Saya jarang
menonton TV kecuali segmen ilmiah, sukan dan berita dunia/bisnes. Ketika
dijemput oleh TVi kelmarin, barulah saya sedari bahawa TVi ini memfokuskan kepada
anak-anak muda. Bila memasuki studio, kesemua krew dan pengacara adalah anak
muda. Penerbit rancangan juga orang muda. Maka terasalah bahawa saya “masih
muda”. Empat bulan lepas, saya melalui pengalaman yang sama bila dijemput live
satu jam dengan sebuah channel TV Indonesia. Senario yang sama iaitu Penerbit,
krew dan pengacara juga orang muda. Live satu jam terasa pantas berlalu
lantaran muda dan cerianya suasana ketika itu biarpun jam sudah menyentuh jam 11 malam.
Selesai
rakaman di TVi RTM IBC 7hb Oktober lalu, saya terfikir bukankah baik jika saya
berkongsi sedikit bingkisan untuk orang muda secara konsisten. Kita seharusnya bersedia untuk menjadi 'multi-skill'/ ‘multi-discipline’ dan boleh masuk
‘gear’ dengan semua rumpun manusia. Lebih-lebih lagi HAJI MUDA dan Kelab Haji
Muda membawa satu mesej yang jelas iaitu ayuhlah kita bina diri menerusi hadiah
ALLAH yang istimewa melalui Haji dan Umrah. Jom gi Haji/Umrah pada usia muda
supaya kehidupan terpimpin kerana hati diasuh untuk menilai sendiri hebatnya
ALLAH, sang pencipta.
Maka
teringatlah saya akan pesanan Saidina
Usman bin Affan mengenai lima syarat menuju insan yang bertaqwa. Bagi anak
muda, lipatlah lengan agar kita sama-sama menerokai pesanan ini:-
1. Tidak suka bergaul kecuali bergaul dengan
orang-orang yang sholeh/sholehah, yang menjaga lisannya.
Bergaul
dengan orang-orang sholeh kita akan mendapat
banyak bimbingan, kritik yang membina dan ketenangan. Ianya hanya dapat
diperolehi dari orang-orang yang hanya
mengucap kebenaran dan tiada kepentingan peribadi.
Kita semua insan
yang punya kelemahan. Kerana lemahlah
maka kita perlu mencari ruang pembaikan.
Mendampingi orang soleh akan memercik wangian kesolehan, tiada perkataan
yang sia-sia.
Justeru anak
muda,
sementara anda masih muda cubalah
dan usahakanlah menghampiri orang-orang soleh. Orang-orang soleh akan memimpin
adik-adik semua kearah kebaikan biarpun mungkin menyongsang arah nafsu anak
muda.
Bergaul dengan orang yang soleh/solehah bukan
maksudnya kita mengunci diri dan ‘anti establishment’. Bukan juga bermaksud
kita tinggalkan kawan-kawan. Juga bukan
bermaksud tinggalkan semua kemudahan dan fasiliti yang dihamparkan depan
mata. Orang soleh/solehah juga wujud di alam maya.
Wahai anak muda,
berusaha dan carilah jalan hidup yang benar
agar anda mampu mencapai darjat hati
yang bersih, tanpa punya keinginan dunia yang melampau. Kuasailah dunia untuk cemerlang di Akhirat. Usah diremehkan solat Subuh, kerana solat Subuh mengandungi kuasa hidup yang sangat HEBAT!
No comments:
Post a Comment