Berselawat ke atas nabi sa w adalah sangat dituntut. Buku Haji Muda membincangkan akan betapa ruginya jamaah Haji yang alpa dengan tidak menziarahi Madinah dan masjid Nabawi semasa perjalanan haji mereka.
Cuba kita muhasabah diri kita, berapa kerap kita berselawat ke atas nabi? Kalau kita sentiasa mengamalkannya, alhamdulilah. Jika kita termasuk golongan orang yang alpa maka sudah tentu kita akan rasa kerugiannya.
Cerita berikut saya petik di dalam kitab Mukashafah Al-Qulub (Penenang Jiwa) yang di tulis oleh Imam Al-Ghazali.
***Seorang lelaki sering alpa berselawat ke atas nabi. Pada satu malam, dia bermimpi bertemu Rasululah s a w. Baginda langsung tidak menoleh ke arahnya. Kemudian lelaki itu bertanya “Wahai Rasululah, apakah engkau marah padaku?”. Rasululah menjawab “Tidak”. Lelaki itu bertanya lagi “Mengapa engkau tidak menoleh dan memandang kepadaku?” Jawab Rasululah “Kerana aku tidak mengenalimu”. Lalu lelaki itu menambah “Bagaimana engkau tidak mengenaliku, bukankah aku ini umatmu?” rasululah menjawab “Aku tidak mengenalimu kerana engkau tidak mahu mengingatiku dengan membaca selawat. Padahal aku kenal pada umatku itu bergantung kepada bacaan selawat mereka kepadaku”.
Kemudian lelaki itu terbangun dari mimpinya. Lalu dia mewajibkan dirinya dengan membaca selawat 100 kali sehari. Maka beberapa hari kemudian pemuda tadi bermimpi bertemu dengan Rasululah. Rasululah berkata, “Sekarang aku kenal engkau dan aku syafaati engkau”. ****
Mutiara Bicara
Kita amat memerlukan kasih sayang Rasululah s a w di hari pertemuan seluruh manusia di Padang Mahsyar nanti. Justeru sama-samalah kita perbanyakkan selawat ke atas baginda. Ungkapan ini juga dibuat oleh Khatib setiap kali di akhir khutbah jumaat.
***ridz
2 comments:
Salam ust,
saya baru tau pasal adanya buku ni, terima kasih banyak2 sbb buat buku ni, pengalaman membuat umrah membuatkan hati terpanggil2 untuk melakukan haji pula, InsyaAllah sy akn beli satu..mudah2an diberkati Allah & teruskan menulis..
tahniah buku saudara dicetat untuk kali ke 2. teruskan usaha murni ini
rezi
Post a Comment