Followers- Jalinan Ukhuwah

Sunday, May 25, 2008

Umrah 26 Mei 08

Pagi tadi Wardah Sofiya, anak perempuan kami darjah Satu bertanya, "Kenapa nak pergi Mekah? maka umminya mencelah "Ummi dan ayah hendak berdoa di Mekah." Maka berkatalah Sofiya "Ala, kat sinipun boleh berdoa. Bukankah Allah berada di mana-mana? Jadi mengapa Mekah?" Bagaimana untuk memberi penerangan agar si kecil ini faham?

InsyaAllah esok, saya dan Aishah akan berangkat ke Tanah Suci bagi menunaikan Umrah. Moga perjalanan Umrah kami berjalan lancar dan memperolehi Umrah yang mabrur.

Friday, May 16, 2008

Terima kasih ya Allah

Hari ini hari Jumaat, hari yang penuh dengan keberkatan. Hari mulia ini, hati saya diketuk untuk memiliki blog sendiri setelah menyimpan hasrat kira-kira 2 tahun lalu.

Terima kasih ya Allah dengan kasih sayangMu. Berikanlah aku ruang untuk membina diri dan masyarakat melalui blog ini.

Kedamaian akan terus dicari...