Alhamdulillah,
MasyaALLAH, TabarakALLAH adalah ungkapan hebat bagi memulakan penulisan ini.
Salam dan selawat ke atas junjungan mulia Muhammad s.a.w. sebagaimana penegasan
Al-Quran
"Sesungguhnya
Allah dan para MalaikatNya bersalawat (memberi segala penghormatan dan
kebaikan) kepada Nabi (Muhammad S.A.W); wahai orang-orang yang beriman
bersalawatlah kamu kepadanya serta ucapkanlah salam sejahtera dengan
penghormatan yang sepenuhnya."
(Surah Al Ahzab:56)
Dalam minggu ini kita dikejutkan dengan penutupan Al-Bukhari
International University (AIU). Ianya
memeranjatkan saya!
Rata-rata bila perkara ini saya tanya kawan-kawan, boleh dikatakan
hampir 100% tidak ambil peduli hal ehwal AIU ini. Semua kawan-kawan saya ini
tidak mempunyai kepentingan ke atas AIU, mungkin tiada adik beradik atau anak
belajar di Universiti ini.
Bila diteliti laporan media, tiada pula disebut atas alasan apa AIU
ditutup. Media juga menyebut AIU tidak mempunyai masalah kewangan. Saya
difahamkan semua program AiU mendapat akreditasi dari MQA. Jadi dari sudut
kualiti program - tiada isu. Saya juga
mengambil inisiatif menelefon AiU tetapi tiada siapa mahu komen.
Justeru mengapa ditutup?
Bila ditanya kawan-kawan di medan politik, jawapan mereka mudah “Padan
muka dengan Syed Mokhtar, biar telungkup bisnes dia.” Astaghfirullah alazim. Tidak perlulah kita
doakan Tan Sri Syed Mokhtar telingkup hanya disebabkan beliau mendapat banyak
kontrak kerajaan termasuk lesen bank, gula dan tepung.
Adakah AIU penting buat saya/kita?
AiU adalah penting buat saya dan tim KHM
dalam menilai keberkesanan sebuah institusi pendidikan.
Sebagaimana yang sahabat-sahabat dan tuan/puan sedia maklum, KHM
sudahpun membina masjid dan pasentren pendidikan di Indonesia, menjalinkan
kerjasama pendidikan di Kemboja dan InsyaALLAH dalam proses membina Institut
Tahfiz KHM Malaysia dan Palestin.
Kejayaan berdikit ini adalah atas sandaran bisnes model Islamik yang menjadi kajian dan dokongan praktikaliti
kehidupan yang KHM sedang usahakan. Ianya tidak mudah tetapi menuntut kesabaran
yang tinggi.
Bagi saya, penutupan dan kegagalan AL-BUKHARI
INTERNATIONAL UNIVERSITY (AIU) adalah sangat mendukacitakan.
Letak sebelah isu politik dan peribadi. Ayuh kita bahaskan isu ini dari
sudut professional.
AiU ditubuhkan menggunakan konsep Waqf. Sila rujuk website AiU.
Keutamaan diberikan kepada golongan dhuafa fakir miskin untuk melanjutkan
pelajaran di AiU. Justeru, penutupan AiU sedikit sebanyak menjejaskan persepsi
masyarakat umum terhadap institusi waqf.
The Albukhary International
University (AiU) located in the city of Alor Setar, Kedah Darul Aman, Malaysia
is fully funded through the Albukhary Foundation , a Malaysian based organisation with
an international presence started in 1996 by Malaysian corporate entrepreneur
and philanthropist Tan Sri Syed Mokhtar Albukhary. AiU offers a unique learning
experience by virtue of: It is a waqf (eternally charitable) University,
and there are no tuition fee charged. All students receive full scholarships
from the Foundation.
Sudah beberapa tahun saya
mengkaji dan meneliti kebolehan AiU dalam konteks pelaksanaan waqf dari
sudut pendidikan. Sebelum ini, saya tidak nampak masalah AiU sehingga terpaksa di tutup. Hari
ini 15 April 2014, TV3 melaporkan seramai enam pelajar menyaman AiU kerana isu
ditutup ini.
Soalan pelik akan timbul bagaimana pelajar “fakir-miskin” yang selama
ini ditaja sepenuhnya oleh Al Bukhary Foundation boleh mengambil tindakan
undang-undang terhadap institusi yang selama ini menyokong 100% kos pelajaran
dan sara hidup mereka menggunakan dana waqf
AL Bukhary Foundation? (Jika benar mereka fakir miskin dan mendapat biasiswa).
Walau
bagaimanapun, samada pelajar-pelajar ini dikategorikan sebagai miskin atau
tidak, mereka mempunyai hak untuk menuntut keadilan kerana AiU difahamkan tidak mengikut prosedur untuk menghentikan
operasi seperti yang ditetapkan di bawah Akta Institusi Pengajian Tinggi Swasta.
Maaf. Saya naïf di sini kerana tidak faham apa yang sedang berlaku dan
seolah-olah tiada transparensi sehingga
institusi AiU yang sangat penting ini diarah tutup.
Secara peribadi, saya merasakan AiU tidak seharusnya di tutup melainkan
jika Yayasan Al-Bukhari berhadapan masalah kewangan untuk terus menaja para
pelajar. Di sisi lain, seandainya Yayasan Bukhari menghadapi masalah kewangan
sekalipun, dana waqf di bawah Majlis
Agama Islam negeri-negeri Tanah Melayu masih mampu menyelamat, membangun dan menyusun semula AiU.
Justeru adalah disarankan agar:-
- Kajian dibuat untuk meneliti masalah sebenar sehingga AiU perlu ditutup.
- Perbincangan antara Yayasan Al-Bukhari, AiU, Kerajaan Negeri, Majlis Agama Islam Negeri Kedah, Mufti atau Pegawai pejabat Mufti Kerajaan negeri dan Kementerian Pelajaran dibuat bagi menyelamatkan AiU.
- Jika model bisnes dan operasi AiU tidak sesuai, tenaga pakar yang tidak mempunyai kepentingan perlu turun ke gelanggang membantu menyusun semula AiU.
Perlu ditekankan bahawa AiU adalah perintis institusi pendidikan tinggi
moden Malaysia berteraskan waqf yang perlu dipertahankan. Ianya adalah
institusi mensejahterakan masyarakat di mana pelajar-pelajar miskin muslim dan
bukan muslim boleh melanjutkan pelajaran di dalam satu institusi berpaksikan
sistem waqf.
Adalah menjadi harapan agar Al-Bukhari International University (AIU) dapat terus hidup dan membantu
pelajar-pelajar fakir-miskin muslim
mahupun bukan muslim untuk menimba ilmu di peringkat Universiti. Jatuh bangun AiU akan menjadi tanda aras keberkesanan
sistem waqaf dalam institusi pendidikan tinggi swasta di Malaysia. Penglibatan sektor korporat sangat-sangat diperlukan dalam
membangunkan universiti bersandarkan
waqaf ini.
Moga ALLAH mengampuni kita semua
atas kealpaan dan kelalaian ini.
1 comment:
Pelanggan yang dihormati,
Kumpulan pendanaan pakar menawarkan pinjaman kepada Individu dan syarikat terutamanya Individu yang mempunyai rancangan perniagaan dan Idea tetapi sukar memulakannya kerana rendah atau kekurangan modal permulaan.
Kami memenuhi keperluan kewangan pelanggan kami dan menolong mereka berjaya dari segi kewangan. Dapatkan modal / pinjaman jangka pendek dan jangka masa segera untuk Memulakan perniagaan anda sendiri dan nikmati faedah menjadi bos anda sendiri.
Kadar faedah rendah 2%
Tempoh 1 hingga 15 tahun
Hubungi kami melalui e-mel: franchisecapitalcorps@gmail.com
Post a Comment