Followers- Jalinan Ukhuwah

Wednesday, April 13, 2011

I Can Cheat God! Can You...? #1

Bila bertemu rakan lama, perkara seriuspun boleh jadi kelakar

Pernahkah anda menipu Tuhan? (Nota mengusik: Mesti ade punya….., mana boleh sorok….)

Ya….. sedar atau tidak kita kerap menipu Tuhan. Mana tidaknya, bila belum dapat bonus kita akan kata nak bersedekahlah, nak beli Quran tafsirlah, nak beli tudung lah, nak beli jubahlah untuk tutup auratlah, nak gi umrahlah. Tapi bila sudah dapat bonus atau apa-apa rezeki, kita terlupa atau menangguhkan hasrat kita tu.

Sudah pasti orang lain tidak tahu, tapi ALLAH tahu. Kita banyak temberang kawan-kawan, tapi kadang-kadang tersilap kerana kita cuba main tarik tali setelah berjanji dengan Tuhan. ALLAH ingat janji kita, kita aje yang sikit lupa.

Dulu janji nak gi Masjid dan dengar kuliah, tapi bila kereta rakan kena pecah semasa di MAsjid, dengan kita-kita sekali hilang kerana takut kereta kita pula kena pecah.

Dulu janji nak bertudung jika ALLAH memperkenankan hajat kita, tapi bila dah dapat hajat tu, KIV pula hasrat hati bertudung.

Baru-baru ini saya jumpa kawan lama (saya tahu dia kaki ponteng sembahyang). Dengan nada berseloroh saya bertanya, "jom pi sembahyang…;" Dia lantas menjawab “Belum sampai seru lagilah Wan…....”

“Belum sampai seru???? Dari dulu zaman remaja sampai sekarang belum sampai lagi seru? Kalau seru tu merangkakpun dah lama sampai. “ Saya meluahkan sedikit suara hati.

Saya bertanya “Seru kau pergi mana?”

Dia menjawab “Tak tahulah dia pergi mana? Tak jumpa-jumpa sampai sekarang?” Nada beliau yang serius dan bersahaja mengingatkan kembali nostalgia zaman remaja dahulu. Kami sering berjenaka.

Beliau menambah, “Wan, puas aku cari seru aku dalam dompet… itu yang tak jumpa-jumpa sampai sekarang”.

“Kau cari seru dalam dompet..? Padanlah tak jumpa?” Akhirnya kami sama-sama ketawa.

Beliau berkata lagi “Wan, aku respect kau so jomlah pi sembahyang”.

“Eehh mana boleh gitu. Kau kenalah respect ALLAH bukan dekat aku.” Saya menambah.

Lantas beliau sambung, “Ok. Aku respect ALLAH dengan kau sekali…., fair deal?”

Selepas solat, saya berdoa dalam bahasa Melayu dan beliau dengar dan aminkan. Saya sebut nama beliau agar ALLAH mengubah hati beliau dan menemui seru yang beliau cari.

Selepas bersalaman, beliau berkata kepada saya, “Wan, kau tidak pernah berputus asa dengan aku. Tidak pernah ada orang yang doakan aku. Nanti InsyaALLAH aku akan berubah sebab aku tahu I cannot cheat God!...”

InsyaALLAH bersambung kisah I can cheat God!...Can You….?


4 comments:

suria said...

Saya sembahyang tapi selalu tak kusyuk......rasa bersalah menipu diri sendiri dan allah..

Hasnunniza Hashim said...

MasyaAllah

Banyak masa dan ketika juga terleka dan teralpa yang diri ini 'menipu'- masa, usia, ilmu, kerja, kesihatan untuk mencari keredhaanNya. Terima kasih dengan peringatan ini Dr.

haji muda said...

Assalam Suria,
Malu juga dgn ALLAH bila tak khusyuk solat.

haji muda said...

Assalam Nizar,
Apa khabar? Lama tak dengar cerita?
Moga sentiasa cemerlang iman dan sihat.