Alhamdulilah dengan izin ALLAH, Tabung Iftar Ramadan untuk fakir miskin telah melebihi sasaran. Dengan lain perkataan, InsyaALLAh kita mampu untuk sponsor hampir 5 buah masjid sepanjang bulan Ramadan ini. Ianya lebih dari sasaran awal sebanyak 2 buah masjid.
Jumlah Kutipan terkumpul ialah RM29,241.00 (sehingga 10 Julai 2012).
Jika sekiranya masih ada wang memasuki Akaun Amanah KHM (Kelab Hajii Muda) selepas tarikh 10 Julai 2012, maka saya menganggapnya sebagai dana persediaan untuk membina Pusat Tahfiz Anak Yatim, InsyaALLAH.
Saya juga sedang bekerja keras supaya usaha kita untuk membina Institut Tahfiz Professional di Malaysia akan juga berhasil (lebih mencabar dari Tahfiz di Bandung). Mohon doakan usaha ini dan juga mohon volunteer tampil membantu.
Moga ALLAH merahmati, melimpahkan rezeki dan mengampuni kita semua yang sanggup mengorbankan wang, tenaga dan fikiran di atas jalan ini. MasyaALLAH & BarakALLAH.
3 comments:
Assalam Dr,
Semuga dalam kasih sayang Allah.
Alhamdulillah.
Amin amin amin atas doa Dr.
Assalam Dr. Alhamdulillah cinta Allah mendorong hati insan-insan mulia bersama mundukung usaha murni Dr. Takbir!! :)
Assalam Dr.
Aamiin...
Alhamdulillah semoga segala usaha diberkati.
Post a Comment