Followers- Jalinan Ukhuwah

Kelab Haji Muda


Everyone Can Serve ALLAH- KHM WaAnA…. (Wadah Annuiti Akhirat)


PENGENALAN  KELAB HAJI MUDA  (KHM)
Kelab Haji Muda telah didaftarkan sebagai  sebuah entiti bukan perniagaan  di bawah  peruntukkan undang-undang (ROS)  pada 16 Mei 2012.

MISI
KHM berhasrat  untuk mengujudkan satu platfom  pembinaan  peribadi muslim, dakwah, kerjasama, ekonomi  dan  kebajikan  berteraskan  paksi  HAJI/UMRAH.

KEAHLIAN
Terbuka kepada semua muslimin/  muslimat  tanpa mengira umur, pangkat  dan kelulusan.

KERJA KOSONG:
SUKARELAWAN..... IKHLAS BEKERJA, SUKA dan RELA.
KERJA yang tidak dibayar bukan karena tidak BERHARGA tetapi  TERLALU berHARGA … hanya ALLAH yang mampu membayarnya. 


MENGAPA DIWUJUDKAN?
Dakwah dan pembinaan insan  mengikut perspektif  Haji/ Umrah perlu disusun dengan lebih professional dan ikhlas.  Sudah tiba masanya, pendekatan Haji Muda yang dibuat secara individu perlu dibuat secara kolektif, berjamaah dan kerjasama dengan niat yang ikhlas kerana ALLAH.


PERANCANGAN MASA DEPAN
  • Mengujudkan program dan bantuan Haji/Umrah untuk rakyat Malaysia
  •  Membina Pasentren & Institut Tahfiz Profesional
  • Membina banyak lagi Masjid untuk fakir miskin demi mempertahankan aqidah.
  • Program Wisata Rohani
  • Mengujudkan barisan pelapis tenaga muda melalui KHM Mutawif Center
  •  Menjalin kerjasama ilmu, program dan ekonomi Islam di peringkat International khususnya dalam konteks membantu ummah keluar dari kepompong kemiskinan.


PENGURUSAN & PENASIHAT
Diurus oleh  tenaga professional, bekas pegawai kanan kerajaan dan sukarelawan yang berjiwa ikhlas.  Penasihat terdiri dari ilmuwan/ustaz yang berautoriti dan golongan professional.



MENGAPA  NAMA HAJI MUDA?

Nama ‘Haji Muda’ adalah satu  ‘brand’ yang dikenali setelah  Pengasas Kelab ini berusaha keras membawa falsafah Haji/Umrah dalam konteks kehidupan. Sokongan yang diberikan oleh media seperti Astro Oasis, TV3, RTM, TV Hijrah, TV9 dan Radio IKIM banyak membantu usaha ini.  Atas sokongan ramai di Malaysia dan luar Malaysia, melalui blog HAJI MUDA http://ridzwan-bakar.blogspot.com, dan atas nasihat professional dan follower blog, maka satu inisiatif untuk mendaftarkan nama organisasi telah dilakukan.
Secara umum, HAJI  MUDA bererti energetik, sentiasa muda dihati dan fikiran untuk mengingkatkan ilmu dan diri, bersedia untuk bekerja secara professional di jalan ALLAH dan tidak mengeluh dihambat usia.
Bukankah warga Syurga ALLAH sentiasa berusia MUDA?

    “Jadilah Insan yang kehadirannya tidak dijemput tetapi  Kehilangannya dirasai…….”


Facebook/kelabhajimuda
Email:  kelabhajimuda@gmail.com

Blog:  http://ridzwan-bakar.blogspot.com
Facebook/drridzwan
email: drridzwanbakar@gmail.com



No comments: