Followers- Jalinan Ukhuwah

Wednesday, April 16, 2014

SATU HARAPAN AL-BUKHARI INTERNATIONAL UNIVERSITY



 

Alhamdulillah, MasyaALLAH, TabarakALLAH adalah ungkapan hebat bagi memulakan penulisan ini. Salam dan selawat ke atas junjungan mulia Muhammad s.a.w. sebagaimana penegasan Al-Quran




"Sesungguhnya Allah dan para MalaikatNya bersalawat (memberi segala penghormatan dan kebaikan) kepada Nabi (Muhammad S.A.W); wahai orang-orang yang beriman bersalawatlah kamu kepadanya serta ucapkanlah salam sejahtera dengan penghormatan yang sepenuhnya."                     
                                                                                                       (Surah Al Ahzab:56)


Dalam minggu ini kita dikejutkan dengan penutupan Al-Bukhari International University (AIU).  Ianya memeranjatkan saya!

Rata-rata bila perkara ini saya tanya kawan-kawan, boleh dikatakan hampir 100% tidak ambil peduli hal ehwal AIU ini. Semua kawan-kawan saya ini tidak mempunyai kepentingan ke atas AIU, mungkin tiada adik beradik atau anak belajar di Universiti ini.

Bila diteliti laporan media, tiada pula disebut atas alasan apa AIU ditutup. Media juga menyebut AIU tidak mempunyai masalah kewangan. Saya difahamkan semua program AiU mendapat akreditasi dari MQA. Jadi dari sudut kualiti program - tiada isu.  Saya juga mengambil inisiatif menelefon AiU tetapi tiada siapa mahu komen.

Justeru mengapa ditutup?

Bila ditanya kawan-kawan di medan politik, jawapan mereka mudah “Padan muka dengan Syed Mokhtar, biar telungkup bisnes dia.”  Astaghfirullah alazim. Tidak perlulah kita doakan Tan Sri Syed Mokhtar telingkup hanya disebabkan beliau mendapat banyak kontrak kerajaan termasuk lesen bank, gula dan tepung.

Adakah AIU penting buat saya/kita?

AiU adalah  penting buat saya dan tim KHM dalam menilai keberkesanan sebuah institusi pendidikan.

Sebagaimana yang sahabat-sahabat dan tuan/puan sedia maklum, KHM sudahpun membina masjid dan pasentren pendidikan di Indonesia, menjalinkan kerjasama pendidikan di Kemboja dan InsyaALLAH dalam proses membina Institut Tahfiz KHM Malaysia dan Palestin.  Kejayaan berdikit ini adalah atas sandaran bisnes model Islamik yang menjadi kajian dan dokongan praktikaliti kehidupan yang KHM sedang usahakan. Ianya tidak mudah tetapi menuntut kesabaran yang tinggi.

Bagi saya, penutupan dan kegagalan AL-BUKHARI INTERNATIONAL UNIVERSITY  (AIU)  adalah sangat mendukacitakan.

 Letak sebelah isu politik dan peribadi. Ayuh kita bahaskan isu ini dari sudut professional.
 
AiU ditubuhkan menggunakan konsep Waqf. Sila rujuk website AiU. Keutamaan diberikan kepada golongan dhuafa fakir miskin untuk melanjutkan pelajaran di AiU. Justeru, penutupan AiU sedikit sebanyak menjejaskan persepsi masyarakat umum terhadap institusi waqf.


The Albukhary International University (AiU) located in the city of Alor Setar, Kedah Darul Aman, Malaysia is fully funded through the Albukhary Foundation , a Malaysian based organisation with an international presence started in 1996 by Malaysian corporate entrepreneur and philanthropist Tan Sri Syed Mokhtar Albukhary. AiU offers a unique learning experience by virtue of: It is a waqf (eternally charitable) University, and there are no tuition fee charged. All students receive full scholarships from the Foundation.

Sudah beberapa tahun saya  mengkaji dan meneliti kebolehan AiU dalam konteks pelaksanaan waqf dari sudut pendidikan. Sebelum ini, saya tidak nampak  masalah AiU sehingga terpaksa di tutup. Hari ini 15 April 2014, TV3 melaporkan seramai enam pelajar menyaman AiU kerana isu ditutup ini.

Soalan pelik akan timbul bagaimana pelajar “fakir-miskin” yang selama ini ditaja sepenuhnya oleh Al Bukhary Foundation boleh mengambil tindakan undang-undang terhadap institusi yang selama ini menyokong 100% kos pelajaran dan sara hidup mereka menggunakan  dana waqf AL Bukhary Foundation? (Jika benar mereka fakir miskin dan mendapat biasiswa).  
 
Walau bagaimanapun, samada pelajar-pelajar ini dikategorikan sebagai miskin atau tidak, mereka mempunyai hak untuk menuntut keadilan kerana AiU difahamkan  tidak mengikut prosedur untuk menghentikan operasi seperti yang ditetapkan di bawah Akta Institusi Pengajian Tinggi Swasta.

Maaf. Saya naïf di sini kerana tidak faham apa yang sedang berlaku dan seolah-olah tiada transparensi  sehingga institusi AiU yang sangat penting ini diarah tutup.
 
Secara peribadi, saya merasakan AiU tidak seharusnya di tutup melainkan jika Yayasan Al-Bukhari berhadapan masalah kewangan untuk terus menaja para pelajar. Di sisi lain, seandainya Yayasan Bukhari menghadapi masalah kewangan sekalipun, dana waqf  di bawah Majlis Agama Islam negeri-negeri Tanah Melayu masih mampu menyelamat,  membangun dan menyusun semula AiU.

Justeru adalah disarankan agar:-
  1. Kajian dibuat untuk meneliti masalah sebenar sehingga AiU perlu ditutup.
  2. Perbincangan antara Yayasan Al-Bukhari, AiU, Kerajaan Negeri, Majlis Agama Islam Negeri Kedah, Mufti atau Pegawai pejabat Mufti Kerajaan negeri dan Kementerian Pelajaran dibuat bagi menyelamatkan AiU.
  3. Jika  model bisnes dan operasi AiU tidak sesuai, tenaga pakar yang tidak mempunyai kepentingan perlu turun ke gelanggang membantu menyusun semula AiU.

Perlu ditekankan bahawa AiU adalah perintis institusi pendidikan tinggi moden Malaysia berteraskan waqf yang perlu dipertahankan. Ianya adalah institusi mensejahterakan masyarakat di mana pelajar-pelajar miskin muslim dan bukan muslim boleh melanjutkan pelajaran di dalam satu institusi berpaksikan sistem waqf. 


Adalah menjadi harapan agar Al-Bukhari International University (AIU)  dapat terus hidup dan membantu pelajar-pelajar  fakir-miskin  muslim  mahupun bukan muslim untuk menimba ilmu di peringkat Universiti.  Jatuh bangun AiU akan menjadi tanda aras  keberkesanan  sistem waqaf dalam institusi pendidikan tinggi swasta di Malaysia.  Penglibatan sektor korporat  sangat-sangat diperlukan dalam membangunkan  universiti bersandarkan waqaf ini.

Moga ALLAH mengampuni  kita semua atas kealpaan dan kelalaian  ini.



1 comment:

Unknown said...

Pelanggan yang dihormati,
Kumpulan pendanaan pakar menawarkan pinjaman kepada Individu dan syarikat terutamanya Individu yang mempunyai rancangan perniagaan dan Idea tetapi sukar memulakannya kerana rendah atau kekurangan modal permulaan.

Kami memenuhi keperluan kewangan pelanggan kami dan menolong mereka berjaya dari segi kewangan. Dapatkan modal / pinjaman jangka pendek dan jangka masa segera untuk Memulakan perniagaan anda sendiri dan nikmati faedah menjadi bos anda sendiri.

Kadar faedah rendah 2%
Tempoh 1 hingga 15 tahun
Hubungi kami melalui e-mel: franchisecapitalcorps@gmail.com