Followers- Jalinan Ukhuwah

Sunday, May 24, 2015

Status Dana Tahfiz & Iftar Ramadan

Assalamualaikum,

Awalan, Terima kasih kepada tuan/puan yang telah menyumbang ke Dana Iftar dan Tahfiz KHM Melaka.

Untuk makluman, sahabat-sahabat KHM khususnya di Palestin, Madinah, Bangladesh, Indonesia dan Kemboja serta beberapa institusi pendidikan Malaysia sudah bersedia untuk membantu menjayakan Program Iftar Ramadan 2015.

Adalah menjadi harapan agar sasaran dana dapat dicapai menjelang Ramadan.

Alhamdulilah sukacita saya maklumkan status dana bagi projek Iftar Ramadan dan Kompleks Tahfiz (jumlah sehingga 22 Mei  2015).

Dana Iftar Ramadan: 
     RM4,030.00

Dana Kompleks Tahfiz:  RM23,973.00

Tarikh Tutup:
Dana Iftar: 2 Jun 2015  (15 Syaaban). 
Di tutup awal bagi tujuan dana tiba ke lokasi berkenaan sebelum Ramadan. Penerimaan selepas 2 Jun 2015, akan diagihkan ke Pusat Anak Yatim/Tahfiz di Malaysia. 

Dana Kompleks Tahfiz:  Masih dibuka hingga dimaklumkan.

Untuk maklumat lanjut, boleh berhubung terus dengan Dr Ridzwan 013-2090000 atau Tn Hj Razali 012-6079097.

Terima kasih dengan sumbangan tuan/puan. Mohon share dan war warkan ke website, fb dan media lain supaya sasaran dana iftar tercapai dan Kompleks Tahfiz boleh dimulakan.

Terima kasih & Barakallahufeekum.

Friday, May 22, 2015

Ibu Rina Dalam Kenangan

                                                               Innalilahu wainnahirrajiun...

             Foto: Ibu Rina di Majlis Perasmian Masjid Abu Bakr As Siddiq (KHM Bandung)

Dengan dukacita dimaklumkan bahawa pendukung KHM di Bandung, Ibu Rina- Mantan Ahli Parlimen Dewan Perwakilan Rakyat, telah kembali ke rahmatullah kerana kanser. Saya dan isteri terutamanya serta semua exco KHM merasa kehilangan insan penting di sepanjang menyusuri jalan kerja-kerja amal ini. 

Untuk makluman, Ibu Rina banyak membantu kita semua melalui wadah KHM ketika kita sama-sama membangunkan Masjid Abu Bakr AsSiddiq di tengah sawah dan juga sama-sama menjadi tenaga pengerak Koperasi Syariah Garut bagi melahirkan usahawan dikalangan orang-orang miskin. Idea-idea KHM mengenai cara pelaksanaan Koperasi Syariah bagi membantu fakir miskin telah dilaksanakan oleh Ibu Rina di wilayah Parlimen beliau di Garut/Tasik Malaya. Satu legasi penting yang ditinggalkan. 


       Foto Asal Masjid Abu Bakr As Siddiq. Tanpa bantuan Ibu Rina Masjid ini tidak mampu berada di tengah sawah ini.....

"Ya ALLAH, Kau ampunilah sahabat kami ini dan tempatkanlah beliau di kalangan orang-orang soleh dan berbakti..." Amin.

Monday, May 18, 2015

Friday, May 15, 2015

AL-NAKBA: Di sana Merintih, Di sini Merungut...



Salam dan Muhasabah Jumaat,

Di saat kita mampu makan dan minum, dikala kita bergaduh dan melenting pasal isu Tabung Haji dan GST, sahabat2 kita di Palestin terus merenung masa depan....

Hari ini 15 Mei dikenali sebagai Nakba Day. Ringkasnya, Hari Nakba adalah hari penderitaan rakyat Palestin kerana dihalau dari tanahair sendiri. Tidak mustahil ianya berlaku kepada kita bilamana ahli politik sangat sibuk berpolitiking, menambah kekayaan, meratah masa depan rakyat dan berkompang ke arah kemusnahan ummah. Rakyat pula berpecah sehingga ulama' diperlekehkan...Wallah'alam.

InsyaALLAH, KHM sedang berusaha untuk menguruskan Program Dana Iftar Ramadan ke Gaza dan Baitulmuqaddis. Moga ALLAH permudahkan...

*****************************************************
 Source: Al-Jazeera.com

Each year on May 15, Palestinians across the world commemorate the Nakba (catastrophe), or the 1948 establishment of Israel that led to hundreds of thousands of Palestinians being displaced from their homeland.

The estimated 1.7 million Palestinians who carry Israeli citizenship and live in villages, towns and cities across the country are no exception. Each year, protests, marches, lectures and other events to mourn their ancestors' dispossession are held in Palestinian communities across Israel. Yet, since 2011, Israeli legislation has made mourning the Nakba publicly difficult for Palestinians and others in Israel. The "Nakba Law" authorises Israel's finance minister to revoke funding from institutions that reject Israel's character as a "Jewish state" or mark the country's Independence Day as a day of mourning. Although the Nakba Law has yet to be technically implemented, human rights groups and activists say it has a dangerous deterrent effect and is meant to intimidate Palestinians and others who view Israel's establishment as a day of mourning for Palestinians.

Sunday, May 3, 2015

REJAB: IMAN, CINTA DAN PERJUANGAN



Artikel yang telah dikongsi di ruang Tadabur Rehal Sinar Harian 12 Rejab/1 Mei 2015.

Rejab adalah salah satu bulan yang disebut dalam Al-Qur’an. Bila Al-Qur’an menyebut, sudah tentu ianya istimewa. Bulan Rejab adalah sinonim dengan peristiwa Isra’ Mikraj. Ianya bukan cerita dongeng. Rejab bukanlah sekadar satu perjalanan Pemimpin Agung bertemu  Pemilik alam dan PenciptaNya. Ianya adalah perjalanan signifikan hamba menemui PenciptaNya, mengambil amanah dan menyampaikan amanah. Ianya adalah perjalanan ukiran iman, takjubnya cinta dan geloranya perjuangan. Rejab adalah bulan bermulanya hadiah istimewa dari langit khusus bagi umat yang mahu mengerti. 


IMAN


Peristiwa Isra Mikraj benar-benar menguji keimanan para sahabat dan pendukung risalah Islam. Di kala Baginda merasa begitu gembira apalagi saat dapat bertemu dengan Allah swt, perkongsian perjalanan suci ini ditempelak oleh kaum Quraisy. Baginda ditertawakan, di gelar gila dan berbagai cemuhan menghingap telinga. Ianya mengegarkan kepercayaan masyarakat. Al-Amin gelaran istimewa Rasululah s.a.w sudah tiada nilai di saat manusia mempunyai hati yang rosak dan menolak risalah Islam. Di saat kekecewaan itu, muncul insan mulia bernama Abu Bakar As-siddiq membenarkan peristiwa Isra’ dan mikraj. Ia menyuntik semangat untuk terus berdakwah.

Dalam kehidupan, iman dan semangat kita sering naik dan turun. Di saat kita senang, kita terlupa sedikit dengan ALLAH dan di saat kita sukar, ramai pula teman yang meminggir. Itu adalah fitrah. 

Jika Rasulullah saw mendapat hadiah istimewa daripada Allah saw pada bulan Rajab dengan peristiwa Isra’ Mi’raj, maka kisah Isra Mikraj juga mengundang hadiah ALLAH buat kita. ALLAH memberi kita bulan Rejab agar kita dapat memperkukuhkan iman kita, Iman akan wujudnya ALLAH, Tuhan yang Esa, Tuhan yang satu yang bersemayam di Arash.

Iman akan kewujudan para petugas ALLAH berupa para Malaikat
Iman kepada kewujudan Kitab-kitab suci
Iman akan adanya para Rasul dan Nabi serta Rasululah s.a.w, penutup segala nabi. 
Iman akan adanya hari Akhirat
Iman akan Qada’ dan Qadar, perkara ghaib, iman akan ketentuan ALLAH.


CINTA

Di kala Baginda s.a.w  berdukacita dan berhadapan dengan kehilangan insan-insan tersayang, ALLAH menunjukkan bahawa DIA lebih menyayangi. Di angkatNya darjat Rasululah s.a.w melalui proses isra’ dan mikraj, menjadi Pemimpin besar buat sekalian Rasul dan Nabi. 

Justeru, dalam konteks ini, Allah menghadiahkan Rejab, Syaaban dan Ramadan sebagai tanda cinta dan kasih kepada hambaNya. Di saat kita lalai dengan nikmat dunia, Ramadan melambai melalui lorong Rejab dan Syaaban. Rejab memberi kita ruang untuk Cinta ALLAH, Cinta Rasulullah saw dan Cinta akan para sahabat Baginda. 

Sudah tentu hadiah khas yang kita terima melalui Rasululah sa.w. ialah perintah Solat lima waktu sehari semalam. Ianya adalah tanda cinta ALLAH dan Rasululah s.a.w kepada kita. Solat adalah asas kejayaan. Perintah solat mengajar kita untuk menguruskan masa dengan baik, mengikut perintah dan tertib solat dan menjadi terapi kepada persoalan kehidupan yang sentiasa kita tempohi setiap detik dan saat. 

Kita dapat berbicara dengan ALLAH secara gratis dalam solat dan ketika memanjatkan doa.
Lantas, bagaimana untuk berjaya jika seruan kejayaan (hayya alassolah) kita tidak ambil peduli? 


PERJUANGAN

Bulan Rejab meninggalkan banyak kesan sejarah yang perlu kita hayati. Sejarah bukan untuk di simpan dalam muzium. Sejarah adalah untuk dihayati, diambil iktibar dan pencetus perubahan tamadun insan. Antara peristiwa signifikan berlaku dalam bulan Rejab adalah

1. Lahirnya  Imam As-Shafiee

Imam Syafie dilahirkan di Ghuzah-daerah Palestin, pada bulan Rejab 150 H atau 767 Masehi. Beliau menghafal 30 juzu’  Al-Quran ketika berumur 9 tahun,  Mengkaji dan memahami  kitab Al-Muwatha’, karangan Imam Malik, tidak lama kemudian Al-Muwatha’ telah dihafalnya pada usia 19 tahun. Kerana kebijaksanaannya  pada umur 15 tahun beliau telah dibenarkan  memberi fatwa di untuk  masyarakat dan menjawat sebagai guru  ilmu hadith serta menjadi mufti. Ketika berusia 20 tahun beliau merantau untuk mendalami ilmu  dengan  Imam Malik di Madinah, dan kemudian ke Irak, Parsi dan akhirnya kembali ke Madinah. 

2.  Pembebasan Palestin oleh Salahudin Al-Ayubi

Di bulan Rejab  tahun 583 H (1187 M), Shalahudin Al Ayubi  telah  memimpin pasukannya berangkat ke Baitulmuqaddis untuk membebaskannya dari cengkeraman tentera salib yang telah menguasainya selama hampir satu abad. Kemenangan Shalahudin sangatlah istimewa karena berjaya mengembalikan bumi Isra’ Mi’raj dan kiblat pertama kaum muslimin ke dalam pangkuan Islam. 


3.   Jatuhnya Kerajaan Uthmaniah

Pada 28 Rejab 1342 Hijrah  (3 Mac 1924M), Khilafah Uthmaniah telah berjaya dikuburkan secara rasmi oleh Mustafa Kamal At-Tarturk  Turki dengan dokongan Britain dan Perancis.  Di saat kerajaan Uthmaniah tamat,  umat kehilangan asas kepimpinan. Tiada lagi institusi yang mampu melindungi umat secara kolektif dan global. Syariah tidak lagi dijadikan asas negara, dan ideologi sekular dan kapitalisma di tanam ke dalam jiwa umat dengan penjajahan terancang. Kerajaan besar Uthmaniah telah dipecah-pecahkan kepada lebih 40 negara-negara kecil dengan berpaksikan  kaum, wilayah dan semangat kebangsaan yang merosakkan. Akibatnya, umat Islam terus berkelahi, merebut wilayah dan kekuasaan dan dipisahkan antara negara kaya dan miskin.


Rumusannya, bulan Rejab bukan sekadar bulan berkisar perjalanan Rasululah s.a.w  melalui peristiwa isra’ dan mikraj untuk kita kenang.  Tetapi bulan Rejab adalah bulan kita menilai tahap iman kita, status cinta kita kepada ALLAH, Rasululah s.a.w dan Islam serta bulan di mana kita menilai dan menghayati sejarah Islam agar umat akan lebih progresif. Imam As-Shafie menunjukkan contoh terbaik untuk umat menguasai ilmu, Salahudiin Al-Ayubi menunjukkan contoh membebaskan Baitulmuqaddis  dan kejatuhan Kerajaan Uthmaniah seharusnya memberi semangat untuk umat bangkit demi mengembalikan Khilafah dan kepimpinan dunia ke tangan umat Islam.


Status Dana Iftar dan Tahfiz 30 April 2015



Assalamualaikum,

Alhamdulilah sukacita saya memaklumkan status dana bagi projek Iftar Ramadan dan Kompleks Tahfiz Profesional (jumlah sehingga 30 April 2015).

Dana Iftar Ramadan:  RM67.00
Dana Kompleks Tahfiz Melaka: RM21,073.58

Tarikh Tutup:
Dana Iftar: 2 Jun 2015  (15 Syaaban)
Dana Kompleks Tahfiz:  Masih dibuka hingga dimaklumkan

Terima kasih dengan sumbangan tuan/puan. Mohon share dan war warkan ke website, fb dan media lain supaya sasaran dana iftar tercapai dan Kompleks Tahfiz boleh dimulakan.

Terima kasih & Barakallahufeekum.