Followers- Jalinan Ukhuwah

Review Buku Bila Pintu Hati Terbuka

Hati milik ALLAH dan diamanahkan buat kita. DIA akan memberi cahaya kepada hati kita jika kita memeliharanya. Hati perlu sentiasa digilap agar bersih dan bercahaya. Andai kita cetek ilmu, maka belajarlah dan hadiri majlis ilmu. Mengapa dibiarkan hidup dalam kejahilan dan serik dengan kegagalan? Bawalah semangat ombak dalam diri; setiap kali jatuh, akan bangkit kembali tanpa jemu.

Ketahuilah bahawa tika jendela hati terbuka, tiada tembok konkrit yang mampu menghalang kejayaan. Kita ada senjata hebat; antaranya solat, puasa, sedekah, zikir dan doa. Yakinlah bahawa pergantungan kepada-NYA mampu mencairkan hati yang sekeras kerikil malah doa merupakan kunci kekuatan dalaman setiap insan.

7 comments:

Mama Zilal said...

Salam Dr Ridz dan semua pembaca,
saya menemui buku yang sangat bernilai ini pada ketika saya di tahun 2 pengajian PhD ini. Ternyata buku ini memberi saya suatu nafas dan sinar baru dalam perjalanan penuh cabaran ini. Jujur saya katakan bahawa buku ini mempunyai roh yang sangat suci murni menyebabkan saya mengalirkan air mata dan sebak membacanya. Terima kasih yang tidak terhingga buat dr Ridz yang telah mengabadikan perjalanan PhD beliau buat tatapan generasi akan datang.

Mama Zilal said...
This comment has been removed by the author.
tinta_biru said...

Salam ukhuwah... akan mendapatkan buku saudara insya Allah dan cuba menyelami bait-bait kata yang ada di dalamnya :)

tinta_biru said...

Alhamdulillah... buku Dr. yg telah saya perolehi 25 Sept telah selesai dibaca kemarin 5 Okt.

Satu penceritaan kronologi perjalanan hamba dhoif yang agak santai & sempoi, tapi padat dgn ilmu yg bermanfaat, berilmiah & penuh dgn variasi minda positif..

Terima kasih kerana menyumbangkan idea & berkongsi pengalaman dalam usaha menggali ilmu PhD. Syukran Jaziilan ;-)

Rozita said...

assalamualaikum...
saya nak buku "bila pintu hati terbuka"
Macam mana carinya..nak tandatangan penulis sekali supaya saya bersemangat meneruskan cita-cita untuk buat PHD...

Terima kasih.

Unknown said...

Salam Dr dan semua muslimin & muslimat.

Ketika ini saya berehat seketika..dan akan menyambung mukasurat yg ke 156 buku BILA PINTU HATI TERBUKA. Terlintas utk mencari blog Dr di internet saat ini. Saya menjumpai buku Dr ketika berlegar2 SACC mall bulan Nov lepas sempena promosi cuti sekolah dari MPH. Saya tidak sangka buku seperti ini telah ditulis. Belum sampai ke mukasurat 9 lagi airmata saya telah gugur membasahi pipi... dan tidak disitu sahaja. Terima kasih kerana telah menulis buku seperti ini..sangat berinspirasi. Sesungguhnya ujian perjalanan PhD ini amat hebat terutama ujian emosi...dan kini saya sedang melaluinya. Doakan kekuatan perjalanan saya dan mereka2 yang bergelar calon PhD. Semoga kami juga berjaya mendapat PhD. Amin.