Followers- Jalinan Ukhuwah

Showing posts with label Tazkirah/muhasabah. Show all posts
Showing posts with label Tazkirah/muhasabah. Show all posts

Monday, June 4, 2018

Zakat vs Tabung Harapan Malaysia



Kelmarin di beri kesempatan untuk memberi tazkirah Ramadan di sebuah organisasi. Sebelum menutup tazkirah, ada jamaah bertanya pandangan saya terhadap Tabung Harapan Malaysia.

Adakah kita perlu menderma untuk Tabung Harapan Malaysia?
Mengapa agak kurang orang Islam atau orang melayu menyumbang ke THM? 


1.0 Adakah kita perlu menderma untuk Tabung Harapan Malaysia?

Jawapan ringkas yang saya beri, jika menderma dapat ganjaran, jika tidak menderma juga ok. Ianya bukan paksaan. Tidak perlu dipolitikkan dan membuang masa kita berdebat. Banyak lagi perkara kita kena buat (termasuk membaca dan menghayati Al-Quran). Tidur di bulan Ramadan juga mendapat pahala. Shiam dan Diam. 

Kita perlu melihat priority hidup.  Walaupun THM ini baik, namun tanggungjawab seorang Muslim sewajibnya focus kepada menyempurnakan ibadah Zakat (Rukun Islam) yang sebahagian besar kita terlepas pandang dan juga penyelesaian hutang-hutang peribadi. 

Saya bertanya semula kepada jamaah, selain Zakat Fitrah, sudahkah kita sempurnakan zakat harta, zakat pengajian, zakat emas (bagi Muslimah) dll?  Jika belum, Ramadan menjemput kita memperkasakan peranan Zakat dalam membina masyarakat. Perlu diajak bicara bahawa JANJI ALLAH itu PASTI. 

Ada tiga aspek Zakat yang kita sudah tahu dan perlu difahamkan dengan keyakinan. Pertama, zakat bermakna At-Thohuru, yang artinya membersihkan atau menyucikan. Mereka adalah orang  yang selalu menunaikan zakat karena Allah dan bukan karena ingin dipuji manusia, Allah akan membersihkan dan menyucikan hartanya dan juga jiwanya. Allah SWT berfirman dalam Surat At-Taubah Ayat 103: "Ambillah zakat dari sebagian harta mereka, dengan zakat itu kamu membersihkan dan menyucikan mereka dan berdoalah untuk mereka. Sesungguhnya doa kamu itu ketenteraman jiwa bagi mereka. Dan Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui."

Kedua, zakat bermakna Al-Barakatu, yang artinya berkah. Orang yang selalu membayar zakat, hartanya akan selalu dilimpahkan keberkahan oleh Allah SWT, kemudian keberkahan harta ini akan diterjermah kepada keberkahan hidup. Keberkahan ini lahir karena harta yang kita gunakan adalah harta yang suci dan bersih sebab harta kita telah dibersihkan dari kotoran dengan menunaikan zakat yang hakikatnya zakat itu sendiri berfungsi untuk membersihkan dan menyucikan harta. 

Ketiga, zakat bermakna An-Numuw, yang artinya tumbuh dan berkembang. Orang yang selalu menunaikan zakat, hartanya (dengan izin Allah) akan selalu terus berkembang. Hal ini disebabkan oleh kesucian dan keberkahan harta yang telah ditunaikan kewajiban zakatnya.  

Yang pasti, saya belum pernah bertemu orang yang menunaikan haji, umrah, zakat dan sadaqah ikhlas karena Allah, berhadapan dengan bankrupsi, rugi dan masalah urusan harta.  

Adakah kita mempunyai hutang-hutang peribadi?  
Jika ada lebih afdhal selesaikan dulu hutang hutang kita dengan ahli keluarga, kawan-kawan dsbnya.  Menyelesaikan hutang peribadi akan dapat mengukuhkan ukhuwah kekeluargaan. 

InsyaALLAH, hutang negara akan mampu diselesaikan melalui economic reform dan memperkukuhkan governance di semua peringkat Persekutuan dan Negeri. Harap harap tiada lagi tambahan cukai kepada rakyat yang sememangnya tertekan. 


2.0  Mengapa agak kurang orang Islam atau orang melayu menyumbang ke THM? 

Wallah’alam, saya tiada data untuk mengupas persoalan ini. Jika betul, ada beberapa perkara yang perlu kita selidik. 

Pertama, Malaysia belum tiba ke peringkat darurat dan bankrupsi. Pada hemat saya, tiada asas kukuh keperluan untuk rakyat diajak menderma ke THM. Tapi jika hendak buat juga tabung ini, seharusnya disokong setelah mengambil kira bab zakat dan hutang peribadi di atas. Lagipun, rakyat Malaysia dibebankan dengan banyak cukai, kos sara hidup yang meningkat dan Tol sehingga kemampuan untuk membuat simpanan agak tipis. Rata rata kawan kawan saya mengeluh bab harga barang yang tinggi dan tiada simpanan untuk kontingensi. Statistik menunjukkan 70% daripada mereka yang menggunakan kad kredit cuma membayar kadar minimum 5% sahaja. Ini merupakan indicator yang merimaskan. 

Kedua, kebanyakkan rakan rakan bukan Islam/bukan Melayu hidup dengan berniaga. Mereka segera menghulurkan derma dengan harapan mendapat tolakan cukai perniagaan (perlu disemak adakah THM boleh mendapat rebat cukai?). Sementara kebanyakkan kita pula makan gaji, boleh jadi kurang atau negative net cash flow. Jadi matlamat kita dan matlamat mereka tidak sama. 


Ketiga, Menghormati Perlembagaan negara adalah nilai patriotic yang tinggi sebagaimana rakyat Indonesia menghormati Pancasila. Bukan bermakna orang yang memberi RM500,000 lebih patriotic dari orang yang menderma RM1 dalam THM. 

Kesimpulannya, berikan priority kepada tuntutan Islam dan AL Quran. Utamakan Zakat dan penyelesaian hutang peribadi. Jika perkara ini dah sempurna, maka bolehlah menyumbang ke THM. Dengan lain perkataan, menderma biar ikhlas, bukan ada agenda lain. 

Tuesday, February 20, 2018

Termenung Jauh di Dead Sea

Alhamdulilah, Allah masih memberi kita peluang untuk kita terus hidup dan berkhidmat untuk masyarakat. Kita bukanlah orang politik, bertaraf Tan Sri mahupun Dato. Kita sekadar insan kerdil, hamba kepada Sang Pencipta dan rakyat marhain yang sering diperlekeh. Mungkin apa yang kita cakap dan apa yang kita tulis tidak menjadi perhatian sedangkan ia membawa mesej penting kehidupan,....  sebab kita bukan berstatus orang elit, YB atau selebriti. 

Sistem kapitalis riba kian mencengkam rakyat marhain. Dunia ini kelihatan sangat sempit sedangkan ALLAH menciptanya dengan begitu luas. Terkapai kapai kita lemas dengan ujian dunia dan tekanan ekonomi poket yang sentiasa bocor. Pemegang amanah pula kian cacar merba, korup dan menghancurkan harapan besar rakyat marhain. 

Tidak mampu kita melawan dunia yang kian rosak dan sistem kapitalis riba yang menghancurkan kasih sayang. 

Dengan bertongkat, hamba mengembara di temani insan insan penting dalam hidup, adik Azki dan Hannah. Memijak kaki di Laut Mati tidak mungkin mampu mematikan harapan dan meranapkan impian. Kabus pagi musim dingin di Jordan, tidak memungkinkan mata kasar memicing mengintai jalur Palestin Tebing barat di seberang. 



Namun yang pasti, air di Laut Mati kelihatan mati, tidak bermaya membawa banyak manfaat kehidupan. Airnya sangat masin tidak sesuai untuk memberi kebahgiaan instant. Saintis menyatakan laut ini kian susut dan membimbangkan, mungkin akan kering dan mati.



Kita berlumba lumba mengejar kekayaan dunia. Makin kita mencapai KPI dunia, makin kuat kita ingin bersaing dan mencapai lebih dari itu. Kita kelihatan sentiasa haus dengan harta dan kekayaan. Makin kita kuat berlari semakin tidak cukup. 

ALLAH mencipta Dead Sea untuk kita mengambil iktibar perjalanan hidup. ALLAH boleh menghancurkan sesuatu bangsa dengan mudah bilamana mereka tidak endahkan perintah ALLAH. Lihat kisah Kaum LUTH (sila baca dan rujuk AL-Qur'an)

ALLAH juga mahu kita faham bahawa kehidupan ini bagai minum air masin. Semakin banyak kita minum, semakin kering tekak dan haus tidak bertepi. Semakin rakus manusia, semakin banyak penganiayaan dan kemusnahan akan berlaku. 

Termenung jauh di Dead Sea..... Kita jatuh dan tumbang dalam sistem kapitalis riba dan liberalisasi.....


Tuesday, October 4, 2016

HARGAI DIRI DENGAN MEMBACA AL QUR'AN

 Hargailah diri dengan  membaca Qur’an  biarpun Cuma 
sepotong ayat sehari.   




Kita adalah hamba ALLAH yang lemah.  Jika kita tidak mampu menghargai diri sendiri, siapa  pula yang peduli pasal diri kita.  AL_Qur’an  akan menghargai kita  di hari mahsyar, memberi kita sakinah ketenangan, hati kita bisa hidup, dinaikkan darjat  dan gandaan kebajikan.


1.    Al-Quran akan memberikan pertolongan pada Hari Kiamat.
Dari Abu Umamah radhiAllahu `anhu katanya:  ”Saya mendengar Rasulullah sallAllahu `alaihi wasallam bersabda: 
“Bacalah olehmu semua akan al-Quran itu, sebab al-Quran itu akan datang pada Hari Kiamat sebagai sesuatu yang dapat memberikan syafa`at (pertolongan) kepada orang-orang yang memilikinya (mengamalkannya).”(HR Muslim)

Dari an-Nawwas bin Sam`an radhiAllahu `anhu katanya:  ”Saya mendengar Rasulullah sallAllahu `alaihi wasallam bersabda: 
“Al-Quran itu akan didatangkan pada Hari Kiamat nanti, demikian pula ahli-ahli al-Quran iaitu orang-orang yang mengamalkan al-Quran itu di dunia, didahului oleh surah al-Baqarah dan surah ali-Imran. Kedua surat ini menjadi hujah untuk keselamatan orang yang mempunyainya (membaca, memikirkan dan mengamalkan).” (Riwayat Muslim)
  
2.   Menjemput ketenangan
Dari al-Bara’ bin `Azib radhiAllahu `anhu katanya: 
“Ada seorang lelaki membaca surat al-Kahfi dan ia mempunyai seekor kuda yang diikat dengan dua utas tali, kemudian tampaklah awan menutupinya. Awan tadi mendekat dan kuda itu lari dari awan tersebut. Setelah pagi datang, orang itu mendatangi Nabi sallAllahu `alaihi wasallam menyebutkan apa yang terjadi atas dirinya itu.  Baginda sallAllahu `alaihi wasallam lalu bersabda: “Itu adalah sakinah (ketenangan yang disertai oleh malaikat) yang turun untuk mendengarkan bacaan al-Quran itu.”  

3.  Hati pembaca AL-Quran akan hidup
Dari Ibnu `Abbas radhiallahu ‘anhuma, katanya:  ”Rasulullah sallAllahu `alaihi wasallam bersabda: 
“Sesungguhnya orang yang dalam hatinya tidak ada sesuatu apapun dari al-Quran (tidak ada sedikitpun dari ayat-ayat al-Quran yang dihafalnya), maka ia adalah seperti rumah yang kosong.”  (HR at-Tarmidzi)

 4.  Mendapat  Kebaikan jika al-Quran dibaca secara tartil
Dari `Abdullah bin `Amr bin al-`As radhiallahu ‘anhuma dari Nabi sallAllahu `alaihi wasallam, sabdanya:
“Dikatakanlah, nanti ketika akan masuk syurga- kepada orang yang mempunyai al-Quran (gemar membaca, mengingat-ingat kandungannya serta mengamalkan isinya): “Bacalah dan naikilah darjatmu (dalam syurga) serta tartilkanlah (yakni membaca perlahan-lahan) sebagaimana engkau mentartilkannya dulu ketika di dunia, sebab sesungguhnya tempat kedudukanmu adalah pada akhir ayat yang engkau baca.”  (HR at-Tarmidzi)

5.  Ganjaran-  Membaca satu huruf dari al-Quran akan diganjari 10 kebaikan. 
Dari Ibnu Mas`ud radhiAllahu `anhu katanya:  ”Rasulullah sallAllahu `alaihi wasallam bersabda:
“Barangsiapa yang membaca satu huruf dari kitabullah (al-Quran), maka ia memperoleh satu kebaikan, sedang satu kebaikan itu akan dibalas dengan sepuluh kali ganda seperti itu.  Aku tidak mengatakan bahwa ‘alif lam mim’ itu satu huruf, tetapi ‘alif’ adalah satu huruf, ‘lam’ satu huruf dan ‘mim’ juga satu huruf.”      (HR at-Tarmidzi)


Moga ALLAH mengampuni dosa kita dan melapangkan hati dan rezeki kita, InsyaALLAH.



Monday, August 10, 2015

Zikir Paling Mulia dan Mudah



Assalammualaikum...
Nasihat seorang ayah kepada anaknya..
Rasulullah tidak pernah tidur sebelum mencium Fatimah. Pernah suatu ketika ditegur dan ditanya salah satu isterinya, kenapa engkau selalu mencium Fatimah? Rasulullah menjawab, ‘setiap aku rindu syurga aku mendapatkan semerbak bau harum surga pada diri Fatimah’.
Suatu hari Siti Fatimah sudah masuk di kamarnya, sudah di dalam selimutnya, mau tidur. Rasulullah mengetuk pintu kamarnya, kemudian Rasulullah masuk dan Siti Fatimah bangun, kata Rasulullah ‘jangan, tetaplah kamu di tempat tidurmu’.
Kemudian beliau bersabda ‘puteriku Fatimah, kamu jangan tidur sebelum mengkhatamkan Al-Quran. Kamu jangan tidur sebelum menjadikan seluruh nabi memberikan syafaat untukmu. Kamu jangan tidur sebelum merelakan atau memberi kerelaan kepada seluruh kaum mukminin-mukminat di dunia ini. Dan terakhir wahai putriku Fatimah jangan kamu tidur sebelum kamu Umrah dan Haji’.
Permintaan yang sulit semua. Sebelum tidur khatam Al-Quran. Sebelum tidur menjadikan seluruh Nabi memberikan syafaat. Sebelum tidur merelakan kaum mukminin-mukminat. Sebelum tidur Umrah dan Haji.
Siti Fatimah terkejut mendapatkan perintah ini. Sebelum sempat Fatimah berkata, Rasulullah shalat dua rakaat di kamar Siti Fatimah. Siti Fatimah duduk menanti selesai shalat ayahnya untuk menanyakan tentang perintah tadi.
Setelah Rasulullah salam, Siti Fatimah berkata, ‘ayahku, siapa yang mampu sebelum tidur khatam Al-Quran, menjadikan para Nabi memberi syafaat, merelakan seluruh kaum mukminin-mukminat, dan melaksanakan Umrah dan Haji?’
Rasulullah tersenyum kemudian beliau bersabda, ‘bukan begitu putriku, bukankah engkau kalau membaca Qulhuwallahu Ahad (Surah Al-Ikhlas) sebanyak 3x dihitung seperti khatam Al-Quran. Kedua, berselawatlah kepadaku dan seluruh para nabi, nanti kami semua siap memberi syafaat. Ketiga, doakan kaum mukminin-mukminat; Astaghfirullah lil mukminina wal mukminat, supaya semua kaum mukminin-mukminat rela kepadamu. Ke empat, Umrah dan Haji yang kumaksud ialah membaca;
Subhanallah, walhamdulillah, wa Laa Ilaha Illallah, wa Allahu Akbar, maka pahalanya seperti kamu melakukan Umrah dan Haji’.
Jadi inilah amalan yang diajarkan Rasulullah kepada puterinya Fatimah. 
Dan mari kita amalkan dan ajarkan kepada anak-anak kita:
1. Membaca Qulhuwallahu Ahad (Al-Ikhlas) 3x.
2. Selawat kepada para Nabi (Allahumma Shalli ala Muhammad wa Ali Muhammad wa Alal Anbiya-i wal Mursalin).
3. Mendoakan kaum Muslimin (Astaghfirullah lil mukminina wal mukminat).
4. Kemudian membaca (Subhanallah, wa-Alhamdulillah wa Laa ilaa ha Illallah wa-Allahu Akbar).
Marilah kita mulai praktikkan dan ajarkan kepada anak-anak kita.

**Kredit kepada Penulis**.   Sumber: facebook/kelabhajimuda

Sunday, May 3, 2015

REJAB: IMAN, CINTA DAN PERJUANGAN



Artikel yang telah dikongsi di ruang Tadabur Rehal Sinar Harian 12 Rejab/1 Mei 2015.

Rejab adalah salah satu bulan yang disebut dalam Al-Qur’an. Bila Al-Qur’an menyebut, sudah tentu ianya istimewa. Bulan Rejab adalah sinonim dengan peristiwa Isra’ Mikraj. Ianya bukan cerita dongeng. Rejab bukanlah sekadar satu perjalanan Pemimpin Agung bertemu  Pemilik alam dan PenciptaNya. Ianya adalah perjalanan signifikan hamba menemui PenciptaNya, mengambil amanah dan menyampaikan amanah. Ianya adalah perjalanan ukiran iman, takjubnya cinta dan geloranya perjuangan. Rejab adalah bulan bermulanya hadiah istimewa dari langit khusus bagi umat yang mahu mengerti. 


IMAN


Peristiwa Isra Mikraj benar-benar menguji keimanan para sahabat dan pendukung risalah Islam. Di kala Baginda merasa begitu gembira apalagi saat dapat bertemu dengan Allah swt, perkongsian perjalanan suci ini ditempelak oleh kaum Quraisy. Baginda ditertawakan, di gelar gila dan berbagai cemuhan menghingap telinga. Ianya mengegarkan kepercayaan masyarakat. Al-Amin gelaran istimewa Rasululah s.a.w sudah tiada nilai di saat manusia mempunyai hati yang rosak dan menolak risalah Islam. Di saat kekecewaan itu, muncul insan mulia bernama Abu Bakar As-siddiq membenarkan peristiwa Isra’ dan mikraj. Ia menyuntik semangat untuk terus berdakwah.

Dalam kehidupan, iman dan semangat kita sering naik dan turun. Di saat kita senang, kita terlupa sedikit dengan ALLAH dan di saat kita sukar, ramai pula teman yang meminggir. Itu adalah fitrah. 

Jika Rasulullah saw mendapat hadiah istimewa daripada Allah saw pada bulan Rajab dengan peristiwa Isra’ Mi’raj, maka kisah Isra Mikraj juga mengundang hadiah ALLAH buat kita. ALLAH memberi kita bulan Rejab agar kita dapat memperkukuhkan iman kita, Iman akan wujudnya ALLAH, Tuhan yang Esa, Tuhan yang satu yang bersemayam di Arash.

Iman akan kewujudan para petugas ALLAH berupa para Malaikat
Iman kepada kewujudan Kitab-kitab suci
Iman akan adanya para Rasul dan Nabi serta Rasululah s.a.w, penutup segala nabi. 
Iman akan adanya hari Akhirat
Iman akan Qada’ dan Qadar, perkara ghaib, iman akan ketentuan ALLAH.


CINTA

Di kala Baginda s.a.w  berdukacita dan berhadapan dengan kehilangan insan-insan tersayang, ALLAH menunjukkan bahawa DIA lebih menyayangi. Di angkatNya darjat Rasululah s.a.w melalui proses isra’ dan mikraj, menjadi Pemimpin besar buat sekalian Rasul dan Nabi. 

Justeru, dalam konteks ini, Allah menghadiahkan Rejab, Syaaban dan Ramadan sebagai tanda cinta dan kasih kepada hambaNya. Di saat kita lalai dengan nikmat dunia, Ramadan melambai melalui lorong Rejab dan Syaaban. Rejab memberi kita ruang untuk Cinta ALLAH, Cinta Rasulullah saw dan Cinta akan para sahabat Baginda. 

Sudah tentu hadiah khas yang kita terima melalui Rasululah sa.w. ialah perintah Solat lima waktu sehari semalam. Ianya adalah tanda cinta ALLAH dan Rasululah s.a.w kepada kita. Solat adalah asas kejayaan. Perintah solat mengajar kita untuk menguruskan masa dengan baik, mengikut perintah dan tertib solat dan menjadi terapi kepada persoalan kehidupan yang sentiasa kita tempohi setiap detik dan saat. 

Kita dapat berbicara dengan ALLAH secara gratis dalam solat dan ketika memanjatkan doa.
Lantas, bagaimana untuk berjaya jika seruan kejayaan (hayya alassolah) kita tidak ambil peduli? 


PERJUANGAN

Bulan Rejab meninggalkan banyak kesan sejarah yang perlu kita hayati. Sejarah bukan untuk di simpan dalam muzium. Sejarah adalah untuk dihayati, diambil iktibar dan pencetus perubahan tamadun insan. Antara peristiwa signifikan berlaku dalam bulan Rejab adalah

1. Lahirnya  Imam As-Shafiee

Imam Syafie dilahirkan di Ghuzah-daerah Palestin, pada bulan Rejab 150 H atau 767 Masehi. Beliau menghafal 30 juzu’  Al-Quran ketika berumur 9 tahun,  Mengkaji dan memahami  kitab Al-Muwatha’, karangan Imam Malik, tidak lama kemudian Al-Muwatha’ telah dihafalnya pada usia 19 tahun. Kerana kebijaksanaannya  pada umur 15 tahun beliau telah dibenarkan  memberi fatwa di untuk  masyarakat dan menjawat sebagai guru  ilmu hadith serta menjadi mufti. Ketika berusia 20 tahun beliau merantau untuk mendalami ilmu  dengan  Imam Malik di Madinah, dan kemudian ke Irak, Parsi dan akhirnya kembali ke Madinah. 

2.  Pembebasan Palestin oleh Salahudin Al-Ayubi

Di bulan Rejab  tahun 583 H (1187 M), Shalahudin Al Ayubi  telah  memimpin pasukannya berangkat ke Baitulmuqaddis untuk membebaskannya dari cengkeraman tentera salib yang telah menguasainya selama hampir satu abad. Kemenangan Shalahudin sangatlah istimewa karena berjaya mengembalikan bumi Isra’ Mi’raj dan kiblat pertama kaum muslimin ke dalam pangkuan Islam. 


3.   Jatuhnya Kerajaan Uthmaniah

Pada 28 Rejab 1342 Hijrah  (3 Mac 1924M), Khilafah Uthmaniah telah berjaya dikuburkan secara rasmi oleh Mustafa Kamal At-Tarturk  Turki dengan dokongan Britain dan Perancis.  Di saat kerajaan Uthmaniah tamat,  umat kehilangan asas kepimpinan. Tiada lagi institusi yang mampu melindungi umat secara kolektif dan global. Syariah tidak lagi dijadikan asas negara, dan ideologi sekular dan kapitalisma di tanam ke dalam jiwa umat dengan penjajahan terancang. Kerajaan besar Uthmaniah telah dipecah-pecahkan kepada lebih 40 negara-negara kecil dengan berpaksikan  kaum, wilayah dan semangat kebangsaan yang merosakkan. Akibatnya, umat Islam terus berkelahi, merebut wilayah dan kekuasaan dan dipisahkan antara negara kaya dan miskin.


Rumusannya, bulan Rejab bukan sekadar bulan berkisar perjalanan Rasululah s.a.w  melalui peristiwa isra’ dan mikraj untuk kita kenang.  Tetapi bulan Rejab adalah bulan kita menilai tahap iman kita, status cinta kita kepada ALLAH, Rasululah s.a.w dan Islam serta bulan di mana kita menilai dan menghayati sejarah Islam agar umat akan lebih progresif. Imam As-Shafie menunjukkan contoh terbaik untuk umat menguasai ilmu, Salahudiin Al-Ayubi menunjukkan contoh membebaskan Baitulmuqaddis  dan kejatuhan Kerajaan Uthmaniah seharusnya memberi semangat untuk umat bangkit demi mengembalikan Khilafah dan kepimpinan dunia ke tangan umat Islam.


Friday, April 17, 2015

Hamba Yang Tidak Punya Apa-Apa

Artikel Sumbangan:  Dr Ridzwan Bakar
Mac 2015
(Nota: Artikel ini telah dikongsikan di beberapa laman web).


Alhamdulilah dengan semua nikmat ALLAH buat hambaNya. Salam dan selawat ke atas junjungan mulia Muhammad s.a.w, para sahabat, para syuhada’  dan ahli keluarga Baginda s.a.w.

Bersyukurlah kita kerana berada di kalangan orang-orang yang beriman.  Orang beriman hidupnya simple, tenang dan sentiasa berusaha mengukir kebahagiaan hidup untuk diri, ahli keluarga dan masyarakat.  Orang beriman akan mensyukuri kesulitan kerana kesulitan hanyalah batu-batu kecil yang tidak akan mengubah jalan kehidupan. 

Saya percaya, di saat ini, ramai rakyat nusantara khususnya dari Malaysia kini berada di Haramain, tanah suci yang dijanjikan ketenangan.  Ketenangan yang Cuma difahami oleh mereka yang berkorban harta, jiwa dan masa demi mencari pertemuan hamba dengan Pemiliknya dan  pengikut kepada Pemimpin Agung Muhammad s.a.w.

Haji UMrah dan Tanah Suci  adalah aktiviti ibadah dan lokasi di mana sang hamba mampu berfikir, menyendiri dan meneliti persediaan hari esok. Itupun jika para jamaah umrah benar-benar hadir di bumi Haramain untuk mencari sesuatu yang hilang, datang dengan ikhlas bukan datang ke Tanah Suci kerana menghabiskan cuti  dan bersuka ria. Tidak salah bersuka ria di Tanah Suci, tetapi hasil dari umrah mungkin kurang impaknya, bilamana hati turut lalai di Haramain.  

Batu-batu kerikil kehidupan tidak mampu mencairkan hati kerana batu kerikil ini sentiasa menyebukkan kita dengan ancaman hidup.  Kita disibukkan dengan urusan dunia sehingga kita larut di alam fitnah dan alpa untuk menghayati persediaan hari esok.  

 Dunia kini makin membosankan, mungkin tanda  hari pembalasan kian hampir. Manusia semakin rakus, fitnah alam maya berleluasa, manusia hipokrit makin ramai, ekonomi makin menghimpit, pemimpin semakin tamak dan korup sementara ulama dihina dan dicerca.  Manusia makin sibuk dalam alam glamour, ustaz ustazah pula bersungguh-sungguh untuk menjadi selebriti sementara ulama dan guru yang benar-benar ikhlas terpinggir.  Itulah dia batu kerikil kehidupan, perhiasan yang dicintai manusia untuk hidup dipandang dan dimuliakan.

Bila berada di Madinah, kita tinggalkan nikmat dunia,

Kita muhasabah diri dan menangis sendiri

Kita letakkan kepala serendah mungkin di karpet hijau Raudah,

kita menangis lagi di situ…..

hati hiba,  

Keimanan dan keyakinan menyelinap masuk dalam jiwa

Bila kita mengaku kita hamba dan mengharapkan rahmatNYA.


Hati kita akan mencapai kebaikan

Dan jiwa kita akan merasa keseronokkan

Bila hamparan hati diluahkan

Doa dipanjatkan

Kerana kita hamba, yang tidak punya apa-apa……


Thursday, February 26, 2015

Hidup untuk berkongsi


Nota: Blog ini jarang di ziarah, ratingpun rendah tetapi saya tetap akan menulis....kerana menulis dan berkongsi ilmu/kegembiraan itulah saya....

Satu ketika saya diberi peluang menghadiri majlis tausiyah bersama Kiyai Haji Aa Gym.  Pesan beliau kepada semua tetamu dan pelajar Pasentren,

Bila kita sibuk berfikir  atau sedang merasakan sesuatu serius di hati maka selayaknya menanya diri:-
1.  Apakah semua ini akan menyelesaikan masalah atau malah menambah masalah?
2.  Apakah Allah redho dengan fikiran, perasaan ini atau tidak? 

Mudah-mudahan kita tidak terjebak, larut dan hanyut oleh fikiran dan perasaan yang merusak dan menjauhkan dari Allah.

Bagi yang ingin di cintai Allah, juga dicintai manusia ambillah kuncinya.
Dari Abul ‘Abbas, Sahl bin Sa’ad As-Sa’idi radhiallahu ‘anhu, ia berkata: “Seorang laki-laki datang kepada Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam lalu berkata: ‘Wahai Rasulullah, tunjukkanlah kepadaku suatu perbuatan yang jika aku mengerjakannya, maka aku dicintai Allah dan dicintai manusia’.
Maka sabda beliau : ‘Zuhudlah engkau pada dunia, pasti Allah mencintaimu dan zuhudlah engkau pada apa yang dicintai manusia, pasti manusia mencintaimu”.
(HR. Ibnu Majah no.4102)


ÙˆَÙ‚َالَ الَّذِÙŠ Ø¢َÙ…َÙ†َ ÙŠَا Ù‚َÙˆْÙ…ِ اتَّبِعُونِ Ø£َÙ‡ْدِÙƒُÙ…ْ سَبِيلَ الرَّØ´َادِ (38) ÙŠَا Ù‚َÙˆْÙ…ِ Ø¥ِÙ†َّÙ…َا Ù‡َذِÙ‡ِ الْØ­َÙŠَاةُ الدُّÙ†ْÙŠَا Ù…َتَاعٌ ÙˆَØ¥ِÙ†َّ الْØ¢َØ®ِرَØ©َ Ù‡ِÙŠَ دَارُ الْÙ‚َرَارِ (39)

“Orang yang beriman itu berkata: “Hai kaumku, ikutilah aku, aku akan menunjukkan kepadamu jalan yang benar. Hai kaumku, sesungguhnya kehidupan dunia ini hanyalah kesenangan (sementara) dan sesungguhnya akhirat itulah negeri yang kekal.” (QS. Ghafir: 38-39)


Zuhud kepada dunia bukan berarti tidak berharta, tapi sama sekali tidak diperbudakkan oleh  dunia ini, yakni dunia tempatnya ditangan bukan di hati.... Lebih yakin dengan apa yang ada di sisi Allah daripada yang ada di genggamannya.

Wednesday, March 19, 2014

ALLAH TERUS MEMBERI PERINGATAN “ping”


 Al-Qur'an mengingatkan kita,
“Mereka (manusia) hanya mengetahui yang zahir (sahaja) dari kehidupan dunia; sedang mereka tentang (kehidupan) akhirat adalah lalai.
      (Surah  Ar Rum :7)”



Masa terus berlalu dengan pantas. Tahun Hijrah 1435 menapak terus, bakal menjemput kita melalui bulan mulia Rejab, Syaaban dan Ramadan.

Ada rakan-rakan saya sudah mula menempah tiket pesawat untuk kembali ke kampong untuk menyambut Lebaran. Lama lagi Eid Fitri (sekarang baru bulan Mac 2014) tetapi persiapan untuk pulang ke kampong sudah dirancang sebegitu rupa. Ya, Eid fitr memberi makna besar dalam kehidupan kita. Kita sangat mencintai kampong dan ahli keluarga kita. Kita merindui kampong kita. Kita sedang buat persiapan dan bekalan untuk pulang ke kampong meraikan Eid Fitri, sungguhpun Ramadan masih jauh lagi.

Di sebalik usaha kita membanting tulang mencari rezeki, ALLAH tetap terus memberi peringatan.  Cuaca kering dan panas adalah peringatan, susutnya air di empangan tadahan hujan adalah peringatan, kehilangan pesawat MH370 adalah peringatan, jerebu adalah juga amaran, tuntutan mendesak COMANGO juga adalah peringatan agar umat kembali bersatu di bawah Islam. Terlalu banyak “ping” amaran dan peringatan ALLAH kepada kita yang mungkin kita pandang sepi.

ALLAH terus memberi peringatan bahawa ramainya manusia yang mati dalam kehinaan dan lupa akan Tuhan. Ada yang mati hanya kerana melakukan perkara yang sangat sia-sia seperti mati ketika di pub, konsert atau sedang mabuk. Nauzubillah!

Kampong abadi sentiasa menanti kita samada kita sudah bersedia bekalan untuk pulang ke kampong Akhirat atau masih sibuk dengan urusan duniawi yang tidak kunjung tamat. Kita, mungkin jarang  menyedari bahwa kampung akhirat pun sedang menanti kita, setiap detik dan saat.

Apakah kita sudah mempersiapkannya ?
Mempersiapkan rencana perjalanan menuju kesana, sama halnya dengan pulang ke kampung halaman. Kita perlu bersiap untuk menempah tiket terbaik untuk  pulang ke kampung akhirat. Tiket yang menghantarkan kita pada akhir dari tujuan hidup kita di dunia. Maka tempahlah tiket pesawat ke Syurga ALLAH.
Sudah cukupkah persiapan kita untuk menyambut kepulangan ke negeri akhirat ?. Adakah kita  benar-benar serius untuk mempersiapkan bekal menuju akhirat yang abadi? Mungkin sebahagian kita memperlekeh Ulama, sibuk mencari salah orang lain dari meneliti diri sendiri dan melihat usaha orang lain dari sudut negatif. Mungkin memang benar, bahwa, kita lebih mengkhawatirkan kehidupan dunia, dibanding dengan masa depan kita di akhirat nanti. Kita focus kepada rumah, jawatan, kereta dan kemewahan hidup sehingga persediaan kampong akhirat sekadar tangkap muat aje.

Sedarilah, bahwa kehidupan di dunia ini hanya sementara. Semua yang kita ada berupa harta, pangkat dan kesenangan dunia, akan meninggalkan kita, disaat nyawa dicabut oleh-Nya. Persiapkanlah amal terbaik kita selama hidup di dunia, taat dan tunduk pada syariat-Nya. Itulah bekal yang mesti kita persiapkan mulai sekarang. Kita tidak punya banyak waktu untuk menunda-nunda melakukan kebaikan, karena kita memang tidak pernah tahu bila nyawa ini terlepas dari jasad.
Sesungguhnya, ALLAH terus memberi peringatan kepada kita kerana perjalanan ke Negeri akhirat sangatlah jauh.....

***Akhir madah, bantu-bantulah kerja amal Kelab Haji Muda (KHM) dalam program membina ummah dan membantu fakir miskin. Dana Annuiti Akhirat yang diuruskan oleh KHM sentiasa terbuka untuk tuan/puan.


Saturday, February 8, 2014

Inspirasi: Merindui Salam Malaikat


Foto:  Perkuburan Baqi' Madinah  

Tiba-tiba hati ini merindui salam sang Malaikat....sebagaimana jiwa ini merindui Baitullah dan Raudah.

Sahabat-sahabat yang dikasihi,
Kehidupan adalah perjalanan. Di saat insan lain kelaparan, kita masih mampu makan dan minum  hingga ke peringkat pembaziran. Di saat insan sakit, kita masih boleh tawa senyum girang. Di ketika manusia gundah gulana, kita punya teman penghibur. Namun, di saat kita duka dan terhimpit, siapa yang menghiburkan?  Kita tidak sendirian. Kita masih ada ALLAH.

Merindui Salam Malaikat bukanlah cerita kosong. ALLAH berkomunikasi direct dengan kita melalui Al-Qur’an:

"Dan kemudian dikatakan kepada orang yang bertakwa,'Apakah yang telah diturunkan oleh Tuhanmu?' Mereka menjawab,'Kebaikan'. Bagi orang yang berbuat baik di dunia ini mendapat (balasan) yang baik. Dan sesungguhnya negeri akhirat pasti lebih baik. Dan itulah sebaik-baik tempat bagi orang yang bertakwa, (yaitu) surga-surga 'Adn yang mereka masuki, mengalir di bawahnya sungai-sungai, di dalam (surga) itu mereka mendapat segala apa yang diinginkan. Demikianlah Allah memberi balasan kepada orang-orang yang bertakwa, (yaitu) orang yang ketika diwafatkan oleh para malaikat dalam keadaan baik, mereka (para malaikat) mengatakan (kepada mereka), 'Salaamun'alaikum, masuklah ke dalam surga karena apa yang telah kamu kerjakan'." (QS. An-Nahl ayat 30-32)

ALLAH telah menurunkan banyak kebaikan dan rezeki untuk kita, di saat kita minta mahupun di saat kita terlupa hendak bersyukur.

Saat yang berharga buat kita adalah bila kita menginsafi bahawa satu ketika nanti hamba ALLAH bernama Malaikat akan memberi penghormatan dan ucapan” 'Salaamun'alaikum, masuklah kamu ke dalam syurga kerana apa yang telah kamu kerjakan'."

Kita hendaklah bekerja keras untuk melalui fasa penghormatan oleh sang malaikat. Kita perlu terus berusaha memasuki pesawat TAQWA untuk menyusuri jalan indah ini. Yang pasti, ALLAH benar-benar mencintai kita.

Jika Allah SWT sudah mencintai kita sepenuhnya, apa lagi yang kita cari?
Di saat kita lalai, ALLAH terus memberi rezeki
Di saat kita sombong, ALLAH mengirim hambaNYA untuk menasihati

ALLAH memerintahkan kita solat. Muslim yang meninggalkan solat, secara automatik meninggalkan kebahagian. Bila kita solat, kita berbicara dengan ALLAH, kita memberi komitmen kepadaNYA, dan selepas solat kita juga yang melanggar komitmen itu.  Komitmen apa?

"Katakanlah (Muhammad), 'Sesungguhnya shalatku, ibadahku, hidupku, dan matiku hanyalah untuk Allah, Tuhan seluruh alam, tidak ada sekutu bagi-Nya; dan demikianlah yang diperintahkan kepadaku dan aku adalah orang yang pertama-tama berserah diri (muslim)'." (QS. Al-An’am ayat 162-163)

Dan bukankah  sholat kita, hidup kita, ibadah kita, dan mati kita hanya untuk-Nya?

Jika ini komitmen kita, mengapa kita masih terkial-kial mencari bahagia dihati manusia?

Sahabat-sahabat yang saya kasihi,
Tiada yang lebih mulia daripada membuat Allah mencintai kita dengan istiqamah mencari redhaNYA.  Ketika Allah sudah mencintai kita sedalam-dalamnya, sudah pasti Allah akan menganugerahkan syurga-Nya, tempat di mana tiada lagi keluh kesah, tiada lagi keletihan, tiada lagi senda gurau yang tiada berguna, percakapan yang sia-sia, tiada penipuan, tiada penganiayaan dan tiada lagi perhiasan dunia yang palsu.

Saat di Syurga, ALLAH menunjukkan lagi cintaNYA kepada kita  bahwa kekayaan dan kesenangan di surga (surga dengan tingkatan yang paling rendah sekalipun) tidakkan sama dengan sehebat kenikmatan dunia. Dunia telah menjadikan kita sempit, sesak dada dan sangat kerdil dengan kenikmatan. Sedangkan nikmat Syurga dan rahmat ALLAH adalah infiniti tanpa batas.

Maka jika Allah sudah mencintai kita sepenuhnya, apalagi yang  kita cari?

Maka usahlah kita dilamun dan bersusah payah menjemput dunia. Carilah ruang agar dunia menghampiri kita.  Amatlah mudah di sisi ALLAH untuk mengarahkan agar dunia tunduk kepada kita karena dunia selalu dalam genggaman-Nya dan senantiasa dalam kuasa-Nya. Allah-lah yang Mahakuasa menciptakan dan menyebabkan segala sesuatunya terjadi dengan kalimah Kun Fayakun.

Bukankah kita mendamba salam sang Malaikat?

Lantas, kita menginsafi  betapa dahsyatnya cinta Allah kepada kita tatkala kita bekerja keras di atas jalan dakwah yang penuh dengan cabaran,  berusaha agar semua  hamba-Nya bertakwa kepada-Nya dan bersedia menginfaqkan sedikit harta atas jalan-Nya, Allahu Akbar!

Sesungguhnya, insan  yang paling mulia di hadapan-Nya adalah orang yang bertakwa.  Mereka ini adalah golongan manusia  yang tidak hanya berjuang untuk membuat dirinya bertakwa, tetapi juga membuat ahli keluarga, rakan dan persekitaran nya juga  bertakwa kepada ALLAH dan  mencintai ALLAH.

Beruntunglah insan bertaqwa apabila satu ketika nanti kita akan menerima salam sang malaikat,

“Demikianlah Allah memberi balasan kepada orang-orang yang bertakwa, (yaitu) orang yang ketika diwafatkan oleh para malaikat dalam keadaan baik, mereka (para malaikat) mengatakan (kepada mereka), 'Salaamun'alaikum, masuklah ke dalam surga karena apa yang telah kamu kerjakan'."

Aminkan DOA ini,
“Ya ALLAH, ampunilah dosa dan kesilapan kami, kedua ibubapa kami dan guru-guru kami. Masukkanlah kami ke dalam kelompok orang-orang soleh, ikhlas  lagi bertaqwa. Izinkan kami menerima salam petugasMU disaat kami diangkat keluar meninggalkan alam fana ini, dan diiring untuk melangkah ke jannahMU.”                                                     Amin Ya Rabb!

Saturday, November 2, 2013

Salam Hijrah 1435


"Ya ALLAH, jadikanlah kami insan yang lebih baik dari semalam, 
sentiasa bersabar dan istiqamah di jalan ini."


Thursday, October 31, 2013

Bingkisan Anak Muda #2






Di posting terdahulu, saya menyentuh  syarat no 1  menuju insan bertaqwa iaitu dampingilah  orang-orang soleh.  Saidinna Usman bin Affan menyebut agar  kita berusaha untuk  mencari  tip ke 2  menuju insan yang bertaqwa. Bagi anak muda, lipatlah lengan agar kita sama-sama menerokai pesanan ini:-

Jika mendapat musibah duniawi, ia menganggapnya sebagai ujian dari Allah SWT.

Hidup kita tidak boleh lari dari ujian ALLAH.  Bagi anak muda,  ujian adalah sesuatu yang  tidak menyeronokkan.  Jika boleh kita mahu hidup “smooth”, tanpa  rintangan.  Rintangan adalah sunnatullah.  Makin tinggi  kita cuba hampir dengan ALLAH, makin banyak  ujian yang perlu dilalui.  Makin kuat kita bekerja untuk melaksanakan  perintah ALLAH, makin kuat juga  cabarannya.

Para Rasul dan nabi telah melalui  jalan ini.  Tiada Rasul dan nabi  yang bebas ujian.  Mereka  semua diuji dengan ujian yang jika diberi kepada kita, sudah tentu kita akan angkat tangan.  Rasullulah s.a.w. contohnya  diuji hebat kehilangan ayah dan ibu ketika masih kecil.  Laluan Rasululah s.a.w. ini  adalah laluan sukar yang tidak semua insan mendapat  ‘peluang’ ini.

Kepada anak muda,
Siap siagalah dengan ujian.  Dunia anda sekarang sedang bercelaru dengan fitnah yang dahsyat.  Kemudahan teknologi terkini  dan  alam  komunikasi maya akan menjadikan  anak-anak lupa akan  makna hidup.  Facebook, tweet, whatsUp dll  kelihatan lebih banyak mengundang fitnah dan menjauh rahmat ALLAH.  Wajah gadis-gadis muslimah  kian murah dimamah  screen  gadget berinternet.  Mereka bangga memaparkan wajah dan aktiviti yang tidak perlu untuk tatapan orang yang tidak dikenali. Bukan salah berada di alam maya, tetapi gunakanlah untuk perkara bermanfaat dan saling berpesan.  Carilah "Pahala Free" di facebook, tweet mahupun whatsUp.

Salah satu yang mengangkat diri kita di mata Allah adalah lulusnya kita dari ujian yang diberikanNya. Ujian bukan hanya yang bersifat bala musibah, namun kenikmatan dalam hidup ini adalah ujian yang lebih besar. Bila diberikan musibah,  orang lebih mudah ingat kepada Allah namun saat diberi ujian kenikmatan, saat itulah Allah benar-benar sedang menguji kita. Nikmat dan kemudahan yang ALLAH hadiahkan kepada kita, adalah ujian yang boleh membawa kita kecundang tanpa di sedari.

Duhai anak muda,
Hidup ini  adalah sementara.  Ramai  anak muda mati tanpa bersedia. Pesanan ayahibu kadang-kadang dileka.  Facebook, tweet dan instrument  social network adalah nikmat  yang mengundang bahaya tergelincirnya  rahmat ALLAH jika ianya tidak  diuruskan dengan baik. Manfaatkanlah teknologi untuk  ingat-mengingati, pesan berpesan kerana esok lusa  kita bakal dijemput Ilahi… 

Wednesday, October 9, 2013

Bingkisan Untuk Orang Muda #1: Bergaul dengan orang Soleh



Saya jarang menonton TV kecuali segmen ilmiah, sukan dan berita dunia/bisnes. Ketika dijemput oleh TVi kelmarin, barulah saya sedari bahawa TVi ini memfokuskan kepada anak-anak muda. Bila memasuki studio, kesemua krew dan pengacara adalah anak muda. Penerbit rancangan juga orang muda. Maka terasalah bahawa saya “masih muda”. Empat bulan lepas, saya melalui pengalaman yang sama bila dijemput live satu jam dengan sebuah channel TV Indonesia. Senario yang sama iaitu Penerbit, krew dan pengacara juga orang muda. Live satu jam terasa pantas berlalu lantaran muda dan cerianya suasana ketika itu biarpun jam sudah menyentuh jam 11 malam.

Selesai rakaman di TVi RTM IBC 7hb Oktober lalu, saya terfikir bukankah baik jika saya berkongsi sedikit bingkisan untuk orang muda secara konsisten. Kita seharusnya bersedia untuk menjadi 'multi-skill'/ ‘multi-discipline’  dan boleh masuk ‘gear’ dengan semua rumpun manusia. Lebih-lebih lagi HAJI MUDA dan Kelab Haji Muda membawa satu mesej yang jelas iaitu ayuhlah kita bina diri menerusi hadiah ALLAH yang istimewa melalui Haji dan Umrah. Jom gi Haji/Umrah pada usia muda supaya kehidupan terpimpin kerana hati diasuh untuk menilai sendiri hebatnya ALLAH, sang pencipta.

Maka teringatlah saya akan pesanan  Saidina Usman bin Affan mengenai lima syarat menuju insan yang bertaqwa. Bagi anak muda, lipatlah lengan agar kita sama-sama menerokai pesanan ini:-

1.  Tidak suka bergaul kecuali bergaul dengan orang-orang yang sholeh/sholehah, yang menjaga lisannya.

Bergaul dengan orang-orang sholeh kita akan mendapat  banyak bimbingan, kritik yang membina dan ketenangan. Ianya hanya dapat diperolehi  dari orang-orang yang hanya mengucap kebenaran dan tiada kepentingan peribadi.

Kita semua insan yang punya kelemahan.  Kerana lemahlah maka kita perlu mencari ruang pembaikan.  Mendampingi orang soleh akan memercik wangian kesolehan, tiada perkataan yang sia-sia.

Justeru anak muda, 
sementara anda masih muda  cubalah dan usahakanlah menghampiri orang-orang soleh. Orang-orang soleh akan memimpin adik-adik semua kearah kebaikan biarpun mungkin menyongsang arah nafsu anak muda.
 
Bergaul dengan orang yang soleh/solehah bukan maksudnya kita mengunci diri dan ‘anti establishment’. Bukan juga bermaksud kita tinggalkan kawan-kawan.  Juga bukan bermaksud tinggalkan semua kemudahan dan fasiliti yang dihamparkan depan mata.  Orang  soleh/solehah  juga wujud di alam maya. 

Wahai anak muda,
berusaha dan carilah jalan hidup yang benar agar anda mampu mencapai  darjat hati yang bersih, tanpa punya keinginan dunia yang melampau.  Kuasailah dunia untuk cemerlang di Akhirat. Usah diremehkan solat Subuh, kerana solat Subuh mengandungi kuasa hidup yang sangat HEBAT!

Tuesday, June 11, 2013

Palestin Gaza: Cairnya Sebuah Harapan


Palestin Gaza: Cairnya Sebuah harapan

Bukan mudah untuk laksanakan kerja amal. Ianya bagai “mencari penyakit” dan bila sakit hadir maka kita “perlu cari ubat sendiri”. Bak kata segelintir teman-teman saya,

“Buat apalah susah-susah hidup. Kau bukan glamour. Kalau selebriti barulah program-program kerja amal dapat berjalan dengan lancar. Masyarakat mengangkat selebriti sangat tinggi, dan orang-orang yang berusaha ikhlas sukar mendapat tempat.” 

Jika dihitung ungkapan ini, ada juga kebenarannya. Ia mungkin boleh melemahkan azam bahkan bisa juga menjadi hamparan cabaran mengukur keikhlasan diri. Pengalaman banyak mentarbiah saya. Melaksanakan ibadah atau kerja amal adalah berkait dengan ACTION bukan sekadar ceramah membasahi gusi.

Semalam saya berkomunikasi dengan seorang pemuda Palestin Gaza. Beliau sangat-sangat mahu menghidupkan NGO Islam Gaza dan memohon kerjasama dengan KHM. Harapan yang sangat mengunung (saya ada kongsi email beliau dalam blog ini dan facebook/drridzwan pada awal bulan Mei 2013). Tetapi kemampuan saya/kita terbatas dan sokongan pula hampir sifar.    Pemuda ini sangat istiqamah dengan harapan yang telah kami lakarkan. Setiap minggu beliau akan menghantar email dan sms kepada saya walaupun terpaksa bersusah payah mencari lokasi sesuai untuk  access internet di Gaza yang hampir musnah itu. Kesungguhan beliau sangat menyentuh hati kecil ini. Setelah lebih sebulan, maka saya menelefon beliau dan berat hati untuk berkata,

“Ya akhi, I love muslim and mujahideen of Palestine. I am so proud of you. I wish if I could be amongst ikhwan who struggle to protect Palestine/Gaza. InsyaALLAH, One day together we free Baitulmuqaddis. I acknowledge your seriousness to formalize Muslim NGO Gaza. Unfortunately, I have many limitations. I am deeply regret to inform you that ‘our plan’ to establish muslim NGO Gaza-KHM has to be postponed.  I am very sorry and may ALLAH forgive me.”

Anak muda ini berkata, “I really hope our wish will come true. Please visit Gaza. I will wait you in the border entering Gaza. I will prepare all necessary support and documentation to see you in Gaza....Please come alone if nobody want to accompany you..”

Ianya satu bentuk kesedihan yang tidak mampu saya tahan lagi.  Harapan anak muda Palestin ini yang akan dipertanggungjawabkan depan ALLAh nanti. Harapan yang tidak mampu saya laksanakan.

Ya ALLAH, maafkan hambaMU…..