Followers- Jalinan Ukhuwah

Wednesday, November 19, 2008

Airmata keinsafan bukanlah sebuah lakonan.....

Pengunjung meniti renjisan kedamaian yang dimuliakan,

Saya ingin melahirkan rasa syukur jika buku Haji Muda mampu memberi serta memperkukuhkan “seru haji” kepada pembaca untuk segera mengerjakan Haji. Setakat ini tidak kurang dari 7 orang memberi maklumbalas ini kepada saya. Hati tersentuh bila ada yang berkongsi “Selepas membaca buku Haji muda dalam tempoh seminggu, kami terus pergi ke pejabat Tabung Haji untuk mendaftar Haji”.

“Ya Allah, aku sujud dengan kebesaran dan kehebatan asmaul husnaMu yang mengizinkan hati-hati diketuk untuk membuka titian kejernihan haji dalam jiwa rakan-rakanku”.

Di bawah ini saya coretkan dua perkongsian yang dihantar melalui email kepada saya (maaf tidak dapat saya catatkan semua komen. Kedua-dua nukilan di bawah telah saya pohon keizinan penulis email tersebut. Kepada penghantar email lain, insyaAllah saya akan masukkan dalam blog ini dari masa ke semasa).

*****************************************
Coretan Pertama:

En. Ridzwan

Membaca buku Haji Muda seolah-olah membaca suara hati saya. Apa yg diutarakan terutamanya bab satu seolah menghuraikan perasaan saya. Memang tidak dinafikan air mata mengiringi di setiap sudut tulisan yang mempersoalkan kita sebagai hambaNYA.

Alhamdulliah saya berkesempatan menunaikan haji pada tahun 2003 sebelum mencapai umur 40 tahun. Setiap gambaran/peristiwa yg disampaikan baik dlm Haji Muda dan Travelog haji jelas terbayang difikiran saya. Seandainya saya telah membaca buku En. Ridzwan dan Prof sudah tentu haji saya lebih bermakna lagi. Saya bermohon agar saya dipilih menjadi tetamuNya lagi. Amin....

Saya mengucapkan sekalung Tahniah di atas keluaran buku sulung ini. Semoga Allah memberkati dan melimpahkan kesihatan, masa dan idea untuk menulis dan mengeluarkan lebih banyak lagi buku-buku yang boleh memberi kesedaran kepada pembacanya.

Terima kasih.

Salam ESQ 165

Norhayati Ishak
Cyberjaya

*******************************************************
Coretan Kedua

Assalaamualaikum Hj Ridzwan,
Alhamdulillah saya baru habis baca buku Haji Muda karangan Tn Hj.

Syabas dan tahniah diucapkan kerana buku tersebut benar2 menyentuh perasaan saya dan memberi kesan yang mendalam dalam jiwa dan tingkah laku saya. Catitan pengalaman & tip2 Hj begitu praktikal dan terkadang air mata tiba2 mengalir membaca ketika coretan Tn Hj semasa mula sampai di Mekah dan mula2 memandang Kaadah. Sungguh menyentuh perasaan saya. Teori RIDZ juga praktikal.

Saya belum diizinkan oleh Allah utk ke sana lagi. Dah daftar dan kalau ikut TH, tahun 2021, Lama lagi. Skrg, umur dah 39, tunggu 12 tahun lagi perlu tunggu, umur 51 tahun baru ke sana. Itu dah kira berusia, bukan Haji Muda lagi namanya. Tapi saya berdoa moga dipermudahkan, dipercepatkan dan diberi kesihatan & umur yg diberkati utk laksanakan Rukun Islam ke 5 tersebut.

Akhir kata, syabas dan tahniah sekali lagi…tak sabar nak tunggu karangan Hj untuk buku inspirasi dan motivasi diri berbentuk islam seterusnya.

AA
Shah Alam
(nama dirahsiakan atas permintaan penulis email)
*****************************************************************


Moga buku Haji Muda dapat terus memberi manfaat kepada semua pembaca tanpa mengira usia. Kepada ibu-ibu dan ayah-ayah, hadiahkanlah buku ini kepada anak-anak muda anda dengan harapan agar falsafah haji mampu membina generasi gemilang.

Airmata keinsafan bukanlah sebuah lakonan.....

ridz

3 comments:

Anonymous said...

Salam Tn. Hj

InsyaAllah, saya dan suami akan berangkat ke tanah suci pd 28/11/08. Semakin hampir, semakin berdebar rasanya w/pun sblm ini pernah pergi umrah. W/pun belum berangkat, hati telah berazam utk mendaftar sekali lagi sebaik sahaja kembali ke tanah air nanti. InsyaAllah, kali ini daftar untk anak-anak sekali walaupun semuanya masih bersekolah. Amin.

Anonymous said...

Cik puan Ina,
Selamat berangkat ke Tanah Suci. Moga Allah memberi anda dan suami ilmu yang berharga bagi meniti perjalanan hidup paska haji.

Moga haji mabrur menjadi milik insan yang ikhlas. Amin

Nota: Mengikut prosedur TH, untuk haji ke 2 anda perlu menunggu 3 tahun selepas melengkapkan haji pertama. Wallah'alam

atikah said...

Salam Tn. Hj,

Saya baru shj membeli buku Haji Muda ni smlm 17/02/2010 di sebuah kedai buku, Kompleks PKNS, Bangi. Saya mmg berhajat utk membeli sebuah buku di kedai buku tersebut..dek krn byk sgt buku smpai x terpilih, akhirnya sy ternmpak buku Haji Muda ni dan terus membelinya...Insyaallah..sy akn membacanya dan menghabiskannya secepat yg mungkin..terima kasih