HAJI dan umrah adalah proses kompleks yang amat indah untuk dilalui. Seluruh ruang lingkup diri diserlahkan melalui perjalanan fizikal, kekuatan roh, emosi dan jasad. Ikatan kasih sayang hamba dengan TUHAN nampak jelas di hadapan Kaabah. Manusia menangis dan meratap bukan hanya kerana dosa tapi mendambakan kasih sayang dan rahmat-NYA.
RINDUKU PADA BAITULLAH memberi kita keyakinan bahawa ALLAH tidak pernah lupakan kita. Maka, ayuhlah… kuatkan tekad dan kesungguhan untuk ke rumahnya, Baitullah alharam. Rasailah keseronokan, kedamaian dan ketenangan berada di bumi Raudah ini. Moga perkongsian ini dapat membantu tetamu ALLAH memperolehi ibadat terbaik dengan izin-NYA. Insya-ALLAH.
ISI KANDUNGAN MENARIK
• Mahram Tumpang
• Emosi di Padang Pasir
• Pakej Atau Muasasah?
• Tip Sebelum Berangkat
• Urus Wang di Tanah Suci
• TUHAN Tidak Lupakan Aku
• Menangis di Pinggiran Raudah
• Membina Kasih di Tanah Suci
• TUHAN Tidak Nampak Aku?
• Pengurusan Diri Bakal Tetamu ALLAH
No comments:
Post a Comment