Malaysia akan berangkat pagi ini ke Phnom Penh. Saya yakin mereka berpuasa pada hari ini, namun ianya bukanlah penghalang untuk melaksanakan amanah. Mereka akan bertemu dengan tim As Shabab KHM Kemboja untuk pelaksanaan ibadah Korban di bumi Kemboja khususnya di perkampongan golongan dhuaafa/fakir/miskin. Sebanyak 23 ekor lembu akan dikorbankan pada 10 dan 11 Zulhijjah.

Kepada semua petugas di Arafah dan Kemboja, selamat menjalankan tugas, moga ALLAH menerima usaha dan pengorbanan anda sebagai amal soleh. Amin.

Kepada peserta ibadah Korban dan penyumbang dana Wukuf Arafah, moga ALLAH menerima ibadah tuan/puan, diampunkan dosa dan kesilapan, di murahkan rezeki dan dihimpunkan bersama orang-orang soleh. Amin.

Saturday, October 5, 2013

MAKLUMAN

Assalamualaikum sahabat-sahabat yang dikasihi,

Sekiranya blog ini tidak diupdate lebih dari 2 hari, mohon ziarah facebook/drridzwan  atau facebook/kelabhajimuda.  InsyaALLAH tazkirah ringkas dan makluman terkini program KHM akan diupdate setiap hari di facebook/drridzwan.

Terima kasih.

Pelancaran Jam Tangan Tawaf KHm Jenama Rauha

 Alhamdulilah dengan izin ALLAH, KHM menapak ke satu tahap lagi iaitu dengan melancarkan Jam Tawaf pada 29hb Sept 2013 lalu. Program KHM ini dihadiri oleh lebih 50 tetamu. Di dalam majlis ini, selebriti Johan dan Nora bersetuju untuk mejadi Duta Jam Tawaf KHM Rauha. Dalam majlis ini, 3% hasil jualan pertama Jam Tawaf  telah disumbangkan ke Akaun Dana Annuiti AKhirat KHM bagi memulakan projek Pasentren Tahfiz anak yatim/ fakir miskin.

Foto:  Majlis pelancaran Jam Tawaf

Foto:  Jam Tawaf  untuk Eksekutif  dijual pada harga RM250
 (Harga Promosi sempena pelancaran. Tag price RM350)



Foto:  Jam Tawaf untuk Remaja dijual pada harga RM60 
(harga promosi sempena pelancaran. Tag price RM120)

Pelancaran Dana Pasentren, Dana Wukuf dan Jam Tawaf


Masya Allah n Alhamdulilah, majlis ilmu, pertemuan KHM dan pelancaran jam tawaf Rauha serta pelancaran dana pasentren tahfiz Bandung telah selamat dilaksanakan pada 29hb Sept 2013. Terima kasih kepada semua yg terlibat khususnya exco KHM, Penasihat KHM, Dato Wan, ust Mohd hasnil, Bapak Dr Herry, akhi Amran, Prof Sidek, Azzah majalah nur, Tim Rauha hafiz dan din serta semua pendokong KHM. Tidak lupa kpd pengurusan masjid darul ehsan subang jaya. Juga terima kasih kepada selebriti Johan dan Nora untuk sama-sama membantu menjadi Duta Jam Tawaf KHM jenama Rauha.

KHM juga telah menyerahkan dana sebanyak RM25,000 untuk Maahad Tahfiz Nurul Ilm,  Dana Wukuf RM10,000 dan Dana Pasentren Bandung Rp100 Juta.

Kepada anda semua, terima kasih. Moga usaha kecil ini diangkat sebagai amal soleh

Wednesday, September 18, 2013

MAKLUMAN KHM 24/2013: PERJUMPAAN KHM 29 Sept 2013

MAKLUMAN KHM 24/2013:  PERJUMPAAN KHM, PELANCARAN JAM TAWAF  DAN DANA TAHFIZ    (MAKLUMAN  AWAL; TERBUKA UNTUK SEMUA)
Foto:  Perjalanan menuju destinasi memerlukan perancangan, komitmen, kesabaran dan kesungguhan


Alhamdulilah dan Insya ALLAH dengan izin ALLAH  KHM ingin menjemput tuan-puan, semua followers, alumni Umrah KHM, alumni wisata KHM dan peserta wisata Beijing/ peserta Umrah Turki Disember 2013/ Umrah Jan & Feb 2014 untuk  menghadiri program berikut:-

TARIKH:  29 SEPTEMBER 2013  AHAD
TEMPAT:   MASJID DARUL EHSAN SUBANG JAYA
MASA:       8.30am-12.00pm

AGENDA:
8.30am Solat dhuha di Masjid
9.00am Sarapan
9.30am Bacaan Al-Qur’an anak tahfiz
                Kuliah Dhuha  (InsyaALLAH ustaz Mohd Hasnil Abu Bakar, Pembimbing Bertauliah Jamaah Haji                 Malaysia)
10.30am Pelancaran Jam Tawaf  KHM
Pelancaran Dana  Pasentren  Tahfiz Bandung
Penyerahan cek dana untuk Maahad Tahfiz Al-Ilm

11.00am Dialog  & Penerangan kemajuan Kelab Haji Muda: Cabaran dan  Harapan
Dr Ridzwan Bakar, Presiden KHM
Tn Hj Sabtu Md Ali,  Penasihat KHM

11.45pm Pendaftaran sukarelawan KHM  & Bersurai/ Terima kasih
Peserta wisata Beijing mengisi borang VISA, menyerahkan paspot dan mengambil cenderahati.
Pendaftaran Umrah Turki  23 Dis 2013- 5 Jan 2014.
Pendaftaran Umrah SV (Direct Madinah)  bulan Jan dan  Feb 2014
Pendaftaran Wisata Rohani Jakarta/Bandung  Dis 2013.
Jualan Dana amal KHM, Jam Tawaf, buku wakaf  dll.

Bagi pihak Kelab Haji Muda, kami sangat-sangat mengalukan kehadiran tuan-puan/ followers dan  sukarelawan  kerana  KHM sangat memerlukan  sukarelawan untuk sama-sama  menyumbang  masa dan tenaga bagi mengerakkan banyak  program yang sudah disusun.

Sila email ke  kelabhajimuda@gmail.com  atau  respon ke  posting fb ini  kehadiran tuan-puan  supaya kami dapat  menganggarkan kehadiran untuk  tempahan  minum pagi.

Kehadiran tuan-puan amat-amat kami hargai.

Sekretariat
Kelab Haji Muda-  Wadah Annuiti Akhirat
NGO ISLAM Berdaftar
facebook/kelabhajimuda
email:  kelabhajimuda@gmail.com

Sunday, September 15, 2013

MAKLUMAN KHM 22/2013: KORBAN KEMBOJA


Foto:  Lembu Korban tahun 2012 di Kemboja


ALhamdulilah dan InsyaALLAH KHM akan terus komited melaksanakan program berteraskan Haji/Umrah. Untuk makluman, antara success story program KHM pada tahun ini (2013) antaranya adalah:

1.  Program Umrah/ Umrah Ramadan 2013
2.  Menaja Program Iftar Ramadan di Mekah, Palestin, Bandung dan Malaysia.
3.  Mencipta jam tawaf  (akan dilancarkan pada 29hb September 2013)
4.  Mengerakkan dana pasentren Tahfiz.

Sementara, program tahun 2012 yang memerlukan follow-up masih lagi diteruskan.

PROGRAM KORBAN 2013
A)  InsyaALLAH, dengan izinNYA, KHM  menjemput tuan/puan untuk menyertai  Program Korban 2013 seperti butiran berikut:-

Tempat Korban:   Kemboja (Diuruskan oleh Institut Pendidikan Islam As-shabab, Kemboja).

Harga:  RM250 satu bahagian = RM1,750 untuk satu ekor lembu  (jauh lebih murah dari program lain).
            Nota: Harga RM1,750 ini adalah HARGA KOS.

KHM tidak ambil sebarang komisen bagi kerja amal ini. Semua wang korban akan dihantar terus ke Kemboja. Pun begitu, KHM mengalu-alukan peserta korban untuk memberi sedikit sumbangan ke Akaun Operasi KHM  contohnya memberi RM2,000 untuk seekor lembu atau 10% dari nilai harga korban- Tiada paksaan). (Harga korban di Malaysia lebih kurang RM4,200 satu ekor = RM600 satu bahagian).

B)  Faedah Menyertai Program KHM:
1.  Daging korban akan diagihkan kepada fakir miskin dan madrasah pendidikan (pelajar-pelajar) yang amat memerlukan.
2.  Membantu dana pembangunan Institut Pendidikan Islam As-Shabab (mereka memerlukan perpustakaan dan asrama penempatan pelajar).
3.  Diuruskan oleh orang yang amanah.

C)  Bagaimana untuk menyertai?
1.  Sila email ke  kelabhajimuda@gmail.com.  Sila tinggalkan nama penuh, no HP dan bilangan atau bahagian
(ekor) lembu untuk tujuan korban ini.
2.  Sekretariat KHM akan terus menelefon tuan/puan untuk tindakan susulan seperti mengisi borang dan makluman No Akaun KHM Biznetwork.
3.  Tidak dibenarkan memasukkan wang ke  KHM Dana Annuiti AKhirat. Bayaran akan diminta bila  aqad dan pengesahan dari Kemboja diperolehi.
4.  Kami akan buat tempahan bagi pihak tuan-puan dan KHM perlu bayar USD200 untuk deposit tempahan.

PERHATIAN:
Sebagaimana  amalan korban KHM tahun 2012, KHM tidak mengambil untung atau komisen untuk kerja-kerja amal ini.  Kami Cuma menguruskan hasrat tuan/puan  melakukan ibadah  korban.  InsyaALLAH, jika tuan-puan  ikhlas menghulurkan RM lebih dari kos RM250/bahagian,  wang lebihan ini akan kami gunakan untuk kerja amal lain atau  menghantar wakil KHM untuk memantau proses  korban di Kemboja (meliputi kos pesawat, hotel dll).

D)  Tarikh tutup tempahan:
30 September 2013    Siapa tempah dahulu, dia dapat.

Terima kasih.

Monday, July 15, 2013

Makluman KHM 18/2013: Dana Iftar Ramadan


Foto:  Penyerahan cek oleh wakil KHM Tn Hj Azmi  kepada 
Pengetua Maahad Tahfiz Anak Yatim  Darulaitam  Perak pada Ahad 14 Julai 2013

Foto:  Agihan pertama makanan Ramadan di kota Mekah untuk fakir miskin 
diuruskan  oleh affiliate member KHM di Mekah Tn Hj Arshad

Di malam yang penuh dengan keberkatan ini, dan dengan kasih sayang rahmat ALLAH,  sukacita saya maklumkan bahawa  kesemua dana iftar Ramadan 2013 telah dihantar dan diagihkan ke Mekah (RM25,200), Gaza (RM5,500), Indonesia (RM13,338) dan Malaysia (RM6,900). 

Moga ALLAH merahmati dan memberkati amalan bersedekah/infaq yang telah tuan/puan lakukan demi menyahut seruan KPI Ramadan- TAQWA. Amin!

Untuk update terkini, sila layari facebook/drridzwan  atau facebook/kelabhajimuda

KHM Umrah Ramadan 2013


Foto: Bersama jamaah umrah KHM di KLIA

Alhamdulilah jamaah KHM Umrah Ramadan telah selamat berangkat pada Ahad 14 Julai 2013 jam 5 petang dan telah selamat tiba di Madinah dengan menaiki pesawat Saudi Airlines direct Madinah.  Baru sebentar tadi saya berkomunikasi dengan mereka. Sekarang baru hendak berbuka puasa.

Saturday, July 6, 2013

Makluman KHM 15/2013 Umrah Ramadan 14-27 Julai 2013

Kepada semua peserta Umrah Ramadan KHM 14-27 Julai 2013 Direct Flight SAUDI AIRLINES KL-MADINAH.

Alhamdulilah dengan izin ALLAH, Sukacita dimaklumkan, Visa Umrah tuan/puan telah diluluskan. Pihak sekretariat KHM dan saya sendiri akan menghubungi tuan/puan. Majlis diskusi Umrah dan taklimat ringkas akan dibuat di teratak kampong mak saya di Klang malam ini. Berkumpul untuk solat berjamaah Maghrib, bacaan yasin dan diskusi umrah. MasyaALLAH & TabarakALLAH. — with Kelab HajiMuda.

Makluman KHM 14/2013

MAKLUMAN KHM 14/2013 DANA IFTAR RAMADAN

ALhamdulilah, amanah yang tuan/puan berikan kepada kami untuk menguruskan Dana Iftar Ramadan di Mekah dan Indonesia telah selamat disempurnakan pada pagi Hari JUmaat 5 Julai 2013.

Untuk makluman, walaupun Akaun sudah ditutup dengan jumlah kutipan RM38,000, masih ada beberapa hambaALLAH telah melengkapkan dan menambah nilai ini. Justeru, dana (final) yang telah dihantar adalah seperti berikut:

Mekah: RM25,200 (Tn Hj Mohd Arshad Ali, mohon respon di FB/drridzwan  ini jika dana sudah masuk akaun).

Indonesia: RM13,338 = Rp39 Juta.

Moga ALLAH mengampuni dosa kita dan menerima setiap amal kita. AMin! —