Followers- Jalinan Ukhuwah

Wednesday, December 17, 2008

Bila maid balik kampung

Bila maid balik kampung, saya berharap beliau gembira dapat bertemu keluarganya. Seminggu sebelum Eid Adha saya dan isteri memberi keizinan untuk pembantu rumah pulang ke kampung di Sumatra. Kebenaran diberikan atas dasar kepercayaan kerana maid saya ini seorang yang jujur dan bekerja dengan baik. Kami memberi beliau cuti rehat bergaji penuh selama 3 minggu sebagai menghargai sikap baik beliau sama-sama membantu isteri membangunkan sebuah keluarga impian. Ia turut meringankan beban kerja isteri dan secara tidak langsung memberi saya ruang untuk fokus di sepanjang perjalanan kedoktoran saya dan urusan-urusan lain.

Bila maid balik kampung, keadaan sedikit kelam kabut bila semalam bapa mertua saya jatuh sakit dan baby Aufa pula dimasukkan ke hospital. Sekarang isteri saya terpaksa menjaga baby Aufa di SMC dan dua lagi anak kecil berada di rumah di temani oleh kakak dan abangnya. Bapa mertua juga perlukan perhatian di waktu ini. Sukar untuk saya fokus urusan pejabat.

Bila maid balik kampung, baru saya dapat hargai akan pentingnya ada maid yang amanah untuk membantu urusan rumah. Sekurang-kurangnya ada juga orang dewasa untuk menemani anak-anak di rumah ketika isteri terpaksa menjaga baby di hospital.

Bila maid balik kampung, semua anak-anak dikerahkan untuk membantu umminya,
Bila maid balik kampung, kolam ikan dah dua minggu tidak dicuci,
Bila maid balik kampung, kasihan pula melihat isteri tanpa bantuan,
Bila maid balik kampung, rupa-rupanya terganggu juga kehidupan seharian.

Moga Allah memberi kita pembantu rumah yang bertaqwa dan amanah kerana mereka turut sama membantu usaha-usaha memandaikan bangsa dan ummah.

5 comments:

Zuraimah Ismail said...

Salam,

Setuju dngn Tuan Haji, maid memang penting dalam kehidupan berkeluarga terutamanya kalau kita mempunyai anggota keluarga yang besar.

Kadang-kadang saya pelik melihat majikan-majikan yang suka memarahi maid mereka. Pada saya, maid dalam keluarga adalah juga anggota keluarga yang perlukan respect dan kasih sayang kita..betul tak? Mereka jua insan biasa yang ada perasaan..

Tapi kadang-kadang majikan baik, maid pulak buat hal...ujian Allah..tiba dalam pelbagai bentuk..ye tak..

Moga kedamaian kan datang lagi dalam hidup Tuan Haji...

By d way..baby aufa sakit apa? Can share here?

ok said...

Oh...saya perlu panggil Haji Dr Ridzwan. Maafkan saya.

Haji Dr,
Sentiasa berkomunikasi dan memohon pada Allah setiap saat pasti Allah akan tunjukkan jalan melalui samada detik hati (intuition) atau bahasa alam ketika memilih maid (bibik) nanti.

Hidup ini bukannya memohon ingin mendapatkan sesuatu. Kerana takdir untuk setiap jalan telah ditentukan dihujungnya. Tetapi kita perlu banyak memohon jalannya atau Qadarnya agar pilihan yang dilakukan akan memiliki takdir yang paling terbaik. InshaAllah.

p/s saya tidak suka maid. Tiada privacy untuk saya :D

Hajah Zainab bt Abdullah said...

DrRidz,
Semoga Allah permudahkan segala urusan Dr & keluarga.

-Kak Nab-

Farra Da Smiley said...

sy juga bercita-cita nak ada maid tahun depan..moga-moga dapat yg elok amin :)

baby Aufa dah sihat ker?

Dr Ridzwan Bakar said...

Salam semua khusus buat CT, kak Nab,Sdr Fuad dan farra,

Alhamdulilah Aufa getting better. Cuma demam panas lebih dari 4 hari, tu yang kena tahan kat hospital. Masih di SMC still under treatment.

Semalam juga maid saya telefon rumah dan anak saya 7 tahun-Sofiya pujuk bibik dia pulang awal.InsyaAllah beliau akan balik esok pagi. Alhamdulilah lega sikit dan alhamdulilah dapat maid yang boleh bertolak ansur.

ridz