Pengunjung setia blog meniti renjisan kedamaian,
Menyampaikan risalah Islam adalah tangungjawab kita sebagai seorang muslim. Di mana sahaja kita berada, tanggungjawab besar ini tidak boleh dipisahkan kerana kita telah membuat komitmen ini di hadapan Rabul Jalil dengan penyaksian cuma Allah adalah ‘Rabb’ diikuti dengan pegangan shahadah.
Satu ketika, saya berbicara dengan teman lama saya Tn Hj IN. Semasa sembang-sembang kualiti itu, beliau berkongsi kisah Pendakwah yang ramai sering merasa kurang selesa. Pendakwah-pendakwah ini sering mengunjungi rumah ke rumah ketika penghuni rumah baru pulang kerja atau baru ingin berehat selepas pulang dari pejabat atau membuat lawatan sebelah malam yang menganggu tuan rumah. Rakan saya ini bercerita bahawa biasanya beliau tidak akan melayan mereka.
Anda tahu apa yang berlaku?
Allah ingin mendidik kita supaya menjadi insan yang konsisten melakukan perubahan ke arah kebaikan. Setiap perjalanan kita, ada sesuatu yang Allah mahu tunjukkan kepada kita.
Apabila sikap rakan saya ini yang memandang sepi usaha insan lain melakukan dakwah, maka ditakdirkan satu hari ada seorang sami hindu menekan loceng rumah ’untuk berdakwah’ kepada teman saya ini. Tn Hj IN berkongsi bahawa berlaku kejutan dalam diri beliau pada petang itu. Tidak menyangka bahawa jika kita tidak berusaha untuk berdakwah atau menyokong usaha orang lain untuk program dakwah, maka ada pula orang lain yang akan ’berdakwah’ dengan kita. Saya teringat ustaz saya (kini seorang professor Laghatul-qur’an) pernah menyebut 18 tahun dahulu mengenai kerja dakwah ini. Beliau menekankan, ”kita hendaklah melakukan apa sahaja kerja dakwah mengikut kemampuan kita. Jika kita hanya mampu buat kerja kecil menampal setem, maka bersungguh-sungguhlah menampal setem. Sebab itu sahaja yang kita mampu. Usahlah kita memperlekehkan usaha teman-teman pendakwah yang lain.”
Mutiara Bicara:
Allah memberi kita berbagai medan untuk melaksanakan aktiviti mengajak kebaikan dan mencegah kemungkaran. Jika kita tidak melakukannya, orang lain pula akan ’berdakwah’ kepada kita. Pensyarah dan guru mempunyai medan unik dengan pelajar-pelajarnya, Pengurus dengan medan korporatnya, ahli politik dengan medan politiknya dan pegawai kerajaan dengan skop tersendiri. Lakukanlah aktiviti ini kerana ianya adalah tanggungjawab kita dan akan di tanya di medan sebenar Hari Mahsyar.
ridz
2 comments:
salam ukhuwah,
memang betul kata saudara..kita semua perlu berusaha dalam medan kita dengan sebaik mungkin....
ada ketika saya merasa kecewa kerana tidak punya lebih masa untuk bersama sahabat yg lain berjuang di luar sana ...tp saya lupa di depan saya sudah ada mad'u yg sudah cukup utk memberi cabaran dakwah yg hebat bagi saya tangani...anak2 muda harapan Malaysia
p/s terima kasih keran melawat blog saya yg tak seberapa tu.. masih belajar menangani teknologi...
assalamualaikum,
Usaha dakwah adalah tugas kita semua, bukan hanya untuk golongan tertentu. Saya pernah bertugas di suatu negeri, dan didapati 'pendakwah' agama lain telah berjaya meresap sehingga hujung-hujung kampung.
Bersama lah kita berdakwah dan menyokong sepenuh hati pendakwah Islam.
Post a Comment