Followers- Jalinan Ukhuwah

Friday, April 18, 2014

MAKLUMAN KHM 10/2014 DANA IFTAR RAMADAN 2014

KHM  DANA  ANNUITI  AKHIRAT:  
 UNCANG AMAL IFTAR RAMADAN UNTUK GOLONGAN DHUAFA/ FAKIR/ MISKIN /ANAK YATIM  KINI DIBUKA

Sumbangan ke KHM Dana Annuiti Akhirat , sila gunakan akaun berikut:- 
Nama Akaun:  KHM Dana Annuiti Akhirat
Bank:   Bank Islam
No Akaun:   1418001-0013422

  Foto:  Pek makanan buka puasa di Mekah dan Unta turut disembelih bagi meraikan 
kehadiran Ramadhan  tahun 2013



Alhamdulilah dengan sokongan dari tuan/puan, dengan sukacita KHM melancarkan dana Program Iftar Ramadan On The Street 1435H/2014. Untuk makluman, pada Ramadhan tahun lepas seramai 12 orang jamaah Umrah KHM telah dapat merasai suasana dan cabaran agihan makanan di bawah program Iftar on the street ini. Mereka dapat melihat sendiri bagaimana pek makanan menjadi rebutan golongan dhuafa di kota Mekah. KHM juga turut menghantar wakil ke Indonesia untuk membuat agihan dan melihat sendiri bagaimana suasana damai berbuka puasa dengan makanan simple seperti kurma, tempe,  ubi kayu dan air putih.

Nikmat yang paling berharga ialah apabila kita dapat memberi sedikit rezeki dan melihat mereka sangat menghargai apa yang kita beri.

Kejayaan  program Iftar  pada tahun lepas 2013 telah menjadi titik tolak kepada usaha kita sama-sama untuk mengumpul dana bagi menaja masyarakat muslim khususnya golongan dhuafa fakir miskin berbuka puasa. Sesungguhnya, tidak rugi kita berkongsi sedikit rezeki kita untuk kerja kebaikan khususnya di bulan mulia Ramadhan Al-Mubarak nanti. Dan ALLAH menjanjikan rezeki kita tidak berhenti apabila kita terus memberi.

Untuk foto, rujukan dan kejayaan program tahun lepas, sila rujuk posting dalam blog http://ridzwan-bakar.blogspot.com, facebook/kelabhajimuda dan facebook/drridzwan sepanjang bulan Ramadan 2013 lalu (Julai-Ogos 2013).



                                Foto:  Sumbangan Iftar Ramadan Pusat Anak Yatim Malaysia

                                                    Foto:  Iftar Ramadhan di Indonesia

 InsyaALLAH, KHM telah merancang program berikut untuk tahun 2014:-

PROGRAM:   IFTAR RAMADAN  ON THE STREET
(TAJAAN BERBUKA PUASA GOLONGAN DHUA’FA/FAKIR/MISKIN/ANAK YATIM)

a)    Mekah Al-Mukarramah .
Kos sehari untuk 100pax = SR1,200
SEbulan = SR36,000 bersamaan  RM32,000

b)    Indonesia (Dengan kerjasama Sahabat  KHM Indonesia dan  DT)
Kos sebulan satu masjid= RM8,000
Sasaran 2 buah Masjid = RM16,000

c)      Malaysia
Pusat Anak Yatim/Tahfiz = RM10,000

JUMLAH DANA DIPERLUKAN = RM58,000

  TARIKH MULA   :  20  JAMADUL AKHIR /  20 APRIL 2014
  TARIKH TUTUP:  15  SYAABAN/ 13  JUN 2014

SASARAN:
Golongan dhuaafa/ fakir/miskin

  
MENGAPA DI MEKAH  & INDONESIA & MALAYSIA?
  • Ganjaran pahala  100,000x ganda di Tanah Suci Mekah
  • Mudah capai sasaran di Indonesia. Contohnya,  pendapatan penarik beca seminggu  Rp80 ribu = Sebulan  Rp320,000 bersamaan RM100 sebulan.
  • Mencipta nilai kasih dan sayang ke atas anak-anak yatim Malaysia

BAGAIMANA DANA INI DIURUSKAN?

Diuruskan secara professional, amanah dan transparent menggunakan  Akaun Khas “KHM Dana Annuiti Akhirat” . Semua kemasukkan dana ke akaun ini dari 20 April – 13  Jun 2014  akan dianggap untuk  sokongan program ini (Nota: Atau sehingga dimaklumkan).   Jumlah kutipan dana ini akan dimaklumkan  dalam blog dan FB setiap minggu supaya transparency  transaksi jelas.


BAGAIMANA AGIHAN DIBUAT?
Dana ini akan ditutup untuk tujuan Audit  pada 15  Syaaban/ 13  Jun 2014  (sasaran sebelum Nisfu Syaaban, sebelum  buku amal kita diangkat  untuk diaudit oleh Petugas ALLAH). 

Dana akan dihantar/diagihkan  terus ke Mekah, Indonesia, Malaysia  selepas diluluskan oleh EXCO KHM pada  25  Jun 2014/ 23  Syaaban 1435H.

Mekah:- Agihan dan urusan logistik  diuruskan oleh  Ahli Bersekutu KHM (affiliate member KHM, Tn Hj Arshad). 
Indonesia:-   Agihan dan pengurusan di buat oleh  Sahabat KHM Indonesia.  Kejayaan dan pengalaman tahun 2012 dan 2013   akan membantu urusan logistic.

JIKA DANA MELEBIHI SASARAN?
Jika ditakdirkan dana melebihi sasaran,  kesemua dana akan dihantar ke sasaran.  Keputusan akan dibuat oleh EXCO KHM yang akan bersidang pada  23 Jun 2014.

Sumbangan ke Dana Amal, sila gunakan akaun berikut:-

Nama Akaun:  KHM Dana Annuiti Akhirat
Bank:   Bank Islam
No Akaun:   1418001-0013422

  

Moga ALLAH mengurniakan rahmat dan rezeki untuk kita terus beramal dengan wadah KHM Dana Annuiti Akhirat.  Terima kasih. Amin!

2 comments:

Anonymous said...

Inshaa Allah

Expert Funding said...


Hello Pelanggan,
Pembiayaan Pakar Adalah penyelesaian pembiayaan yang pasti yang menawarkan semua jenis Perniagaan Besar/kecil dan pinjaman peribadi daripada $5,000 hingga 250,000 atau lebih dengan kadar faedah yang berpatutan sebanyak 2% tanpa penalti pembayaran balik awal atau lewat, kelulusan 24 jam.

Tawaran istimewa
Sila hubungi kami hari ini
melalui E-mel: expertinfoq@gmail.com