Followers- Jalinan Ukhuwah

Friday, December 26, 2008

Mangsa Hadiah


Pertama sekali saya ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada insan-insan yang membeli buku Haji Muda semata-mata untuk dihadiahkan kepada sahabat-handai, teman sepejabat mahupun bos. Ketika bercuti, PA bos saya, SAS, menelefon untuk memesan buku Haji Muda. Bos saya Tn Hj Ahmad Ismail, Vice President CSM, memesan 10 naskah untuk diberikan hadiah. Alhamdulilah, saya ada sedikit lagi stok ketika itu untuk diambil terus PA beliau.

Baru-baru ini, ketika membawa keluarga beristirehat, saya tercari-cari dua insan untuk saya hadiahkan buku ini. Ketika menunggu no giliran untuk check-in di sebuah hotel, mata tercari-cari ’mangsa’. Rata-rata sukar untuk saya menghampiri orang-orang Melayu yang mahu tersenyum bila saya mengukir senyuman untuk mereka. Membuka rapport pertama ini bukanlah mudah, mungkin mereka merasa bahawa saya sedang mencari mangsa untuk menjual produk. Atau mungkin mereka pernah mengalami pengalaman pahit dihampiri oleh agen-agen jualan.

Saya beri sebuah buku kepada anak saya agar beliau belajar macamana hendak ’mencari mangsa’. Sememangnya sukar dengan telatah orang kita yang seolah-olah ’banyak masalah di kepala’ dan menunjukkan wajah yang kurang ceria walaupun ketika sedang bercuti. (Nota: Tidak adil untuk saya menghukum orang Melayu hanya dengan pengalaman ini. Maksud saya, tidak semua orang kita begitu). Usaha untuk bersembang dengan mereka juga tidaklah sefriendly yang saya harapkan. Mungkin Allah hendak memberi ilmu kepada saya dan anak melalui proses ini. Ada juga yang sedang marahkan isteri. Ada juga yang menengking anak. Hati saya bersuara apalah nak tension dan marah isteri dan anak-anak. Patutnya kita enjoy dengan percutian dan menambahkan kasih sayang isteri dan anak-anak. Stressful sangat ke hidup ini ?

Oleh kerana kesukaran mendapatkan ’mangsa’ yang sesuai maka anak saya mengusulkan ”Ayah, biarlah Allah yang mengaturkan siapa yang layak. Kita beri satu kepada pegawai kaunter yang memangil nombor kita dan satu lagi kepada petugas yang membawa troli barang kita ke bilik. Selalu ayah beri tips RM, tapi kali ni ayah berilah buku Haji Muda. Kita juga tidak kenal kedua-dua mereka”. ”Fantastik idea! Excellent Afnan!” Saya melonjakkan self-esteem anak lelaki saya ini. Buat apalah kita susah-susah mengukir senyum dan mengajak orang bersembang tapi diri kita pula tidak diendahkan.

Alhamdulilah, hasrat saya diizinkan Allah. Saya berharap mereka berdua (seorang lelaki dan seorang perempuan) yang telah dipilih Allah ini dapat mengambil manfaat dari buku Haji Muda.

InsyaAllah, setiap kali saya bercuti, saya berazam untuk menghadiahkan dua buah buku Haji Muda kepada insan-insan yang tidak saya kenali. Moga ukhuwah terus berpanjangan.

6 comments:

Puan Ainon Mohd. said...

Bercuti kerana hendak relaks.

Sudah tiba di tempat bercuti, stress makin naik!

Ini tentu percutian dalam paksaan. (Dipaksa oleh isteri dan anak-anak sebab sekarang musim cuti sekolah)....

SyaurahRidzwan said...

salam,
bestnya game yg ayah beri utk kita cari orang utk beri hadiah ini.

Anonymous said...

Pn Ainon,
Begitulah agak nye bila dipaksa...

rezi said...

apa yang kita cari dalam hidup ini sehingga kita stres? melibatkan ahli keluarga menjadi mangsa?

Anonymous said...

salam dr ridzwan..
bertuah org yg mendapat buku tu sebagai hadiah...saya pun dah menghadiahkan buku tn hj kepada org2 yg terdekat dengan saya....saya harap mereka tak merasakan mereka mangsa... saya bercadang untuk menghadiahkan lagi buku2 tu ...tapi kalau dapat beli buku tu terus dari penulisnya tentu lebih baguskan...tentu penulis dapat menandatangani buku tersebut terlebih dahulu....

Anonymous said...

Salam sdr/i Anonymous,
Terima kasih kerana sama-sama membantu usaha murni mentarbiah masyarakat. InsyaAllah saya akan uruskan penghantaran jika pesanan di buat. Bole email saya tigeridz@gmail.com . TKasih.