Followers- Jalinan Ukhuwah

Tuesday, July 31, 2012

RAMADAN BICARA #3 STESEN RAMADAN



 
Sudah 10 hari rupanya kita berpuasa.  Pantas sungguh kita berlumba dengan masa.  Maknanya, kita makin tua dihambat usia, namun nafsu tetap membara muda.

Ramadan adalah bulan istimewa, hadiah dari langit.  Ianya ibarat  stesen  tempat kita transit atau istirehat.  Untuk apa?   Sudah tentu untuk kita meneliti diri kita  dan  perhambaan kita hanya kepada ALLAH.  Ianya adalah stesen menyemai kekuatan hati dan pembersihan jiwa.  Selepas Ramadan, kita perlu kembali  menyusuri trek perjalanan yang berduri.  Perangkap-perangkap kehidupan terhidang di depan kita, justeru pengukuhan jiwa itu penting. Kita perlu turun istirehat di stesen ini bagi  mencari bekalan hidup.  Jika kita mampu mencari bekalan yang sesuai, sudah tentu  perjalanan seterusnya mampu dikawali.  Jika peluang transit ini kita tidur atau buat selamba aje, sudah tentu bila menaiki semula tren  perjalanan hidup, jiwa kita akan resah dan goyah.

Kita sudah lama berligar di persimpangan dunia. Sungguh berliku.  Dianiaya, dihina, di ketepikan dan ditekan.  Namun tekanan di stesen Ramadan akan menjadikan kita kuat.  Maka ambillah peluang di stesen ini untuk  mencukupkan bekalan perjalanan  kerana tren  kehidupan akan bergerak lagi selepas ini….  

5 comments:

Anonymous said...

Assalam Dr,

Semuga dalam redha Allah.

Semuga Allah beri kekuatan bagi meneruskan amal ibadat selepas ramadhan dengan istiqamah.

Terima kasih atas peringatan ini.

Jazakaullah

Anonymous said...

Assalam Dr,

Moga rahmat ALLAH akan sentiasa melimpah untuk menguatkan iman kita untuk terus beramal demi untuk mendapat reda ALLAH.

Teruskan usaha Dr dalam menyampaikan seruan ALLAH. Moga ianya akan terus membuka pintu-pintu hati untuk mendekati ALLAH.

Salam hormat
kamarjhan

Azreena said...

Alhamdulillah.
Terima kasih dan syabas Dr.
Tulisan Dr selalu menginsafkan saya dan membawa saya ke alam realiti kita di hantar ke bumi ini. Semoga Dr terus diberi kesihatan yang baik, ilham dan hidayah utk meneruskan dakwah ini dgn cara Dr. InshaALLAH

Naz Mohamed said...

Sesungguhnya Ramdahan adalah hadiah terbesar dari Allah swt. Amat rugilah sesiapa yang mensia2kannya. Memasuki fasa ke2, marilah kita berebut berpesta ibadah krn masa semakin suntuk utk dibazirkan begitu saja.

Anonymous said...

Allahu Akbar...

setiap kali baca tulisan Dr, walau hanya sedikit...terlalu sebak dan hiba..

Moga Ramadhan ini yang terbaik buat kita.....kerna mungkin kita tak akan jumpa untuk Ramadhan akan datang..

Zue