Followers- Jalinan Ukhuwah

Monday, April 25, 2011

Sinopsis Rindu Baitullah



Rinduku Pada Baitullah adalah satu usaha penulis berkongsi bahawa Haji dan Umrah adalah perjalanan akses cinta Ilahi yang HEBAT. Ianya adalah lanjutan dari buku terdahulu iaitu buku BILA PINTU HATI TERBUKA dan HAJI MUDA dimana saya merasakan bahawa Haji bukan sekadar perjalanan fizikal bahkan menjangkau lautan kekuatan ruh dan emosi. Ia menjemput manusia membawa kotak minda untuk berfikir akan kebesaran ILAHI. Justeru, untuk mendapat Haji & Umrah terbaik, saya berusaha untuk berfikir, mengkaji dan ‘hands-on’ dengan amalan Haji/Umrah menerusi pengalaman sebenar. Akhirnya, saya merasakan tip-tip HAji & Umrah perlu dikembangkan dan buku BILA PINTU HATI TERBUKA dan HAJI MUDA dijadikan sandaran untuk saya menambahkan lagi tip-tip perjalanan HAJi & Umrah.

Buku ini disusun berdasarkan pengalaman Haji dan umrah yang telah saya lalui. Ianya juga bersandarkan kepada pengalaman memberi khidmat nasihat dan konsultansi kepada ramai individu yang memerlukan sokongan emosi dan fikiran sebelum melangkah ke Tanah Suci. Individu-individu ini berkomunikasi dengan saya samada melalui telefon, email, berjumpa sendiri dengan saya atau mencatat dalam blog http://ridzwan-bakar.blogspot.com. Mereka terdiri dari orang bujang, wanita yang suaminya enggan ke Tanah suci, ibu muda yang khuatir meninggalkan anak kecil , makcik yang takut untuk ke Mekah hingga kepada kes-kes berat yang menuntut jalan pulang menerusi jalan Taubat. Mereka juga datang bukan sahaja dari Malaysia bahkan hingga ke Singapura, Brunei, Indonesia, South Africa, Australia, Kanada dan UK. Terima kasih kepada mereka kerana telah memberi kepercayaan kepada saya untuk menghulurkan sedikit bantuan khidmat nasihat. Tanpa mereka, mungkin buku ini tidak ditulis. Tulisan ini juga menjemput saya untuk membuat kajian ilmiah serta merujuk kepada guru-guru agama yang memahami siluk-biluk Haji/Umrah. Ianya adalah satu proses transformasi diri yang mesti saya lalui.

Sinopsis buku ini ditulis di dalam koster semasa saya sedang di dalam perjalanan dari Madinah ke Mekah untuk melengkapkan Umrah Ramadan Ogos 2010. Kalimah Agung

Labaikallahu malaibaik,

labaikalahsyarikalabaik,

innalhamda wanikmata

walakmulk la syarikalak,

bergema di koster kecil ini.

Perjalanan di malam hari dengan butiran gemerlapan bintang-bintang di gurun pasir, mengetuk pintu hati saya untuk menyatakan bahawa ALLAH mencintai kita, ALLAH mahu kita mengakses cintaNYa di medan suci Mekah dan Madinah dan ALLAH mahu kita menjadi insan cemerlang paska Haji/Umrah. Itulah HADIAH ALLAH untuk kita. Akhirnya, HADIAH yang paling berharga ialah Haji Mabrur yang dijanjikan Syurga. Justeru mengapa kita tidak merindui Baitullah jika ALLAH mahu kita ke sana?

Mengapa kita dituntut melaungkan kalimah di atas ketika berihram? Sudah tentu ianya istimewa yang hanya diperintahkan kepada Tetamu ALLAH sahaja yakni hamba yang mahu melaksanakan Haji dan Umrah. Ianya adalah ibadah dimana kita membawa hati dan emosi bahawa kita benar-benar datang untuk menerima hadiah istimewa cinta Ilahi ini. Talbiah hebat ini menghiasi ketukan halus jari jemari di notebook kecil ini. Airmata keinsafan dan keseronokkan untuk hadir lagi di bumi yang dimuliakan ini tidak lagi tertahan. Laungan kalimah ini memberi emosi hebat buat saya untuk menyiapkan perkongsian bahawa ALLAH tidak akan lupakan kita. Saya menyedari bahawa ekspidisi Haji dan Umrah ini adalah Hadiah Istimewa Dari Langit untuk kita semua yang amat kita rindui.

Adalah menjadi harapan saya agar perkongsian dan tip-tip ini benar-benar bermanfaat untuk sidang pembaca yang mempunyai pelbagai latar belakang, isu dan matlamat. Hakikatnya, kita mempunyai matlamat yang satu iaitu mengabdikan diri kepada ALLAH.

Perbanyakkanlah selawat ke atas Nabi ’Allahuma solialasaidina Muhammad’ dan ucapkanlah ’Alhamdulilah’- Terima kasih ALLAH kerana KAU tidak akan lupakan kami.


Ridzwan Bakar, Shah Alam

Rabiulawal 1432H / Feb 2011


5 comments:

Nur Hidayah said...

sangat bermakna.terima kasih.

Anonymous said...

Salam Dr,

saya dah dptkan buku ni kelmarin di PWTC, buku yg sangat bagus....

Anonymous said...

tahniah! atas pelancaran buku saudara.

Anonymous said...

Maaf, dgn rasa rendah hati saya ingin ulang kalimah suci.Doa yang kita baca semasa haji dan umrah..
LABBAIKALLAHUMMALABBAIK
LABBAIKALA SYARIKALA KALABBAIK
INNALHAMDA WANNIKMATA LAKAWAL MULK
LA SYARIKALAK
(LABBAKA ALLAHUMMA LABBAIKA-AKU DATANG MEMATUHIMU YA ALLAH, AKU DATANG MEMATUHIMU)
(LABBAIKA LASYARIKA LAKA LABBAIKA-AKU DATANG MEMATUHI MU TIDAK ADA SEKUTU BAGI MU,AKU DATANG MEMATUHIMU)
(INNAL HAMDA WANNIKMATA LAKA WAL MULK- SESUNGGUHNYA SEGALA PUJIAN DAN SEGALA NIKMAT BAHKAN SELURUH KERAJAAN INI MILIK MU)
(LA SYARIKA LAKA- TIADA SEKUTU BAGI MU)
maaf, wallahu'alam

Ainnur said...

Salam...
Ya Allah, rindunya aku ingin bersolat dalam baitullah, rindunya aku ingin mencium hajar aswad, rindunya aku ingin berdoa di mustalzam. Ya Allah, rindunya aku pada ArafahMu. Rindunya aku pada Raudhah taman Rasulullah. Ya Allah, jangan Kau hapuskan rindu ini dihatiku tapi sambutlah rinduku ini....