Followers- Jalinan Ukhuwah

Monday, April 4, 2011

Penghulu Istighfar


Beberapa hari lepas seorang rakan lama menziarahi saya. Sambil bertanya khabar dan berbincang, beliau kelihatan tidak focus. Bila saya bertanya kemungkinan beliau menyimpan sesuatu, maka beliau memaklumkan bahawa fikiran sedang terganggu.

Hakikatnya, beliau tidak memohon apa-apa bantuan dari saya. Beliau adalah seorang hamba ALLAH yang tabah. Bagi beliau, kemesraan saya melayan dan kesanggupan saya meluangkan waktu untuk dirinya sudah lebih dari mencukupi.

Sebelum bicara berakhir, saya pesan kepada diri saya dan diri beliau, amalkan lah zikir penghulu istighfar. Ayat ini diajar oleh arwah abah saya, guru-guru saya dan perlu diamalkan setiap hari. Bagi mereka yang istiqamah membaca Al-mAthurat, penghulu istighfar ini adalah antara wirid penting.

Saya tuliskan di atas satu kertas putih untuk beliau bawa pulang dan amalkan. Saya turut menghadiahkan satu naskah Al-Mathurat yang sentiasa ada di pejabat saya. Saya turut berpesan kepada diri saya dan diri beliau, jangan lupa solat dhuha setiap hari sebagai instrumen ketenangan jiwa.

Berikut saya sertakan istighfar ini untuk amalan kita, pengunjung blog Haji Muda yang saya kasihi.


بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَـٰنِ الرَّحِيمِ

اَللَّهُمَّ أَنْتَ رَبِّى لاَ اِلَهَ إِلاَّ أَنْتَ خَلَقْتَنِى وَأَنَا عَبْدُكَ وَأَنَا عَلَى عَهْدِكَ وَوَعْدِكَ مَا اسْتَطَعْتُ ، أَعُوذُبِكَ مِنْ شَرِّ مَا صَنَعْتُ أَبُوءُ لَكَ بِنِعْمَتِكَ عَلَيَّ وَأَبُوءُ بِذَنْبِى فَاغْفِرْ لِى فَإِنَّهُ لاَ يَغفِرُ الذُّنُوبَ إِلاَّ أَنْتَ.



Allahumma Anta Robbi, Laa Ilaaha Illa Anta, Kholaqtani wa ana abduKa, wa ana ‘alaa ‘ahdika wa wa’dika mastatho’tu, Audzubika min syarri maa shona’tu, Abu’u laka bi ni’matiKa ‘alaiyya wa abu’u laKa bidzanbi faghfirlii fainnahu laa yaghfiru dzunuuba illa Anta.

”Ya Allah Engkau adalah Tuhanku, Tidak ada sembahan yang haq kecuali Engkau, Engkau yang menciptakan diriku sedang aku adalah hamba-Mu dan aku diatas ikatan janji -Mu (yaitu selalu menjalankan perjanjian-Mu untuk beriman dan ikhlas dalam menjalankan amal ketaatan kepada-Mu) dengan semampuku, aku berlindung kepadaMu dari segala kejahatan yang telah aku lakukan, aku mengakui-Mu atas nikmat-Mu terhadap diriku dan aku mengakui dosaku pada-Mu, maka ampunilah aku, sesungguhnya tiada yang boleh mengampuni segala dosa kecuali Engkau”.


Di dalam satu riwayat disebutkan bahawa

(Sila Rujuk Kitab Fathul Baari 11/97)


“Barangsiapa mengucapkannya disiang hari dalam keadaan yakin dengannya kemudian dia mati pada hari itu sebelum petang hari, maka dia termasuk penduduk surga dan siapa yang mengucapkannya di waktu malam hari dalam keadaan dia yakin dengannya, kemudian dia mati sebelum subuh maka dia termasuk penduduk surga.” (HR. Al-Bukhari ).



Ya ALLAH, ampunilah diri hambaMU yang lemah ini

Yang terpaksa bertungkus lumus untuk menyara diri

Saban hari alpa dengan janjiMU

Acapkali lalai menambahkan amalan akhirat

Berikanlah keselamatan kepada diriku, keluargaku,

Rakan-rakan blog Haji Muda dan temanku yang sedang melalui kerunsingan.

AMIN!


13 comments:

Kakzakie Purvit said...

Assalamualaikum Dr.

Terima kasih panduan diberi. Kakak copy and print buat padnuan kakak dan anak-anak.

Zarea106 said...

TQ for sharing Dr...

Anonymous said...

Assalamualaikum...sya mohon izin share..terimakasih.

Anonymous said...

minta izin copy

huda said...

Assalamualaikum..saya moh0n izin share ya dr..

Zam's Beauty House said...

Mohon dikongsi

Zann said...

Assalamualaikum Dr...sama-samalah kita bersabar dalam mengharungi perjalanan hidup didunia ini dengan panduan AlQuran dan Sunnah. Semoga mendapat keredhaan Ilahi...Terima Kasih dengan doa untuk copy untuk berkongsi dgn rakan fb

ben said...

Assalamualaikum Doc

Pohon permisi utk copy.

Thx.

ben said...
This comment has been removed by the author.
Anonymous said...

Assalamualaikum. minta izin copy ya. terima kasih

Anonymous said...

As Salam .. maaf Dr saya rasa bacaam dlm rumi ada kesilapan sepatutnya tiada LAKA selepas bidzanbi... ( wa abu’u laKa bidzanbi faghfirlii fainnahu laa yaghfiru dzunuuba illa Anta.) maaf kalau saya salah...

Anonymous said...

maaf bukan selepas bidzanbi tetapi sebelum

Unknown said...

Pelanggan yang dihormati,
Kumpulan pendanaan pakar menawarkan pinjaman kepada Individu dan syarikat terutamanya Individu yang mempunyai rancangan perniagaan dan Idea tetapi sukar memulakannya kerana rendah atau kekurangan modal permulaan.

Kami memenuhi keperluan kewangan pelanggan kami dan menolong mereka berjaya dari segi kewangan. Dapatkan modal / pinjaman jangka pendek dan jangka masa segera untuk Memulakan perniagaan anda sendiri dan nikmati faedah menjadi bos anda sendiri.

Kadar faedah rendah 2%
Tempoh 1 hingga 15 tahun
Hubungi kami melalui e-mel: franchisecapitalcorps@gmail.com