Followers- Jalinan Ukhuwah

Thursday, November 20, 2008

Diskusi di Radio IKIM

Assalamualaikum,
Saya dimaklumkan pada malam tadi bahawa diskusi dan perkongsian yang telah saya emailkan petang semalam (seperti di bawah), akan ke udara pada Khamis minggu depan 27 Nov jam 9 malam di dalam rancangan Duniaku Buku.

Saya mohon maaf kepada rakan-rakan, saudara-mara tidak lupa kepada cikgu Zainab.

InsyaAllah saya akan update blog ini mengenai slot tersebut pada minggu depan.

ridz 21 nov 9am

*******************************************
Email terdahulu 20 Nov 6.45ptg

Pengunjung blog yang saya kasihi,

Alhamdulilah tengahari tadi saya di jemput untuk mengisi slot diskusi ilmiah Duniaku Buku Radio IKIM. Perbincangan ilmiah secara santai ini yang diuruskan oleh Ustaz Zamri amat bermakna kerana perbincangan berkisar bab Haji yang memfokuskan kepada generasi muda.

Mengikut ustaz Zamri, beliau akan usahakan untuk menyiarkan diskusi ini pada malam ini jam 9 malam (moga usaha dan pengorbanan ustaz Zamri diizinkan Allah). Nota: Saya tidak berani untuk memberi jaminan slot ini akan ke udara malam ini, namun saya yakin Ustaz Zamri akan melakukan sesuatu yang terbaik untuk perkongsian ini. Maafkan saya jika rancangan ini tidak dapat ke udara atas faktor-faktor di luar kawalan saya.

Akhir sekali, terima kasih kepada ustaz Zamri & Radio IKIM kerana mengundang saya untuk satu perkongsian. Juga Selamat Berangkat ke Tanah Suci kepada ustaz Zamri moga memperolehi Haji mabrur.

"Ya Allah ampunilah dosa hambamu yang lemah ini.."

ridz

2 comments:

Hajah Zainab bt Abdullah said...

Mudah2an ke udaralah jap lagi.Teruja nak dengar Tn Hj berceramah. Hari tu kat Tv termiss sbb waktu sekolah - kak nab mengajar!!

Anonymous said...

Kak Nab Salam,
InsyaAllah jika saya ke Kuantan dgn isteri, saya hendak ziarah. Ok kan?