Pembaca budiman,
Alhamdulilah kelmarin saya dijemput untuk menjadi ahli panel temuduga untuk calon PHD dan Sarjana bagi sebuah Yayasan milik GLC. Kegembiraan tersemat di hati dengan jemputan dan pengiktirafan sebegini. Inilah satu lagi ruang untuk saya membantu membina generasi muda.
Rata-rata calon yang hadir memiliki CGPA yang cemerlang. Yayasan ini juga menetapkan CGPA minimum 3.6 untuk pengajian Masters dengan pengalaman kerja 5 tahun. Persaingan untuk merebut 3 tempat untuk tajaan universiti ternama di luar negara ini agak sengit jika diukur dari sudut akademik. Cuma 3 calon sahaja yang akan dipilih dari senarai seramai 18 orang yang telah menetapi kriteria.
Penilaian untuk mendapat biasiswa ini bukan berdasarkan kepada academic excellence semata-mata. Kebanyakkan calon silap perhitungan. Bagi saya, sudah tentu panel akan melihat dari sudut kepimpinan, emosi dan spiritual. Ada calon yang memberi isyarat badan seolah-olah mereka kecewa kerana gagal menjawab soalan teknikal dan ketidak mampuan mengolah kedudukan ekonomi dunia dan ekonomi Malaysia. Ada juga calon yang suka sangat ketawa di sepanjang sessi temuduga, ada juga yang ’kaki goreng’, ada juga yang cuba mengajar penemuduga dan ada juga yang tidak pandai mengambil hati penemuduga. Bagi calon PHD pula kebanyakkannya tidak bersedia bahkan gagal memahami apa itu ’research methodology’.
Sekiranya anda atau anak-anak anda bakal melalui proses permohonan biasiswa, tips berikut boleh membantu.
1. Ucapkan assalamualaikum dan hulurkan tangan untuk bersalam dengan ahli panel.
2. Senyum
3. Perkenalkan diri, latar belakang keluarga dan tahap akademik
4. ’Market’ diri sebaik mungkin dengan berhati-hati.
5. Jujur dan berterus terang. Bila di tanya soalan ’research methodology’, tidak perlulah goreng penemuduga seolah-olah penemuduga tidak tahu. Jika tidak pasti, katakan ”saya belum menguasai ilmu ini tuan”.
6. Buat homework dan tunjukkan minat dan kesungguhan kenapa saya layak mendapat biasiswa ini. Ada calon masters yang datang tidak bersedia, contohnya bila penemuduga bertanya ”Apakah pilihan universiti anda?” atau ”Berapa skor IELTS, GMAT / TOEFL yang anda sudah perolehi?” . Elakkan bertanya kembali kepada penemuduga seperti ”Oh... kena cari universiti dulu ke?” atau ”Kena ambil TOELF ke?” Atau ”apa itu IELTS/GMAT?”
7. Bagi calon PHD, hadirlah dengan persiapan ’research proposal’ anda. Tidak perlulah penemuduga tercari-cari apa sebenarnya yang anda ingin lakukan. Juga tunjukkan keseriusan anda dengan menerangkan ’literature review’ yang anda telah menelaahnya.
8. Elakkan meletakkan kepentingan diri dari kepentingan masyarakat atau organisasi/majikan. Jangan jadikan biasiswa sebagai batu loncatan untuk kepentingan diri. Contohnya: “Selepas tamat PHD, saya hendak jadi pensyarah di Universiti”. Penemuduga tidak berminat dengan jawapan sebegini. Mungkin untuk jawatan pensyarah universiti, jawapan sebegini sesuai. Penemuduga bagi maksud Yayasan GLC ini mengharapkan bakal Dr ini akan menjadi bakal pemimpin, bakal CEO atau memimpin team konsultansi. Ini adalah biasiswa Top 20 University dunia bagi membina barisan pelapis untuk menerajui korporat Malaysia.
9. Berdoa dan mohon kepada Allah. Kepandaian kita bukanlah faktor utama untuk kita memiliki biasiswa atau sesuatu perkara, kerana pemilikan abadi dan mutlak adalah kepunyaan Allah.
Kesimpulannya, terlalu banyak kelemahan yang dilakukan oleh anak-anak muda kita walaupun CGPA mereka melebihi 3.6. Jika mereka tidak menunjukkan kesungguhan dan minat, bagaimana mungkin penemuduga berminat dengan mereka? Ini adalah sessi sembang biasiswa top 20 universiti dunia, bukan sembang kopitiam.
ridz
11 comments:
Salam,
Mohon izin untuk saya 'cut & paste' ke my personal blog untuk rujukan masa akan datang.
Terima kasih.
Salam sdr Zamri,
Jika artikel dan tips biasiswa ini bermanfaat, saya tiada halangan. Cuma saya berbesar hati jika blog saya diberi kredit jika ianya bakal dimuatkan di blog-blog atau penulisan umum lain.
Terima kasih dengan penghormatan perkongsian saya ini.
ridz
Pada saya memang dari dulu lagi orang akan memandang kelayakan akademik tinggi pencapaian CGPA maka pandailah orang tersebut, tetapi kebanyakan yang ditemui ianya adalah sebaliknya, soft skills boleh kata nil. Ini yang membuatkan pelajar yang sederhana pencapaian akan tersisih dan tidak dilihat sebagai mempunyai potensi yang baik. Ini yang harus dibaiki untuk melahirkan orang muda yang seimbang. Alhamdullilah masa di temuduga di IIUM, kelayakan akademik sangat sederhana, tetapi mereka memberikan peluang berdasarkan pengalaman kerja dan kesungguhan semasa temuduga. Itu yang sepatutnya diambil kira.CGPA kriteria yang paling akhir, kesanggupan meneroka dan mencuba yang lebih utama dari kelayakan akademik. Tiada gunanya CGPA 3.5 tetapi menyelesaikan masalah nil.
Salam,
Saya mohon bagi menyalin maklumat di atas dan sumbernya sekali. Apa boleh dibuat begitu?
Sdr Fazli & Pengunjung blog,
Penulisan Biasiswa Post Grad adalah hasil dari pengalaman dan standard yang saya tetapkan sendiri. Ianya tiada bahan rujukan khusus. Tidak juga dimaklumkan sebelum sessi temuduga.
Terima kasih
Terima kasih tuan.
Dr Ridzwan,
Salam. Saya nak ucapkan ribuan terima kasih atas komen membina dlm entry "Biasiswa Post-Grad" ini. for your info, saya one of the shortlisted candidate, dan saya akur saya tak sempat membuat persiapan rapi untuk sesi interview tersebut atas masalah kesihatan & kesibukan kerja. Nasihat yg Dr berikan saya terima dengan hati terbuka dan saya praktikkan semua yg Dr advise dalam interview scholarship MARA dan Yayasan Khazanah. Alhamdulillah, saya telah mendapat jawapan positif untuk MARA. Untuk Yayasan Khazanah pula, saya berjaya ke pusingan kedua saringan (ada 4 round semuanya) dan pengalaman tersebut cukup menggembirakan saya. Doakan kejayaan saya dalam melanjutkan pelajaran.
rgds,
Juliana
Salam Dr,
Terima kasih atas tips dan nasihat yang membina, saya bersetuju dengan pendapat dan pengalaman yang telah dilalui oleh saudari Noraini, ini kerana mungkin nasib saya seperti saudari Noraini yang mana hanya berbekalkan CGPA yang tidak seberapa, susah untuk saya mendapatkan biasiswa atau pun pinjaman pelajaran.Tahniah Saudari Noraini.
Jangan katakan untuk mendapatkan biasiswa saya langsung tidak berpeluang menghadiri sebarang temuduga untuk mendapatkan biasiswa walaupun saya telah mendapat tempat untuk melanjutkan pelajaran di INCEIF, Masters in Islamic Finance.
Agak kecewa, kerana minat saya untuk meneruskan pengajian menghadapi kekangan kewangan, walaubagaimanapun saya akan terus berusaha untuk mencari sumber kewangan bagi menampung pengajian saya.
Sekiranya Dr. dan pembaca lain dapat membuka sedikit jalan untuk saya mendapatkan dana untuk menyambung pengajian saya Alhamdulillah hanya ALLAH yang mampu membalas jasa baik kalian.
Yang baik itu datang dari ALLAH, yang buruk itu datang dari kelemahan saya sendiri.
Wassalam
Fasya-cheapskatesmile@yahoo.com
Who knows where to download XRumer 5.0 Palladium?
Help, please. All recommend this program to effectively advertise on the Internet, this is the best program!
HogFloomyRele [url=http://wiki.openqa.org/display/~buy-zithromax-without-no-prescription-online]Buy Zithromax without no prescription online[/url] [url=https://launchpad.net/~codeine-poro]Buy Codeine no prescription[/url]
Info Yang bagus. Sedikit saya hendak kongsikan. Sekiranya ada diantara anda sedang mencari-cari biasiswa atau pinjaman. Usah risau dan kecewa, anda boleh dapatkan 40 Biasiswa 'Low Profile' di link ini >> Senarai Lubuk Biasiswa.
Post a Comment