Followers- Jalinan Ukhuwah

Showing posts with label Kisah Dakwah. Show all posts
Showing posts with label Kisah Dakwah. Show all posts

Sunday, November 18, 2012

Israel: Tunggu apalagi masuk ajelah ke Gaza...

 On Friday 17th November, The Times British newspaper said that Israeli Army will launch a ground invasion to destroy Hamas military infrastructure and rocket stocks across the Gaza Strip within the 48 coming hours.
The newspaper also said that thousands of Israeli soldiers were prepared to storm Gaza, 60 minutes after the Palestinian militants launched rockets at Israeli cities. An Israeli official told the newspaper that the army troops are ready and waiting for orders in order to raid Gaza.
Petikan BBC news 17 Nov 2012.  75,000 Israel army ready to storm Gaza

Ketika Pemimpin Tentera Bergajah memberi kata dua kepada Abdul Mutalib (Datuk Rasululah s.a.w) supaya arahkan semua penduduk Mekah keluar dari Mekah  kerana tentera bergajah akan storm Mekah, maka berkatalah Abu Mutalib

“Sesungguhnya, bumi Mekah bukan milik kami. Walaupun aku adalah pemimpin Mekah tetapi  aku tidak mampu membuat arahan sedemikian.”

Mengapa?

Tambah Abdul Mutalib “Kerana bumi Mekah adalah bumi suci dan mempunyai Penjaganya sendiri. Jika kamu mahu juga menghancurkan Kaabah, maka silakanlah..." (apa tunggu lagi masuk ajelah..)”

Nota:  Jika anda mengikuti rombongan Umrah KHM, kami akan tunjukkan lokasi di mana tentera bergajah yang sombong itu dimusnahkan oleh tentera ALLAH.


Nota Ringkas KHM:

Wahai Israel laknatullah,  apa tunggu lagi  segeralah masuk   to storm Gaza.  75,000 tentera dikerahkan tidak akan mengerunkan insan yang memegang syahadah kerana syahadah  bukan semata-mata dibibir kami.

Wahai Israel laknatullah, Tak perlulah fikir panjang, masuk ajelah Gaza kerana Tentera  ALLAH berjubah putih bersedia menanti kesombongan kamu yang sentiasa merosakkan  hubungan kemanusiaan dan keimanan. Pegawai keselamatan Gaza atau Hamas tidak akan mampu menahan kemaraan 75,000 tentera kamu sebagaimana tidak mampunya Abdul Mutalib mempertahankan Mekah.  Tetapi  tentera ALLAH akan hadir menunjuk jalan keluar untuk kamu.

Kepada pemimpin Islam hipokrit seperti  Bassyar  Assad, hentikan kejantanan kamu yang tidak berfaedah itu dengan membantu Palestin. Tiada faedahnya untuk menghentam rakyat sendiri  kecuali  kamu sangat cinta dunia yang sudah sebati  dan ingin terus dinikmati. ALLAH telah terbalikkan Firaun, maka tidak mustahil bagi ALLAH untuk terbalikkan kamu!

Kepada  pelajar-pelajar   PhD/Masters (anak jati Gaza) di bawah penyeliaan saya yang kini sudah kembali ke Gaza untuk berkhidmat, nothing much we can do but truly ALLAH will send HIS army to protect Gaza. We will pray for you.  

"Minggu lepas anda menangis di depan saya, hati saya yang keras inipun menangis kerana kamu. Pelukan ukhuwah antara kita mungkin berakhir di sini. Mungkin ini adalah pertemuan terakhir buat kita. Kembalilah ke pangkuan ibubapamu dan pertahankanlah tanahairmu. Jika aku menjadi kamu, aku juga akan kembali pertahankan hak aku dibumi aku...... ALLAHU AKBAR!

Mungkin tentera ALLAH  sedang  meniupkan semboyan  kepada Israel,  Please come ….

 Foto:  Tentera ALLAH berjubah putih bukanlah cerita baru di Palestin

Tuesday, June 26, 2012

Nilai Sebuah Senyuman...


Nilai  Sebuah  SEnyuman -  QASIM  HANIF

Dengan kuasa ALLAH,  ketika  sarapan pagi di sebuah  hotel di Terengganu,  saya  melemparkan senyum  kepada  seorang  hamba ALLAH, seorang  mat salleh  Australia.  Senyum bagi saya adalah mudah untuk dilakukan  biarpun kepada  orang asing.   Lantas beliau  meninggalkan  meja dan  menghampiri saya dan berkata  “There is  one joke about Malaysian frog...”   (Nak tahu joke ini, boleh jumpa saya...”).   Kemudian kami lantas  ketawa bersama.  

Lepas itu, beliau terus menghentam  puak  hipokrit  yang sedang menguasai  dunia.  Beliau  bermati-matian pertahankan  Palestin.  Pelik.....siapa dia ni tiba-tiba hentam puak hipokrit!       Saya katakan kepada beliau  saya sibuk  sekarang,  Can we discuss bada' maghrib  over dinner 7.45pm? 


Foto:  Bersama Qasim Hanif-  Mula dengan senyuman, berakhir dengan senyuman. Nilai sebuah senyuman yang mampu marapatkan saf perjuangan.

Jam 7.45 malam beliau  sedia menanti kehadiran saya di cafe hotel.  Kami  bersembang panjang  mengenai   isu  Palestin.  Akhir sekali beliau nyatakan, “ I am muslim, age more than 50 years old.  I got hidayah   when I visited  Sri Lanka.  The athan is so  beautiful  that  touched my heart.   Surprising!  Mereka tersentuh dengan indahnya azan, kita pula tidur ketika azan....

Diskusi  kami  bertukar kepada  bagaimana beliau  boleh  istiqamah  dan sustain dengan  Islam dalam masyarakat Australia  yang kini free-thinkers  dan anti Islam?  

InsyaALLAH  Bersambung.....

Tuesday, April 19, 2011

I Can Cheat God! Can You...? #2


Alhamdulilah ALLAH memberi saya peluang untuk terus menulis di dalam blog kerdil ini. Entri kali ini saya ingin menyentuh siri #2 I Can Cheat God! Can you..?

Sebenarnya, tajuk entri ini saya perolehi kira-kira dua minggu lepas . Ketika menanti pesawat di ruang menunggu terminal domestic KLIA, saya menyapa seorang ‘mat salleh’. Insan ini tidak saya kenali. Tapi apa salahnya jika saya menyapa seseorang yang asing. Tidak rugi satu senpun.

(Nota Kemusykilan: kadang-kadang muslimah agak sensitive jika disapa oleh orang yang tidak dikenali. Betulkah begitu? Mungkin andaian saya sahaja bersandarkan pengalaman menyapa beberapa muslimah. Langkah berhati-hati mesti sentiasa dipelihara oleh muslimah, apatah lagi dengan orang yang tidak dikenali).

‘Mat Salleh’ ini menjadi ‘mangsa’ saya pada malam hujung minggu tersebut. Sapaan saya disambut dengan senyuman dan kemesraan. Itulah dia masyarakat Barat. Senyuman adalah perkara biasa.

Lantas saya mulakan bicara dengan memperkenalkan diri. Kemudian saya mempelawa minuman ringan dan sedikit biskut untuk dikongsi. Maka berkatalah mat salleh ini “I am fasting.”

“Fasting!” saya agak terkejut.

Kemudian saya bertanya kembali, “You are fasting on Friday?”

Dia menjawab “Yes. Everyday for 46 days.”

“Everyday For 46 days!” Saya ulang lagi perkataan beliau kerana benar-benar terkejut.

“Muslim fasting for 30 days but we catholic fasting for 46 days until the day of Good Friday.” Beliau menerangkan kepada saya.

SUBHANALLAH! Hati ini ditepuk oleh kelalaian diri. (Dah lama saya tidak puasa sunat...).

Saya bertanya lagi, “Did Jesus fasting for 46 days?”

Beliau menjawab, “No. He did 40 days only.” Lantas saya bertanya lagi, “So, why you fasing for additional 6 days?” Beliau sekadar mengukir senyuman mesra menyimpan persoalan yang sepatutnya saya perlu terokai.

Panggilan menaiki pesawat menganggu rentak perbualan kami. Saya membiarkan sahaja penumpang menaiki pesawat hingga saya menjadi penumpang terakhir menjengokkan wajah dimuka pesawat.

Senyuman manis peramugari MAS tidak mampu meleraikan persoalan tadi. Dengan kebesaran ALLAH, rupa-rupanya saya ditakdirkan duduk bersebelahan dengan mat salleh tadi.

“Well John, see you again.” Saya menyapa lagi.

“Yes, nice meeting you again Wan.” Beliau senyum lagi.

Selepas kira-kira 15 minit pesawat berlepas, petugas MAS menyediakan air kepada penumpang. Tanpa berlengah saya mencapai satu gelas fresh-orange. John turut sama mengambil dua gelas air.

Saya kehairanan lantas bertanya, “John, you said you are fasting. But I wonder why you take two glasses of water?”

Beliau menjawab dengan yakin, “Yes I am fasting…. But I can Cheat God!”

Saya terkejut lagi, “You can cheat God!”

“Yes, I can cheat God!..... Can You….?”

Persoalan ini tidak berjawab malah dihiasi dengan ketawa besar kami.

Saya tidak pernah terfikir bahawa “We can cheat God..!”.............

InsyaALLAH bersambung siri #3….

Saturday, November 22, 2008

Kisah Dakwah #1

Pengunjung setia blog meniti renjisan kedamaian,

Menyampaikan risalah Islam adalah tangungjawab kita sebagai seorang muslim. Di mana sahaja kita berada, tanggungjawab besar ini tidak boleh dipisahkan kerana kita telah membuat komitmen ini di hadapan Rabul Jalil dengan penyaksian cuma Allah adalah ‘Rabb’ diikuti dengan pegangan shahadah.

Satu ketika, saya berbicara dengan teman lama saya Tn Hj IN. Semasa sembang-sembang kualiti itu, beliau berkongsi kisah Pendakwah yang ramai sering merasa kurang selesa. Pendakwah-pendakwah ini sering mengunjungi rumah ke rumah ketika penghuni rumah baru pulang kerja atau baru ingin berehat selepas pulang dari pejabat atau membuat lawatan sebelah malam yang menganggu tuan rumah. Rakan saya ini bercerita bahawa biasanya beliau tidak akan melayan mereka.

Anda tahu apa yang berlaku?

Allah ingin mendidik kita supaya menjadi insan yang konsisten melakukan perubahan ke arah kebaikan. Setiap perjalanan kita, ada sesuatu yang Allah mahu tunjukkan kepada kita.

Apabila sikap rakan saya ini yang memandang sepi usaha insan lain melakukan dakwah, maka ditakdirkan satu hari ada seorang sami hindu menekan loceng rumah ’untuk berdakwah’ kepada teman saya ini. Tn Hj IN berkongsi bahawa berlaku kejutan dalam diri beliau pada petang itu. Tidak menyangka bahawa jika kita tidak berusaha untuk berdakwah atau menyokong usaha orang lain untuk program dakwah, maka ada pula orang lain yang akan ’berdakwah’ dengan kita. Saya teringat ustaz saya (kini seorang professor Laghatul-qur’an) pernah menyebut 18 tahun dahulu mengenai kerja dakwah ini. Beliau menekankan, ”kita hendaklah melakukan apa sahaja kerja dakwah mengikut kemampuan kita. Jika kita hanya mampu buat kerja kecil menampal setem, maka bersungguh-sungguhlah menampal setem. Sebab itu sahaja yang kita mampu. Usahlah kita memperlekehkan usaha teman-teman pendakwah yang lain.”

Mutiara Bicara:
Allah memberi kita berbagai medan untuk melaksanakan aktiviti mengajak kebaikan dan mencegah kemungkaran. Jika kita tidak melakukannya, orang lain pula akan ’berdakwah’ kepada kita. Pensyarah dan guru mempunyai medan unik dengan pelajar-pelajarnya, Pengurus dengan medan korporatnya, ahli politik dengan medan politiknya dan pegawai kerajaan dengan skop tersendiri. Lakukanlah aktiviti ini kerana ianya adalah tanggungjawab kita dan akan di tanya di medan sebenar Hari Mahsyar.

ridz