KHM DANA ANNUITI AKHIRAT:
UNCANG AMAL IFTAR RAMADAN UNTUK GOLONGAN DHUAFA/ FAKIR/ MISKIN /ANAK YATIM KINI DIBUKA
Sumbangan ke KHM Dana Annuiti Akhirat , sila gunakan akaun berikut:-
Nama Akaun: KHM Dana Annuiti Akhirat
Bank: Bank Islam
No Akaun: 1418001-0013422
Foto: Pek makanan buka puasa di Mekah dan Unta turut disembelih bagi meraikan
kehadiran Ramadhan tahun 2013
Alhamdulilah dengan sokongan dari tuan/puan, dengan sukacita KHM melancarkan dana Program Iftar Ramadan On The Street 1435H/2014. Untuk makluman, pada Ramadhan tahun lepas seramai 12 orang jamaah Umrah KHM telah dapat merasai suasana dan cabaran agihan makanan di bawah program Iftar on the street ini. Mereka dapat melihat sendiri bagaimana pek makanan menjadi rebutan golongan dhuafa di kota Mekah. KHM juga turut menghantar wakil ke Indonesia untuk membuat agihan dan melihat sendiri bagaimana suasana damai berbuka puasa dengan makanan simple seperti kurma, tempe, ubi kayu dan air putih.
Nikmat yang paling berharga ialah apabila kita dapat memberi sedikit rezeki dan melihat mereka sangat menghargai apa yang kita beri.
Kejayaan program Iftar pada tahun lepas 2013 telah menjadi titik tolak kepada usaha kita sama-sama untuk mengumpul dana bagi menaja masyarakat muslim khususnya golongan dhuafa fakir miskin berbuka puasa. Sesungguhnya, tidak rugi kita berkongsi sedikit rezeki kita untuk kerja kebaikan khususnya di bulan mulia Ramadhan Al-Mubarak nanti. Dan ALLAH menjanjikan rezeki kita tidak berhenti apabila kita terus memberi.
Untuk foto, rujukan dan kejayaan program tahun lepas, sila rujuk posting dalam blog http://ridzwan-bakar.blogspot.com, facebook/kelabhajimuda dan facebook/drridzwan sepanjang bulan Ramadan 2013 lalu (Julai-Ogos 2013).
Foto: Sumbangan Iftar Ramadan Pusat Anak Yatim Malaysia
InsyaALLAH, KHM telah merancang program berikut untuk tahun 2014:-
PROGRAM: IFTAR RAMADAN ON THE STREET
(TAJAAN
BERBUKA PUASA GOLONGAN DHUA’FA/FAKIR/MISKIN/ANAK YATIM)
a) Mekah Al-Mukarramah .
Kos sehari untuk 100pax = SR1,200
SEbulan = SR36,000 bersamaan
RM32,000
b) Indonesia (Dengan kerjasama Sahabat KHM Indonesia dan DT)
Kos sebulan satu masjid= RM8,000
Sasaran 2 buah Masjid = RM16,000
c)
Malaysia
Pusat Anak Yatim/Tahfiz = RM10,000
JUMLAH DANA DIPERLUKAN = RM58,000
TARIKH MULA
: 20 JAMADUL AKHIR / 20 APRIL 2014
TARIKH TUTUP:
15 SYAABAN/ 13 JUN 2014
SASARAN:
Golongan
dhuaafa/ fakir/miskin
MENGAPA DI MEKAH & INDONESIA & MALAYSIA?
- Ganjaran
pahala 100,000x ganda di Tanah Suci
Mekah
- Mudah capai sasaran
di Indonesia. Contohnya, pendapatan
penarik beca seminggu Rp80 ribu =
Sebulan Rp320,000 bersamaan RM100
sebulan.
- Mencipta nilai kasih dan sayang ke atas anak-anak yatim Malaysia
BAGAIMANA DANA INI
DIURUSKAN?
Diuruskan
secara professional, amanah dan transparent menggunakan Akaun
Khas “KHM Dana Annuiti Akhirat” . Semua kemasukkan dana ke akaun ini dari
20 April – 13 Jun 2014 akan dianggap untuk sokongan program ini (Nota: Atau sehingga
dimaklumkan). Jumlah kutipan dana ini
akan dimaklumkan dalam blog dan FB setiap
minggu supaya transparency transaksi
jelas.
BAGAIMANA AGIHAN DIBUAT?
Dana
ini akan ditutup untuk tujuan Audit pada
15 Syaaban/ 13 Jun 2014
(sasaran sebelum Nisfu Syaaban, sebelum
buku amal kita diangkat untuk
diaudit oleh Petugas ALLAH).
Dana
akan dihantar/diagihkan terus ke Mekah,
Indonesia, Malaysia selepas diluluskan
oleh EXCO KHM pada 25 Jun 2014/ 23
Syaaban 1435H.
Mekah:-
Agihan dan urusan logistik diuruskan
oleh Ahli Bersekutu KHM (affiliate
member KHM, Tn Hj Arshad).
Indonesia:- Agihan dan pengurusan di buat oleh Sahabat KHM Indonesia. Kejayaan dan pengalaman tahun 2012 dan 2013 akan membantu urusan logistic.
JIKA DANA MELEBIHI
SASARAN?
Jika
ditakdirkan dana melebihi sasaran,
kesemua dana akan dihantar ke sasaran. Keputusan akan dibuat oleh EXCO KHM yang akan bersidang pada 23 Jun 2014.
Sumbangan ke Dana Amal,
sila gunakan akaun berikut:-
Nama Akaun: KHM Dana Annuiti Akhirat
Bank: Bank Islam
No Akaun: 1418001-0013422
Moga ALLAH mengurniakan rahmat dan rezeki untuk kita terus beramal
dengan wadah KHM Dana Annuiti Akhirat. Terima kasih. Amin!
2 comments:
Inshaa Allah
Hello Pelanggan,
Pembiayaan Pakar Adalah penyelesaian pembiayaan yang pasti yang menawarkan semua jenis Perniagaan Besar/kecil dan pinjaman peribadi daripada $5,000 hingga 250,000 atau lebih dengan kadar faedah yang berpatutan sebanyak 2% tanpa penalti pembayaran balik awal atau lewat, kelulusan 24 jam.
Tawaran istimewa
Sila hubungi kami hari ini
melalui E-mel: expertinfoq@gmail.com
Post a Comment