Followers- Jalinan Ukhuwah

Saturday, July 21, 2012

Ramadan Bicara #1 TAAT


RAMADAN  BICARA #1 - TAAT

 
Nota: Ramadan proses perjalanan hamba kembali ke fitrah.


Sehari sebelum Ramadan, saya menziarahi sahabat saya  (Cina Islam).  Kami berbual panjang mengenai  isu masyarakat termasuk  isu Ramadan.  Maka bertanyalah beliau, “Mengapa saya lihat ramai  Haji-Haji Melayu tidak solat berjamaah?”


Ramadan bicara #1  merasakan bahawa isu ini bukan isu baru.  Ianya bukan sekadar isu individu tetapi  isu masyarakat.  Bagaimana  ‘Haji-haji Melayu’  ini mahu datang ke MAsjid  jika masjid tidak mesra?  Ramadan dan Haji mengajar kita satu perkara perting iaitu  obedience (taat). Masjid perlu friendly  dan mengalu-alukan kehadiran anak kariah, barulah Nampak  nilai taat yang perlu diterjemahkan dalam konteks solat jamaah di masjid.

Dalam satu kajian mendapati, dari sampel 1567 orang muslim (sample size worldwide),  2% menyatakan bahawa mereka tidak mahu berpuasa.  Maksudnya dari 1567 orang ada 30 orang enggan taat kepada suruhan ALLAH akan kewajipan berpuasa, MasyaALLAH!

Obedience atau taat masuknya patuh. No question! Ianya adalah kewajipan bukan pilihan (Rujuk Surah Al-Baqarah :138).  Lantaran perintah ini adalah untuk  menguji kita akan tahap iman dan membezakan orang beriman dengan munafiq/kafir.  Ianya bukan soal logik akal.  Hatta, ‘Rasul Melayu’ juga tersungkur di bulan Ramadan.  Logik akal tidak mampu  mencari  kehebatan dan rahsia  Ramadan.  Lantaran insan   yang tidak taat kepada suruhan berpuasa adalah mereka yang memiliki tahap moral yang rendah. Menolak suruhan ALLAH dengan menggunakan  hujah akal dan nafsu.

InsyaALLAH bersambung…..

2 comments:

alihassan said...

As-Salam.
Bagaimana ‘Haji-haji Melayu’ ini mahu datang ke MAsjid jika masjid tidak mesra?
Maaf saya kurang faham dan amat tidak bersetuju dengan penyataan tersebut.
Selamat merayakan pesta ibadah dibulan barakah ini buat Dr dan pengunjung HM.

haji muda said...

En alihassan,
Noted. Terima kasih dgn komen.