Followers- Jalinan Ukhuwah

Sunday, December 14, 2008

Penghasilan Yang Sedikit

Makhluq yang bernama manusia sering mengeluh mengenai penghasilan yang sedikit. Jika boleh, kita mahu apa yang kita lakukan memberi pulangan lumayan dengan tenaga minimum. Tidak semua insan akan memperoleh hasil lumayan dengan tenaga yang sedikit ini. Strategi ini cuma diperolehi oleh orang-orang tertentu sahaja mungkin faktor politik atau kabel besar mereka.

Semalam seorang rakan saya menelefon mengeluh dengan penghasilan yang sedikit. Apa tips yang perlu dilakukan supaya tesis kedoktoran beliau dapat bergerak pantas?

Saya berpendapat, apa sahaja yang kita usahakan ianya memerlukan perancangan dan keazaman. Tiada apa usaha yang boleh dilakukan dengan pantas; tiada short-cut! Buku Haji Muda ada menyebut, untuk mencium Hajar Aswad menuntut perancangan dan keazaman, niat sahaja tidak cukup. Begitu juga dengan proses kehidupan, niat sahaja tidak cukup. Saya bertanya rakan saya ini adakah beliau yakin dengan perancangan?” Jika benar-benar yakin, adakah ianya benar-benar dilakukan mengikut apa yang dirancang?

Sesuatu projek tidak kira projek tesis PhD, Masters, menyediakan dokumen strategic planning syarikat, menulis artikel, menulis buku, pembangunan projek fizikal atau apa sahaja usaha akan mengalami proses yang sama. Tiada jalan mudah.

Cuba kita lihat bagaimana rumah didirikan. Ianya bermula dengan penghasilan yang sedikit tetapi memerlukan perancangan yang hebat. Penghasilannya juga sedikit demi sedikit, dari asas tapak binaan, memesan bahan binaan, penghantaran bahan, menyusun cerucuk dan berbagai lagi sehingga rumah memperolehi Certificate of fitness. Ia bukan mudah. Jika proses memesan bahan binaanpun terkial-kial lepas itu ego dan syok sendiri, tidak mahu bertanya, silap-silap bahan yang dihantar tidak mengikut spesifikasi.

Ada dua perkara yang rakan saya boleh lakukan:
1. Rujuk kepada orang yang berilmu (dalam konteks masalah beliau, nasihat penyelia PhD adalah pilihan terbaik). Tunjukkan bahan-bahan binaan yang ada. Betulkah ”bahan-bahan binaan” ini sudah mengikut spesifikasi tahap kedoktoran?

2. Hargailah diri sendiri. Raikan setiap penghasilan yang sedikit itu. Raikan walau sekecil mana penghasilan itu. Mungkin ianya tidak membawa erti kepada orang lain, tetapi ianya amat berharga buat kita.

Dr Abdullah Al-Qarni menyebut:
”Dalam penghasilan yang sedikit dan kekurangan yang ada, sebenarnya terdapat kesejahteraan”.

5 comments:

Azemi Ali said...

Salam Dr. Ridzwan,

Suatu catatan yang amat berguna. Terima kasih.

Salam Ukhwah.

fisalina said...

Salam,Dr Ridwan,
Terima kasih atas kesedaran tentang pentingnya perancangan dan keazaman dalam hidup kita.

Fisalina

ok said...

Dr,

Terima kasih kerana menulis tajuk yang menarik.

Saya sentiasa memohon kepada Allah sebelum melakukan sesuatu agar diberi petunjuk samada gerak hati atau bahasa alam melalui komunikasi dengan Allah.

Dan Alhamdulillah petunjuk sentiasa datang bila kita berkomunikasi dengan Allah.

Sekadar berkongsi. Qada' dan Qadar ditentukan Allah. Kita mampu melihat Qada' dan Qadar yang telah ditetapkan oleh Allah untuk kita apabila kita sentiasa mendampingi Allah. Dan kita akan lakukan jalan-jalan yang menuju kepada Qada' dan Qadar yang telah ditetapkan itu.

Walaupun hebat perancangan dan keazaman kita namun jika ia tidak selari dengan kehendak yang telah Allah tetapkan, pasti kita tidak berjaya.

suka saya jika sudi membaca http://www.fuadlatip.com/v1/2008/12/bagaimana-kita-mempercayai-qada-dan-qadar-allah

Fuad Latip
http://www.fuadlatip.com
Pensyarah
FKE UiTM Shah Alam

sisilent said...

salam ukhwah,
tahniah Dr.Ridzwan..
setiap catatan dr byk mberi
manfaat kpd sy..
sy msh lg student dan perlu
menempuh byk lg dugaan slps ini..
doakan yg terbaik utk segalanya..
amin..

Anonymous said...

salam Dr. Ridzwan
saya akan memulakan langkah PhD bermula jan 2009 ini... family semua dah excited untuk bersama-sama mengikut saya ke UK. Saya mendoakan Allah memberi kekuatan untuk saya menjadi pelajar sepenuh masa semula dalam usia yg sebegini...