Ramadan Bicara #2
Assalamualaikum sahabat-sahabat yang dikasihi,
Ramadan adalah bulan Penghargaan. ALLAH menyayangi hambaNYA maka DIA memberi penghargaan berupa nilai besar kerana amalan berpuasa dan bersedeqah. Ianya lebih dirasai oleh orang yang beriman dan bertaqwa. Mereka yang memberi makan untuk majlis iftar diberi penghargaan berupa ganjaran serupa mereka yang berpuasa.
Ramadan adalah bulan Penghargaan. ALLAH menyayangi hambaNYA maka DIA memberi penghargaan berupa nilai besar kerana amalan berpuasa dan bersedeqah. Ianya lebih dirasai oleh orang yang beriman dan bertaqwa. Mereka yang memberi makan untuk majlis iftar diberi penghargaan berupa ganjaran serupa mereka yang berpuasa.
Jika anda membaca dan meneliti tulisan-tulisan saya sebelum ini, saya amat menekankan reformasi
diri dan masjid sebagai institusi penting masyarakat. Masyarakat dapat dibentuk
melalui individu-individu muslim yang beramal dengan nilai Islam. Namun, individu akan goyang dan tidak
istiqamah bila persekitaran gagal dibentuk. Disinilah peranan Masjid supaya
menjadi rakan dan teman bagi
membentuk taman-taman syurga dunia buat
masyarakat. Masjid perlu proaktif dan
friendly (nota: tidak bermakna semua masjid tidak friendly). Ini bukan teori, ini adalah sesuatu yang
perlu kita lakukan.
Lantaran, apa signifikan Masjid Bojongloa buat
kita (saya)?
1.
Anak-anak
muda di desa ini tidak solat Jumaat kerana tiada masjid. Justeru, solat
berjamaah harian juga terabai dan kariah tidak terbentuk dengan sempurna.
2.
Tiada
program pengisian ilmu bagi membina masyarakat desa ini.
Pesan saya buat mereka, hidupkan masjid bermula 1 Ramadan - Alhamdulilah.
Sila baca laporan berikut untuk mengetahui signifikannya Masjid
Bojongloa bagi membantu membina kariah. (sila rujuk
http://mynewshub.my). Walaupun ada mengatakan ianya cuma propaganda, namun faktor tekanan hidup dan ekonomi boleh
berlaku tergelincirnya akidah. Beberapa fakta diberikan oleh laman web tersebut antaranya: (fakta perlu
disemak).
1. Dianggarkan
lebih dari 2 juta penduduk Indonesia meninggalkan agama Islam setiap tahun. Secara purata, seorang rakyat Indonesia,
terutama dari golongan remaja, akan bertukar agama dalam setiap 15 saat.
2. Jika kadar itu terus meningkat, pada tahun 2035
Indonesia diramal akan menjadi sebuah negara dengan Islam sebagai agama
minoriti.
Jadi dimana signifikannya Masjid Bojongloa?
Anda semua telah membantu
terbentuknya masyarakat muslim
desa miskin yang memerlukan masjid bagi memelihara iman. Tiada balasan buat anda semua melainkan janji
Syurga dari ALLAH dan diampunkan dosa.
Pemimpin desa menitis airmata
melihat kehadiran saya tiga bulan
lalu dan mereka sudah tentu menangis melihat kehadiran anda satu hari
nanti.
Masjid Bojongloa ini bersaiz
kecil namun mempunyai makna besar sebagai nucleus perubahan.
Apa lagi yang kita sudah
buat?
Kita juga sudah mengujudkan ‘Koperasi
Syariah’ bagi menyediakan dana mikro-kredit
untuk orang fakir miskin
berniaga. Ini juga bukan teori
tetapi sesuatu yang wajib kita lakukan. Sedang dipraktikkan di desa pergunungan Garut.
Apa lagi yang bakal kita
buat?
Pertama, InsyaALLAH jika
ALLAH mengizinkan, saya berhasrat untuk
mempunyai ‘Bank Syariah’ khas untuk orang miskin. Pinjaman bisnes yang adil dan tidak mencekik
leher orang miskin akan kita laksanakan (jika ALLAH panjangkan usia saya).
Kedua, Kita akan bina pasentren tahfiz bagi anak-anak miskin di Indonesia dan
mengujudkan Institut Professional Tahfiz
di Malaysia supaya semangat nusantara
Muslim dapat terus dirapatkan.
Boleh Berjaya ke?
Berjaya dan gagal bukan soal manusia. Ianya kerja ALLAH. Kita kena
berusaha dan berganding bahu mengikut kemampuan kita. Masjid Bojongloa tidak akan tertegak jika
soalan Berjaya atau gagal dilontarkan. Rezeki bukan urusan manusia tetapi urusan
ALLAH.
Pergorbanan dan perjuangan itu pahit, namun Syurga ALLAH itu manis....
2 comments:
Assalam Dr,
Semuga sehat sejahtera.
Semuga segala usaha Dr dan semua yang terlibat bagi membangun remaja muslim yang beriman dan bertaqwa di redhai serta dipermudahkan Allah.
Assalam Dr,
Moga ALLAH tingkatkan kesihatan dan ilham agar Dr akan terus memimpin usaha murni KHM.
Memang tepat usaha untuk membangun ikdah remaja Islam patut kita dahulukan kerana mereka adalah pemimpin akan datang yang wajib memiliki ciri-ciri orang mukmin.
Moga Islam akan terus berkembang diselurh pelusuk dunia...ALLAH HU AKHBAR!
Salam hormat
kamarjhan
Post a Comment