Pengunjung blog yang saya kasihi,
Kelmarin saya menghadiri satu majlis khas yang boleh dikatakan 100% di hadiri oleh Melayu Islam. Seringkali bila jemputan sebegini saya terima, saya akan merasa kurang selesa khususnya hendak berhadapan dengan kerenah ’orang kita’.
Sebagaimana biasa, saya akan tiba awal, seawal mungkin sebelum majlis bermula. Saya mencari tempat letak kereta yang mudah untuk saya keluar kemudian. Alhamdulilah, saya diizinkan Allah meletakkan kereta di tempat yang baik dan sememangnya mudah untuk saya keluar. Di dalam hati berbicara kemungkinan adalah ’orang kita’ yang akan datang lewat dan blok kereta saya. Saya sudah banyak kali diperlakukan sebegini oleh ’orang kita’.
Selepas majlis selesai kira-kira jam 12 tgh, saya terus bergerak meninggalkan dewan utama dan sebagaimana yang saya jangka ’orang kita’ akan blok kereta saya. MasyaAllah, hati siapa yang tidak terguris dengan sikap buruk ’orang kita’ ini! Saya terpaksa menunggu lebih 10 minit, namun kelibat tuan punya kenderaan mewah MPV ini tidak kelihatan. Kenapalah sikap buruk ini dijadikan amalan hidup? (1) menghalang kereta orang lain, (2) Tidak berusaha keluar awal supaya halangan tersebut tidak menganggu dan (3) Tidak rasa bersalah ke jika datang lewat dan blok kereta orang lain? Akhirnya, dengan bantuan orang Melayu Islam lain, saya terpaksa berusaha juga mengeluarkan kereta. Amat sukar melakukannya.
Dr Abdullah Al-Qarni menyebut, terlalu ramai muslim yang MISKIN AKHLAQ. Mereka tidak memikirkan bahawa perbuatan baik laksana minyak wangi yang bukan sahaja mengharumkan si pemakai tetapi turut mendatangkan manfaat kepada insan lain dan persekitarannya.
Kepada pengunjung setia blog ini,
InsyaAllah sama-samalah kita tunjukkan kekayaan akhlaq yang telah diwariskan oleh Rasul s a w dan para sahabat. Dengan kemurnian akhlaq, Islam berkembang dan dengan keluhuran akhlaq, ramai bukan Islam mencintai Islam. Jika perkara remeh parking keretapun ’orang kita’ tidak mampu fikir secara kemurniaan akhlaq, bagaimana mungkin kita mengembalikan khilafah?
Jika satu hari nanti anda bakal menjadi pemimpin masyarakat, ahli politik yang berpengaruh, atau seorang CEO atau seorang Pengarah jabatan kerajaan, nasihatkan petugas/pemandu anda supaya tidak menyakiti hati pemandu-pemandu lain. Atau anda sendiri berusaha datang awal supaya ada ruang untuk meletak kenderaan.
Muhasabah untuk diri saya, Hormatilah insan lain sebagaimana kita mahu diri kita dihormati.
9 comments:
Setuju sangat dengan istilah "miskin akhlaq" tu. Kekadang they are not civic-minded at all. Kalaulah kita jenis yg tak sabar, mau di..... kereta tu!! Nasib baik Ridz punya kekuatan yg Allah anugerahkan!!
Akhir zaman nih, umat Islam sendiri yang menjauhi akhlaq sebagaimana yg dianjurkan junjungan besar kita Muhammad SAW. Bahkan seolah-olah orang bukan Islam lebih mempraktikkan di dalam kehidupan mereka. Cuba bandingkan keadaan di Makkah dan di Spore dlm hal... toilet, sampah sarap, sikap pemandu kereta dll. Bukanlah saya nak kata orang Spore tu mcm bagus tapi bukankah kita dianjurkan dgn kebersihan mentelah pulak Islam saja yang menganjurkan penyucian physical yang practical sebelum sembahyang iaitu wuduk sebelum solat.. agama lain mana buat mcm nih - tapi kitalah jugak yg nampak pengotor bahkan buang sampah dari kereta mcm yg slalu kita nampak atas hway & jraya tu, pembuangan puntung rokok merata2 dll pembuatnya tak ada rasa bersalah langsung, rata-rate pelakunya adalah muslim. Islam manganjurkan sobar & berpesan2 seperti dlm surah Ikhlas, tapi umat Islam sendiri kalau pandu kereta bila ada yg menyekat kereta sekjap je dah bunyikan hon... x sobar langsung.
Kadang2 pelik jugak org UK nie..Mat salleh..memang sabar..jarang nak berebut atau bunyi hon kete. Kalau nak tunggu bas pun beratur aje. Senang2 ..nak ucap maaf dlln...Kalau nak bandingkan dgn org timur tgh yg dah lama tinggal di UK nie pun tak mcm Mat Salleh..memang baik dan penyabar. Di UK nie semua berdasarkan percaya dan mereka pun tak ada ID/Kad pengenalan mcm kita di Malaysia. Nilai kepercayaan dan kejujuran mereka sangat2 tinggi.
Salam Saudara Ridzwan,
Semoga dipermudahkan sewaktu viva nanti. Ameen.
Saya tengah baca buku haji muda..banyak tips yang bermanffat. T.Kasih
Hasnah, Bangi
Salam bos,
goodluck in your ultimate battle tomorrow morning. we pray for your success. Amin!
SALAM
MUDAH2AN TUAN HJ MENJADI TUAN HJ DR. LEPAS NI.. AMINN
I am not sure where you are getting your information, but good topic. I needs to spend some time learning more or understanding more. Thanks for excellent information I was looking for this information for my mission.
Amazing! This blog looks just like my old one! It's on a completely different topic but it has pretty much the same layout and design. Wonderful choice of colors!
This design is spectacular! You definitely know how to keep a reader amused. Between your wit and your videos, I was almost moved to start my own blog (well, almost...HaHa!) Great job. I really enjoyed what you had to say, and more than that, how you presented it. Too cool!
Post a Comment