Followers- Jalinan Ukhuwah

Showing posts with label Ramadhan. Show all posts
Showing posts with label Ramadhan. Show all posts

Monday, June 11, 2018

MUHASABAH 27 RAMADAN




“Ya Allah ketemukanlah kami dengan Lailatul Qadr. Engkau Maha Pengampun Lagi Maha Pemurah. Engkau senang Mengampuni hamba-hamba MU, oleh itu ampunilah dosa dosa kami.”    Aaamiin

Apa khabar  Al Qur’an kita?  Apa khabar qiyam kita? Bagaimana sadaqah kita?
Sadaqahlah setiap hari sementara tawaran hebat ini masih menanti.

Ramadan berlari pantas meninggalkan kita. Namun, kita semua masih sangat sibuk dengan urusan dunia. Ramai diantara kita masih jauh dari rahmat bulan Ramadan. Terlalu sibuk dengan persiapan raya, shopping, melayan media social, berdebat pasal politik yang tiada penghujung  dan asyik  menonton TV. Akhlaq di jalanraya juga tidak banyak berubah sungguhpun orang orang kita berpuasa. Ramadan seolah-olah tidak memberi erti bagi pembaikan akhlaq.  Membawa kereta laju, menghimpit dan blok kenderaaan orang lain masih lagi berlaku di masjid-masjid.

Ramadan adalah bulan istimewa, hadiah dari langit.  Ianya ibarat  stesen  tempat kita transit atau istirehat.  Untuk apa?   Sudah tentu untuk kita meneliti diri kita  dan  perhambaan kita hanya kepada ALLAH.  Ianya adalah stesen menyemai kekuatan hati dan pembersihan jiwa.  Selepas Ramadan, kita perlu kembali  menyusuri trek perjalanan yang berduri.  Perangkap-perangkap kehidupan terhidang di depan kita, justeru pengukuhan jiwa itu penting. Kita perlu turun istirehat di stesen ini bagi  mencari bekalan hidup.  Rehat satu bulan untuk menerima bekalan maghfirah dan rahmah. Berehat dari jiwa dunia kepada dunia berteraskan akhirat.

Jika kita mampu mencari bekalan yang sesuai, sudah tentu  perjalanan seterusnya mampu dikawali.  Jika peluang transit ini kita tidur atau buat selamba aje, sudah tentu bila menaiki semula tren  perjalanan hidup, jiwa kita akan resah dan goyah.

Ramadan kian berakhir, tetapi kita masih tidur. Sedarlah bahawa kita sedang menuju Transit no 2 di mana tiada lagi amal ibadah, tiada lagi teman berbicara dan tiada lagi orang orang tersayang. Kita keseorangan…

Kita perlu tinggalkan bekalan yang hebat sementara kita masih hidup. Di saat di mana tiada siapa boleh membantu kecuali amal soleh.
Kita sudah lama berligar di persimpangan dunia. Sungguh berliku.  Dianiaya, dihina, di ketepikan dan ditekan.  Namun tekanan di stesen Ramadan akan menjadikan kita kuat.  Maka ambillah peluang di stesen ini untuk  mencukupkan bekalan perjalanan  kerana tren  kehidupan akan bergerak lagi selepas ini….  

Ampunilah kami Ya ALLAH… Aamiin.

Wednesday, April 18, 2018

PROGRAM WISE WAQF: BACAAN AL QURAN 30 JUZU UNTUK ARWAH




PROGRAM RAMADHAN Im in Love 
(Sila share ke grup tuan puan). 
 
TARIKH TUTUP: 10 MEI 2018 = 24 SYAABAN 1439H.

Beramal dan bersadaqah di Bulan Ramadan. Ini bukan program valet doa atau valet umrah.
 
Bagaimana untuk menyertai:
Whatsapp ke 011-39004527. 
Nyatakan nama, nama arwah untuk khatam Al-Quran.  

KELAB HAJI MUDA
BANK ISLAM MENARA TM

Akaun: 14180-01-0013411




Alhamdulilah Ramadan bakal hadir beberapa hari lagi. Selain pelaksanaan program tahunan KHM seperti umrah Ramadan dan penajaan iftar buka puasa, Program Ramadhan Im in Love akan diteruskan. 

Sebagaimana kejayaan program tahun 2017, ramai kawan2 meminta saya menguruskan program khatam Al Quran untuk dihadiahkan kepada orang2 tersayang/ arwah. Bila saya semak, kos khatam Al Quran Ramadhan diTanah Suci boleh mencecah hingga Rm1,000. Mungkin kos sebegini agak tinggi. 

Saya dan KHM dengan ini membuka peluang untuk kita hadiahkan bacaan Al Quran, doa dan tahlil untuk arwah2 di sepanjang bulan Ramadan ini, yang akan dilaksanakan oleh pelajar2 Tahfiz Pasentren Miftahulkhoir.net. Di samping kita sendiri bertadarus dan mengambil intipati Al Quran, hadiah sebegini juga lebih bermakna. 

1. Bacaan Al Quran 30 juzu, Doa dan tahlil untuk arwah.

Hanya 90 peserta sahaja. Kos RM220 seorang peserta. Kami ada 90 pelajar tahfiz yang akan takecare setiap satu peserta. 


(Wang  ini diberi terus kepada Pasentren dan pelajar2 untuk hadiah uang belanja Hari Lebaran. Rata2 pelajar2 ini golongan yang memerlukan bantuan dan sebahagiannya adalah golongan asnaf.  Kita juga dapat pahala sadaqah Ramadan agar mereka turut gembira meraikan Hari Raya. Jika ada lebihan, dana sumbangan tuan/puan akan dimasukkan ke akaun khas pembangunan Miftahulkhoir Tahfiz Borading School. Kami cuma membantu dan memberi harapan. Jika tuan puan ada rezeki lebih, Tuan/puan boleh hadiahkan lebih contohnya rm300 seorang kepada  Pengurusan Pasentren menjayakan Program Santunan anak yatim Ramadan tahun ini. 

Nota: Sehingga pagi ini sudah 3 orang mahu join program ini dengan sumbangan RM350 seorang. 

2. Program Sanlat ( iktikaf dan hafazan kilat surah tertentu).
Akan dimaklumkan. 


Bagaimana untuk menyertai:
Whatsapp ke 011-39004527.  
Nyatakan nama, nama arwah untuk khatam Al-Quran. 

Whatsapp ke 011-3900 4527 (Ini no tab saya. Jangan call. Jika perlu bincang, boleh call saya 019-262 8585). 

Move forward towards better muslim. Negative comment is not welcome.

JEMPUTAN KERJA AMAL WISE WAQF IFTAR RAMADAN 2018

(Mohon share dengan kawan-kawan...Tidak rugi berkongsi peluang)

Subhanallah, Maha Suci ALLAH. 

JEMPUTAN TAJAAN IFTAR RAMADAN 2018

KHM DANA ANNUITI  AKHIRAT
BANK ISLAM MENARA TM
Akaun: 14180-01-0013422



Alhamdulilah dengan izin ALLAH dan atas dorongan dan sokongan ahli keluarga/kawan kawan, sukacita KHM membuka dan menjemput tuan puan untuk bersama sama menghidupkan uncang amal Annuti Akhirat kita dengan menaja PROGRAM WISE WAQF: IFTAR RAMADAN  bagi tahun 2018.

InsyaALLAH Program Santunan Iftar Ramadan  mendapat kerjasama seperti berikut:

Malaysia- Akan diputuskan oleh  Exco KHM
Indonesia-  Miftahulkhoir Tahfiz Boarding School 
Mekah & Madinah-  Al-Haramain Global Travel & Tours dan sahabat2 Madinah
Kemboja -  As Shabab, Phnom Penh  (Mahasiswa/i Islam Kemboja)

Pada Tahun 2017, walaupun dana yang diperolehi agak kecil (RM9,600), Program iftar tetap berjalan di lokasi lokasi terpilih di Mekah, Madinah, Malaysia, Indonesia dan Kemboja.

Moga ALLAH memberi ganjaran kepada kita semua bersandarkan Hadith Riwayat Ahmad dan Tirmizi, "Barangsiapa yang memberi makan kepada orang yang berpuasa, maka dia akan mendapat pahala sebagaimana orang yang berpuasa tadi tanpa mengurangi pahala orang yang berpuasa walaupun sedikit."

(Sila rujuk facebook/drridzwan  fb/kelabhajimuda dan blog  ridzwan-bakar.blogspot.my untuk melihat sendiri kejayaan program pada tahun tahun lalu). 

Barakallahu feekum.

Dr Ridzwan Bakar
Whatsapp: 011-3900 4527
drridzwanbakar@gmail.com

Wednesday, June 15, 2016

RAMADAN YANG BERLALU

             Nota: Jika blog ini tidak update, sila ziarah facebook/drridzwan


Tulisan di bawah saya petik dari tazkirah ramadan dalam blog ini yang telah saya tulis pada tahun terdahulu. Saya membuat beberapa tambahan dari teks asal bersesuaian dengan perubahan semasa.

Alhamdulilah, ALLAH telah mengizinkan kita untuk terus menikmati kehebatan Ramadan. Ianya lebih dirasai oleh insan-insan yang benar-benar mencari kasih sayang ALLAH. Mereka terus istiqamah dengan tarawikh dan qiam.


Bagaimana prestasi Ramadan selepas 11 hari kita melaluinya?
Fasa Pertama Ramadan sudahpun berlalu. Sudahkah kita buat yang terbaik di Fasa Pertama?
Jika anda menjawab bahawa anda tidak berpuashati dengan prestasi Ramadan, anda sebenarnya bukan keseorangan. Rata-rata, ramai yang menyatakan bahawa mereka tidak berpuas hati dengan prestasi akibat kesibukan tugas dan usaha melawan nafsu. Ianya adalah satu penilaian yang jujur namun tidak cukup jika tiada pelan tindakan mencari kehebatan Ramadan yang hanya tinggal dua-pertiga lagi .
Dalam satu kajian di USA, didapati bahawa hanya 11% umat Islam sahaja yang berpuashati dengan prestasi Ramadan. Maknanya majoriti umat Islam (89%) tidak puashati dengan prestasi Ramadan. Mungkin kita termasuk sekali dalam bot ini...
Di Fasa kedua pula, ALLAH memberi ruang maghfirah kepada hambaNYA.
Namun kini, sudah ramai mula kecundang. Sebagaimana trend terdahulu, Fasa kedua Ramadan iaitu mendamba maghfirah ALLAH tidak diberi perhatian. Saf-saf tarawikh mula susut. Letupan mercun sudah mula kedengaran ketika sebahagian hamba-hamba ALLAH sedang sujud menunaikan Tarawikh. Kehadiran bazaar Ramadan pula sentiasa konsisten, tidak pula kelihatan susutnya. Kaum ibu pula mungkin mula sibuk mengajak suami shopping raya, membuat kueh raya dan pelbagai keperluan raya. Ianya adalah satu keperluan untuk menyambut lebaran. Lebih teruk, kita mungkin sedang menghitung dan menghimpun hutang kerana persediaan lebaran.
Tahun lalu, saya menunaikan tarawikh di beberapa masjid dan surau. Ingin mengkaji  'tabiat pengurusan masjid' yang dipraktiskan oleh masjid-masjid di Tanahair. Bukan untuk menghentam masjid tetapi ingin membantu Majlis Agama Islam dan pengurusan masjid supaya Ramadan dihidupkan dengan Qiyam Ramadan. Tugas kita menegur, enggan bertindak tidak mengapa...
 Perkataan yang saya selalu gunakan 
"If we don't take action, we are no more relevant....."
Saya perhatikan bahawa trend menyusut tarawikh ini dipengaruhi oleh beberapa faktor termasuk juga cara pihak masjid dan surau meraikan jamaah. Bila jamaah tidak dapat apa yang mereka hajatkan, mereka akan beralih angin dan mungkin ada juga yang solat dirumah. Contohnya, tazkirah Ramadan di buat selepas tarawikh 4 rakaat dan habis tazkirah jam 10.20 malam. Keseluruhan solat tarawikh 8 rakaat berakhir jam 11 malam. Pendekatan sebegini tidak bijak. Ianya tidak menjinakkan hati anak-anak muda untuk berdamping dengan masjid. Tazkirah Ramadan tidak perlu hingga satu jam, cukup sekadar 15 minit (sebab itu disebut tazkirah bukan ceramah). Ada juga penceramah yang menjerit-jerit ketika memberi tazkirah. Tazkirah dengan nada menjerit-jerit tidak akan melembutkan hati manusia khususnya untuk menarik anak-anak muda.

 Di Indonesia, lebih dikenali sebagai KULTUM- Kuliah Tujuh Minit tapi padat dan tepat!
Berbalik kepada diri kita. Kita manusia yang lemah. Tuntutan Ramadan mungkin ada juga yang tidak dapat kita sempurnakan. Inilah dia, hidup dan diri kita. Kita tidak mampu istiqamah dengan usaha mencari ilmu dan tarbiah Ramadan.
Bagaimana kita mampu membebaskan Al-Aqsa jika kita berterusan saban tahun begini?
Blog ini menasihati diri penulis sendiri untuk segera memperkukuhkan hubungan dengan ALLAH dan memohon keampunanNYA atas setiap butir kesilapan hidup kerana sasaran kita adalah memasuki SYURGANYA yang luas itu. Firman ALLAH
“Bersegeralah kamu mencari keampunan ALLAH dan SYURGANYA yang luas antara langit dan bumi yang disediakan untuk orang-orang yang bertaqwa.”
Ali-Imran : 133
Moga ALLAH menerima proses Fasa kedua ini bagi bekalan kita seterusnya untuk melalui fasa ketiga Ramadan. Tips berikut boleh membantu kita semua:-
1. Rasululah s.a.w. berpesan supaya kita mengambil wuduk sebaik mungkin dan menunaikan solat taubat 2 rakaat. Kemudian muhasabah diri mengenangkan dosa dan kesilapan terdahulu.
2. Menghadiri majlis ilmu di surau/masjid
3. Teruskan baca AL-Quran
4. Menghadiri program Qiyamulail di Masjid-masjid.
Kita perlu sama-sama berusaha mencari maghfirah ALLAH kerana ianya tidak datang dengan percuma. Hendak BERJAYA perlu BERUSAHA.
Kepada bakal jamaah Haji, inilah waktu sesuai untuk muhasabah diri dan mencari keampunan ALLAH. Perlu berdoa moga ALLAH memberi rahmat, haji yang berkualiti- haji mabrur dan menerima ilmu yang terbaik di Tanah Suci nanti.
Wallah'alam.

Sunday, April 19, 2015

Makluman KHM: Program Iftar Ramadan 2015



TARIKH TUTUP:  15 SYAABAN 1436H = 2 JUN 2015

Alhamdulilah dengan sokongan dari tuan/puan, sukacita KHM melancarkan dana Program Iftar Ramadan  1436H/2015. Untuk makluman, ini adalah tahun ke empat (4) program Iftar dianjurkan oleh KHM. 

Menilai kembali kejayaan program pada Ramadhan tahun 2014 & 2013, agihan makanan telah dibuat di Mekah, Malaysia, Indonesia, Palestin dan Kemboja.  Jamaah Umrah KHM telah dapat merasai sendiri suasana dan cabaran agihan makanan di bawah program Iftar on the street ini. Mereka dapat melihat sendiri bagaimana pek makanan menjadi rebutan golongan dhuafa di kota Mekah. KHM juga turut menghantar wakil ke Indonesia untuk membuat agihan dan melihat sendiri bagaimana suasana damai berbuka puasa dengan makanan simple seperti kurma, tempe,  ubi kayu dan air putih. Wakil KHM turut menyampaikan KULTUM/Tausiyah dan mengimamkan solat  di beberapa masjid di Indonesia.  Sementara di Malaysia, agihan diberikan ke tiga pusat anak yatim di mana wakil KHM turut serta berbuka puasa dengan mereka. 

Untuk foto, rujukan dan kejayaan program tahun lepas, sila rujuk posting dalam blog http://ridzwan-bakar.blogspot.com,  facebook/kelabhajimuda dan facebook/ drridzwan sepanjang bulan Ramadan 2013 dan 2014  lalu.

Nikmat yang paling berharga ialah apabila kita dapat memberi sedikit rezeki dan melihat mereka sangat menghargai apa yang kita beri.

Kejayaan  program Iftar  pada tahun-tahun lepas telah menjadi titik tolak kepada usaha kita sama-sama untuk mengumpul dana bagi menaja masyarakat muslim khususnya golongan dhuafa fakir miskin berbuka puasa. Sesungguhnya, tidak rugi kita berkongsi sedikit rezeki kita untuk kerja kebaikan khususnya di bulan mulia Ramadhan Al-Mubarak nanti. Dan ALLAH menjanjikan rezeki kita tidak berhenti apabila kita terus memberi.

 InsyaALLAH, KHM telah merancang program berikut untuk tahun 2015:-

PROGRAM:   IFTAR RAMADAN
(TAJAAN BERBUKA PUASA GOLONGAN DHUA’FA/FAKIR/MISKIN/ANAK YATIM)

A) LOKASI

Mekah Al-Mukarramah/Madinah .
Kos sehari untuk 100pax = SR1,200
SEbulan = SR36,000 bersamaan  RM32,000

Indonesia (Dengan kerjasama Sahabat  KHM Indonesia dan  DT)
Kos sebulan satu masjid= RM8,000
Sasaran 2  buah Masjid = RM16,000

Malaysia:   Pusat Anak Yatim/Tahfiz = RM10,000

 Bangladesh
Kos sebulan satu masjid = RM3,000
Sasaran 2 buah masjid= RM6,000

B) JUMLAH DANA DIPERLUKAN = RM64,000

C) TARIKH MULA   :  1 REJAB /  20 APRIL 2015
           TARIKH TUTUP:  15  SYAABAN/ 2 JUN 2015

D) SASARAN:
Golongan dhuaafa/ fakir/miskin


E) MENGAPA DI MEKAH/MADINAH  & INDONESIA & MALAYSIA & BANGLADESH?
Ganjaran pahala  100,000x ganda di Tanah Suci Mekah
Mudah capai sasaran di Indonesia. Contohnya,  pendapatan penarik beca seminggu  Rp80 ribu = Sebulan  Rp320,000 bersamaan RM100 sebulan.
Mencipta nilai kasih dan sayang ke atas anak-anak yatim Malaysia

F) BAGAIMANA DANA INI DIURUSKAN?

Diuruskan secara professional, amanah dan telus menggunakan  Akaun Khas yang akan diaudit . Semua kemasukkan dana ke akaun ini dari  20 April – 2  Jun 2015  akan dianggap untuk  sokongan program ini (Nota: Atau sehingga dimaklumkan).   Jumlah kutipan dana ini akan dimaklumkan  dalam blog dan FB setiap minggu supaya transparency  transaksi jelas.

G) BAGAIMANA AGIHAN DIBUAT?
Dana ini akan ditutup untuk tujuan Audit  pada 15  Syaaban/ 2  Jun 2015  (sasaran sebelum Nisfu Syaaban, sebelum  buku amal kita diangkat  untuk diaudit oleh Petugas ALLAH).

Dana akan dihantar/diagihkan  terus ke Mekah/Madinah, Indonesia, Malaysia, Bangladesh   selepas diluluskan oleh EXCO KHM pada  7  Jun 2014/ 20  Syaaban 1436H.

Malaysia: Diuruskan oleh Exco dan ahli KHM Malaysia

Mekah/Madinah:- Agihan dan urusan logistik  diuruskan oleh  Ahli Bersekutu KHM (affiliate member).

Indonesia:-   Agihan dan pengurusan di buat oleh  Sahabat Komunitas Haji Muda, Panitia Masjid dan Pasentren KHM Bandung Indonesia.  Kejayaan dan pengalaman tahun 2012 dan 2013   akan membantu urusan logistic.
Nota: Untuk makluman dana sebesar RM1,800 akan  dihantar pada 24 April 2015 ke Pusat Tahfiz Muslimah Misfalah minggu ini untuk tajaan makan minum pelajar sepanjang bulan Rejab, Syaaban dan Ramadan.

Bangladesh: Agihan dan urusan logistik  diuruskan oleh  sahabat KHM Dakka

Palestin: masih belum confirm.


H) JIKA DANA MELEBIHI SASARAN?
Jika ditakdirkan dana melebihi sasaran,  kesemua dana akan dihantar ke sasaran.  Keputusan akan dibuat oleh EXCO KHM yang akan bersidang pada 7 Jun 2015.

I) Sumbangan ke Dana Iftar, sila gunakan akaun berikut:-
Nama Akaun:  Kelab Haji Muda
Bank:   Bank Islam
No Akaun:   1418001-0013411


Moga ALLAH mengurniakan rahmat dan rezeki untuk kita terus beramal dengan wadah KHM Dana Annuiti Akhirat.  Terima kasih. Amin!

Untuk maklumat lanjut program ini, tuan/puan boleh hubungi terus:-
Dr Ridzwan Bakar       drridzwanbakar@gmail.com  
Mobile: 019-262.8585     Whatsup: 011-3233.2085

Sunday, August 12, 2012

Ramadan Bicara #7 Masih belum terlewat





Tren Ramadan terus bergerak. Ada yang tertinggal di stesen kerana lalai dan tertidur, ada yang sempat bergayut di tepi tren, ada di atas bumbung. Mereka belum terlewat. Atas Cinta Ilahi, kita masih berpeluang masuk ke dalam tren ekpress Ramadan. Kita yang menentukan tiket kelas mana nak masuk, first class, second class atau third class.


Therefore, "Don’t judge each day by the harvest you reap but by the seeds you plant"

Ya ALLAH, please crown us the best amal in the premier night of Al-Qadr. AMin.


Wednesday, August 8, 2012

Ramadan Bicara #6 Tips 10 Akhir Ramadan


Allahu akbar Wallillahilhamdu

Alhamdulilah kini kita telah melangkah ke Hari ke 20 Ramadan. Ketika tarawikh di masjid, saya perhatikan bilangan jamaah kian merosot. Fenomena biasa  di Malaysia dan Indonesia. Bila teringatkan Mekah, waktu inilah manusia berpusu-pusu membanjiri Mekah- 10 akhir Ramadan. Namun kita bukan berpijak di bumi Mekah.  Kita berada dipersekitaran masyarakat kita yang sama-sama leka dengan akhirat. Olimpik London pula  mungkin menjejaskan rentak amal kita.  Hakikatnya, masa berlalu pantas. 

Dalam kepantasan itu, hati kita masih leka dan kita masih lalai memburu kehidupan yang seolah-olah tiada penghujungnya. Syurga yang ALLAH janjikan buat kita tidak dapat benar-benar kita rasai kecuali insan yang mahu berfikir akan keHEBATan ALLAH. 

Adakah anda perasan, di setiap pertengahan dan akhir 10 Ramadan suasana malam agak berlainan? Cuba anda bangun sebelum sahur dan luangkan masa menjengok di luar tingkap rumah. Anginnya dingin, bertiup tenang dan kedamaian hati kian terasa. Mungkin itulah sebutir dari butiran-butiran manik Syurga untuk kita rasai di mukabumi ini. Tentu Syurga ALLAH lebih-lebih tenang, damai dan dingin. Ketenangan ini lebih dirasai oleh insan-insan yang bangun bertahajud, memohon keampunan ALLAH dan menangis memikirkan kelalaian diri. 


Di dalam beberapa jemputan tazkirah Ramadan di MAsjid dan institusi, saya menekankan akan kepentingan kita segera berlumba-lumba memohon maghfirah ALLAH. Entri terdahulu saya petik satu ayat Qur’an mengenai diri kita yang perlu SEGERA mencari maghfirah ALLAH. Ianya perlu dilakukan SEGERA kerana sikap bertangguh hanya merugikan diri. Ayat tersebut juga menekankan supaya kita bersegera mencari Syurga ALLAH yang seluas langit dan bumi itu, keluasan yang tidak mampu akal manusia fikirkan. Dan Ramadan menjanjikan maghfirah dan Jannah iaitu keampunan, rahmat dan syurga.

Mengapa SEGERA?  Ya sudah tentu tiada siapa mampu menjanjikan bahawa esok kita bisa berbicara, melangkah ke masjid, menatap wajah orang tersayang  atau bersedekah dengan harta yang kita ada. Tren ramadan akan bergerak lagi dan kita tidak mahu tertinggal atau hanya menjadi penumpang kelas ketiga yang banyak menghabiskan masa dengan tidur dan menonton tv. 



Bila keampunan telah kita mohon, maka rahmat dan kasih sayang ALLAH semakin bertambah buat hambaNYA dan sudah tentu syurga ALLAH mampu kita miliki. 

Saya menasihati diri saya supaya segera mencari keampunan dan syurga ALLAH ini. Lantaran, Fasa seterusnya (10 akhir Ramadan), tip berikut boleh kita lakukan:-

1. Kita perlu tidur awal supaya dapat bangun jam 3.30pagi atau 4 pagi.
2. Jika bekerja, ambil cuti akhir 10 Ramadan. Atau jika bos okay, bincang dengan bos untuk masuk pejabat lewat sikit contohnya jam 10 pagi dan ganti kembali masa yang telah diambil.
3. Ambil sedikit waktu siang untuk tidur sebentar.
4. Kurangkan aktiviti malam dan menonton tv.
5. Usahakan solat Tarawikh 20 rakaat.
6. Bersama menghadiri program qiyamulail di masjid-masjid.
7. Banyakkan sujud syukur.
8. Bersedekah di siang hari.

Ya ALLAH berikanlah kami kekuatan sebagaimana yang KAU berikan kepada teman-teman kami, muslimin dan muslimat  yang kini berada di Mekah dan Madinah untuk menghidupkan qiyamu Ramadan. Ampunilah dosa kami dan rahmatilah kami.  Amin.


Friday, August 3, 2012

Ramadan Bicara #5- Slot Rehal Sinar Harian 3 Ogos 2012


Perkongsian ringkas di Slot Rehal, Sinar Harian Jumaat  3 Ogos 2012.

Puasa adalah gandingan kepada Tarawikh
Tarawikh adalah komplemen kepada Puasa
Jika TAQWA  sebagai destinasi  Ramadan
maka ibadah puasa perlu diperkemaskan dengan Qiyamu Ramadan, barulah cantik..

Apabila kita bertemu dengan ALLAH s.w.t nanti
kita mahu tunjukkan tugasan yang selesai ini dengan aksesori sekali
Ganjarannya adalah pintu khas ar-rayyan
dikhususkan untuk hamba yang ikhlas beramal dengan ibadah puasa Ramadan.

Hidup tenang, hati ceria dengan Ramadan...

Wednesday, August 1, 2012

Ramadan Bicara #4- Prestasi yang perlu disemak



Nukilan HM:  Qur'an buruk ku baca, namun sukar untukku laksanakan, Ampunilah aku Ya ALLAH.


Tulisan di bawah saya petik dari tazkirah ramadan dalam blog ini yang telah saya tulis pada tahun lepas. Saya membuat beberapa tambahan dari teks asal bersesuaian dengan perubahan semasa.

Alhamdulilah, ALLAH telah mengizinkan kita untuk terus menikmati kehebatan Ramadan. Ianya lebih dirasai oleh insan-insan yang benar-benar mencari kasih sayang ALLAH. Mereka terus istiqamah dengan tarawikh dan qiam.

Bagaimana prestasi Ramadan selepas 11 hari kita melaluinya?  Fasa Pertama Ramadan sudahpun berlalu. Sudahkah kita buat yang terbaik di Fasa Pertama?

Jika anda menjawab bahawa anda tidak berpuashati dengan prestasi Ramadan, anda sebenarnya bukan keseorangan. Rata-rata, ramai yang menyatakan bahawa mereka tidak berpuas hati dengan prestasi akibat kesibukan tugas dan usaha melawan nafsu. Ianya adalah satu penilaian yang jujur namun tidak cukup jika tiada pelan tindakan mencari kehebatan Ramadan yang hanya tinggal dua-pertiga lagi .

Dalam satu kajian di USA, didapati bahawa hanya 11% umat Islam sahaja yang berpuashati dengan prestasi Ramadan. Maknanya majoriti umat Islam (89%) tidak puashati dengan prestasi Ramadan. Mungkin kita termasuk sekali dalam bot ini...

Di Fasa kedua pula, ALLAH memberi ruang maghfirah kepada hambaNYA.

Namun kini, sudah ramai mula kecundang. Sebagaimana trend terdahulu, Fasa kedua Ramadan iaitu mendamba maghfirah ALLAH tidak diberi perhatian. Saf-saf tarawikh mula susut. Letupan mercun sudah mula kedengaran ketika sebahagian hamba-hamba ALLAH sedang sujud menunaikan Tarawikh. Kehadiran bazaar Ramadan pula sentiasa konsisten, tidak pula kelihatan susutnya. Kaum ibu pula mungkin mula sibuk mengajak suami shopping raya, membuat kueh raya dan pelbagai keperluan raya. Ianya adalah satu keperluan untuk menyambut lebaran. Lebih teruk, kita mungkin sedang menghitung dan menghimpun hutang kerana persediaan lebaran.

Tahun ini 2012, saya menunaikan tarawikh di beberapa masjid dan surau. Ingin mengkaji  'mosque behaviour' yang dipraktiskan oleh masjid-masjid. Bukan untuk menghentam masjid tetapi ingin membantu Majlis Agama Islam dan pengurusan masjid supaya Ramadan dihidupkan dengan Qiyam Ramadan. Tugas kita menegur, enggan bertindak tidak mengapa...  Perkataan yang saya selalu gunakan "If we don't take action, we are no more relevant....."

Saya perhatikan bahawa trend menyusut tarawikh ini dipengaruhi oleh beberapa faktor termasuk juga cara pihak masjid dan surau meraikan jamaah. Bila jamaah tidak dapat apa yang mereka hajatkan, mereka akan beralih angin dan mungkin ada juga yang solat dirumah. Contohnya, tazkirah Ramadan tamat jam 10.20 malam sedangkan solat tarawikh baru siap 4 rakaat. Keseluruhan solat tarawikh 8 rakaat berakhir jam 11 malam. Pendekatan sebegini tidak bijak. Ianya tidak menjinakkan hati anak-anak muda untuk berdamping dengan masjid. Tazkirah Ramadan tidak perlu hingga satu jam, cukup sekadar 15 minit (sebab itu disebut tazkirah bukan ceramah). Ada juga penceramah yang menjerit-jerit ketika memberi tazkirah. Tazkirah dengan nada menjerit-jerit tidak akan melembutkan hati manusia khususnya untuk menarik anak-anak muda.

Berbalik kepada diri kita. Kita manusia yang lemah. Tuntutan Ramadan mungkin ada juga yang tidak dapat kita sempurnakan. Inilah dia, hidup dan diri kita. Kita tidak mampu istiqamah dengan usaha mencari ilmu dan tarbiah Ramadan. Bagaimana kita mampu membebaskan Al-Aqsa jika kita berterusan saban tahun begini?

Blog ini menasihati diri penulis sendiri untuk segera memperkukuhkan hubungan dengan ALLAH dan memohon keampunanNYA atas setiap butir kesilapan hidup kerana sasaran kita adalah memasuki SYURGANYA yang luas itu. Firman ALLAH

“Bersegeralah kamu mencari keampunan ALLAH dan SYURGANYA yang luas antara langit dan bumi yang disediakan untuk orang-orang yang bertaqwa.”
Ali-Imran : 133

Moga ALLAH menerima proses Fasa kedua ini bagi bekalan kita seterusnya untuk melalui fasa ketiga Ramadan. Tips berikut boleh membantu kita semua:-
1. Rasululah s.a.w. berpesan supaya kita mengambil wuduk sebaik mungkin dan menunaikan solat taubat 2 rakaat. Kemudian muhasabah diri mengenangkan dosa dan kesilapan terdahulu.
2. Menghadiri majlis ilmu di surau/masjid
3. Menghadiri program Qiyamulail di Masjid-masjid.

Kita perlu sama-sama berusaha mencari maghfirah ALLAH kerana ianya tidak datang dengan percuma. Hendak BERJAYA perlu BERUSAHA.

Kepada bakal jamaah Haji 1433H, inilah waktu sesuai untuk muhasabah diri dan mencari keampunan ALLAH. Perlu berdoa moga ALLAH memberi rahmat, haji yang berkualiti- haji mabrur dan menerima ilmu yang terbaik di Tanah Suci nanti.

Wallah'alam.

Tuesday, July 31, 2012

RAMADAN BICARA #3 STESEN RAMADAN



 
Sudah 10 hari rupanya kita berpuasa.  Pantas sungguh kita berlumba dengan masa.  Maknanya, kita makin tua dihambat usia, namun nafsu tetap membara muda.

Ramadan adalah bulan istimewa, hadiah dari langit.  Ianya ibarat  stesen  tempat kita transit atau istirehat.  Untuk apa?   Sudah tentu untuk kita meneliti diri kita  dan  perhambaan kita hanya kepada ALLAH.  Ianya adalah stesen menyemai kekuatan hati dan pembersihan jiwa.  Selepas Ramadan, kita perlu kembali  menyusuri trek perjalanan yang berduri.  Perangkap-perangkap kehidupan terhidang di depan kita, justeru pengukuhan jiwa itu penting. Kita perlu turun istirehat di stesen ini bagi  mencari bekalan hidup.  Jika kita mampu mencari bekalan yang sesuai, sudah tentu  perjalanan seterusnya mampu dikawali.  Jika peluang transit ini kita tidur atau buat selamba aje, sudah tentu bila menaiki semula tren  perjalanan hidup, jiwa kita akan resah dan goyah.

Kita sudah lama berligar di persimpangan dunia. Sungguh berliku.  Dianiaya, dihina, di ketepikan dan ditekan.  Namun tekanan di stesen Ramadan akan menjadikan kita kuat.  Maka ambillah peluang di stesen ini untuk  mencukupkan bekalan perjalanan  kerana tren  kehidupan akan bergerak lagi selepas ini….  

Tuesday, July 24, 2012

Ramadan Bicara #2- Penghargaan


 Ramadan Bicara #2
Assalamualaikum sahabat-sahabat yang dikasihi,
Ramadan adalah bulan Penghargaan.  ALLAH menyayangi hambaNYA maka DIA memberi penghargaan berupa nilai besar kerana amalan berpuasa dan bersedeqah. Ianya lebih dirasai oleh orang yang beriman dan bertaqwa.  Mereka yang memberi makan untuk majlis iftar diberi penghargaan berupa ganjaran serupa mereka yang berpuasa. 

Jika anda membaca dan meneliti  tulisan-tulisan saya  sebelum ini, saya amat menekankan reformasi diri dan masjid sebagai institusi penting masyarakat. Masyarakat dapat dibentuk melalui individu-individu muslim yang beramal dengan nilai Islam.  Namun, individu akan goyang dan tidak istiqamah bila persekitaran gagal dibentuk. Disinilah peranan Masjid supaya menjadi  rakan dan teman bagi membentuk  taman-taman syurga dunia buat masyarakat.  Masjid perlu proaktif dan friendly (nota: tidak bermakna semua masjid tidak friendly).  Ini bukan teori, ini adalah sesuatu yang perlu kita lakukan.

Lantaran, apa signifikan Masjid Bojongloa buat kita (saya)?
1.      Anak-anak muda di desa ini  tidak solat  Jumaat kerana tiada masjid. Justeru, solat berjamaah harian juga terabai dan kariah tidak terbentuk dengan sempurna.
2.      Tiada program pengisian ilmu bagi membina masyarakat desa ini.
Pesan saya buat mereka, hidupkan masjid bermula 1 Ramadan - Alhamdulilah.

Sila baca laporan berikut  untuk mengetahui signifikannya Masjid Bojongloa bagi membantu membina kariah.  (sila rujuk  http://mynewshub.my).  Walaupun ada mengatakan ianya cuma propaganda,  namun faktor  tekanan hidup dan ekonomi  boleh  berlaku tergelincirnya  akidah.  Beberapa fakta diberikan oleh  laman web tersebut antaranya: (fakta perlu disemak).
     1.  Dianggarkan lebih dari 2 juta penduduk Indonesia meninggalkan agama Islam     setiap        tahun. Secara purata, seorang rakyat Indonesia, terutama dari golongan remaja, akan bertukar agama dalam setiap 15 saat.
2.  Jika kadar itu terus meningkat, pada tahun 2035 Indonesia diramal akan menjadi sebuah         negara dengan Islam sebagai agama minoriti.

Jadi dimana signifikannya Masjid Bojongloa?
Anda semua telah membantu  terbentuknya  masyarakat muslim desa miskin yang memerlukan masjid bagi memelihara iman.  Tiada balasan buat anda semua melainkan  janji  Syurga dari ALLAH dan diampunkan dosa.  Pemimpin desa menitis airmata  melihat kehadiran saya  tiga bulan lalu dan mereka sudah tentu menangis melihat kehadiran anda satu hari nanti. 
Masjid Bojongloa ini  bersaiz kecil namun mempunyai makna besar sebagai nucleus perubahan.

Apa lagi yang kita sudah buat?
Kita juga sudah mengujudkan  ‘Koperasi Syariah’  bagi menyediakan dana mikro-kredit untuk  orang  fakir miskin  berniaga. Ini juga bukan teori  tetapi  sesuatu  yang wajib kita lakukan.  Sedang dipraktikkan di desa pergunungan Garut.

Apa lagi yang bakal kita buat?
Pertama,  InsyaALLAH jika ALLAH  mengizinkan,  saya berhasrat  untuk  mempunyai  ‘Bank Syariah’  khas untuk orang miskin.  Pinjaman bisnes yang adil dan tidak mencekik leher orang miskin akan kita laksanakan (jika ALLAH panjangkan usia saya).
 Kedua, Kita akan bina pasentren tahfiz  bagi anak-anak miskin di Indonesia dan mengujudkan  Institut Professional Tahfiz di  Malaysia supaya semangat nusantara Muslim dapat terus dirapatkan.

 Boleh  Berjaya  ke?
Berjaya dan gagal bukan soal manusia. Ianya kerja ALLAH. Kita kena berusaha dan berganding bahu mengikut kemampuan kita.  Masjid Bojongloa tidak akan tertegak jika soalan Berjaya atau gagal  dilontarkan.  Rezeki bukan urusan manusia tetapi urusan ALLAH.  

Pergorbanan dan perjuangan itu pahit, namun Syurga ALLAH itu manis....