Followers- Jalinan Ukhuwah

Tuesday, December 2, 2008

Ijazah Kedoktoran Terima Kasih Ya Allah!


Alhamdulilah, dengan sifat Ar-rahman dan Ar-Rahim Rabbul Jalil, saya sujud syukur kerana Allah telah memudahkan perjalanan akhir ijazah kedoktoran saya pada pagi ini. Sesi VIVA berjalan dengan lancar walaupun saya mengakui saya merasa cemas apakah keputusan yang akan saya perolehi. Perjalanan ilmu selama 4 tahun secara part-time ini benar-benar mencabar dan kemanisannya baru saat ini saya merasainya.

Komen Berikut saya petik dari blog Prof Muhd Kamil http://muhdkamil.net/kehidupan/

*************************

Tahniah, Dr Ridzwan

December 2nd, 2008

Saya gembira dan teruja, apatah lagi Ridzwan yang kini bergelar Dr Ridzwan Bakar.

Kedua-dua pemeriksa berpuas hati dengan kerja-kerja yang telah dijalankan oleh Dr Ridzwan. Dengan sedikit pembetulan yang boleh disiapkan dalam masa 48 jam, Ridzwan pastinya berasa lega dengan kejayaan yang telah dicapai.

Allah sangat-sangat memudahkan pemeriksaan lisan tersebut. Ia jauh lebih mudah daripada apa yang telah saya lalui hampir 10 tahun yang lampau. Kisah PhD, saya bukukan selalui PhD kecil tapi Signifikan. Saya ingin syorkan kepada Ridzwan, tulislah kisah bagaimana beliau melalui pengalaman belajar di peringkat DBA. Banyak kisah-kisah menarik yang boleh dikongsi bersama.

Ia kisah kemanusiaan dan bukannya semata-mata kisah seorang insan yang mahu mencari gelaran. Ia kisah manusia menemui Penciptanya.
Tahniah. Tahniah. Tahniah.

Posted in
Teruja 10 Comments »

**************************************************************

Di kesempatan ini saya ingin mengucapkan terima kasih tidak terhingga kepada 3 orang Penyelia Kedoktoran saya (1) Prof Madya Dr Norhana Salamudin (2) Prof Dr Muhd Kamil Ibrahim dan (3) Prof Dr Faridah Hj Hassan. Tidak lupa kepada Koordinator Graduate Business School, Prof Madya Dr Zuriah ; serta semua warga akademik/Professor Faculty of Business Management UiTM.

Terima kasih kepada mak saya, Hajjah Som yang sentiasa mendoakan saya. Terima kasih kepada isteri, anak-anak, ahli keluarga, ustaz-ustaz, guru-guru dan semua rakan-rakan.

Arwah ayah saya pernah berpesan “Jadilah resam padi, makin berisi makin menyembah bumi”. InsyaAllah saya akan ingat perkataan ini dan berjanji akan melakukan yang terbaik untuk ummah.

Terima kasih semua. Allahu Akbar! Allahu Akbar! Terima kasih Ya Allah dengan anugerah sempena bulan besar Zulhijjah ini.

Ampunilah dosa-dosaku Ya Allah!

13 comments:

Visi Optometri Sdn Bhd said...

Tahniah Dr!

Hasnah said...

Tahniah Dr. Hj. Ridzwan.

Nanti bila dah ada buku mengenai PhD, saya nak beli ya - straight from the author.

CT said...

Tahniah ye Dr Hj Ridzwan

ridzwan bakar said...

Salam sdr Akmal, Hasnah & CT,
Terima kasih dengan ucapan ini. Moga Allah memberi kita kekuatan untuk istiqamah di jalan yang benar.

madam aisyah said...

Tahniah Dr Ridzwan..
Saya baru nak melangkah ke alam PhD.. bagus kalau ada nasihat yg boleh dikongsi agar perjalanan ini lebih bermakna..

Noriee said...

Congratulations to Dr Hj Ridz..teruskan usaha tuan untuk menulis

Anonymous said...

salam Dr Ridzwan,
tahniah!..bila agaknya dapa baca entry tentang perjalanan PhD..

Farra said...

Setinggi-tinggi Tahniah ..semoga ia membakar semangat saya

Anonymous said...

TAHNIAH Doc!
Semoga perjalanan hidup di masa hadapan lebih indah, ceria dan penuh keberkatan.

Ros

ManMonCang said...

Tahniah Dr Ridzwan.

Sekarang Dr sudah mendapat lesen untuk mengesahkan bahawa Dr boleh buat research tanpa supervisor dan boleh supervise yang lain. Tahniah

PhD bagi saya,
Yang lebih penting adalah selepas PhD di mana mampukah saya melahirkan Dr-Dr PhD selepas saya memilikinya.

Doakan juga kejayaan saya untuk PhD.

http://www.fuadlatip.com

Anonymous said...

congratz!! ari 2 noyn cr gak bk poksu kt popular ganu, x msk g yea poksu?

Anonymous said...

congratz!! ari 2 noyn cr gak bk poksu kt popular ganu, x msk g yea poksu?

Anonymous said...

Tahniah Dr Hj Ridzwan Bakar. Semoga Allah memberkati usia kita dengan perjuangan!