Alhamdulilah ALLAH memberi saya peluang untuk terus menulis di dalam blog kerdil ini. Entri kali ini saya ingin menyentuh siri #2 I Can Cheat God! Can you..?
Sebenarnya, tajuk entri ini saya perolehi kira-kira dua minggu lepas . Ketika menanti pesawat di ruang menunggu terminal domestic KLIA, saya menyapa seorang ‘mat salleh’. Insan ini tidak saya kenali. Tapi apa salahnya jika saya menyapa seseorang yang asing. Tidak rugi satu senpun.
(Nota Kemusykilan: kadang-kadang muslimah agak sensitive jika disapa oleh orang yang tidak dikenali. Betulkah begitu? Mungkin andaian saya sahaja bersandarkan pengalaman menyapa beberapa muslimah. Langkah berhati-hati mesti sentiasa dipelihara oleh muslimah, apatah lagi dengan orang yang tidak dikenali).
‘Mat Salleh’ ini menjadi ‘mangsa’ saya pada malam hujung minggu tersebut. Sapaan saya disambut dengan senyuman dan kemesraan. Itulah dia masyarakat Barat. Senyuman adalah perkara biasa.
Lantas saya mulakan bicara dengan memperkenalkan diri. Kemudian saya mempelawa minuman ringan dan sedikit biskut untuk dikongsi. Maka berkatalah mat salleh ini “I am fasting.”
“Fasting!” saya agak terkejut.
Kemudian saya bertanya kembali, “You are fasting on Friday?”
Dia menjawab “Yes. Everyday for 46 days.”
“Everyday For 46 days!” Saya ulang lagi perkataan beliau kerana benar-benar terkejut.
“Muslim fasting for 30 days but we catholic fasting for 46 days until the day of Good Friday.” Beliau menerangkan kepada saya.
SUBHANALLAH! Hati ini ditepuk oleh kelalaian diri. (Dah lama saya tidak puasa sunat...).
Saya bertanya lagi, “Did Jesus fasting for 46 days?”
Beliau menjawab, “No. He did 40 days only.” Lantas saya bertanya lagi, “So, why you fasing for additional 6 days?” Beliau sekadar mengukir senyuman mesra menyimpan persoalan yang sepatutnya saya perlu terokai.
Panggilan menaiki pesawat menganggu rentak perbualan kami. Saya membiarkan sahaja penumpang menaiki pesawat hingga saya menjadi penumpang terakhir menjengokkan wajah dimuka pesawat.
Senyuman manis peramugari MAS tidak mampu meleraikan persoalan tadi. Dengan kebesaran ALLAH, rupa-rupanya saya ditakdirkan duduk bersebelahan dengan mat salleh tadi.
“Well John, see you again.” Saya menyapa lagi.
“Yes, nice meeting you again Wan.” Beliau senyum lagi.
Selepas kira-kira 15 minit pesawat berlepas, petugas MAS menyediakan air kepada penumpang. Tanpa berlengah saya mencapai satu gelas fresh-orange. John turut sama mengambil dua gelas air.
Saya kehairanan lantas bertanya, “John, you said you are fasting. But I wonder why you take two glasses of water?”
Beliau menjawab dengan yakin, “Yes I am fasting…. But I can Cheat God!”
Saya terkejut lagi, “You can cheat God!”
“Yes, I can cheat God!..... Can You….?”
Persoalan ini tidak berjawab malah dihiasi dengan ketawa besar kami.
Saya tidak pernah terfikir bahawa “We can cheat God..!”.............
InsyaALLAH bersambung siri #3….
1 comment:
assalam. ada x sambungan kisah ni? sy cuba scroll utk sambungannya tapi x jumpa. TQVM :)
Post a Comment